Langkau ke kandungan utama

Muat Turun Ilmu 35 Internet Marketer (IM) Firesale Amal 2014

Alhamdulillah. Sehingga entri ini ditulis, saya sudahpun memuat turun lebih daripada 20 ilmu hebat daripada 35 internet Marketer Malaysia yang kebanyakkannya saya kagumi dan telah menjadi mentor buat duit online saya selama ini. Saya beruntung kerana telah menjadi salah seorang daripada ratusan mereka yang telah mendapatkan imu IM ini menerusi Firesale Amal 2014 yang diterajui oleh sifu buat duit online USD iaitu Raja Kamil.

Raja Kamil adalah salah seorang IM yang saya hormati dan kagumi. Saya telah mengikuti beliau sejak tahun 2009 lagi (kalau tidak silap). Kebanyakan tips dan ilmu yang dikongsikan oleh beliau adalah cara nak jana income online berterusan dalam matawang USD. Saya pernah beli beberapa ebook dan panduan daripada Raja Kamil mengenai buat duit online ini termasuk yang paling terbaru Rahsia Affiliate USD.

Muat Turun Ilmu 35 Internet Marketer (IM) Firesale Amal 2014

Berkenaan Firesale Amal 2014.

Ia merupakan jualan amal lebih 35 produk hebat daripada 35 Internet Malaysia (IM) dalam satu 'borang' yang diusahakan oleh Raja Kamil. Jualan yang berlangsung terhad selama 6 hari ini telahpun tamat pada 4 Januari 2015. Alhamdulillah, saya salah seorang daripada ramai yang dah mendapatkannya sebelum tarikh tamat jualan amal.

Jualan Firesale Amal 2014 IM Malaysia ini dibuat untuk membantu mangsa-mangsa banjir Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 100 peratus hasil jualan akan diberikan kepada badan-badan NGO terbabit bantu mangsa banjir. Dan setakat pengetahuan saya, Aman Palestin adalah penerima terbesar sumbangan Firesale Amal ini iaitu sebanyak RM92,436.15 sehingga 4 Januari 2015.


Saya difahamkan hampir RM100,000 berjaya dikumpulkan dalam jualan amal terbesar IM Malaysia 2014 ini. Tahniah. Tahniah. Dan tahniah kepada mereka yang telah mendapatkan ilmu 35 Internet Marketer Malaysia - walaupun saya tahu ada ramai yang masih lagi membeli dengan harga RM97 walaupun ada produk-produk tersebut telahpun mereka miliki.

Kepada mereka yang telah mendapatkan ilmu 35 IM ini, maka jangan sia-siakannya. Dah dapat ilmu, maka teruskan dengan amal dan praktik. Rugi kalau dah beli, dah muat turun tetapi tidak amal ilmu yang diberikan. Ambil keberkatan dari niat membantu mangsa-mangsa banjir Malaysia 2014.

Dan jangan lupa, muat turun sekali pakej-pakej lain yang disediakan...hoho .. inilah untung beli dalam Firesale Amal 2014 ini, anda akan dapat sekali bonus yang tidak terhingga daripada 35 Internet Marketer ini. Anda bukan hanya dapat satu produk dari IM terlibat, tetapi akan dapat lebih, malah ada IM yang berikan sehingga 3-4 akses produk lain khas untuk mereka yang dah mendapatkan produk Firesale Amal 2014 Raja Kamil ini.

Harga RM97 Firesale Amal 2014

Harga RM97 yang dijual memang berbaloi-baloi. Serius. tidak terujakah anda melihat pakar IM yang terlibat di dalam Firesale Amal 2014 ini?

Ada Ambil Kesempatan Jual Semula Harga Tidak Diiktiraf

Namun begitu, ada perkara dan isu yang tidak berapa seronok mengenai Firesale Amal 2014 ini bila ada pihak cuba ambil kesempatan. Yang dukacita di hati saya bila ianya telah dilakukan oleh blogger sendiri.

Jangan sesekali anda khianat dengan apa yang telah diberikan, kerana anda bertanggungjawab sepenuhnya dengan ilmu yang telah diberikan menerusi Firesale Amal 2014 oleh Raja Kamil dan 35 Internet Marketer (IM) Malaysia ini.

Kalau anda mahu dapatkan produk-produk IM hebat ini, gunakan saluran yang betul, atau daftarkan diri sebagai affiliate kepada produk mereka. Jangan sesekali anda menjual dan menyebarkan produk hasil titik peluh mereka tanpa kebenaran dan pengesahan... kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Raja Kamil dan 35 Internet Marketer (IM) yang terlibat dalam Firesale Amal 2014 ini.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Teringin nak download. Ongkos takde pulak. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ebook dari orang2 snior tu - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. saya pun dah download. Memang berbaloi baloi. Tapi memang ambik masa nak hadam semua. Banyak sangat niche dari emas ke hartanah ke affiliate hehe.

    Kena fokus satu dulu.

    Yang mana pakat nak beli dengan jalan tak sah taraf tuh, beringat la. Kalau ilmu tak berkat, tak kemana.

    BalasPadam
  3. tahniah kepada mereka yang dah dapatkan ilmu tu semua.aku tak beli pasal takut tak baca plak kang..jenuh gak nak hadam ilmu semua tu..:D

    BalasPadam
  4. Banyak betul ilmu yang disampaikan. Semua dari IM yang berpengalaman :-)

    BalasPadam
  5. Memang byk ilmu yg dpt . x rugi sapa yg dh beli dh..

    BalasPadam
  6. memang banyak produk IM dapat, rasanya ambil masa setengah setahun nak habiskan :)

    BalasPadam
  7. Sangat banyak nak mendownload dan nak menghadamnya... semoga dpt manfaat dari sifu2 yg pemurah.

    BalasPadam
  8. memang bertuah yang derma sambil mendapatkan ilmu premium ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…