Langkau ke kandungan utama

Fatin Liyana Tak Guna Teknik SEO

Fatin Liyana tak guna pendekatan SEO di dalam template blog sepenuhnya, tetapi blogger popular Malaysia ini menggunakan pendekatan sangat betul dengan cara menyampaikan entri. Cara penyampaian inilah yang memberikan kelebihan pada blog Fatin Liyana terus terusan mendapat pengunjung dan pembaca. Setuju?

Anda suka baca blog Doktor Fatin Liyana tak? Hoho ... saya jujur mengaku, saya suka baca blog Fatin Liyana. Saya baca dari awal sehingga habis wooo ... ada chemistry yang buatkan saya kekal baca dari awal sampai habis.

Fatin Liyana Tak Guna ..........Pendekatan SEO Blogspot Sepenuhnya

Gambar Fatin Liyana - Blogger Cantik Malaysia
Saya tak ada ciri dan keajaiban penulisan seperti apa yang dibuat oleh Fatin Liyana. Fatin Liyana tidak guna pun teknik SEO atau tips berkaitan SEO (search engine optimization). Kebanyakkan entri dari blog Fatin Liyana adalah entri benar, tulus lagi ikhlas.

Namun, cara menulis entri oleh Fatin Liyana sama seperti yang saya beritahu banyak kali, iaitu menulis cara betul, dengan adanya tajuk, perenggan dan ada penutupnya. Penggunaan gambar dalam entri yang menyokong penulisan dan penceritaan. Blog mudah dibaca, loading blog tak berat, ada visual yang mengundang, tak semak dan tidak guna widget mengarut-mengarut yang tak bawa sebarang kebaikan.
Fatin Liyana Cantik

Dua Bonus Blogger Fatin Liyana

Untung Fatin Liyana kerana ada dua bonus - kecantikan dan kepandaian. Ramai orang suka dengan dua ciri ini. Makcik, pakcik, adik, abang, kakak, muda, tua, remaja dan lelaki beristeri seperti saya suka ... hoho ... siapa tak suka, ye tak? Andai saya ada anak sebaya, dah laman saya pergi merisik Dr Fatin Liyana ni. :)

Fatin Liyana tidak guna sebarang teknik SEO yang menyerlah, tetapi blogger top Malaysia dan Google ini memberikan perhatian terhadap soul penulisan. Jiwa penulisan yang tidak semua orang boleh luahkan dalam bait bicara difahami. Ini adalah sebab kenapa blog Fatin Liyana best .. hoho ..
Gambar Serba Merah Dr Fatin Liyana Asri
Sudah ada lebih daripada 50 ribu pengikut memudahkan blognya mendapatkan trafik tinggi sepanjang masa. Ternyata 33 juta pageviews mengagumkan saya. Nombor-nombor keramat ini nyata memukau dan buatkan orang baru singgah mahu tahu lebih dan lebih akan kelebihan blog Dr Fatin Liyana. Tak gitu?
Dr Fatin Liyana Asri
Ramai yang mengikuti perkembangan Dr Fatin Liyana ini, dari seorang pelajar menjadi seorang doktor, kemudian berpeluang menjadi kolumnis, kemudian menjadi penulis novel bakal keluar Diagnosis 2...hebat bukan?

"Fatin Liyana tak guna...." tajuk asal entri ini kini ditukar ....

Maafkan saya menggunakan ayat tidak lengkap. Jangan marah kerana ianya tajuk yang cuba memancing pengunjung, tetapi saya mahu highlight buat semua blogger Malaysia ... penulisan yang ada soul kadangkala lebih bermakna dari sekadar menulis entri untuk tujuan SERP di enjin carian.... apa guna teknik SEO andai entri itu diibaratkan sehelai nota ditampal di dinding kedai kosong atau tiang lampu di tepi jalan!

Semoga ada manfaat buat anda membaca entri ini.

Kredit Gambar: FB HoneyKoyuki

p.s: Mungkin ada yang tak berapa berkenan cara saya paparkan tajuk entri ini, tetapi ia akan mengundang haters dan likers untuk baca, setidaknya haters akan mengerti kenapa blog Fatin Liyana disukai.
advertisement


Komen Pembaca ...

  1. saya faham penyampaian encik, tapi kenapa tajuk macam gitu? hm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah baca tips mengenai ayat mengumpan pengunjung? :)

      Padam
    2. popular sbb comel lah - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Saya faham maksud HH, itu sebab kualiti cerita entry lg penting sebenarnya dari SEO...SEO tu hanya pancingan...tp yg buat pembaca setia adalah content penyampaian yg kita bg nilai kepada penerima...itu sudah cukup buat ramai pembaca setia terus melekat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teknik penulisan yang membuatkan orang mahu promote blog fatin liyana

      Padam
  3. tepat tu, blog Dr.Fatin Liyana mmg ada daya tarikan tersendiri...dan mmg pun, entry blog saya seperti nota yang ditampal di kedai kosong dan tiang lampu!

    BalasPadam
  4. Fatin Liyana memang tak guna............ :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum HH,

    Satu lagi elemen penting yang mempengaruhi kehebatan blog tersebut ialah, ianya konsisten, sekalipun dari apa yang saya lihat, setiap bulan artikel yang ditulis tidaklah terlalu banyak.

    Tetapi blog tersebut mula ditulis sejak tahun 2009 lagi. Bila digabungkan dengan elemen penulisan yang baik dan menarik pembaca, lagi bertambahlah kuasa tarikan blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri blog ini awal2 dulu banyak la jugak kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni .. :) dulu tak sesibuk sekarang.

      Padam
  6. Anda suka baca blog Doktor Fatin Liyana tak?
    Baca tapi kadang-kadang je, takde chemistry pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Adeh. Mungkin hanya saya je kot

      Padam
    2. Betul Ms A, saya juga fikir begitu. Bg saya penulisan Hanis Zalikha dan Namee Roslan lebih mempunyai signature dan identiti.

      Padam
  7. diakui Fatin Liyana memang pandai menulis...saya boleh terlekat baca, tau2 dah abis...gaya penulisan yang tak semua ada...^_^

    BalasPadam
  8. Ramai yang suka dengan Fatin Liyana. Tetapi saya lebih suka dengan Namee Roslan. Namee lebih bijak memilih ayat dan humble. Kelakar juga. Sama seperti Hanis Zalikha ketika dia mula-mula berblog dulu. Kalau menerbitkan entry iklan pun masih berciri-cirikan konsep selamba dan bijak. Saya bagi 10 bintang untuk old Hanis Zalikha, 10 bintang juga untuk Namee Roslan dan hanya 7 bintang untuk Fatin Liyana. Apapun tahniah Fatin Liyana. Among the best blogger (katanya).

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. saya juga sangat menyukai blogger Hanis Zalikha ketika dia mula berblog. tapi sekarang dah jarang bukak sebab jarang sangat update. tapi blog Namee Roslan blog wajib terjah hari-hari :)

      Padam
  9. Fatin Liyana antara feberet blogger Fyna.

    BalasPadam
  10. memang susah nak jumpa blogger mcm ni lagi skrg ni

    BalasPadam
  11. Beliau memang hebat.....xperlu seo pun masih dpt trafik yg sukar dipercayai.....doktor pulak tu...apa pun tahniah untuk Dr. Fatin Liyana

    BalasPadam
  12. Nampaknya soul penulisan itu lebih hebat dari SEO.
    SEO adalah permainan manusia dengan robot. Kadangkala kita ditipu oleh Google Circus.
    Soul penulisan adalah mainan perasaan manusia dengan manusia. Peranan akal dan jiwa manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Penulisan berjiwa ini akan melekat di ingatan dan di hati. Robot .. hmmm hari ni mari .. esok dia campak kita kat belakang .. haha .. sbb tak ikut perintah.

      Padam
  13. tarikan kepada fatin liyana..cantik dan bijak..susah nak nafikan!

    BalasPadam
  14. menulis dari hati biasanya memang cepat menambat hati pembaca..tahniah pada fatin liyana best!

    BalasPadam
  15. Bagi saya depend on konsep blog juga. Memang blog dia berkonsep pengalaman dan cerita, mungkin sebab itu ramai orang baca. Apa pun, penulisan dari hati memang bikin orang melekat-lekat. Ataupun dia jampi kot.. hihi

    BalasPadam
  16. Tengok gamba yang cantik-cantik pun dah cukup hehe.

    Kalau hati dah tertawan...dari mata jatuh ke hati.

    Gambar cantik > Teknik SEO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya gambar cantik salah satu teknik SEO .. tetapi yang menjadi jika teknik itu ada pada gambar tersebut.

      Padam
  17. Fatin menulis dari hati. Semua peringkat umur pun suka kerana ia tulus, ikhlas dan tidak yang hebat-hebat sahaja. Itu yang mahal.

    BalasPadam
  18. Fuh HH, boleh tahan pekat keyword yang sama ye HH dalam entri ni.

    Nak tanya HH, dalam update Google yang baru kan..pasal keyword stuffing, boleh HH tolong jelas kan sikit... sebanyak mana keyword stuffing yang di consider oleh google sebagai Too Much.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keyword stuffing dalam entri tak berapa nak tahu sangat sbb Google tak bagitahu jmlah. Tapi kalau untuk blog, kita akan nampak keywrod tu merata-rata, di header, menu, di sidebar, label, pastu kat footer pun ada keyword tu .. memang kena penalti la.

      Padam
  19. pertama sy suka suka sebab dr FL cantikkk
    kedua baru blog nya =)

    BalasPadam
  20. sy suka baca baca blog Fatin Liyana sebb dia cantik, nmpk tulus & sopan.pakaian & cara pakai tdung la semua kena..org cantik pakai tudung senget menget pun cantik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.