Aktifkan MyKad Sebagai Kad Diskaun

Aktifkan MyKad sebagai kad diskaun. Ada di antara anda yang masih lagi belum tahu bahawa MyKad boleh diaktifkan menjadi sebuah kad diskaun pelbagai guna. Jika anda mahu menjadikan MyKad iaitu kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) sebagai sebuah kad pelbagai guna, anda seharusnya aktifkan MyKad anda untuk mendapatkan lebih daripada 10 aplikasi yang ada di dalam MyKad.

Erkk .. ya, ada lebih 10 aplikasi yang boleh anda masukkan ke dalam MyKad anda. Kemudahan-kemudahan terutama berkaitan kerajaan sebenarnya boleh dimuat turun dan digunakan menerusi MyKad. Anda boleh aktifkan MyKad anda secara percuma untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Jom Aktifkan MyKad Sebagai Kad Diskaun

Aktifkan MyKad Sebagai Kad Diskaun
Dan salah satu aplikasi yang menarik yang boleh anda gunakan menerusi MyKad ialah menjadikan ia sebagai satu kad diskaun. Program kad diskaun atau loyalty program ini diuruskan oleh Affiliate Junction. Program ini dinamakan MyKad Smart Shopper.

Menerusi program ini, pemilik MyKad boleh membeli belah dan pada masa yang sama mengumpul point yang kemudiannya akan dikembalikan dalam bentuk diskaun serta pelbagai ganjaran yang lain.
Aktifkan MyKad Sebagai Kad Diskaun

Usaha ini bukan sahaja akan membolehkan ramai rakyat Malaysia berbelanja secara bijak, tetapi pada masa yang sama memanfaatkan penggunaan MyKad sebagai kad pelbagai fungsi untuk pelbagai urusan.

Jom aktifkan MyKad.

Pendaftaran untuk aktifkan MyKad ini adalah percuma, jadi seharusnya peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja. Anda boleh rujuk entri ini untuk cara aktifkan MyKad sebagai kad diskaun secara online - Cara Nak Aktifkan MyKad Secara Online

1 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.