Cara Buat Tuntutan Takaful i-BR1M 2014

Cara Buat Tuntutan Takaful i-BR1M. Bagaimana anda sebagai penerima BR1M 2014 untuk tuntut manfaat menerusi i-BR1M atau Skim Takaful Bantuan Rakyat 1Malaysia? In Sha Allah, saya akan kongsikan cara-cara menerusi blog post ini. Semoga ia dapat meringankan beban anda (jika ada) khas dan khususnya bagi mereka yang layak untuk membuat tuntutan Takaful i-BR1M 2014.

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah atau keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Cara Buat Tuntutan Takaful i-BR1M 2014

i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful melibatkan HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, AmFamily Takaful Berhad, Sun Life Malaysia Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Great Eastern Takaful Bhd, Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn Bhd dan juga MAA Takaful Berhad.

Cara Buat Tuntutan Takaful i-BR1M

Untuk membuat tuntutan takaful i-BR1M, syarat-syarat berikut mesti dipatuhi.

Manfaat PerlindunganJumlah Dibayar (RM)
Kematian Bukan Disebabkan Kemalangan1,000
Kematian Akibat Kemalangan30,000
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan30,000

Manfaat tidak akan dibayar jika kematian/ kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan yang berikut:
  • membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau
  • di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau
  • hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau
  • keadaan sedia ada.
Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.

Bagi maksud Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut:
  1. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
  2. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
  3. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk mereka yang mahu membuat tuntutan Takaful i-BR1M ini, anda perlulah mengisi borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian

Borang Tuntutan Takaful i-BR1M 2014



Setelah mengisi borang tuntutan takaful i-BR1M, anda perlulah menyediakan dokumen berikut untuk melengkapkan tuntutan anda.

Dokumen Untuk Membuat Tuntutan i-BR1M 2014

Tuntutan Kematian

  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Sijil Kematian
  3. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan Kemalangan)
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik

Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan

  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M
  3. Salinan laporan polis yang disahkan
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik
Borang tuntutan yang telah lengkap akan diproses selama 10 hari bekerja oleh pengendali takaful. Tuntutan takaful i-BR1M 2014 boleh dibuat oleh waris mahupun penerima sebelum 31 Mac 2015.

Seandainya anda hadapi masalah dan kesukaran untuk mengisi borang tuntutan atau menyediakan dokumen berkaitan, boleh hubungi:

Hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau emel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Semoga maklumat dan info ini akan membantu anda.

6 comments.. read them below or add one

acik watie acik watie January 07, 2015
boleh rujuk sini la..ramai jugak tak tahu dan tak ambil tahu...sebab motif utama, duit BRiM tu je
tenku butang tenku butang January 07, 2015
ho.. bookmark.. ehehehehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 07, 2015
Ramai yang tidak tahu .... ini kena usaha sendiri.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas January 07, 2015
Semoga memberi manfaat kepada yang layak dan memerlukan..
Ilyas Ibnu Ilyas Ibnu January 07, 2015
Terima kasih diatas perkongsian maklumat. Blog yang amat menarik dan berinformasi
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy January 11, 2015
tk dpt brim lah adehhh - kedaionlinemy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.