Langkau ke kandungan utama

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Ada blogger travel tanya saya, "Apakah affiliate yang sesuai untuk sebuah blog travel?". Bolehkah blog travel buat duit online menerusi affiliate yang ada kaitan dengan travel, pelancongan ni? Ok. Jawapan saya ialah, boleh. Memang ada program affiliate khas untuk blog-blog travel. Nak tahu, kena baca entri ini dari awal sampai habis.

Buat duit affiliate untuk blog travel ada beberapa sumber. Saya akan cadangkan beberapa sumber affiliate supaya blog travel dan pelancongan boleh dapat komisen. Komisen ini dibayar apabila pengunjung singgah di blog dan membuat pembelian menerusi link yang disediakan atau yang diletakkan di blog.

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel
Ada beberapa cara komisen itu dijana. Satu, menerusi klik ke laman berkaitan - laman web yang berikan komisen affiliate bersandarkan pendaftaran, iaitu PPL (Pay-Per-Lead), dan keduanya bersandarkan kepada penjualan iaitu PPS (Pay-Per-Sale). Tak berapa nak faham apa itu PPL dan PPS, boleh baca entri saya yang ini - Dua Cara Jana Income Dengan Affiliate

Program affiliate ini selalunya disediakan oleh laman web yang menyediakan servis tempahan bilik hotel, tempahan homestay, tempahan tiket penerbangan, pakej lawatan, pakej pelancongan, tempahan kereta sewa, tempahan servis pemandu pelancong dan juga pendaftaran ahli percuma.

Jana Komisen Sehingga USD50

Komisen boleh dijana dari sehingga USD2 hingga ke USD50 mengikut kategori. Jika tempahan kereta sewa, dan juga tempahan hotel secara online, blog travel boleh jana income menerusi program affiliate sehingga USD30 bagi setiap tempahan samada sebuah bilik atau sebuah kereta sewa.

Beberapa syor untuk dapatkan komisen affiliate untuk blog travel. Anda boleh daftar program affiliate percuma berikut:
Ini lagi ...
Dan ini ...

Apa yang perlu anda buat sebagai seorang blogger pemilik blog travel ialah daftar percuma program affiliate yang disediakan. Tunggu approval dari mereka. Login ke akaun anda, dan pilih metod untuk promosikan produk mereka - samada teks link, banner, atau juga kotak carian servis dan produk yang disediakan.

Contoh, anda boleh lihat seperti di bawah ini.



 
 


Anda boleh letakkan banner atau widget yang disediakan oleh program affiliate samada dalam entri berkaitan travel ke destinasi tertentu, atau secara am letakkan di sidebar blog. Mudah. Hanya copy-paste kod HTML atau script yang disediakan.

Tips Buat Duit Affiliate untuk Blog Travel

Nasihat saya, jika mahu betul-betul buat duit online di blog travel, kena pastikan blog anda dwibahasa supaya anda boleh dapat trafik antarabangsa, dan pengunjung boleh terus buat tempahan menerusi link entri penceritaan anda.

Katakan anda dah pernah travel ke Australia, anda boleh ceritakan mengenai tempat penginapan, atau lokasi pelancongan yang anda pergi. Dapatkan widget khas berkaitan tempat penginapan tersebut atau buat secara am berkaitan lokasi tersebut.

Ini antara cara nak buat duit menerusi blog travel, ada lagi cara nak buat duit dengan blog seperti ini. Saya ada ceritakan di entri ini - Cara Buat Duit Dengan Blog Pelancongan dan juga entri ini khas untuk blogger travel - Tips Buat Duit Blogger Pergi Melancong

Semoga bermanfaat.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. apa jenis blog pun boleh buat Affiliate rasanya cuma kena buat kajian pasaran dahulu.. kalau persaingan agak tinggi elok dikurangkan cari persaingan yang agak sederhana dan kurang.. lebih mudah untuk jana komisen.. itu hanya sekadar pandangan aku yang dangkal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju,, tapi tema affiliate kena lah sama dgn pe yg kita ceritakan - kedaionlinemy.com

      Padam
    2. Memang boleh. Tapi kalau nak laju jualan, lebih elok buat blog yang cerita yang hal berkaitan. :) senang dapat kepercayaan.

      Padam
  2. Terima kasih atas perkongsian. ena nanti nak buat blogger travel bila dah bekerja nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kerja apa gamaknya tu ehh .. :P hehehe

      Padam
  3. semua jenis blog boleh buat duit kan ?

    BalasPadam
  4. Jom affliate travel...InsyaAllah berbaloi..

    BalasPadam
  5. Untuk berjaya dengan bis affliate travel ni, mestilah berguru dengan sifunya...saya dah tak ingat guru berkenaan..tapi blh google utk cari sifu affliate travel ni...

    BalasPadam
  6. macam-macam cara rupanya nak dapat duit dari penulisan blog...

    BalasPadam
  7. aku pernah jumpa blog travel yang tulis dalam dua bahasa...atas bahasa melayu bawah tulis dalam bahasa inggeris...

    BalasPadam
  8. Ada beberapa yang pernah gua apply, tapi direject.... Kecewa sat....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …