Panjangnya Nama Murid-Murid Sekolah Zaman Sekarang

Panjangnya nama murid-murid sekolah zaman sekarang! Uhh, andai kata saya menjadi seorang guru kelas yang mendaftarkan murid-murid ini, jenuh juga nak menulis dalam buku rekod (versi lama). Tertanya juga saya, kenapakah ibu bapa murid-murid ini beri nama sepanjang alam ini? Masa daftar kelahiran anak, cukupkah ruang yang ada?

Sebagai bapa, saya tidak terlepas daripada tanggungjawab memberikan nama yang bagus dan beri makna yang baik untuk anak-anak. Sepertimana ibu bapa yang lain, pasti sekali memberikan nama anak dengan maksud yang baik akan berikan manfaat di kemudian hari. Lagipun, ia merupakan amalan yang dituntut dalam agama Islam.

Panjangnya Nama Murid-Murid Sekolah Zaman Sekarang

Panjangnya Nama Murid-Murid Sekolah Zaman Sekarang
Alhamdulillah, semasa saya memuda dulu, masa nak merasa anak sulong pertama, dah ada yang nasihatkan saya untuk berikan nama anak dengan ada pengertian yang baik. Dan daripada pengalaman masa sekolah dulu, memang sangat perlu nama itu perlu nama yang bagus, apatah lagi bila ia dipendekkan tanpa 'kebenaran' oleh keadaan serta situasi sekeliling.

Contohnya macam saya, sanak sedara sepupu sepapat panggil saya Rul. Apa makna Rul pun saya sampai sekarang tak tahu... hoho. Masuk sekolah rendah, guna nama Hasrul. Masuk sekolah menengah, dah ada dapat gelaran atau nama panggilan asbab dari nama penuh. Rakan-rakan sekolah dengan rakan belajar di USM panggil saya dengan nama Achui dan Achul, ada yang panggil saya Acoy. Uhh macam-macam.

Teringat ada seorang kawan zaman sekolah rendah, rakan-rakan panggil dia sebagai Zina, pastu seorang lagi panggil Zani yang dua-dua beri maksud tidak elok sama sekali. Pada kanak-kanak mungkin tak ada erti apa-apa, tapi bayangkan bila nama panggilan itu melekat sampai ke dah jadi isteri dan suami orang. Tergamakkah?
Tips beri nama kepada anak
Pada saya, ada tiga kategori ibu bapa yang beri nama anak - samada sedar mahupun tidak.

Satu - beri nama anak dengan pengertian dan maksud yang baik, samada dalam bahasa Arab mahupun bahasa ibunda, tetapi sunat menamakan anak di dalam maksud bahasa Arab, kerana nama itulah yang akan dipanggil bila mengadap Allah S.W.T. kelak.

Kedua - beri nama anak tanpa ada maksud dan pengertian yang betul. Tapi memanggil dengan nama yang ada maksud dan pengertian yang baik.

Ketiga - tanpa sedar memberikan nama anak dengan maksud dan pengertian yang tidak baik. Contohnya nama ‘Ashiyah bermaksud perempuan yang engkar.

"Sesungguhnya kamu sekelian akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu". (H.R Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Dalam Islam, adalah sunat memberikan nama anak dengan pengertian yang baik. Dan ada hukum makruh dan haram. Makruh jika memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.

Haram jika menggunakan nama-nama seperti Malikul-Amlak yang bermaksud Raja-Segala-Raja. Dalam satu hadith yang bermaksud:

"Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah". (H.R Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jika dah terlanjur berikan nama yang ada pengertian yang tidak baik, maka sunat untuk ubah, sepertimana telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Seandainya nama anak yang telah anda berikan itu dah jadi panjang berjela, saya syorkan anda untuk memanggil nama mereka sehari-seharian dengan nama panggilan yang baik. Jika rasakan tidak perlu, elok anda panggil nama anak dengan nama penuh.

Tips beri nama kepada anak
Anak saya yang sulong, gamaknya berkat kami suami isteri panggil nama dia sejak kecil, sehingga hari ini dia masih menggunakan kata ganti diri nama pertama - iaitu Hasif Amri bila berkata-kata. Mula rasa cam pelik je, tapi lama-lama dah biasa dah.

Tak macam anak kedua saya, Hasif Aqwa Zikri; masih lagi memanggil dan gelar diri dia sebagai Adik. Walhal anak saya yang bongsu, Haseena Humaira guna kata ganti diri seperti abang sulong dia, cuma pelat sikit - Hasinala - Sinala - Nala - Na.
Tips beri nama kepada anak
Setakat ini, saya dan wife masih panggil nama anak dengan nama Hasif Amri, Adik dan Maira.

Untuk rujukan maya, anda boleh rujuk:
  1. Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam
  2. 22 Kesalahan Dalam Memberikan Nama Anak

Dapatkan juga buku-buku yang ada di pasaran mengenai nama anak. Dan cuba bertanya kepada mereka yang arif lagi bijaksana terutama dalam bidang bahasa Arab.

Semoga menjadi tauladan dan manfaat untuk semua.

{ 7 comments.. read them below or add one }

anisa anisa January 14, 2015
artikelnya bagus banget :)
http://anisamebel.com
Khir Khalid Khir Khalid January 14, 2015
Mmg ramai anak2 yg panjang2 namanya masa tengok senarai daftar murid sekolah hari tu. Berjela-jela.. :D
TunSha Ayunie TunSha Ayunie January 15, 2015
Nama panjang tapi nickname pendek je...
mungkin mak bapak tak terfikir waktu anak nak nikah nanti... hurm
noor syuhada md noor noor syuhada md noor January 15, 2015
salam kenal..adaa mula tertarik dengan nama-nama pendek bila fikir benda yang sama mcm hasrul tulis..nama panjang, tapi sudahnya pendek aje yang dipanggil..so end up, anak-anak adaa cuma satu patah perkataan..Adam, Eilman dan Fahry hehe senang ingat, senang tulis, senang panggil :D

adaa follow here :D

www.adaa-inspiration.com
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins January 15, 2015
Saya pun pelik kenapa la buh nama anak panjang2 sangat, bukan setakat menyusahkan anak tu nanti nak tulis nama dia panjang berjela, nanti bila nak kahwin pun for sure bermasalah. Namun, semua pilihan masing-masing :)
ekjoz buluh ekjoz buluh January 22, 2015
Disebabkan nama anak-anak saya juga agak panjang iaitu 3 patah perkataan dan nama saya juga 3 patah perkataan, saya menggunakan cop (rubber stamp) untuk nama di buku tulisnya serta lain-lain.

http://ekjozbuluh.blogspot.com/2015/01/stokin-pun-mama-pakaikan.html

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.