Semakin ramai blogger yang mula mahu ambil tahu mengenai teknik SEO (Search Engine Optimization). Alhamdulillah, antara misi dan visi tahun 2014 saya yang berjaya menampakkan hasil. Tahun 2014, saya banyak menulis mengenai tips SEO blogspot, dan ketengahkan entri-entri SEO supaya ramai blogger terutama blogger baru platform blogspot mengetahui serba sedikit ilmu blogging dan pemasaran online  ini.

Mengapa saya menjuruskan kepada blogger dalam platform blogspot?

SEO Jana Income Menerusi Blog

5 Cara SEO Jana Income Menerusi Blog
Sebab setiap hari akan muncul blog-blog baru dari platform ini. Semuanya mahu ada blog, dan kebanyakkan mereka mahu jana income menerusi blog. Tetapi, tidak semua yang buat blog ada ilmu asas berblogging sehingga tidak tahu mengenai fungsi penulisan menggunakan kaedah SEO ini. Persaingan sangat ramai, dan trafik ke blog agak sukar dijana seandainya blog tersebut tidak ramai pengikut (follower) apatah lagi tidak meraih populariti di dalam dunia blog Malaysia.

Walaupun ada kritikan mengenai penulisan SEO yang tidak berjiwa, namun ada beberapa blogger yang sangat mahir telah hasilkan bukan sahaja entri SEO, tetapi entri yang ada jiwa. Malah, penulisan entri SEO dan berjiwa ini telah diulas sangat baik di dalam Kitab SEO Merah Jambu ditulis oleh rakan blogger yang merupakan Sifu Affiliate Menerusi Blog - Encik Titan. Income dijana setiap minggu hanya dengan satu dua artikel atau blog post yang diterbitkan sekali. Hebat tak hebat, entri yang ditulis bertahun sudah masih boleh lagi 'membayar' income online tiga hingga empat angka sehingga ke saat ini.
 Cara SEO Jana Income Menerusi Blog

5 Cara SEO Jana Income Menerusi Blog

SEO sebenarnya bantu untuk anda peroleh income online menerusinya. Saya mahu ketengahkan lima cara SEO jana income menerusi blog. In Sha Allah, anda boleh cuba praktikkan untuk dapatkan income jangkamasa panjang dan sederhana menerusi blog.

Penulisan SEO Berikan Trafik Berterusan

Jika anda menulis tajuk entri yang cukup evergreen, in Sha Allah, dengan adanya SEO; blog anda akan terima trafik berterusan tanpa perlu anda kongsikan ia di mana-mana laman sosial ataupun laman ping. Entri yang mesra SEO ini akan sentiasa berada di dalam pengkalan data enjin carian, dan setiap kali kata kunci dicari, entri blog anda akan naik di halaman pertama enjin carian yang memungkinkan pencari maklumat klik entri blog anda berdasarkan kata kunci tadi.

Pencarian kata kunci berterusan ini akan menjamin adanya trafik, yang sekaligus menghidupkan platform pengiklanan di blog anda. Jika anda menggunakan Google Adsense, Komli atau Innity misalnya; blog anda akan konsisten (walaupun nilai kecil) untuk menjana income berterusan darinya. Apatah lagi seandainya anda seorang blogger baru yang menggunakan platform iklan Nuffnang, yang mendapat Buffered Earnings (BE), pasti income tersebut mencanak naik tanpa disangka!

Entri SEO Terbaik Beri Peluang Jana Income Menerusi Affiliate

Anda tentu dah baca blogger muda yang masih belajar di IPT yang menggunakan teknik SEO bantu blogger muda raih RM7,000 dalam seminggu kan? Menerusi entri SEO, rakan blogger muda ini telah mendapat trafik sangat tinggi kepada entri yang mempunyai pautan ke laman jualan produk affiliate yang dikongsikan. Entri ditulis supaya kata carian popular itu naik top rank di Google, dan membolehkan ramai pencari info berkaitan kata carian itu membaca entri yang telah ditulis cukup baik.
Jana komisen affiliate menerusi entri SEO
Dengan penulisan yang berinformasi dan memberikan kepercayaan kepada pengunjung blog terhadap produk affiliate tersebut, maka bertalu-talu komisen dijana setiap masa menerusi entri tersebut, sehingga memblehkan blogger ini capai impian untuk dapatkan gajet sendiri hasil duit income blog tanpa perlu usik sedikit pun duit PTPTN.

Entri SEO Bolehkan Produk Online Dijual Laris dan Jenama Dikenali

Bagi mereka yang mempunyai blogshop atau blog niaga, penulisan yang berbentuk SEO ini bukan sahaja bantu produk dan jenama dikenali, tetapi meningkatkan lagi awareness kepada masyarakat menerusi carian di laman enjin carian terutama Google.

