Bagaimana nak dapatkan sekurang-kurangnya 500 pageviews sehari untuk blog? In Sha Allah, saya akan kongsikan tips serta cara nak dapatkan 500 pageviews sehari di dalam blog post ini. Saya pasti ramai blogger baru nak tahu teknik ini yang saya sifatkan mudah untuk diikuti.

Pageviews atau hits sangat penting untuk sesebuah blog. Ia menandakan bahawa blog itu hidup dan punyai tarikan. Dengan pageviews, blog itu ada potensi untuk berkembang, malah ia menunjukkan bahawa blog itu ada pengunjung dan pembaca. Dan sekiranya pemilik blog guna pakai teknik Kitab SEO Merah Jambu misalnya, in Sha Allah bolehlah mendapatkan sedikit duit poket menerusi komisen daripada program affiliate percuma seperti Ashadee dan Klikjer.
Cara Mendapatkan 500 Pageviews Sehari
Saya dulupun macam anda juga. Mengah sungguh mencari cara untuk dapatkan pageviews blog. Yelah, trafik blog kena ada, kalau tak sia-sia saya daftar platform pengiklanan seperti Nuffnang mahupun Adsense. Contohnya macam Nuffnang, apabila dapat Buffered Earnings (BE), kenalah tingkatkan pageviews baru income menerusinya berbaloi-baloi. Sama juga dengan Adsense yang pentingkan trafik ini, nak lagi ia dibayar dalam bentuk matawang asing seperti USD dan Pound Sterling. Masyukkk ooo ...

Jadi, bagaimana nak dapatkan pageviews yang baik untuk blog? Paling tidakpun sekurang-kurangnya 500 pageviews sehari.

5 Teknik dan Cara Untuk Dapatkan 500 Pageviews Sehari

Cara saya yang awal-awal dulu saya praktikkan dengan konsisten:
  1. Buat entri laju-laju, terutama berkaitan dengan isu semasa yang menarik perhatian. Apabila saya menonton berita di TV misalnya, saya akan cekup mana-mana berita yang boleh menggamit pembaca. Dapat sahaja sedikit info mengenainya, terus saya drafkan entri di dalam blog. Selepas itu, buat research sedikit untuk lihat sumber lain jika ada. Cari gambar sesuai dan letakkan dalam entri. Walla .. blog anda jadi antara yang pertama kongsi cerita yang masih lagi segar dan panas.
  2. Cari artikel yang rare atau unik untuk perkongsian di blog anda. Contohnya anda ceritakan mengenai budaya masayarakat di tempat anda. Atau anda boleh buat entri seperti Pramong Nomjam Thai Tuala yang saya terlintas nak tulis dan terbitkan bila ternampak sedikit sorotannya di Majalah Tiga (TV3).
  3. Info am yang punyai ramai yang mencari. Bab ni kalau saya ceritakan memang panjang berjela, tapi ia merupakan salah satu teknik terbaik untuk dapatkan trafik secara berterusan. Tak perlu tulis entri gossip panas atau kontroversi; cukup anda hulurkan maklumat berfakta seperti tarikh dan jadual gaji kakitangan awam atau cara semak duit BR1M.
  4. Gunakan teknik gambar untuk dapatkan trafik. Lagi banyak gambar dalam blogpost, maka akan lagi banyaklah sumber trafik blog anda. Ketahui bahawa blog anda boleh tingkatkan pageviews bukan setakat dari entri-entri blog, tetapi juga gambar yang anda gunakan dalam menerbitkan entri tersebut.
  5. Buat satu entri bagi setiap 2 jam. Kalau anda benar-benar mahu dapatkan pageviews yang tinggi, sekurang-kurangnya 500 hits, inilah teknik yang perlu anda praktikkan. Cari satu hari di mana anda boleh sediakan entri-entri dan kemudian jadualkan ia untuk diterbitkan dalam masa sela masa dua atau tiga jam. Anda akan kagum dengan hasil yang ada, in Sha Allah. 2 jam satu entri, 10 jam ada lima entri, dan setiap satu entri itu dapat 100 pageviews ... jadi .. ahaa ..kira sendiri la ye ..

