Resepi sedap burung Puyuh goreng Madu masak kicap. Hoho .... jangan anggap saya sebagai house husband tak boleh masak masakan eksotik (eksotik la sangat). Alhamdulillah, saya berjaya masak burung Puyuh goreng madu, yang diperisakan dengan kicap lemak manis Jalen pedas-pedas gitu. Saya masak menu ni sebab permintaan rakan isteri saya yang baru-baru ini singgah bermalam di rumah sebab mahu ke Pasar Kemboja Original Parit Buntar.

Resepi burung Puyuh goreng madu ni simple je saya buat. Saya main bantai ikut sedap rasa saya. Lagipun sebelum ni saya dah agak mahir buat resepi daging masak kicap, jadi teknik dan cara yang sama juga saya gunakan untuk resepi mudah ini. Cumanya, saya letak madu pada burung Puyuh bagi ada kesan kuning keemasan ketika menggoreng.

Resepi Puyuh Goreng Madu Masak Kicap

Bahan-bahan Resepi Puyuh Goreng Madu Masak Kicap

  • 5 ekor burung Puyuh yang telah disiang bersih dan dipotong empat.
  • Madu. Saya syorkkan guna madu tualang asli.
  • Minyak masak.
  • Serbuk kunyit.
  • 3 buku bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Seinci halia.
  • Garam.
  • Cili api.
  • 2 biji cabai masak.
  • Sebiji lada benggala.
  • Kicap lemak manis.
  • Sos tiram.
  • Sos tomato.
  • Sos cili.
[post_ads]
Bahan Optional (tak letak pun tak mengapa)
  • Sedikit kacang peas.
  • Sedikit kobis bunga.
  • Seinci kulit kayu manis.
  • Bunga lawang + bunga cengkih + biji pelaga.

Resepi Puyuh Goreng Madu Masak Kicap

Cara-Cara Memasak

  • Mula sekali, anda kena perap dahulu burung puyuh dengan gaulkan dengan madu, garam, serbuk kunyit sehingga sekata. Biar dalam 10-20 minit.
  • Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.
  • Goreng burung puyuh sehingga warna keemasan. Gunakan api sederhana untuk elak ia hangus tanpa sedar.
  • Bila dah nampak kekuningan, anda buangkan minyak yang ada dalam kuali. Caranya ialah dengan menggunakan senduk, pastikan api kuali dikecilkan. Tinggalkan sedikit minyak sahaja, dalam kira-kira dua atau tiga sudu teh.
  • Hiriskan bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian, masukkan ke dalam kuali yang ada burung puyoh tadi. Untuk optional, masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan kicap lemak manis, dan sos tiram ikut citarasa sendiri.
  • Bila nampak terlalu pekat, masukkan sedikit air. Tunggu sehingga masakan mendidih.
  • Masukkan cili merah, cabai benggala dan cilu api. Jika mahu pedas, masukkan lebih cili api.
  • Gaulkan sehingga sekata. 
  • Masukkan juga kacang peas dan kobis bunga. Boleh juga gunakan kacang buncis atau kacang panjang.
  • Bila nampak macam kuahnya pekat, masukkan air tapi jangan terlalu banyak. Sikit je.
  • Biarkan mendidih. Rasa masakan anda. Tambah garam jika perlu.
  • Jika rasa kurang masam, tambahkan sos tomato. Jika nak rasa manis-manis pedas, masukkan kicap dan juga sos cili.
  • Bila dah rasa ok, biar dalam 2-3 minit lepas tu ... walla siap.
[post_ads_2]
Okeh. Selamat mencuba.
Resepi Puyuh Goreng Madu Masak Kicap


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement