7 Alasan Kenapa Wanita Suka Menangis

7 Alasan Kenapa Wanita Suka Menangis. Pelik? Tak pelik. Itu memang sifat seorang wanita. Ok. Saya nak kongsikan sesuatu kepada anda, sedikit lain dari kelumrahan saya kongsikan tips blogging. Entri kali ini untuk menghargai seorang wanita. Jika anda seorang lelaki, anda patut baca ... dan wanita patut terima kasih sebab saya kongsikan entri ini .. hehehe...

Sekadar berkongsi sesuatu untuk lebih menghargai wanita, bukan setakat pada paras rupa tetapi daya dan kekuatan yang telah diberikan kepada seorang wanita oleh Tuhan.

7 Alasan Kenapa Wanita Suka Menangis

Wanita Menangis Tanpa Alasan
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" 

Wanita Menangis Tanpa Alasan?

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Wanita Menangis Tanpa Alasan
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, antara bisikan yang didengarinya adalah:
  1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
  2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
  3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
  4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
  5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
  6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
  7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Semoga entri ini akan membuatkan para pembaca terutama lelaki-lelaki bergelar suami dan bapa untuk lebih menghargai si isteri yang menjadi ibu kepada anak-anak.




Bukan sekadar hargai isteri, tetapi hargai juga pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu yang tak tahu sudah beribu ratus kali menangis disebabkan kita, hatta pada ketika sedang bergembira.

Kongsikan kepada yang lain, dan sayangi ibu dan isteri semampunya.

{ 9 comments.. read them below or add one }

naim naim October 19, 2011
Tidak kira lelaki mahupun wanita boleh menangis tanpa alasan sebab memikir dosa uyg telah kita lakukan
aimie amalina aimie amalina October 19, 2011
betol!
air mata itu adalah rakan karib sy cek HH
huuu
kekdg setiap mlm
selalu nanis sebelom tido
aihhhh
x taw la nape...hehehe
Scarlett O'Hara Scarlett O'Hara October 20, 2011
Macam mana dgn wanita yg susah sgt menangis?Ada tak petua nak eri dia menangis?
Diana Rashid Diana Rashid February 17, 2015
Saya mudah jugak menangis tapi saya tak pernah menangis depan suami..hahaha...sepuluh tahun dah kawen,masa Opah saya meninggal pun saya menangis sorok2 je dari dia.. :p malu la suami terlihat muka hodoh saya bila menangis.

tapi ada orang kata ada kesan buruk nya..suami akan merasa dia suduh memberikan yang terbaik untuk isteri.jadi dia akan berhenti berusaha.saya tak tahu la betul ke tak tapi setakat ni saya rasa semuanya ok..:)
Julia Johari Julia Johari February 17, 2015
Terharu saya baca...saya ni ratu air mata tau HH...kadang2 saya pok anak saya tu nakal sikit malam sat gi saya mula ar buat ratu air mata sedih melampau...walhal mmg patut bg hukuman sikit kt anak ni baru dia tau batas susila
Sentiasa Panas Sentiasa Panas February 18, 2015
Memang adakalanya tanpa alasan langsung hehe
KERJA KOSONG TERBARU KERJA KOSONG TERBARU February 22, 2015
Menangis boleh tapi janganle sampai tak boleh pujuk plak..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.