Abadikan cinta menerusi foto serta video perkahwinan. Servis foto serta video untuk perkahwinan kini semakin digemari untuk abadikan kenangan terindah untuk para pasangan di hari penuh bahagia. Jika dahulu, hanya rentetan gambar dijadikan modal kenangan buat pasangan berkahwin, tetapi kini ramai yang sudah mengambil kesempatan untuk mempotretkan keindahan itu dalam bentuk foto serta video - dua dalam satu.

Berbanding dengan di zaman saya dahulu, hanya gambar diabadikan sebagai kenangan sepanjang zaman. Itupun menggunakan kamera DSLR yang menggunakan filem. Jadi, kosnya agak tinggi memandangkan gambar atau foto yang diambil perlu dicuci di kedai. Mahu merakamkan video perkahwinan? Ohh boleh lari bajet dibuatnya ....

Abadikan Cinta Menerusi Video Foto Perkahwinan


Tetapi untung pasangan berkahwin sekarang, anda boleh dapatkan pakej foto dan video dalam bajet yang tidak membebankan. Bukan seratus foto anda boleh dapat, malah beribu gambar dari pelbagai sudut boleh anda abadikan. Tambah lagi, dari foto boleh jadi video, dan video pula boleh diambil hanya dari satu kamera DSLR terbaik.

Rakamkan Detik Terindah Untuk Kenangan Abadi

Kecanggihan ini membolehkan setiap detik kenangan terindah di setiap majlis dirakamkan tanpa ada sebarang masalah. Apatah lagi dengan kebolehan jurugambar yang pandai mengambil rasa serta suasana sehingga menjadi sebuah foto itu nampak hidup, apatah lagi dengan rakaman video berdefinasi tinggi yang menyerlahkan lagi keindahan sebuah majlis sekali dalam seumur hidup.

Raikan Chinta Studio - Servis Foto dan Video Perkahwinan

Untuk itu, saya perkenalkan Raikan Chinta Studio. Raikan Chinta Studio mempunyai kepakaran profesional untuk para pasangan yang akan mendirikan rumahtangga untuk mengabadikan kenangan terindah dalam bentuk foto mahupun video perkahwinan.
Abadikan Cinta Menerusi Video Foto Perkahwinan

Raikan Chinta Studio sedia mengabadikan cinta anda menerusi video serta foto perkahwinan mengikut bajet berdasarkan pakej yang ditawarkan. Pastinya ianya berbaloi kerana servis yang diberikan adalah pasti terbaik, menepati dengan hasrat Raikan Chinta Studio yang mahu melihat anda dan pasangan sentiasa mengingati saat cinta itu disilaturrahimkan secara sah lagi bermakna.

Jangan biarkan momen-momen sekali dalam berjuta itu terlepas dari pandangan dan kenangan. Dapatkan servis perkhidmatan foto dan video perkahwinan bersama Raikan Chinta Studio. Rakamkan gelak tawa, tangis sendu, bisikan manja, kemeriahan suasana, serta magis majlis besar anda itu tanpa risau dan ragu.
Abadikan Cinta Menerusi Video Foto Perkahwinan

Abadikan cinta menerusi servis video dan foto perkahwinan terbaik hasil kreativiti Raikan Chinta Studio. Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh berhubung menerusi:

Facebook Raikan Chinta Studio - https://www.facebook.com/raikanchinta
Laman web - http://www.raikanchinta.com/ 
 

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

memang perlu sewaktu-waktu kita ingin tengok kembali kenangan manis itu

Reply

teringat pula kisah yang buat jadi geram kalau diimbas, masa majlis kawin MJ dulu kami ada amik khidmat video dan gambar ni. hasilnya gambar dapala, tapi video nan hado..video tanpa suara..

Reply

lawa tuh..silap pilih, memang merana le sebab nak murah punya pasal..:D

Reply

okay boleh masukkan dlm list kawen nant

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.