Ramai nampaknya yang seolah kempunan untuk melihat persembahan live cabaran Caliph Buskers terhadap AM Krew Hot FM dan Mojo di Central Market pada Jumaat 23 Januari 2015. Persembahan yang menampilkan lagu-lagu popular KRU dan Mojo yang disampaikan secara busking mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dengar khabarnya jalan ke Central Market jem, malah ada peminat yang sanggup parking jauh semata mahu melihat persembahan Live cabaran Caliph Buskers bersama AM Krew berserta kumpulan Mojo dan KRU. Perghh memang Caliph Buskers satu fenomena di Malaysia.
Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Beberapa lagu telah dipersembahkan oleh AM Krew - Fara Fauzana, A.G dan beberapa lagi deejay Hot FM, begitu juga oleh KRU diiringi oleh Mojo dalam slot selama sejam (kalau tidak salah saya). Lagu pembukaan busking cabaran Caliph Buskers AM Krew Hot FM dimulai oleh Farah Fauzana yang membawakan lagu Fynn Jamal, Arjuna Beta.

Meh lihat beberapa rakaman video cabaran AM Krew, Mojo, KRU serta Caliph Buskers berbusking di Central Market pada 23 Januari 2015 bermula jam 8:30 malam.



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Caliph Buskers sememangnya menjadi fenomena sekarang ni... Alhamdulillah, rezeki mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap jangan tenggelam dengan glamor sudah. Tabik dengan Caliph Buskers yang mahu terus berbusking.

      Padam
  2. Walaupun saya menonton dalam blog bro HH...saya puas hati dpt dengar dari video ni....sedap suara Caliph Buskers...terharu dengar...nak dok lama2 dlm ni baca entry lain plak hehehhe TQ bro tolong jawab pertanyaan saya dalam ruangan kelab blogger...cepat dan tangkas...mana nak cari sifu yang murah hati cm ni...aminnnnnnn

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan rezeki caliph busker berpnjangan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement