Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Apabila saya buat segmen, contohnya Jom Kenal Blogger Baru Bro HH; saya akan mula jalankan aktiviti untuk melihat perkembangan dunia blog Malaysia melibatkan blog dan blogger newbie. Apabila saya blogwalking ke blog-blog yang baru nak naik, dan setahun jagung ini, maka akan nampaklah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan terutama dari segi template dan layout blogspot.

Jujurnya, saya ini bukanlah pakar bab-bab nak buat nilaian. Tetapi sebagai seorang blogger yang rasa dah tua dalam dunia blog ini, dan pernah melakukan kesilapan yang sama satu ketika dahulu, maka menjadi rasa tanggungjawab untuk menegur dan perbaiki kekurangan yang ada pada blog-blog baru ni.

Hoho.... boleh je saya offer servis dan caj untuk perbaiki kesilapan template blogger newbie, tapi rasanya tidak tergamaklah pula. Bukannya mereka tak mampu nak bayar, tapi sebab benda ni simple dan boleh dilakukan sendiri. Bila baiki sendiri template dan buat pembetulan, setidak-tidaknya blogger newbie akan dapat ilmu dari situ.

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Kesilapan Template Blogger Baru

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger newbie ...

  • Template atau layout tidak seimbang. Ruang post utama ruangnya sempit, tapi di sidebar besar. Malah tulisan di sidebar lebih menyerlah dari tulisan dalam entri.
  • Penggunaan warna yang tak sesuai. Banyak sangat warna yang gagal menarik perhatian mata. Sana sini berwarna warni tanpa perlihatkan keseragaman.
  • Ada widget-widget hiasan yang merosakkan pembacaan pengunjung. Contohnya kelopak bunga besar-besar berhujanan, letusan bunga api warna warni, kelip sana kelip sini dalam entri post.
  • Tulisan bersaiz kecil yang sukar untuk pembacaan, terutama entri atau blog post.
  • Memilih template yang saiz lebar kecil. Apabila kecil, bila keluar di peranti mudah alih akan jadi lebih kecil.
  • Tajuk dalam entri tidak diseragam dan mengikut H Tag yang betul. Sebelah atas tulisannya besar, tengah lebih besar, pastu kemudian kecil balik, pastu besar balik. Atas kaler lain, bawah kaler lain. Memang nampak unik dan adakala cantik, tetapi ia ganggu sedikit cara pengunjung nak hadam pembacaan.
  • Saiz header. Ada besar sangat, ada yang kecil sangat. Ada yang nampak tak sepadan dengan tema keseluruhan blog dan sebagainya.
  • Background blog yang tidak sesuai dan menghalang pembacaan oleh pengunjung.

Ok. Itu antara kesilapan template yang boleh saya katakan. Tapi secara kesimpulannya ialah banyak blog baru dan blogger baru yang taksub untuk menggunakan widget-widget tertentu di dalam blog, terutama muzik. Bukan tak boleh nak guna. Boleh je, tapi biarlah sesuai.

Contohnya widget muzik. Buka-buka blog dah terpasang lagu. Tak boleh nak berhenti-henti. Pastu siap ada widget senarai lagu pulak. Cuba bayangkan kalau entri baru tajuknya - Al Fatihah Datuk Aku Meninggal, tetapi keluar lagu seronok-seronok .. macam tak kena pula .. ye tak?

Sekadar teguran biasa sebab pernah lakukan satu ketika dahulu. Al maklumlah, zaman tu tak siapa nak tegur saya buat blog.

Jangan terasa hati dengan apa yang saya sampaikan ini. Boleh ikut kalau nak. Tak ikut pun tak mengapa. Blog anda, hak anda untuk tunjukkan pada dunia.

Rasa-rasa ada yang tidak berapa nak betul, tegur-tegurlah saya juga ye.

{ 34 comments.. read them below or add one }

Permatabiru Permatabiru January 23, 2015
setuju la HH kadang kala..tulisan kecil sgt colournya terang...aduhh sakit mata..mula la malas nak menjenguk lagi blog tersebut..sekadar pandangan sy juga..:)
Julia Johari Julia Johari January 23, 2015
Saya dah baca dan amati dalam2...bro nanti komen ye dalam blog julia kalau ada benda yg menyakitkan mata...nanti julia nak up satu entry dan kreditkan link pada blog bro HH...kritikan membina saya sangat alu-alukan bro HH. Terima kasih. Terima kasih berani mengutarakan ulasan kepada kami newbie in blog yang baru nak masuk 5 tahun.
aRz MoHa aRz MoHa January 23, 2015
tegur blog saya sam bro HH.

Bro HH nak tanya sikit kenapa bila letak "pengomen tegar bulan januari" lambat sangat nak load?
aRz MoHa aRz MoHa January 23, 2015
Insyaallah akan memperbaiki blog saya atas apa yang Bro HH dah senaraikan terima kasih
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
In Sha Allah, saya dari semasa ke semasa akan lawat blog2 yang dah saya senaraikan tu dalam segmen ... :_ in sha Allah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Tu masalah script. Bila dah ramai guna script yang sama, ia akan lambat sikit - salah satu puncalah. Cadangan saya, copy script tu dan upload tempat lain. So capaian ke script tu dari blog kita je.
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal January 23, 2015
Assalammualaikum... bro HH,

thanks sesangat tip2 yang dikongsikan di sini.. excellent...

mselim3
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ January 23, 2015
"kelopak bunga besar-besar berhujanan" tu kelakar... hehehehee.. :)
apapun thanks again atas teguran.. memang blogger newbie macam saya nak sangat teguran2 prihatin dari blogger otai..... :)
POJIEGRAPHY BLOG POJIEGRAPHY BLOG January 23, 2015
Bagus teguran ni. Saya pun perasan juga especially bila ada widget music background tu agak distracting.
Sally Samsaiman Sally Samsaiman January 23, 2015
widget music juga antara gangguan...lagi-lagi kalau xde button nak pause @ stop :)
smbotak smbotak January 23, 2015
perkara pertama kalau masuk blog yang tak pernah baca, saya perhatikan widget. kalau berat sangat sampai lebih 5 saat (saya guna pc buruk), saya terus klik butang pangkah. leceh banyak sangat widget yang berat2 ni.

terutamanya blog adik2 kita ni. terlalu meriah...

hehehe...
mama amir mama amir January 23, 2015
terima kasih menegur...bole diperbetulkan mana yang tidak betul ni...
nana liena nana liena January 23, 2015
salam HH nanti sudi2 singgah blog saya kalau ada kelapangan.. :D

http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/

ada kkurangan silalah komen,apa yg saya faham,saya usahakan buat/buang
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
In Sha Allah, ada kelapangan saya akan jelajahi juga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Oh SMBotak .. lama tak nampak berikan komen ... :) harapnya blogger baru ambil iktibar teguran ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Dedulu, bila ada musik dalam blog cam best je ... tapi sekarang ramai blogger sudah semakin matang, tahu apa yang penting dan tidak ... sebb blog bukan hanya untuk diri sendiri tetapi utk semua - jika tak restrictkan pembaca.
Mek Zumbie Mek Zumbie January 23, 2015
Aduii....Bukan tak kesian. Tapi pasrt datuk meninggal keluar lagu seronok tu yang tak boleh blah...ahahaa..Nway :) Sebenarnya tips dari bro HH ni memang betul :) huhuhu
ahmad ahmad January 23, 2015
ya kadang2 baca blog tulisan kecik sangat, kadang2 ada yang colorful sangat sampai tak dapat nak baca tulisannya boleh pening dibuatnya..cuba buat macam blog HH ni kan rilek je mata memandang mudah membaca.
Aisyah Yusof Aisyah Yusof January 23, 2015
Assalam HH.. Ap khabar?? sy bru jew buat blog utk kedai on9.. sy bnyk jgk share kt instagram & Fb.. mmg rmai yg view sy punya blog.. tpi mcm xdew respon.. sy hrp HH boleh laa bgi pndapat tntg blog sy urh.. ap yg perlu sy pebaiki.. =)
Aisyah Yusof Aisyah Yusof January 23, 2015
eh lupa blog sy komalaysia.blogspot.com .. hee..
Nina Mirza Nina Mirza January 23, 2015
As'salamualaikum. Bro HH,
Terima kasih banyak di atas penerangan dan penjelasan.
Nina pun kadang sengal bila ke blog yg ada music non stop. Terkezut pun ada....
Bayangkan kalau tengah malam buta.... Hohohooo!! Baby pun terbangun.
Mohon jasa baik bro HH singgah teratak Nina dan beri sepatah dua comment dan pandangan bro HH tentang blog Nina
Terima kasih in advance....
BudakVanilla BudakVanilla January 23, 2015
biasa la. blogger newbie yg masih baru kenal dunia blog kan. hehe. excited nak hias blog. especially yg bdk belasan tahun. wahaha. XD
BV pun macam tu jugak DULU. alhamdulillah sekarang dah pandai sikit edit blog :)
Maria Firdz Maria Firdz January 23, 2015
Biasa la.. Newbie... Lama2 belajar dan bykkn tgk blog otai2 kn... Akhirnya brani utk ubh template sendiri... Dan skrg ni puas hati dgn hasil tgn sndiri...
Nurizan Ahmad Nurizan Ahmad January 24, 2015
bila buka blog yang tiba-tiba menyanyi, automatik terus X..agak terganggu..hoho..
reezluv reezluv January 24, 2015
standard le BBNU..blog-blog gini selalunya tak kekal lama..depa rasa bosan, depa close je..takde commitment untuk pembaca sebenarnya..sebab depa buat blog untuk sendiri baca..:D
Norasyimah Saifullah Norasyimah Saifullah January 24, 2015
Alhamdulillah kini dah sedar yang letak banyak sangat color dan widget memang tak patut
Nadri Mohd Nadri Mohd January 24, 2015
Saya diawal pengelibatkan dlm dunia blogging pn sama jgk..taksub nak install widget yg tak perlu..
calrase patrick calrase patrick January 24, 2015
Kebanyakan orang yang baru mula berjinak dengan blog memang banyak buat kesilapan(termasuk saya hehe). entah-entah sekarang ini pun blog saya masih ada kesilapan kot.. hehe
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid January 24, 2015
memang betul sangat apa yg tuan HH cakap tue. kesilapan yg membuat pembaca jadi annoying dan mungkin takkan singgah lagi. panduan yg bagus untuk saya juga yg newbie nie. hehe.
Kyrul Nizam Kyrul Nizam January 24, 2015
Tuan punya blog tu mesti peminat ARASHI macam adik aku gak.. :)

Apa pun, teguran HH di atas ada benarnya. Sebagai guideline untuk blogger baru.
Cik Candy Cik Candy February 06, 2015
Teguran yang bermakna dan berguna bagi Cik Candy yang baru berjinak-jina dalam dunia blog ni (=
AnonymousAnonymous April 04, 2015
terima kasih bro HH :) teguran yang berguna untuk newbie macam saya :)
rinsee rinsee April 09, 2016
screenshot blog tu fanatik jepun otaku manga anime.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.