Langkau ke kandungan utama

Bahana Digigit Semut Ipoh

Pernah tahu mengenai Semut Ipoh tak? Semut ni semut tempatan sebesar saiz kerengga, cuma badannya warna merah dengan bontot hitam. Saya tak pasti nama saintifik untuk semut jenis ni, cuma yang saya tahu sejak kecil lagi saya mengenali semut ini sebagai Semut Ipoh.

Jangan main-main dengan semut ini. Sakit kalau kena ketik (gigit). Ia akan mengigit kalau rasa terancam. Selalunya semut jenis ni akan anda jumpa kat tempat nelayan naik ke darat, tempat pemancing, tempat bot-bot melepak di tepi pantai, tepi sungai.

Bahana Digigit Semut Ipoh


Saya dah beberapa kali kena gigit dengan Semut Ipoh. Memang sakit pedih. Tapi lebih memedihkan ialah selepas kena gigit tu. Perit sebab terpaksa menahan bisa semut ini yang boleh membuatkan bahagian kena gigit membengkak besar. Serius kena bengkak besar.

Saya pernah kena di dada. Perghhh .... terasa senak je dada. 30 minit selepas kena gigit, ada bulatan besar di dada dengan warna agak kemerah-merahan. Hoho .. tak terbayang rasa peritnya ketika itu. Dan baru-baru ni, saya kena lagi ketika bersama anak saya Zikri pergi memancing Udang Galah di tepian Sungai Kerian. Kena tang tangan .. perghhh .. cer lihat kesan bisa Semut Ipoh di bawah .. hoho.
Semut antara haiwan yang hebat, dan saya kagumi. Hebatnya Sang Semut boleh angkat barang berkali ganda dari saiz tubuhnya. Ada banyak jenis semut, dari blog Cisdel, saya dapati ada lebih 2000 jenis atau spesies semut di dunia ni. Dan ada antara semut ni yang ada gigitan paling memedihkan, nak tahu jenis semut apa yang gigit paling sakit dan pedih boleh baca di entri ni - Gigitan Semut Paling Menyakitkan

Hoho. Jadi awas bila nampak semut kaler merah bontot hitam yang saiz macam kerengga ... jangan sampai naik badan, kena ketik kalu .. waaa ... dua tiga hari gak la nak hilang bengkak dia.

Dan juga semut warna hitam yang selalu buat laga-laga tu.... yang tu pun bisa gak.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Bengkak dengan rasa berdenyut tu ..

      Padam
  2. Biasanya...Ipoh mali talak sombong! Tapi semut ipoh ni... tak mau le... Sakit giler wey!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, tau tak pe .. pernah merasa kena gigit dengan serangga ni mesti akan lari jauh2 punyalah ...

      Padam
  3. adeh bro..apa ubat bro sapu kasi baik tangan tue..macam sakit je..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan krim gamat tu ... benda dah ada depan mata, itulah yang saya gunakan .. :)

      Padam
  4. Huish.....dah boleh byg sakitnya macam mana...hehe

    BalasPadam
  5. Semut api yang biasa je pun sudah begitu terasa sakitnya, inikan lagi semut ipoh..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. sama bisa dengan semut hitam tu ...

      Padam
  6. 1st time tau ada semut mcm tu....

    BalasPadam
  7. Pedih saya tengok kesan gigitan semut ipoh tu.

    BalasPadam
  8. baru tau nama semut tu..ohoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak bando mana nak tau .. kih kih kih .. :P

      Padam
  9. xthu pnh jpe x semut ni..tp bisa jugak ye kalo dh kena gigit..mtk jauh drp tkena ank2 kecil lah.huhu

    BalasPadam
  10. Pernah jugak kena... bengkak dia bukan senang nak surut.... berdiri tegak bebulus roma ni tau bila terkenang sesemut askar....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…