Ramai blogger lupa teknik SEO yang mudah ini. Serius. Apabila saya kedapatan untuk blogwalking menerusi segmen seperti segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH, saya akan nampak teknik SEO mudah ini tidak dipraktikkan. Ia mudah sebab kita sudahpun belajar semasa di bangku sekolah!

Jika anda telah memiliki Kitab SEO Merah Jambu, bab mudah ini ada diceritakan secara mengiurkan dalam kitab tersebut. Kitab SEO yang telah membantu ramai blogger hasilkan income menerusi program affiliate percuma seperti Ashadee.com mahupun Klikjer.com. Jika anda serius nak buat duit dengan blog tahun 2015 ini menerusi program affiliate, maka anda harus BELI kitab tersebut.
Ramai Blogger Lupa Teknik SEO Mudah Ini

Ramai Blogger Lupa Teknik SEO Mudah Ini

Rungut Harga Kitab SEO Merah Jambu

Ada yang rungut harganya RMXXX, tetapi percayalah, jika anda ikut langkah di dalam Kitab SEO Merah Jambu ini, anda akan terus ingat dan teknik SEO anda sudah jadi 'makanan' anda di dalam dunia blog Malaysia. Ada kitab ini dalam simpanan, dan ikut amal hari-hari, in Sha Allah, ramai blogger takkan lupa teknik SEO mudah ini.

Teknik SEO mudah apa yang saya dok bebel ni?

Ok. Tak nak baca bebelan, kena beli kitab tu, kalau tak, baca entri sampai habis!

Gini. Katakan anda nak jual Apam Gebu, yang anda dapat resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Anda mahu Apam Gebu anda dijual di blog anda. Maka, satu hari anda pun siapkan satu artikel atau entri dengan tajuk Apam Gebu Mengiurkan.

Tajuk - Apam Gebu Mengiurkan.

Perenggan pertama, anda pun tulis ... "Apam Gebu yang saya buat dua hari lepas sedap sangat, sampai membuatkan suami ...... bla .. bla .. bla ... nanti saya kongsikan gambar Apam Gebu yang mengiurkan itu .... bla .. bla .. malah jiran pun cakap Apam Gebu saya tu mengiurkan.... bla .. bla .."

Perenggan kedua .... anda cerita lagi, pastu anda letak gambar Apam Gebu mengiurkan tu. Anda pastikan gambar cantik jelita Apam Gebu diambil guna resolusi terbaik, pastu gambar tersebut dalam format jpg atau png dinamakan sebagai "Apam-Gebu-Mengiurkan.jpg" ... atau "Apam-Gebu-Mengiurkan.png".

Letak di perenggan kedua entri anda tadi, tak pun di bahagian perenggan ketiga. Anda letak dua tiga gambar Apam Gebu. Satu gambar anda dah namakan sebagai "Apam-Gebu-Mengiurkan.jpg" dan satu lagi gambar yang anda ambil, anda dah pun tukar namanya dari "DSC0012.jpg" menjadi "Apam-Gebu.jpg". Ada dua gambar. Satu letak perenggan awal, dan satu anda nak letak di perenggan akhir.

Dah letak, anda pun 'tag' gambar tersebut guna fungsi alt dan juga title. Tak tahu cara? Boleh rujuk entri Kod HTML Betul Untuk Gambar dalam Blogspot, saya ada kongsikan sedikit tips berkaitan gambar untuk tujuan SEO blogspot.

Perenggan akhir. Tulis lagi kisah Apam Gebu yang konon mengiurkan tu dengan lebih mengiurkan lagi, biar sampai meleleh. Nak lagi berkesan, jangan lokek berkongsi ilmu cara membuatnya, kasik tips sesikit ... anda harus yakin, hanya anda je ada kemahiran membuat Apam Gebu mengiurkan. Bukan semua orang ada kemahiran buat Apam Gebu walaupun dah ada resepi.... :)

Nah. Satu contoh entri yang dah di SEO untuk mudah muncul di Google.
Teknik SEO mudah untuk blogspot

Siap. Rasa dah lebih 300 patah perkataan, maka terus publish tanpa ragu-ragu. Jangan lupa letakkan kata kunci Apam Gebu Mengiurkan di bahagian Search Description yang ada di bahagian tepi editor blogspot anda.

