Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN

Cara beli Pin UPU ID Unik di ATM Bank Simpanan Nasional (BSN). Nak masuk ke IPTA sekarang dah mudah dan senang, tak macam zaman saya dahulu. Teringat kisah lama masa tamat belajar tingkatan lima di SEMESTI, terpaksa beratur panjang nak beli borang UPU untuk masuk Universiti di Pejabat Pos Malaysia.

Ketika itu, saya terpaksa naik bas ekpress dari Ipoh ke Teluk Intan untuk dapatkan result SPM. Zaman sekarang main SMS je .. hoho, pastu boleh periksa secara online menerusi internet. Zaman saya memang tak ada cara lain, nak cepat kena pergi ambil di pejabat sekolah, kalau nak dapatkan keputusan menerusi telefon, kena tunggu 2-3 hari baru boleh. Itupun kalau ada telefon sendiri, kalau guna telefon awam, jenuh gak nak masuk syilling demi syilling ... silap-silap kena ulang telefon dua tiga kali sebab talian terputus.

Dari rumah (kini kampung) ke Ipoh, ambil masa 40 minit, beli tiket dan naik bas ekpress dari Ipoh ke Teluk Intan; ambil masa dekat 1 jam setengah. Dari pekan Teluk Intan, naik pula bas loncat ke SEMESTI, ambil masa lagi 30 minit. Kira-kira lump sum, perjalanan nak ambil result SPM ambil masa dekat 3 jam.... fuh .. kalau result ok .. memang lega. Kalau kantoi, uhhh ...
BSN - Cara beli pin id unik UPU IPTA
Sekarang, mana-mana pelajar lepasan SPM boleh beli pin UPU ID Unik di ATM BSN untuk buat permohonan dan pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam.

Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN

Kepada yang tidak tahu cara nak beli pin UPU ID Unik ini menerusi mesin ATM Bank Simpanan Nasional, boleh rujuk tatacara di bawah ini.
Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN
Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN
Resit yang dicetak harus disimpan baik-baik, jangan dihilangkan. Contoh resit pembelian Pin UPU ID Unik ini adalah seperti ditunjukkan di bawah ini.
Resit pembelian pin UPU Unik ID

Beli Pin UPU Unik ID Hanya Pada Waktu Jualan

Untuk membeli pin UPU ID Unik ini di mesin ATM BSN, anda seharusnya membelinya sewaktu jualan, iaitu apabila ia diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Jika anda membelinya di luar waktu jualan, akan ada mesej keluar - "Di Luar Tempoh Jualan".

Beli pin UPU ID Unik di mesin ATM BSN yang boleh keluarkan resit. Jika terpapar bahawa resit tidak boleh dikeluarkan atau kehabisan, jangan beli, cari mesin ATM yang lain.

Pin ini hanya boleh dibeli menggunakan kad pengenalan baru sahaja. Jadi, buat warga emas yang mahu daftar masuk ke IPTA menggunakan pin ID unik, disarankan tukar kad pengenalan baru... hehehe...

Pembelian pin UPU ini boleh juga dibeli menerusi SMS Banking Bank Simpanan Nasional. Untuk itu, anda perlu daftar akaun BSN anda untuk menggunakan perkhidmatan ini. Boleh rujuk mana-mana cawangan BSN untuk butiran lanjut atau berpandukan info disediakan oleh BSN di pautan ini - Panduan Unik ID

Ok. Saya harap info ini berguna dan bermanfaat untuk mereka yang mungkin mahu tahu cara nak beli pin UPU ID Unik menerusi mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN).

Oh ya, tahniah kepada anda kerana ambil langkah untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi.

{ 10 comments.. read them below or add one }

salmiah awang salmiah awang January 12, 2015
Boleh gini pulak...mudah sungguh zaman ini
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum January 12, 2015
Assalamualaikum
singgah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day
Denaihati Denaihati January 12, 2015
Mudah sangat sekarang ni. jimat masa dan senang.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 13, 2015
Terima kasih Anum kerana menjadi antara pembaca setia blog ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 13, 2015
Yup, jimat masa tapi kadangkala mesin suka buat perangai .. haha ... kesian adik2 ni.
Nao Mei Nao Mei January 13, 2015
Mudah kan zaman sekarang...kita dulu nak dapatkan sesuatu memang payah..teringat juga pakai public phone..hahaha..habis je kredit ditelan minah ganggang..hahaha..

Eh .eh. tak minat zul rupanya...cik akak suka tengok depa.. tapi bab episod minggu lain macam je..off folllow dibuatnya
AnonymousAnonymous May 06, 2015
Saya pelajar lepasan spm 2014,tetapi saya tak sempat nak beli nombor pin tersebut.. Buat masa skrg,saya cadang untuk tidak menyambung pelajaran.. Tetapi ingin menyambung pada tahun hadapan (2016). Bagaimana saya nak dptkn nombor pin saya.. Adakah sama cara seperti d atas.. Adakah saya masih boleh nombor pin tersebut..
Harap dpt berikan jwpn secepat yg mgkn..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Ya, masih lagi menggunakan cara yang sama. Tiada masalah, atau boleh gunakan saluran terus di IPT yang anda ingin memohon. Boleh rujuk laman web IPTA yang ingin tuan/puan lanjutkan pengajian.
AnonymousAnonymous July 10, 2015
assalam. sye nk tanya, kalau mcm skrg nk apply uitm, dkt mesin tuu nnti tekan 'uitm" kan? bukan "ipta" kan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 10, 2015
Kalau pengambilan bukan melalui UPU, maka pilih UITM ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.