Hati-Hati Beli Barang Kulit Secara Online

Awas, jika anda seorang tegar beli barangan kulit secara online. Bukan apa, barang kulit ini ada pantang larangnya, apatah lagi jika anda seorang yang mementingkan kesucian, dan lebih khusus jika anda seorang yang beragama Islam. Beli barangan kulit tidaklah haram, namun kena hati-hati dengan asal usul produk barangan kulit yang dijual secara online.

Saya secara jujurnya memang tidak akan membeli produk barangan kulit secara online, walaupun empunya produk tersebut mengatakan bahawa barangan tersebut diperbuat daripada material atau kulit daripada haiwan yang bukan haram di sisi agama Islam.

Hati-Hati Beli Barang Kulit Secara Online

Jika menurut pandangan Islam, kulit haiwan yang telah disamak atau disucikan daripada darah dan lendir serta kotoran adalah halal untuk digunakan kecuali daripada kulit babi dan anjing. Walaupun bab halal haram kulit babi dan anjing ini dijadikan produk barangan kulit ada khilafnya, namun saya lebih terarah kepada mengelakkan berlaku sangsi, terutama andai tidak pasti produk kulit itu diperbuat daripada kulit babi atau tidak.

Namun, jangan keliru pula ye.

Menurut mazhab Syafiie; semua jenis kulit menjadi suci dengan samakan kecuali kulit anjing dan babi. Kulit anjing dan babi tidak akan menjadi suci walaupun setelah disamak kerana kedua-duanya adakah haiwan najis ketika hidup dan selepas mati. Oleh itu, menurut mazhab Syafiie; tidak harus orang Islam memakai kulit anjing dan babi sekalipun setelah ia disamak. Menurut mazhab Hanafi; semua jenis kulit menjadi suci dengan disamak kecuali satu kulit sahaja iaitu kulit anjing. Adapun kulit babi, ia menjadi suci jika disamak.

Penjelasan lebih lanjut boleh anda rujuk di blog ini - Ilmu dan Ulamak - Penerangan Hukum Kulit dan Bulu Binatang

Untuk muslim di Malaysia, boleh terima pakai fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, anda boleh rujuk di blog e-Fatwa mengenai perkara ini di sini - Hukum Pakai Barangan Diperbuat dari Kulit Haiwan Tidak Disembelih

Dalam satu hadith, yang bermaksud:
"Nabi S.A.W berjalan melalui satu bangkai kambing lalu baginda bersabda, "Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, menyamaknya dan memanfaatkannya?". Mereka menjawab, "Ia adalah bangkai". Lalu baginda bersabda, "Yang haram adalah memakannya". (H.R Al-Bukhari dan Muslim).

Ada cara untuk kenal satu produk kulit itu daripada kulit babi, iaitu tiga bintik yang berdekatan sesama sendiri seperti dalam gambar di bawah. Maka, jika anda rajin, boleh belek sendiri produk kulit yang anda ada atau yang anda mahu beli.
Hati-Hati Beli Barang Kulit Secara Online
Jadi, apabila beli secara online produk kulit yang anda suka, agak mustahil untuk melihat 3 bintik ini, kecuali ada dinyatakan atau laman beli-belah online itu ada berikan butiran serta gambar yang lebih jelas produk yang dijual.

Perkara ini sama pentingnya dengan beli online pinggan mangkuk yang dikhuatiri diperbuat daripada bahan yang tidak halal.

Maka, hati-hati beli barang kulit secara online. Untuk barangan kulit, saya syorkan anda beli daripada kedai yang diyakini.

Kredit Foto: Blog Ardini Humaira

{ 13 comments.. read them below or add one }

DYatie ABakar DYatie ABakar January 06, 2015
Tak pernah lagi beli brg kulit on9. Tp kwn pernah dpt hadiah kasut ank bila perati betul ad 3 dots mcm tu.
Denaihati Denaihati January 06, 2015
Beli online barangan kulit memang susah nak tau, lebih selamat terus kekedai atau beli dr kedai yg ada maklumat lengkap
Maria Hasun Maria Hasun January 07, 2015
tak pernah beli barang kulit lagi. . pape pun good info bro
fyna fyna January 07, 2015
memang kalau bab beli barang kulit nih nak kena teliti betul-betul. macam remeh sebenar benda nih lah yang kena alert.
akubiomed akubiomed January 07, 2015
Ya, perlu berhati-hati ketika membeli.
reezluv reezluv January 07, 2015
bahaya gak tu.nasib le aku tak pernah beli barangan kulit ni secara online
Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim January 08, 2015
Salam. Abg HH... sy dah lama nak upkan entri tentang barangan kulit online ni tapi tak berani. Kawan saya pernah terkena, terbeli beg tangan kulit b..i. Terpaksalah buang aje sebab nak bagi kawan non-muslim pun belum tentu diorang nak. Laman web yg jual benda ni mmg populer tau..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 08, 2015
Hmmm .. boleh ceritakan detail tak kat bro? contact bro kat FB boleh? nak tahu gak cerita dia selengkapnya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 08, 2015
Aku pun tak beli barangan kulit secara online ni. hoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 08, 2015
Itu lebih baik, setidaknya boleh belek dulu, tanya terus kat kedai.
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy January 11, 2015
tkot nk jual kasut adehhh - kedaionlinemy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.