Blogger China Beri Amaran 13 Hari Sebelum Kehilangan QZ8501 AirAsia

Agak panjang tajuk entri saya kali ini. Ada informasi yang saya petik dari Yahoo yang mengatakan ada seorang blogger dari China telah berikan amaran 13 hari sebelum kehilangan pesawat QZ8501 milik Air Asia yang telah disahkan terhempas.

Sebelum ini, kehilangan pesawat Air Asia itu mendapat liputan meluas, dan sedikit sebanyak mencuri perhatian di sebalik kejadian banjir besar yang melanda bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kehilangan pesawat pesawat Airbus A320 milik Air Asia QZ8501 menggemparkan kerana ianya boleh dikatakan satu tragedi yang secara ironinya terkait dengan dua tragedi berkaitan aviasi Malaysia - MH370 dan MH17.
QZ8501 hilang dijumpai terhempas

Untuk info, pesawat Air Asia yang terhempas QZ8501 pada 28 Disember 2014 adalah milik Indonesia. Maka, kehilangan pesawat ini menjadi tanggungjawab pihak pemerintah Indonesia untuk menjalankan usaha menyelamat dan mencari pesawat ini.

Kehilangan pesawat QZ8501 Air Asia selama dua hari akhir terjawab apabila ia telah disahkan terhempas di Selat Karimata. Berita ini telah disahkan apabila telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo setelah beberapa serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi telah disahkan milik pesawat QZ8501 Air Asia Indonesia.

Blogger China Beri Amaran 13 Hari Sebelum Kehilangan QZ8501 AirAsia

13 hari sebelum kehilangan pesawat Air Asia QZ8501, seorang blogger China telah mendapat perhatian ramai apabila telah menulis satu post di dalam sebuah forum China - 'Selepas Musnahnya Malaysia Airlines, Kini Diteruskan ke Air Asia oleh Tangan Hitam'

Saya tunjukkan kepada anda isi kandungan post dalam forum tersebut yang telah ditulis oleh blogger China itu pada 15 Disember 2014.
Blogger China Beri Amaran 13 Hari Sebelum Kehilangan QZ8501 AirAsia
Saya kemudian menggunakan Google Translate untuk terjemahkan isi kandungan yang sah-sah memang saya tak faham satu benda pun....
Blogger China Beri Amaran 13 Hari Sebelum Kehilangan QZ8501 AirAsia

Blogger China Beri Amaran 13 Hari Sebelum Kehilangan QZ8501 AirAsia

Blogger tersebut dilaporkan menerusi post di atas menggesa pembaca untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan mereka untuk mengelak daripada mengambil apa-apa syarikat penerbangan Malaysia.

Blogger yang tidak diketahui identiti sebenar itu dilaporkan mencatatkan lagi 39 pesanan tentang topik ini, yang telah dilihat oleh lebih daripada 650,000 orang pada ruangan forum tersebut. Bagaimanapun, sehingga 17 Disember semua aktiviti akaun blogger di forum tersebut dilaporkan berhenti.

Tangan Hitam Mahu Musnahkan Malaysia?

Daripada pesanan yang ditulis, dia mengatakan bahawa ada Tangan Hitam yang bertanggungjawab untuk memusnahkan industri penerbangan Malaysia serta pelancongan negara.

Misteri. Siapakah Tangan Hitam yang dimaksudkan? Bagaimana blogger ini boleh mendapatkan ramalan ini sebelum berlakunya kehilangan pesawat Air Asia QZ8501?

Moga pihak kerajaan Indonesia akan menyiasat hal ini dan mencari blogger China dimaksudkan supaya dapat membantu dalam penyiasatan sebab-musabab bagaimana pesawat Air Asia Indonesia boleh terhempas di Selat Karimata.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Aishah Amin Aishah Amin January 01, 2015
Selamat Tahun Baru 2015 Tuan Hasrul! :)

#projek2ribu
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com January 01, 2015
terima kasih info ni - kedaionlinemy.com
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ January 01, 2015
Ya Allah, siapa la blackhand tu. Takut pula baca komen dari blogger Cina tu. Hurmmm.
Ahsan Nur Mubarak Annuar Ahsan Nur Mubarak Annuar January 01, 2015
Tangan hitam itu adakah sama dengan The Hidden Hand dalam bahasa cina? Kalau betul... maka agenda Freemason la tu...

Entri terbaru Wacanaku:
http://wacanaku2009.blogspot.co.uk/2014/12/banjir-besar-di-malaysia-2014-nukilan.html
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 01, 2015
Indonesia bukan kerajaan ye :)
smbotak smbotak January 01, 2015
amaran tanpa bukti kukuh dan terlalu lemah. jadi saya anggap dia ni sekadar cuba nak mencuri perhatian atau ada rasa tak puas hati dengan penerbangan malaysia, lalu dia pun sebarkan spekulasi. yang penting dia perlu tampil dengan bukti, kalau betul la.

*apa pun, moga tahun 2015 ni akan lebih baik buat kita semua.
kucha lana kucha lana January 01, 2015
sia tangan hitam mana la pulak tu..nak buat dajal dekat negara kita
Norwina Mohd Hadin Norwina Mohd Hadin January 02, 2015
Semoga Allah sentiasa melindungi kita.. setiap yg berlaku hanyalah dengan izin Allah SWT
Sheila Salim Sheila Salim January 02, 2015
Assalamualaikum.. semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 02, 2015
in Sha Allah, kita doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk kita semua.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 02, 2015
Dia sebenarnya nak cuba ingatkan pelancong China supaya tak guna penerbangan Malaysia... mungkin dia ni salah seorang kecewa mengenai MH370.
mama amir mama amir January 02, 2015
Semoga segalanya yang terbaik buat negara kita yang tercinta ini...^_^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.