Sebagai contoh, entri vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan, boleh dijadikan satu bahan dan modal pemasaran untuk mereka yang suka mencari maklumat di internet. Dengan mempromosikan kata kunci tersebut, pengedar Shaklee menggunakannya untuk memberitahu bakal pelanggan bahawa terdapat banyak review diberikan secara online. Pengedar produk tersebut hanya berkata .."cubalah Google kat internet cari vitamin shaklee ni bagus tak untuk kesihatan" .... nah .. berderetan entri-entri berkaitan vitamin Shaklee terpanpang tanpa segan silu.

Advertorial Menggunakan Pendekatan SEO

Salah satu cabang untuk jana income blog menerusi penulisan yang mesra SEO. Dengan keupayaan blog anda untuk sediakan entri-entri sempoi yang mudah berada di halaman utama enjin carian terutama Google, maka ia akan menarik perhatian pengiklan untuk mendapatkan servis penulisa advertorial daripada anda.

Dengan bayaran serendah RM100 sehingga RM300 untuk satu post, in Sha Allah, ia bukan sahaja bantu pengiklan untuk raih penjenamaan bisnes mereka jadi mudah di internet tetapi juga beri pendapatan sampingan terbaik untuk seorang blogger. Samada anda percaya atau tidak, blog saya mampu jana income menerusi entri sebegini sehingga RM1000-RM2000 sebulan.
Teknik SEO jana income menerusi affiliate dan penulisan review di blog
Salah satu cara untuk saya mendapatkan servis dan income blog menerusi advertorial daripada pengiklan adalah menerusi Advertorial.MY. Platform Advertorial.MY memberikan kesempatan untuk saya memperkenalkan servis penulisan advertorial atau review ini kepada para pengiklan seluruh Malaysia.
Kerja job reviews menerusi advertorial.my

Kontest SEO

Alhamdulillah, blog saya telah beberapa kali menang kontest SEO yang dianjurkan oleh blogger-blogger Malaysia. Terbaharu saya menang kontest SEO Bonus Akhir Tahun 2014 yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM400 di tempat kedua. Sebelum itu, pada Disember 2014, saya turut menang tempat pertama kontest SEO Buat Duit di iLancee.com yang menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300.
Menang contest SEO jana income sampingan menerusi blog
Secara amnya, saya telah berjaya raih income menerusi blog hasil contest SEO sebanyak 4 kali pada tahun 2014. Ia bukan sahaja menaikkan jenama blog ini, malah telah diyakini oleh ramai pengiklan untuk mendapatkan servis penulisan advertorial daripada saya; salah satu sebab mengapa saya berani katakan saya mampu jana income menerusi entri sebegini sehingga RM1000-RM2000 sebulan menerusi beberapa entri yang saya sangat suka menulis mengenainya.

Bukan Tujuan Menunjuk-Nunjuk Income Menerusi Blog

Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan pencapaian tidak seberapa ini, tetapi mahu buka mata ramai yang tidak sepopular blogger lain untuk raih bukan sahaja trafik, tetapi juga income menerusi blog. Anda tidak perlu popular untuk dapat trafik menggunung, tetapi kena tahu cara menulis dengan baik, dan menggunakan teknik SEO terbaik untuk blog anda.

Satu hari anda akan melihat jumlah pengikut dan pembaca blog anda akan bertambah, tanpa perlu pun pujuk rayu atau bertukar saling follow. Segalanya mungkin hanya kerana menerbitkan entri evergreen dengan teknik SEO sehingga dijadikan rujukan sepanjang zaman! In Sha Allah, pengikut atau follower blog akan bertambah dari semasa ke semasa, apabila mereka sering sahaja melihat entri anda berada di halaman hadapan enjin carian.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul bang..ramai interbet markerter baru hanya tertumpu pada fb dan lupa pada blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog menjadi alat untuk menaikkan jenama diri ... :)

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah ya e.nasrul atas kejayaan anda..khaty masih belajar dari blog e.nasrul dan blogger yang lain,lagi belajar lagi macam banyak ja kena study..hehehehe

    BalasPadam
  3. kena belajar ni:)
    tahniahhhhh hasrul....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Usaha kena lebih kalau nak dapat lebih.

      Padam
  4. ye betul, memang tak disangkal lagi..kalau kena caranya memang akan autogenerate jadi income..:D

    BalasPadam
  5. camne nak dapatkan income dari advertorial.my?

    BalasPadam
  6. camne nak dapatkan income dari advertorial.my?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua cara. Menerusi tawaran advertorial daripada pengiklan yang hubungi kita, dan kedua menerusi affiliate mempromosikan advertorial.my

      Padam
  7. Kupasan yang panjang lebar dan begitu teliti dengan huraian yang cukup mudah difahami sehingga komen ini juga menjadi semakin xtahu nak tulis apa dah....terima kasih dengan perkongsian ini

    BalasPadam
  8. Perkongsian ilmu yang berguna. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Tahniah bro Hasrul Hassan, saya kagum dengan cara Hasrul Hassan buat duit dengan blog menggunakan teknik SEO.

    BalasPadam
  10. perkongsian yg menarik..sy kalu buat entry, mesti suh asben yg letak SEO..huhuhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement