'Serangan' Bertubi-Tubi Kedai Online Murah

Terkejut. Inbox email saya 'diserang' bertubi-tubi oleh Kedai Online Murah. Saya tak tahu siapakah pemilik kedai online murah ini sehingga tanpa jemu penuhi ruang komentar di blog ini. Serangan bertubi-tubi ke ruangan komen blog ini bukan pertama kali berlaku, malah banyak kali dah. Saya relakan sahaja, asalkan komen yang diberikan itu bernas lagi tidak menyakitkan jiwa ..haha

Terima kasih kepada Kedai Online Murah yang sudi meninggalkan komen dan ulasan tanpa jemu di blog ini. Setidak-tidaknya, ada juga aktiviti berlaku walaupun saya hadapi beberapa kesukaran untuk curah idea sejak kebelakangan ini.

'Serangan' Bertubi-Tubi Kedai Online Murah

'Serangan' Bertubi-Tubi Kedai Online Murah

Saya suka pembaca komen blog saya. Ada yang tinggalkan pesanan. Ada yang tinggalkan pertanyaan, malah ramai yang memberikan komen dari segi bentuk ulasan mengenai entri yang telah saya tulis.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu membenarkan komen-komen dilepaskan walaupun ada yang tidak menyebelahi diri saya sebagai penulis blog ini. Apatah lagi dari komen pembaca Anonymous. In Sha Allah, ada modal nanti saya akan berikan satu bentuk penghargaan kepada mereka yang sudi meninggalkan komen bertalu-talu di blog ini.

Kelebihan Ruang Komen Untuk Mendapat Perhatian

Ruangan komen adalah satu bentuk atau cara untuk blogger baru dikenali di dunia blog Malaysia. Ia juga boleh dijadikan medan membina kredibiliti diri selain menjadi tempat untuk menunjukkan kematangan dalam dunia blog Malaysia. Awas dengan apa yang anda komen, sebab kadangkala komen tak kena tempat boleh makan diri .. hoho.

Saya sendiri dahulunya antara yang kerap meninggalkan komen di blog-blog rakan blogger yang lain. Dari situ saya disedari kewujudan, dan diberi peluang oleh blogger lain dipromosikan tanpa saya minta pun. Begitulah umpan untuk mendapatkan perhatian. Guna umpan ruangan komen, dan pastikan komen bukan berbentuk Spam. In Sha Allah, ia akan beri impak baik kepada diri dan blog anda. :")

{ 10 comments.. read them below or add one }

MY HIJRAH PORTFOLIO 0123513407 MY HIJRAH PORTFOLIO 0123513407 January 12, 2015
Tq..sy antara follow blog tuan.byk ilmu telah dipelajari


Ada tutorial Buat kotak komen mcm tuan
yoorin melacolea yoorin melacolea January 12, 2015
samalah.. byak ilmu sy pelajari.. cara nak handle blog.. sy suka baca cerita Bro HH didik anak2.. sebab tak ramai org laki yg boleh cerita pasal cara didikan pada anak2..selalunya kan mak mak saje.. lucu jugak kadang2 baca entry nya.. hehehe..
ahkak gojes ahkak gojes January 12, 2015
wow..banyaknya serangan komen kedai online murah kan
reezluv reezluv January 12, 2015
tu dia peminat tuh..peh...aku pun best plak duk lawat blog ni, sebab banyak blogpost baru..:D
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 13, 2015
Tak terbalas saya dibuatnya .. haha
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 13, 2015
Hmm .. nanti saya akan ceritakan lagi bab tu lebih banyak dalam blog :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 13, 2015
Ada. Boleh cari .. gunakan search box yang saya saya sediakan tu.
Mrs. A Mrs. A January 13, 2015
Huhuuhuuu...tapikan Mrs. A ni jenis yang tak balas komen.
Walaupun setiap komen tu Mrs. A baca dan suka sangat bilamana entry di komen.
Camno tuh?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.