Haaa .. tak susah pun ye tak? Susah sebab anda tak pernah buat. In Sha Allah ia akan jadi mudah dan diibaratkan 'makanan' je nanti ... tak caya? Cer beli Kitab SEO Merah Jambu tu ....  saya suruh beli .... walaupun harganya RMXXX sebab nanti, dengan kitab tu anda boleh buat duit sehingga RMXXXX malah RMXXXX darab kuasa dua..... hoho.

Anda boleh baca tips SEO blogspot menerusi blog ni, tapi jika nak dalam masa sehari semalam faham .. maka saya syorkan anda tanpa ragu beli kitab tu.

55 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah sebab dah berjaya dapatkan..nampaknya tahun 2015 ni ramai le join affiliate kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2015 memang akan ramai join dan berlumba nak dapatkan income menerusi affiliate ni.

      Padam
  2. Salam bro hh, nak tanya. Search Description tu yang mana satu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian editor ... kat tempat kita tulis entri ni ... lihat sidebar - tepi ada .. atas OPTION.

      Padam
    2. Search description tidak akan muncul di editor selagi tidak enable kan search description. :)
      boleh baca disini
      http://calrasepatrick.blogspot.com/2014/12/tips-blog-lebih-bagus-seo.html

      Padam
  3. memang teringgin nak beli,, tunggu masa jer,, nk jugak belajar - kedaionlinemy.com

    BalasPadam
  4. Skang nie.... masih ada peluang nak beli produk digital premium dengan harga BUNDLE sambil menderma kepada mangsa banjir.....termasuk kitab gempak tu.... tinggal dua hari lagi woo.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ramai beli, saya pun ada beli sbb nak dapatkan benda2 lain yang perghh memang mengiurkan.

      Padam
  5. Atas OPTION --> LOCATION. Yang itu ke Search Description tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ini kes tak enable SEARCH Description ni .. patutla tak ada. Gi kat dashboard, gi kat Settings - Search Preferences - Meta Tag. Klik situ enable search decription.

      Padam
    2. Oh, dah dapat. :) Terima kasih bos. Buat dulu setting tu, nanti baru saya nak baca apa fungsi dia. Hehhehe.

      Padam
    3. Orait. :) tahniah sbb dapat ilmu baru .. hoho

      Padam
  6. Tambah ilmu lagi. Kadang terlupa. Thanks bro HH.

    BalasPadam
  7. Untuk pencerahan untuk ilmu SEO. Moga ramai yang dapat ilmu yang berguna ini. Semoga tahun 2015 lebih power income buat semua rakan2.

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang sangat berguna dan boleh menambah pengetahuan. Terima kasih sudi share brother HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. Ramai dah blogger yang mantap bab SEO ni walaupun baru je buat blog.

      Padam
  9. Assalam HH.. saya masih ingat lagi pesanan HH yg dulu pernah share gambar chocolate donut tu kat fb rasanya.. ke ada entry lain... tapi mmg ada. Tahun 2015 ni rasanya dah mula kena cari ruang masa yg lebih baik utk berblogging.. in shaa Allah.. Apa pun, selamat tahun baru 2015. Semoga 2015 ini membawa kejayaan yg lebih cemerlang buat HH dari tahun sebelumnya... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebenarnya dah berkali-kali dah saya share dalam entri berkaitan tips SEO blogspot ni.... ni kira ulang tayang dan ulangkaji juga .. bukan setakat untuk orang lain tapi untuk diri saya juga.

      Padam
  10. Memang benar teknik SEO mudah ini masih banyak yang lupa untuk dipraktikkan

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Ya, betul tu. Kadangkala benda simple macam inilah yang beri impak besar untuk sesuatu penulisan bercirikan SEO.

      Padam
  12. mungkin ramai blogger yang terlepas pandang teknik SEO mudah ni...haa, bagi yang sudah tahu...jom kita praktikkan... :D

    BalasPadam
  13. Kandungan entri yang bertepatan dengan tajuk (keyword) adalah kunci utama SEO...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Tajuk, perenggan pertama, fungsi h1, h2, h3 ... semua itu diambil kira untuk menjadikan ia entri yang mesra SEO dan mudah untuk berada di page enjin carian.

