Motivasikan Anak Dengan Hadiah Tamat Sekolah

Ada yang nak tahu bagaimana nak motivasikan anak untuk rajin belajar di sekolah. Cara saya mudah je, iaitu memberikan ganjaran setelah tamat sekolah. Selalunya ganjaran ini akan diberikan berkadaran dengan kemampuan yang ada, dan samada ia satu keperluan.

Saya ingat lagi, waktu saya kecil-kecil, saya sangat teruja bila arwah abah saya hadiahkan sebuah basikal. Basikal adalah salah satu aspek kehidupan penting dalam tumbesaran seorang kanak-kanak. Tak kiralah basikal besar ke, kecil ke, roda tiga ke; tapi kalau dah nama kanak-kanak, dia perlu lalui proses memiliki sebuah basikal sendiri.

Motivasikan Anak Dengan Hadiah Tamat Sekolah

Cara Motivasikan Anak Dengan Hadiah Tamat Sekolah
Seorang kanak-kanak ada basikal sendiri, boleh kayuh sendiri adalah satu pencapaian serius dalam diri mereka. Mereka akan ingat sampai bila-bila ... :) seperti saya .. yang masih ingat pemberian arwah ayah sebuah basikal warna biru hasil kejayaan saya belajar sungguh-sungguh semasa darjah 4. Pencapaian yang buat keluarga saya gembira, dari berada tangga tercorot dalam darjah 1,2 dan 3 tetapi berjaya dapat top 3 terbaik semada dalam darjah 4. :). Kata arwah ayah..."kalau dapat nombor satu, abah bagi hadiah basikal, ganti basikal kecik roda tiga" ... hoho.

Dan cara sama saya gunakan untuk motivasikan anak dengan hadiah tamat sekolah.

Anak saya sulong dah ada basikal sendiri yang baru, dapat masa darjah 3 kalau tak silap. Manakala Zikri diperturunkan basikal Abang Long dia, dan Maira pula dapat basikal Zikri.

Memandangkan Zikri dah tamat prasekolah, dan Maira pun tak merasa basikal sendiri yang baru, maka tempoh hari, saya dan wife sepakat belikan dua basikal baru. Dua basikal baru masing-masing untuk Zikri dan juga Maira. Kami beli dengan harga bawah RM250 di Kuala Kangsar.

Kebetulan ada kedai basikal jual basikal baru lelong sebab nak elak kerugian disebabkan kemungkinan banjir besar yang akan berlaku di Kuala Kangsar. Alhamdulillah, dua anak-anak saya puas hati dapat basikal baru. Dan saya serta isteri gembira bila lihat anak-anak kami suka dan teruja dengan pemberian hadiah tamat sekolah.

Kalau nak motivasikan anak, cuba-cubalah berikan ganjaran yang bermakna dalam hidup mereka. Sesuatu yang boleh berikan daya keyakinan dan juga kemahiran... in Sha Allah, mereka akan ingat selamanya.

1 comment... add one now

salmiah awang salmiah awang January 13, 2015
Sesuatu ganjaran memang perlu untuk menaikkan semangat anak2.
Kalau yang kurang mampu, memadai andai kita tak lokek dengan pujian.jangan sesekali lemahkan mereka dengan kata2 yang membuat mereka kecewa.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.