Kenapa Memilih Blogger (Blogspot) Untuk Menulis Blog?

Ada yang tertanya, kenapa saya kekal menggunakan platform blogspot (blogger.com) sebagai platform saya menulis blog? Kenapa memilih blogger untuk menulis blog walhal blog platform Wordpress ada power tahap naga berapi berlegar di awan kelam?

Saya boleh berikan banyak sebab logik akal yang memihak, tetapi saya nak kongsikan beberapa fakta mengenai blogger (blogspot) yang mungkin boleh dijadikan asas kenapa dan mengapa saya kekal memilih blogger.com untuk menulis blog setelah bermula sejak sekitar 2008-2009.
Sebab memilih blogspot.com untuk menulis blog

Kenapa Memilih Blogger (Blogspot) Untuk Menulis Blog?

Tapi jangan fikir saya tak hormat blogger yang guna platform Wordpress ye, sebab saya juga merupakan penulis blog di platform tersebut. Apatah lagi saya mempunyai sebuah (ke ada tiga ehh?) blog yang menggunakan platform Wordpress ini.

Ok. Sebelum melalut lebih, meh tonton video ini yang memberikan fakta-fakta harus percaya mengapa saya memilih blogger (blogspot) untuk menulis blog di internet.

Saya kekal tetap kerana saya mahu menguji diri saya sebagai seorang blogger biasa-biasa di dalam dunia blog Malaysia platform blogspot. Dan memang menjadi misi dan visi saya pada tahun 2014 untuk menjenamakan blog ini sebagai panduan untuk blogger-blogger kecil dalam blogspot menimba ilmu berkaitan blogging.

Dan alhamdulillah, saya berjaya hasil bantuan dan sokongan ramai rakan-rakan blogger termasuklah dari rakan blogger platform Wordpress sendiri.

"Bro, Gua rasa Lu ada blog Wordpress kan? Lu siap ada blog hosting berbayar lagi ...kan kan?"

Ya, saya memang ada blog dalam platform Wordpress. Dan saya menggunakan blog Wordpress sebagai rujukan untuk perbaiki tahap kemesraan SEO blog-blog blogspot saya. Saya jadikan segala asas SEO di dalam Wordpress untuk dibenam-guna di dalam tatacara penyediaan template dan cara penulisan yang mesra enjin carian.

Samada anda tahu atau tidak, saya banyak merujuk tips blogging dan panduan mantapkan ilmu SEO ini daripada blogger-blogger Wordpress yang hebat-hebat. Saya belajar sendiri corak penyampaian, template blog serta teknik-teknik berkaitan untuk menjadikan blog blogspot kendalian saya mudah berada di enjin carian seperti Google.

Anda mungkin nampak blog ini seperti sebuah blog Wordpress tetapi sebenarnya ia adalah sebuah blog blogspot yang menggunakan hosting percuma blogger.com.

Jangan terkeliru ye... hoho.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Huda LunaHuda Luna January 14, 2015
kenal bro HH sebab bro HH dulu review blog ai :P
pastu ai rasa segan sebab bro HH yang femes review blog ai masuk remaja
sekarang ai rajin jenguk blog bro HH baca tips dan rajin pin ke G+1
hasrul hassan hasrul hassan January 14, 2015
Terima kasih Huda .. :) kebetulan je tu. Saya still buat review ... ada list dah untuk blogger baru saya terjah.
alyaa aideealyaa aidee January 14, 2015
Blog saya ada dalam list HH tak? Baru jinak-jinak dengan blog.
Jie SusanosJie Susanos January 14, 2015
blogspot ke..wordpresss ke..masing2 ada keunikkannya sendiri..
Blogger lelakiBlogger lelaki January 14, 2015
aku pun masih rasa selesa untu guna blogspot sahaj buat masa ini..komitmen itu yang aku risaukan
hasrul hassan hasrul hassan January 14, 2015
Hmm, sbb kena jaga sendiri .. ye tak? Macam update script, dan macam2 lagi hal yang berbangkit
KERJA KOSONG TERKINI KERJA KOSONG TERKINI January 14, 2015
Kita memang suka blogspot dari dulu lagi...sebab tak pernah try wordpress. Matlamat sama InsyaAllah blh berjaya juga kedua2nya..
Cer Cite Cer Cite January 14, 2015
Blogger dan wordpress mana ranking Alexa lebih tinggi?
Karlisa Halim Karlisa Halim January 15, 2015
Salam
Aku tak tau apa,yang aku tahu Blogspot sebab dia FREE dan zaman dulu boleh boh CBOX...hehehehehe
Syahril Hafiz Syahril Hafiz April 10, 2015
Ok dah terjawab. Haha
Betul lah, as a niche.. Unik tapi kreatif. Patut ramai gegel melekat kat blog ni. #arghmoment
Panduan buat mereka di Blogspot sedangkan untuk Wordpress bersepah di internet. Bijak! :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.