      Padam
  14. on page seo salah satu bende yang wajib dibuat...

    BalasPadam
  15. Terima kasih sangat atas entry ni. Rasanya Ada banyak lagi yang tak apply.

    BalasPadam
  16. yang mudah itulah semua ditolak tepi.Tetapi yang mudah itu banyak memainkan peranannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pernah berlebih-lebihan buat teknik SEO sehingga makan diri ... hoho...:)

      Padam
  17. saya baru sempat mencuba satu tips seo dari blog tuan.
    biar lambat asal selamat ... alasan kan..
    apa pun terima kasih kerana tidak jemu2 memberi tips.

    BalasPadam
  18. Dah beli, tengah cuba praktikkan satu persatu. InshaAllah

    BalasPadam
  19. Teknik ni teknik mudah yang masih lagi relevan,memang tip top...,kadangkala kalau keyword tu kuat persaingan dia,seperti contoh jual beli tanah,boleh jugak terbalikkan keyword tu jadi tanah beli jual,kadang kala bukan diletakkan mentah-mentah tanah beli jual tersebut, ianya harus diasingkan seperti contoh : tanah seluas satu hektar tersebut telah dibeli oleh pemaju a dan kemudian dijual pula kepada pemaju b,.....heheh sekadar hasil pengalaman berekspirimen...,huhu, tapi tak boleh lawan bro..bro memang legend, entri ni pun naik up page untuk pencarian Teknik Seo Mudah huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kena gunakan variasi keyword untuk pelbagaikan sumber trafik dari satu2 keyword.

      Padam
  20. teknik onpage seo, lama tak baca pasal bab ni, ingat2 lupa je, teknik yang simple tapi berkesan

    BalasPadam
  21. lemah betul bab nak mengayat ayat.. walau dah tau teknik HH share di atas... xpe.. bkn senang nak jadi senang.. practice make perfect... kitab seo merah jambu pun belum hbs baca lai walau dah lama beli...hehe

    BalasPadam
  22. manatp. baca contoh apam gebu ni memang dah terbayang apam gebu depan mata hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. maka siap siaplah cari resepi .. :P

      Padam
  23. Hehe terbaik.. Dah penah tahu juga mengenai SEO ni..Ada kawan share..Tapi belum pandai buat sepenuhnya..Masih lagi praktis dan terus praktis, insyaAllah smpai mahir juga nanti..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah berjaya nanti .. jangan lupa kongsikan kepada saya ye ... :)

      Padam
  24. great tips.. sangat bermanfaat....

    terima kasih....

    BalasPadam
  25. tq bnyk sy dapat pelajari dari ilmu ni..maklum la sy baru cube belajar tentang seo blog ni..hehe

    BalasPadam
  26. Tips yang ramai tak tahu sebenarnya kalu tak mencari, so far ada implement skit tapi bab nak karang tu lemau betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya faham perasaan lemau tu .. saya pun kadangkala lemau gak nak menulis ni .. bila lemau, saya akan join segmen atau ga blogger lain buat.

      Padam
  27. rase nk beli lah kitab merah ni...hope dpt naikkan rank sebanyk mungkin..hehe

    BalasPadam
  28. saya orang bru lgi..walaupun tau psl SEO, webmaster,google analytic..tapi sye still xdpt trafik utk blog..sedihnya..mgkin sy xpandai kot..http://ladypinch.weebly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ambil masa ... biarkan blog dalam 6 bulan ke atas dengan mantapkan perkara2 yang saya katakan tadi.

      Padam
  29. Terima kasih HH..blog tuan banyak membantu sebagai rujukan saya..terutama berkaitan seo blogspot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali kerana sudi datang dan kutip ilmu yang dipinjamkan ini.

      Padam
  30. terbaik lah...terima kasih kerana memberi tunjuk ajar.

    BalasPadam
  31. Balasan
    1. Terima kasih .. semoga TIPS SEO ini akan ramai praktikan sebb ia termudah untuk seorang blogger

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement