08 Januari 2015

Video Cara Daftar GST Secara Online

Video cara mendaftar GST secara online. Walaupun tarikh sebenar pendaftaran syarikat dan perniagaan telah pun tamat pada 31 Disember 2014, namun masih ada peluang dan masa untuk syarikat-syarikat baru memohon dan mendaftarkan GST. Pendaftaran GST kini mudah kerana ia boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Untuk mendaftar GST, syarikat yang penuhi syarat adalah wajib untuk daftar. Syarat tersebut ialah mempunyai atau memiliki perolehan pendapatan melebihi RM500,000 setahun. Jika tidak, syarikat boleh mendaftar GST secara sukarela. Setakat pengetahuan saya, pendaftaran untuk GST adalah percuma sebelum dikuat-kuasakan bermula 1 April 2015.
Video Cara Daftar GST Secara Online

Video Cara Daftar GST Secara Online

Panduan pendaftaran GST boleh ditonton menerusi video yang disediakan ini. Ikuti dan faham seandainya anda mahu mendaftarkan syarikat anda dalam GST dan memanfaatkan sistem percukaian baru kerajaan Malaysia ini.

Cara-cara pendaftaran GST juga boleh anda baca menerusi panduan yang telah disediakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia di pautan berikut: Panduan Pendaftaran GST untuk Syarikat dan Perniagaan

Saya harap informasi video cara daftar GST secara online ini dapat beri manfaat kepada yang mungkin berkira-kira nak daftar syarikat atau perniagaan dalam GST secara sukarela. :)

Semoga bermanfaat.

p.s: Jika anda menggunakan platform pengiklanan KOMLI, anda perlu hantar butiran mengenai GST ini kepada pihak KOMLI, jika tidak anda tidak dapat sebarang pelepasan bayaran income blog.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

5 Komen Video Cara Daftar GST Secara Online

Diharap syarikat yang masih belum mendaftar akan berbuat sedemikian. video ni memudahkan bagi mereka yang masih belum jelas dengan cara pendaftaran

semua company ker kena buat ni? - kedaionlinemy.com

Risau sebenarnya bila nak dekat GST nie..mmg kita pengguna tak kena register...tapi peniaga kena register..masalah skrg bukan pasal register...kalo mereka yg berniaga umur dah 60 tahun niaga kedai runcit jekk..jualan lebih sket jek 500k...register senang aa...nak handle bulan2 buat akaun bleh ker?

Nak upah budak u bleh jek...gajikan 2k 3k..masalah skrg nak ker budak2 u nie kerja kat kedau runcit...

Situasi nie dah berlaku kat tempat saya...adoii...sian pak ali.... :(

Hanya company yang penuhi syarat sahaja

Hehehe.. kena rujuk ngan pihak kastam. Saya register je sbb tak kena duit pun.


EmoticonEmoticon