Langkau ke kandungan utama

Trafik Blog 2.5 Juta Pageviews 2014

Trafik Blog HASRULHASSAN.COM 2.5 Juta Pageviews 2014. Alhamdulillah, tahun 2014 merupakan tahun yang agak baik buat blog ini. Ia merupakan tahun di mana ada blogger yang iktiraf saya sebagai sifu blogger blogspot dan juga sebagai pakar SEO Malaysia. Semua pengiktirafan ini diberikan oleh mereka sendiri, tanpa saya nak berkomplot atau perlukan undian. Alhamdulillah, misi visi saya untuk tahun 2014 tercapai dan terlaksana.

Syukur kepada Allah S.W.T, tahun 2014 juga merupakan tahun saya berjaya buat duit blog menerusi affiliate sehingga berjaya kumpul lima angka komisen affiliate secara keseluruhan di tahun 2014. Terima kasih kepada para IM Malaysia yang memberikan peluang kepada saya untuk review produk-produk affiliate mereka, dan mempromosikannya di blog ini.

Trafik Blog 2.5 Juta Pageviews 2014

Trafik Blog 2.5 Juta Pageviews 2014

Trafik blog ini menurut Google Analytics berjaya capai 2.5 juta pageviews. Satu pencapaian yang tidak disangka-sangka. Berbeza sekali dengan kejayaan saya sebagai blogger di tahun 2013. Terima kasih kepada beberapa admin page terkenal yang sudi kongsikan entri blog ini, sehingga melonjakkan beberapa entri ilmu terutama entri Cara Buat Blog Sendiri. Budi anda memang tidak dapat dibalas.

Penghargaan dan Budi Yang Tidak Terbalas

Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pembaca blog ini yang sudi singgah, baca, komen dan cedok ilmu-ilmu blogging yang telah dikongsikan. Tanpa anda, blog ini takkan 'bernyawa' sehingga kini. Terlalu ramai yang ingin saya sebutkan ...

Terima kasih kepada Ben Ashaari, Abang Ensem, Denaihati, Mat Gebu dan ramai lagi rakan blogger yang telah bantu saya menjenamakan blog ini. Sungguh, ia satu budi yang sukar untuk dibalas. Budi yang akan dibawa sampai ke mati, hanya doa dari saya untuk anda semua yang mampu saya berikan sebagai balasan.

Dulu Rasa Sukar Dicapai

2.5 juta pageviews dulunya hanya impian yang terasa sukar dicapai. Tetapi, saya azam di awal tahun 2014 saya perlu lakukan yang terbaik lebih lagi berbanding sebelumnya. Tahun 2014 nyata mencabar bila banyak blog telah beri impak hebat dalam komuniti online, seperti telah saya nyatakan dalam entri Blog Bakal Popular 2014.
Trafik blog hasrulhassan 2014
Trafik blog hasrulhassan 2014

Syukur. 2014 juga memberikan kesan apabila ramai usahawan dan syarikat kecil sederhana menggunakan khidmat saya mempromosikan produk-produk mereka menerusi penulisan berbentuk Advertorial. Alhamdulillah, lebih 50 advertorial 2014 atau review telah saya tulis di blog ini, dengan kebanyakkannya entri tersebut berjaya top 5 di enjin carian Google. Syukur. Ini adalah hasil ilmu yang dicari dan dipraktikkan.

Terima Kasih ALLAH

Terima kasih semua. Terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih pembaca setia, terima kasih yang sudi follow blog ini. Terima kasih pada mereka yang tidak henti mencari ilmu blogspot. Terima kasih Allah.

Terima kasih juga buat isteri tersayang, anak-anak yang support apa yang telah saya usahakan sejak 2009-2010. Maafkan saya kerana telah banyak habiskan masa dek kerana blog ini. In Sha Allah, 2015 akan jadi lebih baik.

Azam, Misi dan Visi 2015

  1. Terbitkan sebuah ebook berkaitan blogspot.
  2. Buat kelas percuma mengenai blog di utara Malaysia.
  3. Beli sebuah laptop hasil duit income online menerusi affiliate.
  4. Bantu lebih banyak blogger baru dapat pageviews lebih 500k dalam tahun 2015.

Doakan.

Salam Maulidur Rasul.
advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bro kt mana utara tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nibong Tebal Ikaa .. :) tahu ke tempat tu?

      Padam
    2. traffic abg hh tinggi btol - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Hebatnya! Tinggi betul trafik blog Encik HH ;D Tahniah. Moga terus maju ye ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trafik yang ada hanyalah angka ... yang paling bermakna ialah pembaca seperti Sally yang selalu baca dari A sampai Z segala perkara yang ditulis tanpa rasa jemu.

      Padam
  3. terbaik bro..aku punya baru cecah 1j PV

    BalasPadam
  4. tahniah tuan hasrul hassan....semoga kami semua dapat ilmu yg berguna drp blog ini utk tingkatkan UV dan PV....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah. Boleh sahaja. Dan saya doakan anda berjaya realisasikannya.

      Padam
  5. memang terbaiklah.. moga terus sukses..

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah...
    Tahniah..mmg byk saya baca tips dan entry2 yg bole di manfaatkan di blog saya, sangat menjadi, terima kasih HH atas tunjuk ajar walaupun dgn entri saja..hehehe
    Selamat maju jaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Lin kerana terus membaca blog saya ini. Jutaan terima kasih kerana sudi praktik apa yang diberikan sebagai jalan untuk berjaya di dalam dunia blog Malaysia.

      Padam
  7. Tahniah... anda bertuah kerana sudah semakin dikenali dan dikelilingi oleh mereka2 yg hebat didunia blogger. Semua itu atas usaha tuan sendiri dan wajar utk anda berbangga dan bersyukur. Semoga 2015 akan lebih cemerlang... dan rajin2lah singgah ke blog kami yg dipinggiran ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, 2015 akan saya lebih kerap blogwalking ... :) saya pasti akan intai kesilapan blogger baru untuk dihighlight di blog saya kelak.

      Padam
  8. Tahniah HH..tak terkejar saya...

    BalasPadam
  9. terbaiklah tuan..saya tumpang gembira dan saya pasti tuan boleh merealisasikan azam yang diingini tersebut.

    BalasPadam
  10. Tahniah! Semoga terus berjaya. Mohon tunjuk ajar dari blogger baru ini. Studioous.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Tahniah tuan. Banyak saya perlu belajar lagi dengan tuan tentang cara buat blog.

    BalasPadam
  12. tahniah bro. Satu angka yang menakutkan hahaha, tinggi betul tu. Semoga 2015 akan membawa kejayaan yang lebih baik lagi

    BalasPadam
  13. Tahniah di atas kejayaan Tuan. Saya baru belajar blogging ala Malaysia.

    BalasPadam
  14. Tahniah...semoga akan banyak ilmu yang akan di share di blog HH ini
    Terima kasih

    BalasPadam
  15. tahniah.semoga terus maju dan maju lagi dalam dunia blogging :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Post Terkini