Langkau ke kandungan utama

Cara Mudah Mendapatkan Blog Cantik Menarik

Cara mudah dapatkan sebuah blog cantik menarik. Ok. Ramai yang tanya saya mengenai cara nak hias blog. Kebanyakkan adalah blogger baru yang dah buat blog sendiri menerusi platform blogspot. Mereka sangat teruja dah ada blog, jadi misi mereka seterusnya setelah ada blog sendiri ialah nak hias dengan cantik dan menarik.

Saya nak beritahu cara mudah nak mendapatkan blog cantik menarik. Saya amalkan ia setiap kali saya buat blog baru, atau merasakan saya mahu ubah blog sedia ada dengan cirian terkini.

Cara Mudah Mendapatkan Blog Cantik Menarik

Blog yang cantik dan menarik memang antara daya tarikan untuk membolehkan pengunjung melekat dan menjadi pembaca setia. Untuk menghasilkan sebuah blog yang cantik dan menarik, cara paling mudah ialah dengan muat turun (download) template blogspot yang telah tersedia untuk digunakan; yang disediakan oleh ramai designer template blogspot seluruh dunia.
Cara Mudah Mendapatkan Blog Cantik Menarik
Ya. Cara mudah untuk hasilkan sebuah blog cantik menarik ialah dengan menggunakan template-template yang telah tersedia. Bukan dari dashboard blogspot atau blogger.com tetapi dari laman-laman web yang menyediakan servis download template ini.

Template-template ini ada banyak sumber, saya pernah ceritakan mengenai templateism yang menarik untuk digunakan bagi blogger yang mahu nampak profesional. Saya pernah gunakan untuk blog ini satu ketika dahulu. Ingat lagi dengan paparan di bawah ini tak? Salah satu jenis template dari templateism yang saya gunakan iaitu WebMag.

Sumber Dapatkan Template Percuma Menarik dan Cantik

Ok. Saya nak kongsikan beberapa laman web yang boleh berikan anda template blogspot percuma untuk digunapakai. Berikut adalah antara yang pernah saya gunakan untuk blog ini.


Ada banyak design menarik untuk blogspot, termasuk design blog yang responsif dan mesra mobile. Saya banyak gunakan template-template ini yang boleh dimuat turun percuma dan digunakan untuk blog-blog kendalikan saya.

Antaranya:
Blog iKerjayaGraduan.com, Blog JurnalPetua.blogspot.com dan LanCaterings.blogspot.com

Mudah je, cari template blogspot percuma yang menarik perhatian anda. Download ia ke PC, dan kemudian upload di blogspot milik anda. Hanya buat ubahsuaian kecil pada meta dan jenis widget yang anda nak gunakan. Gunakan widget-widget yang hanya bantu promosikan blog anda. Elakkan widget yang tidak memberikan kesan untuk pageview dan juga engagement.

Tips Untuk Pilih Template Blogspot Percuma

  1. Cari template yang sesuai dengan tema blog anda - fotografi, personal, blog shop, travel, kisah remaja dan sebagainya.
  2. Cari template yang diberikan demo yang boleh anda rujuk.
  3. Cari template yang senang dan mudah untuk anda kendalikan.
  4. Cari template yang ringan dan tidak berat.
  5. Cari template yang anda boleh hubungi pemilik design untuk sebarang masalah.
  6.  
Saya harap entri ini dapat dimanfaatkan kepada blogger-blogger terutama yang baru untuk hias dan cantikkan blog.


Lagi Komen Pembaca ...

  1. nice. PG lagi pening nak tukar template yang simple dan sedap mata memandang. pening :(

    BalasPadam
  2. Terima kasih infonya...boleh jejak nanti kalau rasa nak design baru.

    BalasPadam
  3. template banyak yang menarik... sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. huhuhu

    BalasPadam
  4. Dulu suka guna template.. tapi skrg ni puas hati bila dapat edit dan buat sendiri... :)

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang bermanfaat, terima kasih

    BalasPadam
  6. Before ni banyk kali jugak tukar tmplate guna template website yg disenaraikan oleh HH. Hehehehe. Senang, cuma download n edit sikit html code. Thanks share HH 😄

    BalasPadam
  7. blog akan jadi lebih menarik n mesra pembaca bila template simple, kemas dan menarik.

    BalasPadam
  8. Yang penting mobile responsive, itu elemen penting

    BalasPadam
  9. terima kasih bro. Very useful information. Saya suka sangat.

    BalasPadam
  10. Teringat zaman dulu-dulu pakai blogspot mencari theme,kemudian rambang mata,kemudian pakai WP pun saya tetap rambang mata pilih theme

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, terimakasih atas perkongsian yg bermanfaat nih.

    BalasPadam
  12. Terima kasih di atas perkongsian, rambang mata nak pilih yang sesuai.
    http://khasiat-makanan-organik.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Tips yang menarik dan praktikal tu Tuan Hasrul Hassan

    BalasPadam
  14. Yang penting mobile responsive, itu elemen penting

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.