Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

AI Trade
Awas. Blog anda sedang diceroboh. Perhatian kepada blogger blogspot terutama blogger baru, seandainya anda terima email dengan notifikasi di bawah, itu tandanya seseorang dengan alamat email dinyatakan sedang cuba untuk ambil-alih blogspot anda.

Jangan abaikan email seperti ini. Ia bukan SPAM. Ia merupakan pemberitahuan penting kepada anda bahawa blog anda (blogspot) sudah ada pemilik baru. Pemilik ini mungkin anda tidak kenal, dan tidak tahu kewujudannya.

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini 

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

Jika anda berasakan sesuatu tidak kena, saya syorkan anda buka dashboard blogspot anda, dan lihat samada email itu berada di dalam senarai pemilik/penulis blog anda. Jika ada, sila buang serta merta.

Kemudian, sila tukar password anda.

Selepas tukar password, sila login ke Google Webmaster Tools, dan lihat samada blog anda tidak cuba dicapai oleh email lain. Klik bahagian edit Add and Remove User yang terdapat di sebelah kanan menu di dalam dashboard Google Webmaster Tools seperti ditunjukkan di bawah ini. Jika ada nama atau email yang tidak berkenaan, sila buang segera.

Blog kena hacked
Semoga bermanfaat.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

20 Comments

  1. Terima kasih diatas peringatan ini

    ReplyDelete
  2. Peringatan penting buat semua ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini... :)

    ReplyDelete
  4. Macam mana boleh by pass akaun gmail dengan mudah. Rajin rajinkan lah tukar password tu. All in one semua akaun Google ni. Diambil alih memang putih mata la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang putih matalah ... nanti saya nak kongsikan satu tips untuk pencegahan blog.

      Delete
  5. gua pun cemas dah hari tu sebab kena Malware...nasib baik dah settle..memang perkar seram buat blogger nie bro

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih atas ingatan nie bro.. insaallah cuba berhati2..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'alaikumsalam .. terima kasih kerana sudi baca blog ini.

      Delete
  7. Replies
    1. Sama-sama ... in Sha Allah, saling mengingati ..

      Delete
  8. Gunakan two-step verification kalau nak selamat.

    ReplyDelete
  9. Peringatan yg sgt penting ni...terima kasih bro..

    ReplyDelete
  10. Saya pernah dapat emel mcm ni. Tapi sebab sy akses dari 2 komputer. di ofis dan rumah

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.