27 Februari 2015

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Anda tentu nak tahu siapa blogger yang sediakan servis untuk design dan rekabentuk blogspot kan? Saya tahu ramai blogger terutama blogger baru yang kurang mahir soal koding HTML blogspot mahu dapatkan rekabentuk blog yang tersendiri dan unik. Maka, untuk itu atas rasa mahu berkongsi manfaat ini, saya akan senaraikan blogger-blogger yang sediakan servis design blogspot ini.

Ok. Untuk memperoleh sebuah blog yang mantap, rekabentuk atau design adalah antara perkara penting yang perlu dititik-beratkan.
Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Ciri-Ciri Design atau Template Blogspot Terbaik

Ciri-ciri design blogspot yang bagus adalah:
  1. Kemas dan Tersusun.
  2. Ringan (masa loading kurang 5 saat).
  3. Saiz Kod HTML Tidak Terlalu Besar.
  4. Menepati atau Valid HTML3
  5. Menepati atau Valid CSS3
  6. SEO Optimized
  7. Responsif atau Mesra Mobile
  8. Cantik Menarik

Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk hasilkan sebuah blog yang tepati kesemua ciri. Apa yang penting design blog itu memberikan gambaran tentang perwatakan yang blog anda bawakan. Anda tidak boleh expect sebuah blog berbunga-bunga untuk cerita soal politik, atau blog kotak-kotak untuk cerita mengenai kisah cinta masa anda muda remaja.

Biar kena dan sesuai dengan isi kandungan serta niche blog anda. Sedap mata memandang dan tidak menyukarkan pengunjung blog, itu antara ciri-ciri am yang bukan teknikal yang harus anda terapkan dalam design blogspot terkini.

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Maka, untuk itu, saya senaraikan rakan-rakan blogger yang sediakan servis design blogspot untuk anda pilih dan kemudian kawtim ... hoho... cuba bagi kod ini - "Promosi Dari HH" bila nak deal dengan rakan-rakan blogger ini, manalah tahu kot-kot dapat sesuatu yang istimewa.... hehehe..


Saya berikan link-link ke akaun Facebook mereka, anda boleh PM mereka di situ untuk butiran-butiran lanjut. Harga, kehendak, keperluan dan apa-apa yang berkaitan dengan design blogspot, pandai-pandailah anda tanya mereka ye ...

Untuk test sesebuah blog itu untuk design terbaik, anda boleh godek sendiri dalam blog ini. Ada banyak tools online yang boleh anda gunakan untuk uji template baru blogspot anda.

Apapun saya pasti rakan-rakan blogger ini akan berikan servis terbaik mereka kepada anda yang mungkin nak bina blog yang wonderful .. hoho.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

9 Komen Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

bagus juga ada servis macam ni Malaysia..kalau dapat buat template ni aku pun nak buat servis..hahaha

Wow..menarik....banyak juga yang pakar bab koding nie

bagusnya pasti ramai tercari cari

Alhamdulillah terjumpa kat sini tentang informasi buat untuk blogspot. Memang elok kalau design template mengikut citarasa sendiri.

Memang sangat penting terutama untuk keselesaan pembaca..

Hmm ... harap boleh dimanfaatkan. :) saya suka ubah atau redesign template yang dah terbukti mesra SEO. Dari situ saya belajar sikit2 walaupun saya akui tak mudah nak buat template original sendiri.

Tolong kawan2 blogger dapat income sikit2. :) Saya tak pandai jadi saya syorkan mereka yang pandai. Tak perlu berlagak pandai ... :) akui je ... hehehe

Terima kasih HH,alhamdulillah disenaraikan di sini ;)
Semoga HH dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan... Tq HH!!!


EmoticonEmoticon