Langkau ke kandungan utama

Kadar Bayaran Passport Terkini 2015

Kadar bayaran passport terkini mulai 15 Januari 2015 dah semakin murah. Adoi. Rasa nyesal lak hari tu buat awal-awal, kalau tahu la harga bayaran passport antarabangsa Malaysia ni mulai turun 15 Januari, dah tentu leh jimat banyak. Hmm...  apa nak buat, kira amal jariah la untuk bantu kerajaan bangunkan negara.

Saya, kami anak beranak baru je buat passport antarabangsa di Pejabat Imigresen Seberang Perai. Tak sangka pula harga bayaran dah turun banyak...hoho. Kadar bayaran terbaru ada beza RM100 tu, kalau dua orang dewasa ... haa .. dah RM200. Boleh beli burger banyak-banyak tu, tak pun buat modal bisnes tudung online ... hoho.

Kadar Bayaran Passport Terkini 2015

Kadar Bayaran Passport Terkini 2015
Nak buat passport antarabangsa Malaysia kena semak status kebenaran keluar negara dulu, manalah tahu tetiba diisytiharkan muflis ke, ada hutang PTPTN ke yang tak berbayar bertahun dan tertunggak; tu semua boleh sebabkan anda akan rasa kesal menyesal buat passport.

Passport Malaysia 2 Tahun Mansuh

Menerusi laman web Imigresen Malaysia, pengeluaran passport Malaysia bagi tempoh 2 tahun telah dimansuhkan manakala kadar bayaran untuk passport antarabangsa tempoh 5 tahun telah diturunkan dari RM300 kepada RM200 berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015. Turut dinyatakan ialah kadar bayaran terkini passport Malaysia mengikut kategori.
Kadar Bayaran Passport Terkini 2015

Harga atau Kadar Bayaran Passport Terkini 2015 Mengikut Kategori

  • Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
  • Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
  • Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
  • Jemaah haji: RM100
  • Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
  • OKU: Percuma tiada bayaran
Kadar Bayaran Passport Terkini 2015
Untunglah anda yang cadang nak cuti luar negara mulai 15 Januari ni sebab bayar murah untuk dapatkan passport antarabangsa Malaysia.

    Dah baca post berikut:

    advertisement


    Popular

    Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

    Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

    Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

    Tak a…

    Telinga Berdesing Bawa Petanda

    Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

    Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
    Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

    Cara Padam Akaun Facebook

    Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

    Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

    Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
    Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …