Blogger Tersenarai Pemenang Shell Win Free Fuel

Hoho. Saya baru tahu ramai juga blogger yang berjaya tersenarai sebagai pemenang di dalam kontest Shell Win Free Fuel for a year. Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang berjaya menang hadiah dalam kontest ini.

Saya difahamkan blogger tersenarai pemenang Shell Win Free Fuel untuk kategori mingguan, di mana setiap minggu pihak Shell akan mencari seramai 835 pengguna Shell untuk menjadi pemenang kepada hadiah wang tunai sebanyak RM200 setiap minggu. Seterusnya memungkinkan juga untuk mereka menang hadiah utama minyak percuma selama setahun yang disediakan.

Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk terima bekalan minyak selama setahun bagi setiap bulan. Nilai yang setara mengikut terma dan syarat dinyatakan Shell adalah RM10,000 - uhhh baru tahu bajet setahun untuk petrol kenderaan sampai banyak tu!

Senarai Pemenang Shell Win Free Fuel

Senarai pemenang Shell Win Free Fuel for a year ini telah dikeluarkan di laman web Shell, dan anda boleh rujuk di sana. Anda boleh buat carian samada anda adalah terpilih sebagai pemenang bertuah.

Untuk lihat senarai pemenang penuh, boleh klik - Shell Win Free Fuel dan semak menggunakan kotak Search yang disediakan.

Contest ini akan berakhir pada bulan Mac 2015. Cara-cara nak sertai, anda boleh rujuk laman web Shell atau terus je ke stesen minyak Shell yang berdekatan - stesen yang jauh pun leh pergi jugak, tetapi kena pam minyak lebih sikit la. Nak senang, leh baca butiran di sini - Shell Win Free Fuel

Pada yang berjaya menang Shell Win Free Fuel, anda akan terima satu kad Shell EasiGO American Express Prepaid Card dengan nilai yang telah dinyatakan. Bagi yang dah ada kad ini, pihak Shell akan top up secara automatik. Bagi pemenang kontest yang belum ada, anda akan terima kad tersebut menerusi pos.

Adakah anda tersenarai sebagai pemenang Shell Win Free Fuel 2015 ini? Jika ya, boleh kongsikan sedikit kegembiraan anda menerusi ruangan komen di bawah ini ye .... :)

Dapat tahu ramai juga blogger yang terlibat dalam promosi contest ini (pasti bukan saya), mungkin sebab itulah ada nama blogger yang tersenarai menang ... hoho hoho .... ejejee... (iyerlah sangat kannn ...)

Dan jika ada kelapangan, cuba anda check nama Hasrul dan lihat ada tak nama saya dalam senarai pemenang Shell Win Free Fuel ini? Manalah tahu kan .. tetiba sebab saya tulis entri ni, pihak Shell nak pilih saya sebagai pemenang walaupun hanya baru sekali dua hantar borang penyertaan ... hoho. 

{ 7 comments.. read them below or add one }

yang baik Ishak yang baik Ishak January 16, 2015
alamak... dah keluar senarai pemenang... dah semak dah, nama tertinggal kot. :P
Maria Firdz Maria Firdz January 16, 2015
Tahniah.. Isi byk sgt dah sbb mmg pngguna shell tapi xde rezeki kt situ..
KiD KiD January 16, 2015
Saper blogger yang menang tu ek?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 16, 2015
Ada 3-4 orang blogger yang menang, bukan hang mennag ka?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.