Ada kawan-kawan mintak tolong saya orderkan, jadi saya bantu. Tak tahu nak shopping online di Lazada Malaysia katanya. Maka, atas pengalaman manis pahit saya shopping online di Lazada Malaysia, maka saya bantu kawan saya tu membeli belah secara online.

Saya tak ada masalah, cuma masalahnya ialah alamat shipping. Bila terlupa nak tukar alamat shipping ke alamat kawan saya, jadi bertambahlah kos saya terpaksa ditanggung walaupun dapat beli online di Lazada Malaysia dengan harga murah berbaloi.

Shopping di Lazada Malaysia Lagi ....

Shopping di Lazada Malaysia Lagi ....

Shopping di Lazada Malaysia Lagi ....

Produk yang dibeli adalah pakaian untuk wanita dan juga power bank jenama Pineng.

Pertama Kali Beli Pakaian di Lazada Malaysia

Saya pertama kali beli pakaian menerusi Lazada. Kawan saya ni telah terbekenan satu produk ni, jadi dia minta saya tolong belikan. Jualan awal tahun dirembat oleh kawan saya tu untuk dapatkan diskaun pembelian. Sebelum ni dah buat perbandingan harga di Pasar Kemboja Original Parit Buntar dan beberapa kedai online lain. Dan nampaknya Lazada Malaysia jual lebih murah.

Pastu rakan saya tertarik pula dengan tawaran harga Pineng USB Powerbank yang pernah saya beli sebelum ini. Hoho ... tambah belian lagi.

Alhamdulillah, semua pembelian dah selamat sampai ke pintu rumah saya oleh agen penghantaran yang dipertanggungjawabkan oleh Lazada Malaysia. Walaupun ada sedikit kelewatan tetapi alhamdulillah, barang dan produk yang dibeli secara online di Lazada sampai dalam keadaan baik.


Dah banyak saya buat belian di Lazada Malaysia ni, harapnya Lazada bolehlah bagi baucer tunai ke, atau pun beri penajaan setahun macam si ibu mengandung tu dapat dengan Zalora .. hoho ..

Siapa nak bershopping di Lazada Malaysia, harap anda dapatkan tips pembelian yang telah saya kongsikan di blog ini, jangan sampai anda rasa tertipu dengan tawaran harga menarik yang diberikan. Walaupun nama Lazada gah, tetapi tidak semestinya kesilapan tidak boleh berlaku, apatah lagi bila ada banyak syarikat yang menjadi rakan dagangan di dalam Lazada.

Oh ya, satu ingatan tulus ikhlas dari saya. Jika ada kawan yang minta belikan di Lazada, pastikan anda check alamat shipping tu, biar terus hantar ke tuan punya barang, kalau tak jadi macam saya yang terpaksa pos pula barang dibeli kepada empunya badan.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

adeh..dan bertambah kos nak pergi hantar dekat member gak..takpela..tersilap..kan

Reply

mcm ne nak tukar alamat tu...

Reply

login ke akaun Lazada anda .. tukar kat situ

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.