Itulah teknik dan cara saya praktikkan semasa terhegeh-hegeh nak dapatkan 500 pageviews sehari. Dan alhamdulillah, cara ini berjaya buat blog ini, dan hasilnya ... capaian atau hits dah lebih daripada 9 juta pageviews.

Baca juga - 6 Cara Memancing Trafik Blog

Gunakan simple math untuk buat anggaran. Lebih banyak entri, lebih banyak pilihan untuk pengunjung baca entri blog anda. Bila ada banyak entri maka kemungkinan nak dapat hits atau pageview lebih banyak. Dah banyak blog baru gunakan teknik ni, dan ianya memang berkesan.

31 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik! Muz buat semua tips ni, dah hasilnya memang boom! Thanks for you tips yg tak pernah putus2 bang ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni .. moga dimanfaatkan mana-mana tips yang boleh .. :)

      Padam
  2. Cantikkk...mmg selalu skodeng sini cari tip yg bgus...tq sifu

    BalasPadam
  3. Cantikkk...mmg selalu skodeng sini cari tip yg bgus...tq sifu

    BalasPadam
  4. Wah terima kasih artikel ni sesuai utk blogger baru mcm sy

    BalasPadam
  5. Waaaa saya suka tips2 tu tapi rasanya yang last tu susah sikit nak buat.. mungkin selang sehari boleh lah... mengah nak dapat sehari sampai 5 entri... hahahaha...

    terima kasih tipsnya tuan...

    salam singgah

    BalasPadam
  6. biasa saya buat schedule published :)

    BalasPadam
  7. insyaallah...nanti saya cuba cara ni.Tapi nak buat post dua jam sekali rasanya tak mampu.dua jam saya habiskan dengan belengkang kangkung kat internet tanpa satu pos pun.Kena buat jadual juga kalau macam ni.Terima kasih tips nya ya...

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian. Insya Allah akan dipraktikkan. Cuma bab hasilkan entry ikut sela masa sekitar 2 jam tu yang perlukan kekuatan luar biasa. Hehehe...Wan satu hari pun payah nak buat entry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ... dulu saya leh buat sbb sumber banyak masa tu .. otak pun ligat brfikir ...

      Padam
  9. Terima kasih atas perkongsian.. lepas ni kena pulun ikut tunjuk ajar diatas.. walaupun dah mele

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsian...memang amat berguna untuk sy yg baru nak merangkak ni...hihiih....teringin gak nak wat entry selang 2 jam tapi pe kan daya...skg cuma boleh wat 1 entry 1 hari tapi tu pon scheduled post...better ada dari tak ada langsung kan...akan dpertingkatkan dari masa ke semasa

    BalasPadam
  11. terbaik tips...mmg sangat memerlukan.. :)

    BalasPadam
  12. Yang penting sabar membina reputasi sendiri dan rajin belajar serta menghormati sesama blogger..

    BalasPadam
  13. Blogger umpama reporter...kena peka dgn keadaan dan isu semasa...btw tips diatas tu mmg tak terkalah...

    BalasPadam
  14. blogger kena pantas dan ikut peredaran zaman..hu3

    BalasPadam
  15. 2 jam sekali post entry. Wowwww.

    BalasPadam
  16. Terima kasih kerana sudi bagi tips ;)
    akan berusaha untuk praktikkan .

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas perkongsian tips ni ye tuan...

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas perkongsian tips ni ye tuan...

    BalasPadam
  19. Kalau guna fb ads cmna boleh hit tak?

    BalasPadam
  20. dah macam slow pulak aku buat entri sekarang, banyak pageview daripada artikel lama - lama je

    BalasPadam
  21. semakin banyak info masuk.. semakin kurang pula kekuatan untuk menaip entri..

    BalasPadam
  22. yang buat entry ini lah sifu yang susah buat saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... macamana ehh nak buat, nanti saya fikirkan cara utk bantu.

      Padam
  23. nice tip!
    1 entri stiap 2 jam tu boleh beku jgak tu nk buat entri ap..hehe

    BalasPadam
  24. sy pernah buat mcm ni mmg menjadi..heheh...tp tak selalu ada kerajinan nak buat entri banyak2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement