Langkau ke kandungan utama

Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri

Pelayaran Islamik, bukan satu pelayaran biasa. Pelayaran Islamik, pelayaran pencetus untuk hijrah diri ke arah perubahan yang lebih baik. Adakah anda mahu merasai suasana damai, tenang dalam sebuah pelayaran yang di dalamnya dipenuhi dengan aktiviti yang tidak pernah anda fikirkan selama ini di atas sebuah kapal persiaran mewah - SuperStar Libra?

Tidak ada di mana-mana seumpamanya, saya boleh katakan pelayaran Islamik oleh SuperStar Libra merupakan yang pertama di dunia! Sejak pelayaran Islamik 1.0, sambutan terhadap pakej ini sangat memberansangkan. Ia bukan pelayaran berseronok-seronok, enjoy till night ... tetapi pelayaran buat mereka yang mahu satu kelainan untuk diri. Mengapa? Nanti saya cerita ....

Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri

Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri
Pelayaran Islamik ini merupakan pelayaran dari Penang - Phuket - Krabi - Penang selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran mewah SuperStar Libra.

Pelayaran Islamik kini memasuki episod pelayaran 4.0. Sejak SuperStar Libra menerusi Intratama Travel Consultant and Tours Sdn. Bhd. memperkenalkannya pada Ogos 2014, ia telah menjadi antara pelayaran unik di dunia. Dengan kejayaan Pelayaran Islamik 1.0, ia kini memasuki edisi ke empat dan dengar khabarnya pihak pengurusan sudahpun merancang untuk Pelayaran Islamik 5.0.

Keunikan Pelayaran Islamik

Pelayaran Islamik menampilkan pengisian yang bermakna. Setiap peserta di dalam pelayaran ini akan beraktiviti untuk meningkatkan keimanan diri dan mengenali lebih lagi mengenai Islam, iman dan amal. Ada sesi sholat berjemaah, qiyamulail, tazkirah, zikir selawat, kuliah serta ceramah agama malah lawatan ke tempat yang sebelum ini tidak pernah anda fikirkan dari sebuah pelayaran kapal mewah bertaraf bintang - sekolah pondok!.

Bercuti, belayar atas kapal mewah Star Cruise Libra tetapi berada di dalam majlis yang ada ilmu, ada amal, ada ingatan terhadap Allah S.W.T, bukanlah luarbiasa sekali? Ia menjadi lebih baik daripada percutian mewah tetapi tanpa ada apa-apa, malah kadangkala kita lupa bahawa Allah sedang berikan nyawa dan masa untuk kita memikirkannya.
Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri
Satu keistimewaan pelayaran ini ialah ia menampilkan ikon dan ilmuwan terkenal di Malaysia. Pelayaran Islamik 1.0 dan 2.0 telah menampilkan Ustaz Kazim Elias. Manakala, Pelayaran Islamik 3.0 disertai oleh Ustaz Badli Shah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato Hassan Mahmud, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan juga Imam muda Miril.

Pelayaran Islamik 3.0 dan Pelayaran Islamik 4.0

Pelayaran Islamik 3.0 akan bermula pada 1-4 Februari 2015 iaitu semasa cuti Hari Wilayah dan Thaipusam. Manakala Pelayaran Islamik 4.0 akan bermula pada 8 hingga 11 Mac 2015. Pelayaran edisi keempat menampilkan Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr. Muhaya serta Imam muda Asyraf.

Aktiviti lain dalam pelayaran ini termasuklah aktiviti bersantai, beli belah, malah ada pertunjukkan pentas, silap mata dan cabutan bertuah untuk peserta pelayaran. Aktiviti seronok-seronok tetapi dalam keadaan yang tidak melampaui batas sebagai seorang muslim, in Sha Allah.
Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri
Buat masa ini, peluang masih dibuka untuk mereka yang mahu bersama di dalam Pelayaran Islamik ini. Butiran ringkas saya sertakan seperti di bawah ini:

Pelayaran 3.0 Penang-Phuket-Krabi-Penang

  • Tarikh: 1-4 Februari 2015.
  • Disertai Ustaz Badli Shah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato Hassan Mahmud, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan juga Imam muda Miril.

Pelayaran 4.0 Penang-Phuket-Krabi-Penang

  • Tarikh: 8-11 Mac 2015.
  • Disertai Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr. Muhaya serta Imam muda Asyraf.
Pelayaran Islamik Pencetus Hijrah Diri
Jadilah antara mereka yang bertuah di dalam pelayaran ini, bukan sebarang pelayaran, tetapi pelayaran untuk mencetus hijrah diri ke arah menjadi muslim lebih baik dunia akhirat, in Sha Allah. Anda boleh jadi kaya di mata manusia, tetapi apa guna jika kekayaan itu bukan diguna untuk mendekatkan diri pada yang memberikan rezeki.

Jika anda ingin sesuatu yang lebih baik, anda akan berusaha ke arah itu walaupun ada setengah jiwa tidak berasakan ia wajar. Mungkin akan ada mereka yang menempelak, tetapi bukankah ia bermakna - dapat merasai satu pelayaran yang ada pengisian, dari hanya satu pelayaran kosong tanpa mencetus insaf diri? Ada yang boleh keluar belanja berpoya-poya sana sini, sampai lupa mati itu hanya sejengkal cuma.

Saya katakan Pelayaran Islamik ini satu pencetus hijrah diri kerana hanya mereka yang ada keinginan yang sangat kuat akan memikirkan kebaikan yang akan mereka dapat menerusinya. Kita ada pilihan. Maka pilih.

Jika mahu lebih info, membuat tempahan pelayaran dan juga pertanyaan, boleh sahaja anda dapatkan menerusi:
Pelayaran Islamik 3.0


[full_width]

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Seronok Beramal sambil berjalan nie

    BalasPadam
  2. dapat bercuti, pengalaman naik cruise dan tazkirah sepanjang waktu solat

    BalasPadam
  3. Saya telah mengikuti pelayaran 2 0 bersama DUKE.Satu pengalaman yang indah belayar sambil isi rohani dengan solat berjamaah , qialmulail ceramah zikir kuliah subuh .Berkenalan rakan baru dari seluruh malaysia, singapura, brunei dan thailand.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya seronok tuan telah berada di dalam pelayaran ini. Moga akan menjadi satu kenangan terindah dan muhasabah diri untuk jadi lebih baik. In SHa Allah.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …