Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan RM500 untuk isi rumah yang terjejas dengan banjir. Alhamdulillah. Baguslah ada bantuan segera begini, setidaknya ada juga berita gembira buat mereka yang sedang berasa sayu dan hiba. Pasca banjir memang perlukan lebih banyak bantuan, dilaporkan hampir RM1billion juga diperlukan untuk pulihkan keadaan di negeri-negeri terlibat banjir Disember 2014.

Bantuan RM500 dilaporkan oleh media massa arus perdana akan diberikan kepada semua isi rumah yang terjejas banjir. Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di dalam satu mesyuarat pasca banjir di Pahang.

Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan rm500 mangsa banjir disember 2014
Pemberian bantuan ini saya difahamkan akan melibatkan lebih 82,000 isi rumah yang berdaftar dan telah disahkan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Kebajikan Masyarakat, ini termasuklah kepada isi rumah yang tidak berpindah ke pusat pemulihan tetapi rumah kediaman terjejas dengan banjir besar berlaku terutama di Pantai Timur Semenangjung Malaysia.

Bantuan RM500 akan diberikan secara tunai kepada isi rumah mangsa banjir terbabit. Bila? Itu saya tidak pastilah pulak ... kena tunggu laporan dari pihak berwajib akan datang.

Bantuan RM500 Adalah Prosedur Biasa Setiap Kali Banjir Berlaku

Pemberian bantuan tunai RM500 ini adalah memang prosedur biasa bila berlaku bencana banjir. Mana-mana isi rumah yang terlibat banjir tak kira mana tempat, dan masa akan terima bantuan ini dari kerajaan, asalkan berdaftar menerusi saluran yang disediakan.

Walaupun ada pihak berkata RM500 tidak begitu mencukupi, tetapi saya fikir biar ada dari tak ada. In Sha Allah, akan ada bantuan-bantuan lain diberikan oleh rakyat Malaysia yang memang sangat prihatin. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Semoga bantuan yang dikatakan ini diberikan segera kepada mangsa-mangsa banjir. Jangan biarkan mereka menunggu dengan harapan melangit, tetapi last-last macam-macam birokrasi wujud. Lalu tercetuslah pelbagai alasan-alasan yang sengaja ditimbulkan.

Harapnya juga tak ada golongan yang nak ambil kesempatan daripada bantuan yang diberikan ini. Mentang-mentang tahu ada 'lubang duit percuma'; maka diambil kesempatan mahu bolot segala. Dah la wujud tabung bencana bohong lagi tipu, kang ... ntah dari mana ... dari 82,000 terjejas banjir .. menjadi lebih 100,000 pula.

Inilah manusia.

5 comments.. read them below or add one

Sally Yatiey Sally Yatiey January 09, 2015
Sekurang2nya ada bantuan macam ni, boleh bantu sikit2 kan.
yoorin melacolea yoorin melacolea January 09, 2015
setuju.. biar ada dari takda.. yang menerima kadang2 tak merungut pon..org lain pulak lebih2.. insyaa allah, ada bantuan lain lagi yang akan menyusul..
Maria Hasun Maria Hasun January 09, 2015
RM 500.0 x cukup sbnrnya tp dari tak ad kira okay la nie kan
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy January 11, 2015
sikit2 lama2 jadi bukit- kedaionlinemy.com
ummu hanan ummu hanan January 11, 2015
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat kurangkan bebanan mereka sedikit.. RM500 memang ikutkan sedikit.. Tapi dalam situasi sekarang, bantuan RM10 pun diorg terlalu amat-amat memerlukan..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.