Blog medium mencari kenalan yang satu fikir, satu nada, satu hati ... walaupun kadangkala akal memintal dalam menegakkan satu kepercayaan. Blog memang boleh dijadikan satu medium bagus untuk mendapatkan kenalan yang ramai di dalam dunia blog, apatah lagi dari kalangan pembaca dan pengunjung. Ia bukan benda pelik tetapi itulah kelebihan dunia maya yang semakin hari semakin bertambah penggunanya.

Saya tertarik dengan rakan blogger ini - Yoorin yang telah mengambil peluang untuk mendapatkan ramai kenalan baru menerusi blog. Saya akui, saya sendiri alami setelah bertahun-tahun menjadi seorang penulis blog sepenuh masa.

Blog Untuk Mencari Kenalan

Blog Yoorin
Ramai kenalan baru saya peroleh menerusi blog, termasuklah komuniti blogger itu sendiri.

Menerusi blogwalking, saya tampilkan diri menerusi segmen, giveaway, kontest mahupun menerusi ruangan komen yang disediakan di dalam blog. Ada cerita menarik yang memikat akal, saya akan kongsikan pendapat dan pengalaman. Saya berikan link ke blog (bukan dalam bentuk hyperlink - kaler biru) selepas komen saya berikan.

Komen yang bagus akan berikan impak pada diri seorang blogger yang baru nak naik. In Sha Allah, ia boleh bantu orang lain untuk kenal diri anda sedikit sebanyak.

Mahu lebih ramai kenalan di dalam dunia blog, maka kena sajikan pengunjung dan pembaca dengan kepelbagaian entri yang difikirkan kita layak untuk bicara - bersandarkan apa yang kita tahu dan alami. Tak boleh memandai-mandai dalam menulis entri, sebab silap kata boleh hilang kenalan yang baru dikenali .. :)

Lebih banyak entri memikat, lebih bagus untuk mudah mendapat ramai kenalan yang sependapat, yang secerita, yang pernah alami situasi yang sama.

Blog Juga Medan Dapat Musuh

Namun, saya tidak nafikan, blog juga boleh jadi medan mencari musuh andai kata bicara tidak kena pada rasa dan akal sesetengah yang tersesat membaca. Jadi, awas-awaslah diri supaya tidak menyangkut musuh untuk bertandang, kerana adanya golongan haters ini boleh jadi barah yang akhirnya nanti buat kita mengalah, dan kecewa.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kenapa saya tak pernah terfikir.Memang betul, saya adalah seorang suru rumah sepenuh masa. Dunia saya hanya suami dan anak-anak.kawan-kawan semasa remaja sudah kian jauh kerana alasan tugas dan tanggung jawab.Tapi sejak berblog, alhamdulillah...mereka bukan lagi hanya boleh dilihat,tetapi saya dapat berkenalan dengan mereka.Thanks blogger.

    BalasPadam
  2. ada benarnya, tapi kalau Etuza kata kami blogger pinggiran sayang HH terima ke..kalau terima klik ni ya..klik tau tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

    BalasPadam
  3. Seseorang blogger perlu ada matlamat, barulah blog akan aktif dan tahu apa yang ingin dibicarakan mengikut arah tujuan yg disasarkan. Bak kata pepatah... barulah "cakap serupa bikin"

    BalasPadam
  4. Memang seronok boleh kenal ramai rakan blogger kan ;D

    BalasPadam
  5. terima kasih Bro HH bg komen yang bukan buat saya terasa,tersinggung , berkecil hati ke hapa.. tapi lebih kepada terharu.. semua teguran kritikan akan sy ambil sebagai ilmu .. TQ!!!

    BalasPadam
  6. Memang benar kenyataan Tuan. Blog tempat mencari kenalan dan blog tempat mendapat musuh.

    BalasPadam
  7. Wah sangat beruntung dapat ramai kenalan...teman tapi mesra.

    BalasPadam
  8. yezaa, tapi kalau blogger open minded lagi hehe

    BalasPadam
  9. bila daa makin dalam menapak dalam dunia blog. baru tahu ada juga antara bloggers iri hati..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement