Caliph Buskers nyata menampakkan sedikit keistimewaan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 29. Pastinya ramai yang telahpun menonton episod persembahan terbaik dari Caliph Buskers di AJL29. Satu yang biasa di jalanan tetapi diangkat cukup hebat di dalam satu event yang sangat besar dengan penaja Qu Puteh Barulah Putih dari Vida Beauty.

Sekalung tahniah buat kumpulan Mojo dengan kolaborasi cukup menarik bersama Caliph Buskers. Persembahan Mojo bersama Caliph Buskers menerusi lagu Romantika Cinta atau lebih dikenali Romancinta telah dinobatkan sebagai persembahan terbaik AJL 29 menerusi 50 peratus undian SMS dan 50 peratus lagi daru juri profesional.

Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29

Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29
Persembahan yang bertenaga Mojo dan Caliph Buskers nyata istimewa apabila mendapat standing ovation daripada penonton-penonton yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil. Saya dan wife turut teruja dan kagum dengan persembahan vokal mantap Azmi Saat di depan kaca TV. Siaran langsung AJL29 dibawakan secara langsung di TV3 menerusi penaja utama Qu Puteh Ku Putih ... :)

Info Ringkas Caliph Buskers

Kumpulan Caliph Buskers terdiri dari:
  • Nirwan – Pemain Gitar Utama
  • Zaki – Pemain Gitar / Vokalis
  • Azmi Saat – Pemain Gitar Bass / Vokalis
  • Fendy – Pemain Kajon / Vokalis
  • Rubiana – Pemain Shaker/ Vokalis
  • Syahzmeen
Kumpulan ini yang telah hampir setahun ditubuhkan telah diberikan peluang membawa lagu Romancinta apabila ketua kumpulan Mojo yang juga penulis lirik dan komposer lagu tersebut, saudara Edry Abdul Halim memutuskan untuk mengeluarkan penyanyi kumpulan Mojo iaitu Aweera atas sebab-sebab tertentu. Pencarian pengganti untuk Aweera akhirnya ditemui apabila Edry melihat persembahan mereka di hadapan Sogo.

Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29
Nyata persembahan vokal Azmi Saat berusia 28 tahun dari Johor Bahru ini tidak mengecewakan. Walaupun kurang upaya penglihatan, tetapi persembahan yang diberikan telah diterjemahkan cukup hebat di pentas akhir AJL 29. Anda boleh lihat sendiri persembahan Caliph Buskers dan Mojo di pautan video berikut - http://youtu.be/lm-wpK9omaU

Kumpulan Caliph Buskers ini secara peribadi pernah saya lihat secara sekali lalu semasa berada di Kuala Lumpur, selepas event Gathering Infokerjaya pada bulan Disember 2014. Mereka memang dikenali oleh warga kota apatah lagi sering mengadakan persembahan buskers di depan kompleks beli belah Sogo, dan juga Avenue K.

Menang AJL29 Persembahan Terbaik RM12000

Tahniah buat kumpulan Caliph Buskers dan juga Mojo kerana meraih kemenangan persembahan terbaik AJL29.

Selepas ini, mungkin lebih banyak mata akan melihat akan keupayaan buskers di jalanan, dan memberikan mereka tempat di dalam industri muzik tanahair, apatah lagi buat golongan OKU seperti kumpulan Caliph Buskers ini. Syabas dan tahniah juga buat Edry Abdul Halim yang membawa mereka ke pentas AJL29.
Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29
Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29
Caliph Buskers Nyata Istimewa AJL29

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. persembahan yg mengagumkan..best tgk dorang nyanyi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suara yang mantap. Mereka ikhlas dan jujur dalam persembahan. Terbaik.

      Padam
  2. tahniah Caliph Buskers...semoga bakat mereka ini akan membuka mata pihak2 yg hanya memandang kecantikan paras rupa utk melakukan album..

    BalasPadam
  3. Apabila penyanyi menyanyi dari hati...lontarannya akan terus menusuk ke hati.

    BalasPadam
  4. betul dan memang patut diaorg dapat pensembahan terbaik smlm... xpe dapat satu semoga kumpulan terus dikenali nanti macam tegar tu... huhuhhu

    BalasPadam
  5. aku siap dengar banyak kali lagi tu..memang tak puas dengar..pehh,terbaik

    BalasPadam
  6. Mmg best malam ni. Suara mantap!

    Tak perasan, selama ni tgk mereka buat persembahan depan SOGO...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement