31 Disember 2014

Page Weight Teknik SEO Asas Blogspot

Sebut page weight, mesti ramai yang akan tergaru kepala...hehe.. okaylah, bahasa mudahnya ialah saiz blog. Saiz blog ini bermaksud berapa banyak kod HTML dan seangkatan dengannya ditulis di dalam blog anda. Semakin panjang kod HTML termasuklah CSS blogspot anda, maka semakin beratlah page weight ini.

Ia juga bermaksud jumlah bytes yang perlu diproses satu-satu komputer di dalam pelayar internet anda untuk loading blog. Semakin besar nilai bytes, dan semakin banyak kod HTML di dalam blog,maka semakin lambatlah blog anda untuk loading. Loading bermaksud memuatkan blog anda di pelayar internet seperti Internet Explorer, Crome mahupun Firefox.

Page Weight Teknik SEO Asas

Kadar loading blog yang pantas adalah satu kelebihan dari segi teknik SEO. Mana-mana blog yang jumlah bytes nya kurang daripada 500 KB adalah yang bagus, dan paling terbaik adalah di bawah 150 KB. Itu sebab bila mula-mula buat blog sendiri dengan blogspot, rangka atau template blogspot anda simple je, yang memang sudah terbaik dari segi page weight ini.

Bagi blog baru, sangat penting ambil kira bab page weight ini jika mahu blog berada di dalam enjin carian Google. Ia merupakan teknik SEO asas - memastikan blog anda ringan dan mudah dicapai.

Antara faktor yang menyebabkan saiz blog besar ialah penggunaan gambar, jumlah pautan luar (http), jumlah javascript yang digunakan (selalunya widget) dan juga cara koding HTML anda disusun di dalam template blogspot anda.
Page Weight Teknik SEO Asas

Saya pernah beritahu sebelum ini, pastikan ruangan di dalam HTML blogspot anda tidak ada ruang kosong. Mampatkan ia selagi boleh. Jika di dalam Wordpress, ada plugin tertentu boleh digunakan, tetapi untuk blog blogspot seperti blog ini (www.hasrulhassan.com), kena buat cara manual ini - hilangkan ruang kosong.

Guna SEO Centro untuk Analisis SEO Blogspot

Cuba anda periksa page weight blog anda di sini - SEO Centro - SEO Analyzer dan lihat hasilnya. Cuba fahami apa yang disyorkan untuk mantapkan blog dari segi SEO.

Haha... jika anda curi2 tengok keputusan untuk blog ini, anda akan dapati bahawa blog ini alami nasib yang kurang baik kerana mendapat skor yang rendah dari segi kepantasan untuk loading blog.

Jadi, bagaimana blog ini boleh atasi masalah untuk berada top di enjin carian? Haa .. yang itu, anda kenalah rujuk entri-entri saya yang lain berkaitan teknik SEO. In sha Allah, anda akan dapat jawapannya, dan salah satunya ialah jumlah backlinks yang diberikan kepada blog ini. :)

Untuk mendapat backlinks yang banyak, salah satu caranya ialah kekalkan momentum blog, dan pastikan blog anda wujud seboleh-bolehnya sampai .... sampai bila-bila.

Berakhirnya Zaman 'Kodak' Filem

Kecewa. Nampaknya anak-anak saya terpaksa menerima realiti bahawa zaman filem 'kodak' telahpun berkubur. Kasihan je tengok reaksi muka sorang-sorang bila diberitahu oleh kedai gambar yang filem 'kodak' tak boleh diproses.

Sebenarnya, kamera jenis filem ini dah lama ada dalam simpanan. Ianya milik isteri saya. Hari tu anak saya yang kecil mahukan kamera sendiri, hari-hari memujuk saya untuk beli kamera kompak. Segalanya bermula bila dia pernah ternampak sebuah kamera kompak warna pink dijual di Jusco Bukit Mertajam. Harga dipaparkan adalah RM299.00.

Dan satu hari, hasil idea isteri saya .. selongkarlah balik inventori yang ada, lalu jumpa kembali kamera lama. Ada filem Samsung Prime 100 di dalamnya. Cuma bateri sahaja dah tak ada. Maka terpaksalah saya mencari bateri untuk kamera Olympus Superzoom 80G AF. Perghh susah juga nak mencari sebab tak banyak kedai yang menjual bateri kamera siri ini.

Berakhirnya Zaman 'Kodak' Filem


Olympus Superzoom 80G AF
Alhamdulilah, akhirnya jumpa juga bateri. Tuan punya kedai gambar siap terkejut kerana saya masih lagi mencari bateri jenis itu. Dia kata dah sangat jarang bateri tu nak dijumpai, yang ada cuma stok-stok lama sahaja. Fuhh .. nasib baik jumpa ...

Sebaik sahaja tukar bateri, maka riang-rialah anak-anak saya dapat sebuah kamera sendiri. Masing-masing teruja nak guna, memandangkan masih ada baki filem yang belum digunakan. Klik sana sini dengan kamera Olympus Superzoom 80G yang isteri saya beli semasa berada di Singapura.

Akhirnya, 'kodak' filem habis setelah 35 shot dihasilkan.

Sekarang, masa nak lihat apa kandungan dan hasil ambil gambar. Anak-anak saya siap pelik melihatkan saya keluarkan filem Samsung daripada bahagian belakang kamera Olympus.
Olympus Superzoom 80G

"Abah, mana gambar? tak keluar pun ..." kata awal anak saya Maira 4 tahun.
"Kena cuci kat kedai dulu ...." kata saya.

Maka, setelah sehari ... saya pun ajak anak-anak saya ke kedai gambar.

"Ooo ini aaa tak cuci lagi dah. Orang tak guna dah. Tak jual dah ni. Mesin cuci pun dah tak ada .."

Erkk .... begitulah kata pemilik kedai cuci gambar di Pekan Parit Buntar (bukan kedai yang sama saya beli bateri kamera). Terkujat-kujat saya. Dan anak-anak saya semuanya menampakkan wajah kecewa, diam tak terkata sebab hajat nak melihat hasil bidikan kamera 'baru' tak kesampaian.

Hmm .. benarlah, zaman 'kodak' filem dah pun berakhir. Kalau dah mesin cuci gambar filem pun tak ada, bagaimana nak cuci ...  maka, kandungan 'kodak' filem itu akan terus jadi misteri, dan saya syak ada gambar wife saya kenang-kenangan dia semasa berkunjung ke Singapura ... hoho.

Kamera Olympus Superzoom 80G ini masih saya simpan. Jika ada sesiapa yang nak beli, boleh hubungi saya. Ia sudah menjadi satu koleksi rare ... :)

Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Keputusan kontest SEO dengan keyword Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan akan diketahui setelah kontest bonus akhir tahun ini tamat 31 Disember 2014. Sebanyak 68 blog terlibat di dalam kontest ini. Masing-masing cuba untuk menempatkan entri di kedudukan SERP terbaik enjin carian Google Malaysia.

Persaingan memang ada. Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing, blogger Malaysia bersaing sesama sendiri menggunakan pendekatan penulisan terbaik dengan konten tersusun dan original supaya mesra dan dioptimasi untuk enjin carian.

Kontest SEO "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan"

Kontest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Saya sendiri melibatkan diri di dalam kontest anjuran AkmaOmar.com dan ditaja oleh pengedar-pengedar bertauliah produk Shaklee Malaysia. Entri saya telah ditulis awal untuk ambil peluang kata kunci yang masih lagi fresh di dalam enjin carian. Penaklukan kata kunci di awal kontest berlansung sangat perlu bagi mendapatkan backlink terawal.

Kesilapan Teknik SEO

Alhamdulillah, ketika itu entri blog ini telah berjaya mengungguli top 3 rank enjin carian Google Malaysia. Walaubagaimanapun ... satu kesilapan besar telah saya lakukan ..... yang mengakibatkan entri blog berkaitan kontest vitamin shaklee bagus untuk kesihatan jatuh mendadak sehingga terjunam ke page kedua laman enjin carian Google.

Kesilapan besar yang saya maksudkan itu ialah pengolahan entri melibatkan penggunaan video dalam bentuk iframe, dan juga proses penerbitan semula entri tersebut yang telah menukar link asal entri penyertaan kontest ini.

Kesilapan Pertama - Penggunaan iFrame

Penggunaan iframe untuk video telah melemahkan kekuatan entri tersebut untuk SERP, lalu Google menyifatkan ia sebagai salah satu bentuk penarikkan trafik ke video yang sepatutnya menggunakan saluran Youtube. Lagipun, entri tersebut tidak dioptimasi untuk kata kunci video berkaitan produk Shaklee.

Kesilapan Kedua - Penerbitan Jadi Error 404

Proses penerbitan semula dengan teknik salah telah menyebabkan entri asal kontest ini mendapat respon error 404. Sedia maklum, mana-mana blog yang mempunyai jumlah error 404 yang banyak akan menyebabkan ia tidak digemari oleh enjin carian. Inilah sebabnya entri kontest vitamin shaklee bagus untuk kesihatan yang saya terbitkan di awal kontest telah tertendang sehingga ke laman kedua enjin carian Google.

Dek kerana dua kesalahan dan kesilapan ini, saya telah merangka strategi lain untuk membolehkan entri kontest bonus akhir tahun anjuran AkmaOmar.com naik semula ke top 3 enjin carian Google. Dan inilah hasilnya yang telah saya dapatkan sebentar tadi. Kedudukan entri berada di rank 2 dalam dua enjin carian - Google dan Google Malaysia.
Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Bagaimana Untuk Naikkan Entri ke Kedudukan SERP Terbaik?

Apa yang saya lakukan ialah melakukan penambah-baikkan mesra SEO untuk template blog ini. Beberapa teknik SEO blogspot seperti menggunakan facebook comment, jumlah backlink entri, jumlah +1 Google Plus sedikit sebanyak memberikan kesan. Antara lain ialah blogwalking ke blog-blog yang mempunyai fungsi pemberian backlink do-follow menerusi ruangan komen - termasuk blog luar negara.

Salah satu teknik lain untuk membolehkan entri berada di kedudukan terbaik setelah tertendang jauh ke belakang ialah membuat pautan atau backlink dalaman. Pautan itu dibuat dari entri lain yang mendapat kedudukan lebih baik di enjin carian untuk satu-satu variasi keyword berkaitan. Ini secara logiknya akan memberikan satu autoriti kepada entri tersebut. Autoriti entri yang baik akan berikan kelebihan SEO.

Kenapa Dedahkan Teknik SEO Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan?

Pendedahan ini saya berikan kepada semua pengamal teknik SEO blogspot untuk berjaya menempatkan entri terutama entri kontest naik ke SERP di kedudukan lebih baik. Manalah tahu, ada rezeki untuk peserta lain memintas top 3 rank atau setidaknya top 10 rank kontest ini. Senarai peserta pun telah dikeluarkan di blog AkmaOmar.com - Senarai Peserta Contest Bonus Akhir Tahun

Penilaian akan dibuat pada 31 Disember 2014 berdasarkan syarat-syarat telah ditetapkan menerusi Contest Bonus Akhir Tahun Shaklee

Semoga berjaya buat para peserta kontest ini dan bermanfaat buat semua.

Income Terakhir Iklan H12 2014

Rasanya inilah income terakhir bagi medium pengiklanan H12 untuk tahun 2014. Alhamdulillah, dapatlah sedikit daripada tak ada, ye tak? Income ini adalah hasil perletakkan iklan H12 di dalam beberapa blog lain.

Ramai juga blog yang memasang iklan H12 ini di sebalik kontroversi ia menyiarkan iklan yang agak menyinggung sesetengah pengunjung dan pembaca. Tak boleh nak elak kecuali membuang medium pengiklanan ini daripada dalam blog. Kepada yang terus-terusan menggunakan medium pengiklanan H12, saya ucapkan selamat berjaya buat duit online dengan blog. Pada mereka yang nak mencuba, boleh daftar percuma di pautan ini - Daftar Percuma H12.

Kepada yang fikir nak buang H12 dari blog, cubalah medium pengiklanan lain yang ada. Saya akan berikan syor saya di dalam blog post ini... :)

Income Terakhir Iklan H12 2014

Income Terakhir Iklan H12 2014

Antara yang boleh saya syorkan ialah MediaWhite Inc dan juga RevenueHits.

Untuk mengelakkan hanya iklan yang senonoh dan sepatutnya keluar, rajin-rajin berkomunikasi dengan penjaga akaun anda, in Sha Allah, derang akan sudi membantu untuk membolehkan anda menjana lebih menerusi pengiklanan di blog.

Kepada blog yang ada trafik yang tinggi dan ada pengunjung unik (UV) yang ramai setiap bulan, saya syorkan anda untuk mendapatkan akaun pengiklanan (publisher) dengan Adsense, Komli atau Innity; ini adalah kerana ia lebih berbaloi dan menguntungkan.

Saya sukakan Komli sebab anda boleh optimasi dengan mudah bagi berikan income maksima menerusi blog. Ada pilihan untuk membolehkan iklan Komli anda berubah menjadi banner untuk income affiliate, anda boleh baca di sini - Cara Optimasi Iklan Komli

Saya sukakan Innity sebab ia ada teknologi terbaik bagi paparkan iklan berkaitan yang beri kelebihan untuk blog maksimakan income. Anda boleh baca kelebihannya di sini - Sebab Pilih Innity Untuk Platform Pengiklan Blog

Semoga bermanfaat.

30 Disember 2014

Smart Card Jimat Elektrik, Jimat Petrol dan Anti Radiasi

Smart card untuk jimat elektrik dan juga petrol. Wahh .. macam tidak percaya wujud inovasi ini. Ia satu benda baharu bagi saya, tidak pernah saya ketahui ada kad pintar yang boleh digunakan untuk menjimatkan bil eletrik serta kos petrol.

Smart Card jimat elektrik dan petrol ini hanya perlu tampal di tempat atau lokasi tertentu pada bahagian meter (elektrik) dan bahagian tangki minyak kereta (petrol). Walaupun nampak seperti tidak logik, namun ada penerangan secara saintifik diberikan. Samada nak percaya atau tidak, boleh lihat pada testimonial mereka yang telah menggunakan produk ini.

Smart Card Jimat Elektrik, Jimat Petrol dan Anti Radiasi

Hanya tampal kad untuk jimat elektrik. Hanya tampal kad untuk jimat kos petrol.
Tampal Smart Card Jimat Elektrik Petrol dan Anti Radiasi

Malah, dengan smart card ini, ia juga berfungsi sebagai anti-radiasi. Butiran mengenainya boleh anda perolehi di http://speedsteady.com/?buka=produk

Mari layan video testimonial pengguna smart card ini buktikan ia boleh jimat petrol kenderaan.


Untuk pengetahuan anda, kad tampal jimat elektrik, petrol dan anti-radiasi ini boleh bertahan sehingga 3 tahun penggunaan dengan jaminan.

Satu set smart card ini mengandungi dua keping smart card berharga RM280.

Untuk pembaca blog ini, ada promosi sedang berlangsung iaitu beli 3 set bersamaan dengan 6 keping smart card serta keahlian 1 Media Global, anda hanya perlu bayar sebanyak RM315 sahaja.

Harga asal RM280x3=RM840 .. dah jimat lebih 30 peratus!
Smart Card Jimat Elektrik, Jimat Petrol dan Anti Radiasi

Berminat nak tahu lanjut atau terus membuat pembelian, boleh segera hubungi:

Zaimah 016-422 0966

Oh ya, awas dengan produk tiruan, kerana wujud klon yang cuba menipu pengguna dengan smart card palsu yang bukan keluaran daripada 1 Media Global. Jadi, pastikan anda hubungi Zaimah supaya anda tidak tertipu dengan produk lain yang hampir sama dengan tawaran harga jauh lebih rendah.
Smart Card Jimat Elektrik Petrol

[Advertorial]

Booking Hotel Online Menguntungkan

Booking hotel secara online memang menguntungkan. Serius. Ini pengalaman sebenar saya ketika bercuti bersama keluarga. Harga online dengan harga di kaunter hotel jauh bezanya. Bukan sedikit perbezaannya, malah ia sampai 40 peratus lebih murah!

Saya dan keluarga memang gemar bercuti. Jika melakukan percutian secara ad-hoc tanpa perancangan, selalunya bajet akan jadi penekanan. Yelah, tak prepare apa-apa, tup tap bangun pagi terasa bosan duduk di rumah, mahu cari angin lain ... terus pack barang dan tuju destinasi pilihan. Saya pernah ceritakan kisah saya dan famili bercuti tanpa rancang ke Kota Bharu, semata nak pergi ke Wakaf Che Yeh, dan lawat tempat menarik sekitar Kota Bharu yang belum lagi dikunjungi, contohnya macam Muzium Adat Istana Jahar dan melihat Bank Pitis Pertama di dunia... hoho.

Semasa di Wakaf Che Yeh, tak terfikir pula nak check online kalau ada tawaran menarik jika booking menerusi internet .. haha .. silap silap saya masa tu. Kalau tidak, mungkin boleh dapat tawaran menarik menginap di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu.

Booking Hotel Online Lebih Menguntungkan

Booking Hotel Online Menguntungkan

Sebelum ini, saya pernah gunakan khidmat Agoda untuk buat tempahan online hotel. Dan serius memang berbaloi sangat-sangat. Harga hotel booking online memang murah. Yang nak nak meyakinkan saya ialah ... staff hotel di kaunter tu sendiri yang mengiyakannya. Malah, ketika kami nak pilih bilik, disyorkan guna booking hotel secara online. Pelik .. tapi benar.


Anda boleh tengok sendiri tawaran-tawaran menarik dari Agoda untuk destinasi Penang yang saya tampilkan .... banyak diskaun diberikan. Jika hari-hari tertentu, anda boleh booking hotel online dengan harga diskaun yang lebih menguntungkan, malah pernah saya melihat ada tawaran booking diberikan potongan sehingga 70% di luar musim.

Sekarang sudah ada banyak laman web yang sediakan online booking untuk hotel destinasi pilihan. Anda boleh pilih banyak selain dari Agoda.

Pengomen Anonymous Adalah Pengecut

Anonymous yang komen di blog-blog blogger Malaysia adalah pengecut. Saya takrifkan mereka sebagai manusia yang hanya tahu baling taik dan kemudian lari sembunyi tangan. Tak tahu samada jantina lelaki atau perempuan, jadi boleh ditafsirkan sebagai seorang tanpa kemaluan.

Kenapa perlu takut mendedahkan kebenaran menerusi topeng tanpa identiti? Jika pengomen berniat baik, dia tidak akan menyembunyikan identitinya, malah seandainya saya membaca komen tersebut yang tidak berpihak, in Sha Allah .... saya tentu akan highlight untuk pengetahuan mereka yang masih tidak faham (terutama saya). Tapi mereka sendiri kurang yakin akan fakta dikemukakan.

Pengomen Anonymous Adalah Pengecut

Pengomen Anonymous Adalah Pengecut

Saya katakan kurang yakin sebab mereka tampil secara anonymous. Itu tanda ia tidak pasti bahawa kebenaran berpihak padanya.

Saya faham pengomen anonymous ada hak untuk berkata sesuatu, saya tidak nafikan, malah saya sangat-sangat alukan komen-komen yang punyai fakta dan sumber nyata lengkap lagi sahih. Saya manusia ... tentu ada khilaf dalam pengisian blog post saya.

Hmm ... jika saya nak bersyarah pasal pengomen anonymous ni .. memang sehari suntuk takkan habis.

Saya mahu menghormati setiap komen yang ditinggalkan, tetapi bila muncul sebagai manusia pengecut tanpa jantina ni ... saya hilang segala respek.

Jadi Anonymous Sebab Tidak Yakin

Kebanyakan anonymous yang suka tinggalkan komen selalunya akan memberikan komen bersifat negatif, memang dasar mencalit najis .... sampai lupa najis sendiri sudah banyak terpalit pada diri. Serius, saya adakala hilang sabar dengan pengomen anonymous ini.

Namun, saya bukanlah orang yang menidakkan fakta atau kebenaran jika ada diberikan di dalam komen yang ditinggalkan oleh anonymous ini. Saya sering sahaja membiarkan komen-komen itu masuk walaupun ianya terlebih dahulu ditapis ... saya mahu pembaca dan pengunjung menilai sendiri.

Apapun, saya harapkan mana-mana individu samada ada telur atau tidak, berjantina atau tidak ... kalau boleh beranikan diri tampil dengan identiti, dan komenlah sepuas hati anda ... in Sha Allah ... saya akan terima seadanya dengan hati terbuka dan minda cergas .. hoho.

Aku Sedar Aku Dah Tua ....

Panggilan Bro HH tak sesuai kalau nak dibandingkan dengan umur yang nak masuk 40 tahun ye tak? Haha... ya, saya sedar diri saya sudah semakin tua. Jadi tidak hairan ada blogger yang muda remaja sunti lagi yang panggil saya sebagai Pakcik Blogger. Saya pasrah akan ketentuan ini .. ouchh.

Saya tak kesah dipanggil apa pun, asalkan ia panggilan yang baik sesama manusia, sesama umat. Panggilan nama yang baik diibaratkan satu doa juga. Itu sebab buat ibu bapa yang baru mendapat kelahiran cahayamata baru kena berikan nama yang baik untuk anak. Usah biar diri penat fikirkan nama anak yang panjang berjela semata mahu keunikan, adalah lebih baik anak diberikan nama yang ada maksud dan sedap didengar serta disebut.

Erkkk .. terpesong topik pula.

Aku Sedar Aku Dah Tua ....


Berbalik kepada hal diri saya yang sudah pun semakin tua di tahun 2015. Kata orang makin tua makin menjadi - apa yang menjadi saya pun tak tahu, mungkin menjadi-jadi gelenya la kot .. hahaa... tapi itulah, diri semakin tua akan lebih bagus jika diisi dengan ilmu dan amal. Agak satu pembaziran pada umur yang semakin tua jika ilmu tidak bertambah, dan amal tidak berganda-ganda.

Tua - dunia kata pergi, kubur kata mari. Tinggalkan dunia, tinggalkan keluarga, tinggalkan anak-anak... tinggalkan semua. Harapkan ilmu ditinggalkan dan doa anak yang soleh.

Hakikat menjadi seorang blogger tua yang dikagumi bukan mudah. Mahu dikagumi ramai kena sedia terima teguran dan nasihat orang lain. Mahu dikagumi kena lupa soal untung dan rugi dalam dunia blog Malaysia. Mahu dikagumi kena mesra dengan segenap lapisan jenis blogger yang ada. Bukan senang nak hadap karenah dalam dunia blog ini. Serius .. ia adakala sangat menikam jiwa dan kalbu. Akan ada yang tidak puas hati dengan blogger Malaysia.

Blogger datang dan pergi. Saya telah kehilangan ramai rakan blogger. Ada setengah darinya merupakan inspirasi buat diri saya. Malah, ramai rakan blogger saya kenal sejak 2009-2010 yang telah hapuskan identiti blogger mereka di dunia maya ini.

Terima Kasih

Saya sedar saya dah tua. Terima kasih atas mereka yang memberikan pujian kepada saya. Terima kasih kepada mereka yang sudi menegur kesilapan dan khilaf saya. Terima kasih kepada mereka yang berikan gelaran Sifu Blogger kepada saya ... walhal gelaran itu tidak selayaknya buat saya yang sudah tua ini.

Doakan sahaja yang terbaik buat saya dan keluarga, itu sudah sangat cukup bagi diri saya. Gunapakailah ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan di blog ini untuk kebaikan semua. Elakkan diri terbabit dalam unsur negatif yang membinasa, dan jadilah blogger bertanggungjawab buat agama, nusa dan bangsa. In Sha Allah, semua itu akan dinilai di akhirat kelak ...

Video Cara Menyelamatkan Kenderaan Dari Rosak Semasa Banjir

Cara mudah dan terkini untuk menyelamatkan kenderaan terutama kereta semasa banjir. Saya ingin kongsikan satu video serta gambar yang bagi saya agak menarik dan boleh memberikan idea untuk selamatkan kereta anda ketika dilanda bencana banjir. Ia satu inovasi yang mengagumkan.

Cara menyelamatkan kenderaan ini telahpun diamalkan di negara Filipina yang kerap dilanda musibah banjir serta ribut taufan. Inovasi ini telah ada sejak tahun 2012 lagi. Mungkin rakyat Malaysia boleh copycat inovasi ini untuk cipta produk yang sama bagi membantu atasi masalah kenderaan rosak dilanda musibah banjir.

Cara nak selamatkan kereta musnah oleh banjir

Video 5 Langkah Elak Kereta Dari Rosak Ketika Banjir



Dari video yang saya kongsikan di atas, dengan menggunakan teknologi dan kaedah ditunjukkan ... hanya 5 langkah sahaja diperlukan untuk anda selamatkan kereta kesayangan anda daripada alami kerosakan dan kemusnahan akibat banjir.

Mungkin produk ini akan boleh diperoleh tidak lama lagi di Malaysia memandangkan negara kita terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sering alami banjir yang banyak mendatangkan kemusnahan harta benda. Dah la pula, kenderaan yang rosak akibat bencana seperti banjir tidak dilindungi takaful atau insurans (ye ke?).
Cara nak pastikan kenderaan selamat ketika banjir besar

Kenderaan bukan seperti manusia yang ada kad perubatan terbaik yang boleh masuk hospital dibiaya sepenuhnya. Maka, setidaknya dengan cara gunakan produk ini, bolehlah mereka yang ada kemampuan dapatkan bagi membolehkan mereka memastikan kenderaan selamat ketika banjir besar.
Video Cara Menyelamatkan Kenderaan Dari Rosak Semasa Banjir
Mungkin juga anda patut baca entri ini - Apa Perlu Dilakukan Jika Kenderaan Anda Terlibat Banjir .... salah satu perkongsian saya untuk mereka yang terlibat banjir.

Semoga entri ini bermanfaat buat anda.

Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Jom kenal blogger baru Bro HH adalah sebuah segmen yang sedang saya anjurkan di blog ini. Setakat entri ini ditulis telah ada seramai 28 blog daripada blogger newbie blogspot yang menyertai segmen ini. Alhamdulillah, ada juga blogger baru yang sudi mahu sertai segmen daripada blog ini.

Saya sangat teruja dengan kehadiran blog-blog baru menjelang kedatangan 2015. Sesungguhnya 2014 telah banyak impak kepada dunia blog Malaysia. Makin ramai blogger Malaysia yang sudah bijak menulis dan berkongsi di blog masing-masing.

Malah, tidak dinafikan ramai blogger baru sudah tahu buat duit dengan blog, dan ramai yang sudah tahu praktikkan teknik SEO untuk mendapatkan trafik secara konsisten untuk blog. Hebat-hebat mereka semua. Saya harus berikan hormat pada blogger-blogger ini yang terus dan kekal dengan momentum blogging sehingga kekal sehingga kini. Alhamdulillah.

Senarai Blog Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

  1. http://ohresepiku.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  2. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  3. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  4. http://hooreey.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
  5. http://fadzirazak.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  6. http://zafairmas.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  7. http://mrsyatie.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  8. http://blogsantaielih.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  9. http://onecodelyoko.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  10. http://khudri2337.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  11. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  12. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  13. http://annursyuhadah.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  14. http://natrahmaslion.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  15. http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  16. http://darulbekam.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  17. http://mohdazzahairi.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
  18. http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  19. http://asdydimension.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  20. http://kataubaid.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  21. http://alkisah-amy.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  22. http://faiezesa.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  23. http://madey09.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
  24. http://iamaproudmama.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  25. http://srikandiofficialblog.blogspot.com/segmen-jom.kenal-blogger-baru-bro-hh-html
  26. http://pentekan.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  27. http://terasmadani.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  28. http://kerusiburok.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  29. http://mamapapaamir.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  30. http://gadiscokelat87.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  31. http://afzanyz87.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
  32. http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
  33. http://heartdeen.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  34. http://lovingnur.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html
  35. http://dianadin.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html

Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Blog bukan sahaja sebagai medium penyebaran dan perkongsian cerita serta informasi. Ia juga merupakan ruang untuk menjana income sampingan di internet. Ia akan menjadi antara 4 cara buat duit online popular di tahun 2015.

Sebelum ini, blog digunakan sebagai tempat luahan pendapat dan berfungsi sebagai ruangan diari di alam maya, namun sejak kebelakangan ini ramai yang sudah pandai optimasikan blog sebagai satu cabang untuk pendapatan sampingan. Ada yang mengambil peluang daftar dengan Advertorial.my untuk kesempatan dibayar menerusi job review. Ada pula yang mengambil peluang untuk promosikan kemahiran dan hobi masing-masing. Ada pula blogger yang ambil kesempatan jana income menerusi program affiliate percuma.
Buat duit dengan blog

In Sha Allah, saya akan bantu blogger-blogger baru ini dengan pengetahuan dan ilmu saya berkaitan blogging, buat duit online, tips SEO dan sebagainya di tahun 2015.

Satu siri review blog (blogger) baru akan saya buat kelak buat mereka yang telah menyertai segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH ini, in Sha Allah, dengan kelapangan masa dan kesihatan yang mengizinkan nanti.

Terima kasih kepada yang blogger dan pembaca yang terus-terusan menyokong blog ini samada secara sembunyi-sembunyi mahupun nampak. Kehadiran anda sangat dihargai, dan moga perkongsian saya di blog ini memberikan manfaat pada semua, in Sha Allah, diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Berapakah Angka Sebenar Korban Banjir Disember 2014?

Berapakah angka sebenar angka korban banjir Disember 2014? Saya bukan mahu permainkan isu ini. Bukan benda kecil mahu dibuat main, tetapi inilah yang menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan bencana Banjir Malaysia 2014. Ramai yang tertanya-tanya berapakah angka sebenar korban dan kematian bencana Banjir Malaysia kali ini?

Setakat yang saya ketahui, belum ada mana-mana badan berwajib yang keluarkan angka kematian dan korban keseluruhan secara rasmi, begitu juga dengan jumlah kerugian akibat banjir. Asasnya ialah angka-angka terkini tersebut tidak dapat diumumkan memandangkan belum ada statistik dan laporan rasmi untuk mengesahkannya.
Gambar banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia 2014

Berapakah Angka Sebenar Korban Keseluruhan Banjir Disember 2014?

Buat masa ini, angka korban di Kelantan yang diumumkan secara rasmi menerusi media massa:

KOTA BHARU - Seramai sembilan orang disahkan mati lemas manakala empat lagi masih hilang ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga mangsa yang belum ditemukan dilaporkan hilang di Kuala Krai termasuk seorang bayi berusia setahun lapan bulan yang pernah dilaporkan media sebelum ini manakala satu di Pasir Mas melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun.

Katanya, sembilan mangsa yang sudah dijumpai dan disahkan mati lemas berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun dengan Kota Bharu melibatkan tiga mangsa, Pasir Mas (3), Tumpat (2) dan Kuala Krai (1). - KOSMO!

Angka korban di tempat lain seperti di Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Perlis saya tak dapat nak pastikan.

Sedia maklum, setiap kematian atau korban perlu dilaporkan kepada pihak berwajib samada pihak PDRM mahupun kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah prosedur dan langkah biasa yang diambil seandainya terdapat kematian sah.
Gambar banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia 2014

Ramai Sebar Angka Korban Banjir Menerusi Aplikasi WhatsApp dan Laman Sosial

Ramai yang menyebarkan informasi mengenai jumlah kematian dan korban banjir menerusi aplikasi WhatsApp serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Namun, angka-angka tersebut dan jumlah korban yang dinyatakan hanyalah angka yang dinilai daripada pemerhatian mangsa-mangsa banjir. Kesahihannya belum dapat dipastikan walaupun ramai yang mendakwa ia adalah benar.

Saya ada terbaca beberapa status rakan-rakan di laman sosial yang menyatakan angka korban banjir di Kelantan dan Terengganu sangat tinggi dan menyedihkan. Saya tidak mahu paparkan di blog ini kerana khuatir ia boleh membawa kepada maklumat yang salah dan tidak sahih. Adalah tidak wajar bagi saya melakukan perkara demikian buat masa ini.

Saya pasti kerajaan sedang melakukan sedaya upaya mereka untuk mengatasi masalah ini.
Malaysia Flood December 2014
Bencana banjir kali ini memang sesuatu yang tidak diduga. Ramai mangsa terlibat banjir sendiri mengakui bahawa mereka seolah tidak percaya apa yang telah berlaku. Anda boleh tonton video kemusnahan salah sebuah kampung di jajahan Gua Musang yang diambil sebaik sahaja air bah di kawasan tersebut mulai surut di sini - Video Kesan Banjir di Gua Musang Disember 2014

Melihatkan video tersebut, maka main kuatlah tanda tanya mengenai berapakah angka sebenar korban banjir yang berlaku sejak pertengahan Disember 2014 ini. Keadaan selepas banjir surut di beberapa kawasan terlibat ibarat dilanda tsunami besar sehingga rumah kediaman ada yang ranap, pokok tumbang, kenderaan terbalik dan hempap sesama sendiri.

Apapun, informasi terkini mengenai bencana Banjir 2014 ini boleh diikuti menerusi akaun Twitter Portal Bencana dan juga Facebook Informasi Bencana oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan kepada pihak berwajib untuk segera umumkan angka korban keseluruhan sebenar banjir Disember 2014 untuk pengetahuan umum. Sesungguhnya ramai rakyat prihatin yang mahu tahu.

Kepada rakan-rakan semua, mari sama-sama tunjukkan prihatin kita kepada mangsa-mangsa yang terlibat; dan juga hormatilah mereka yang sedang menjadi sukarelawan dan pihak-pihak yang sedang bertungkus-lumus dalam operasi membantu, mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.
bantuan mangsa banjir guna SMS - SKMM

29 Disember 2014

Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google paling popular tahun 2014. Jika anda telah membaca entri mengenai cara mudah nak tahu trending keyword Google Search, tentu sudah manfaatkan ia untuk mendapatkan trafik ke blog menerusi enjin carian Google. Google antara penyumbang trafik organik paling berpengaruh di dunia, jika nak dibandingkan dengan Yahoo mahupun Bing.

Banyak peranti mudah alih menggunakan platform Google untuk pencarian maklumat dan informasi. Ia juga merupakan satu sumber buat duit untuk blogger jika tahu memanfaatkan kata kunci carian dan memanipulasi enjin carian Google untuk membolehkan blogger buat duit lebih masyuk. Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan blog anda responsif, dan blog lulus mobile-friendly test.

Kesan blog yang responsif bukan sahaja membolehkan blogger buat duit online, tetapi memastikan trafik blog dijana dari segenap sumber. Ia juga untuk membolehkan ruangan pengiklanan di blog dioptimasi sepenuhnya. In Sha Allah, 4 cara buat duit online di tahun 2015 akan lebih baik hasilnya.
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google Paling Popular 2014

Carian Google paling popular 2014 akan dikeluarkan setiap tahun menerusi Google Zeitgeist. Dan tahun 2014 memperlihatkan beberapa carian paling popular Google di Malaysia yang sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Berbeza kerana ada dua keyword paling popular yang memperlihatkan tragedi atas Malaysia iaitu MH370 dan MH17.
Google juga menyenaraikan beberapa keyword lain berdasarkan kategori tertentu - Carian mudah alih paling popular 2014, carian individu (orang) paling popular, carian model kereta paling popular, carian selebriti Malaysia paling popular, carian filem Malaysia paling popular dan beberapa lagi.

Saya kongsikan kepada anda beberapa carian popular Google sepanjang 2014 mengikut kategori yang telah dikeluarkan oleh Google Zeitgeist.
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Individu Paling Popular 2014

  1. Karpal Singh
  2. Robin Williams
  3. Jennifer Lawrance
  4. Felixia Yeap
  5. Hanez Suraya

Carian Menerusi Peranti Mudah Alih Paling Popular 2014

  1. World Cup 2014
  2. MH370
  3. MH17
  4. iPhone 6
  5. Dorothy Hodgkin
Carian Google Paling Popular 2014

Carian Model Kereta Paling Popular 2014

  1. Perodua Axia
  2. Proton Iriz
  3. Honda City
  4. Honda Jazz
  5. Proton Zaara

Carian Selebriti Malaysia Paling Popular 2014

  1. Felixia Yeap
  2. Hanez Suraya
  3. Keith Foo
  4. Sharifah Aini
  5. Erra Fazira

Carian Filem Malaysia Paling Popular 2014

  1. The Journey
  2. Abang Long Fadil
  3. Balistik
  4. Pengantin Malam
  5. Kami Histeria

Carian Filem Paling Popular 2014

  1. Annabelle
  2. Frozen
  3. Interstellar
  4. Maleficent
  5. Godzilla

Carian Laman Berita Paling Popular 2014

  1. Malaysiakini
  2. Berita Harian
  3. Kosmo
  4. Sinar Harian
  5. Harian Metro

Carian Laman Online Shopping Paling Popular 2014

  1. Lazada
  2. Mudah
  3. Lelong
  4. Groupon
  5. Zalora

Carian Siri TV Paling Popular 2014

  1. Rindu Awak 200%
  2. Ariana Rose
  3. Projek Memikat Suami
  4. Line Walker
  5. Temptation of Wife

Alhamdulillah, trafik dari Google adalah penyumbang terbesar kepada trafik blog ini sepanjang tahun 2014. Trafik terhasil untuk tahun 2014 untuk blog ini mencapai lebih 1 juta pageviews dan 789,065 hits (>50% ) terhasil daripada enjin carian Google. Ia juga merekodkan seramai 641,269 trafik terhasil daripada pengunjung unik (UV).

Mungkin anda nak tahu apakah keyword paling popular yang memberikan trafik ke blog hasrulhassan.com ini. Berikut adalah 10 kata kunci paling popular 2014 menerusi Google.
  1. Jadual SPM 2014
  2. Rumah Mesra Rakyat
  3. Jadual Piala Dunia 2014
  4. Puding Jagung
  5. Fatin Liyana
  6. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
  7. Pepero Halal
  8. Pasar Kemboja Parit Buntar
  9. Resepi Puding Jagung
  10. Beautifulnara
Apa pula kata kunci popular untuk blog anda? Anda boleh tahu kata kunci popular blog anda menerusi Google Analytics. Cuba tengok kata kunci rakan blogger Denaihati yang telah buat entri serupa Carian Google Paling Popular 2014... hoho .. nampak ada beberapa persamaan la pulak.

Pemenang Kontest Teka Gambar VMY2014

Pemenang untuk Kontest Teka Gambar VMY2014 telah saya pilih. Sukacita dimaklumkan, terdapat seorang peserta yang jawab dengan betul dan tepat, sama dengan jawapan yang saya mahukan untuk setiap jawapan bagi teka gambar pertama dan teka gambar kedua. Alhamdulillah, sangat mudah kerja saya.

Untuk membolehkan para peserta semak jawapan yang mereka berikan, saya tampilkan jawapan sebenar kepada 5 soalan tersebut iaitu dua soalan bagi dua gambar, dan satu soalan pemecah seri. Soalan pemecah seri hanya akan akan diambil jawapan seandainya terdapat lebih dari seorang peserta yang jawab dengan betul dan tepat.

Pemenang Kontest Teka Gambar VMY2014

Pemenang Kontest Teka Gambar VMY2014

Jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah:

Gambar Pertama
Jawapan 1: The Owl Museum
Jawapan 2: Bukit Bendera, Pulau Pinang

Gambar Kedua
Jawapan 1: Pokok Teh
Jawapan 2: Cameron Highlands, Pahang

Jawapan Soalan Pemecah Seri: SAPS

Ramai yang menjawab hampir tepat. Antara kesilapan dan kesalahan jawapan yang saya boleh nyatakan yang telah saya semak:
  • Untuk gambar pertama, ada peserta jawab Muzium Burung Hantu, ada pula yang bagi alamat lengkap tempat tersebut. Manakala untuk jawapan soalan kedua bagi gambar pertama, ramai yang jawab dengan betul.
  • Untuk gambar kedua, ada peserta jawab Pokok Tea, dan ada yang jawab cuma Teh. Jadi, saya hanya terima jawapan Pokok Teh sahaja. Saya juga menolak jawapan yang memberikan Cameron Highland sahaja, walhal jawapan sepatutnya ialah Cameron Highlands, Pahang.

Hanya seorang sahaja yang telah berjaya menjawab semua soalan dengan jawapan tepat.

Tahniah Kepada .......

Tahniah diucapkan kepada rakan blogger Norma - http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com kerana berjaya menang wang tunai RM100 yang saya sediakan. Saya akan hubungi menerusi email yang telah didaftarkan untuk proses penerimaan hadiah tersebut. Harap Puan Norma check email daripada saya.

Kepada peserta lain, jangan putus asa, anggap sahaja rezeki wang tunai RM100 ini bukan milik anda. In Sha Allah, saya akan buat lagi kontest lain untuk anda, di samping beberapa GA mudah untuk rebut beberapa hadiah berbentuk ilmu.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memeriahkan kontest tersebut walaupun hanya ada 16 peserta yang ambil bahagian. Dan terima kasih kepada peserta yang telah support entri Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan dengan berikan Like dan +1 entri tersebut. In Sha Allah, akan ada modal untuk saya buat kontest lagi pada 2015.

Sesi Persekolahan 2015 Bermula 11 Januari

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah ditangguhkan selama seminggu. Begitulah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Tarikh baru sessi persekolahan 2015 bagi seluruh Malaysia ialah pada 11 dan 12 Januari 2015.

Berikut adalah kenyataan akhbar penuh daripada Y.A.B Menteri Pendidikan Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin berkenaan penanggguhan sesi persekolahan 2015 seluruh Malaysia.

Sesi Persekolahan 2015 Bermula 11 Januari

Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Untuk para ibu bapa yang ada anak bersekolah pada tahun 2015, terutama buat anak-anak darjah 1 dan tingkatan satu, elok berhubung dengan pihak sekolah terbabit untuk maklumat lanjut. Penting untuk tahu mengenai program-program yang awalnya dijadualkan mengikut kalendar persekolahan 2015 asal, samada berlaku perubahan - khas untuk sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan banjir.

Sumber: Kenyataan Akhbar MOE

28 Disember 2014

Video Kesan Banjir Gua Musang Disember 2014

Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014. Sayu hati melihat kesan banjir yang melanda daerah Gua Musang, Kelantan. Video yang saya kongsikan ini adalah rakaman video kesan banjir yang telah melanda Kampung Kerinting, Gua Musang, Kelantan.

Keadaan banjir di Gua Musang pada ketika entri ini ditulis telah semakin surut, dan membolehkan beberapa penduduk kampung yang terlibat dengan banjir Malaysia Disember 2014 melihat impak kesan banjir di kediaman masing-masing.

Video Kesan Banjir Gua Musang Disember 2014

Video merakamkan keadaan Kampung Kerinting, Gua Musang yang terjejas teruk, seolah dilanda badai Tsunami. Rumah kediaman penduduk kampung ada yang ranap, musnah 100 peratus. Kenderaan tersadai rosak teruk. Ada kenderaan yang terbalik serta bertindihan sesama sendiri. Ada kenderaan kelihatan tersandai setelah merempuh rumah kediaman penduduk. Tanam-tanaman musnah. Lumpur sana-sini. Memang sayu hati melihatnya.
Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014


Sesungguhnya dugaan besar banjir Malaysia Disember 2014 ini. Banyak negeri terjejas dengan banjir, dan kebanyakkan tempat dan kawasan yang teruk menerima kesan dan impak banjir adalah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ramai mangsa terlibat banjir kali ini tidak menyangka banjir Disember 2014 ini paling buruk pernah mereka alami. Ia benar-benar di luar dugaan. Jadi, tidak hairanlah kenapa dan mengapa kemusnahan akibat banjir amat tinggi kali ini.
Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014

Penduduk di beberapa buah kampung sekitar daerah Gua Musang misalnya, akui banjir Disember 2014 ini adalah banjir paling buruk pernah berlaku.


Kelantan adalah negeri paling teruk terjejas dengan banjir Disember 2014 ini, banyak kawasan yang ditenggelami air sehingga 4-5 meter.

Video di bawah adalah video keadaan banjir di Kelantan yang telah dikompilasikan oleh saluran HarimauTV, yang bersumberkan daripada beberapa rakaman pengguna Facebook.

Video Kompilasi Kejadian Banjir di Kelantan Disember 2014



Mari sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir kali ini, termasuklah sanak-saudara mereka. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah satu ujian amat besar daripada Allah S.W.T.

Bantu dengan daya yang anda ada samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, keringat mahupun doa.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi badan-badan berikut:

Islamic Aid Malaysia (IAM)

Tel: 03-89485939 / 0193973558
http://www.iam.org.my
MBB 5640 7000 2424
CIMB 1247 0000 477108

Muslim Care Malaysia

http://www.muslimcare.org.my
https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia
Tel: 019-361 7502 (Dr Rabiatul Adawiyah) / 011-1571 1581 (Abdul Razak Mohamed) / 019-860 1837 (Amina Tahir)
MBB 5644 9041 3882 
RHB 26 2120 0000 4747
Bank Islam 14 0140 1014 7470

Islamic Relief Malaysia (IRM)

https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
http://islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah
Untuk Barangan:
013-310 9994 (Bro Azlan) / 012-847 8775 (Bro Lol) / 019-226 6529 (Bro Anas)
Untuk Derma Wang Tunai:
019-689 3788 (Sis Fad) / 017-610 2767 (Bro PP)

27 Disember 2014

Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015

Permohonan asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia kini dibuka kepada para pelajar yang layak bermula dari 15 Disember 2014 dan tutup pada 28 Januari 2015. Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk menempatkan murid atau pelajar yang kurang berkemampuan pelbagai kaum dalam satu asrama bersandarkan konsep 1Malaysia.

Konsep dan ciri A1M merangkumi semua aspek berkaitan pemupukan perpaduan dan sensitiviti terhadap agama, budaya, resam serta kepercayaan sesama kaum. Menerusi A1M ini, para pelajar berpeluang untuk belajar dan tinggal bersama disamping memahami kepercayaan dan budaya sesama sendiri.
Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015

Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015

Untuk yang ingin memohon, perlu penuhi kriteria berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Pelajar tingkatan 1 atau 4 dalam tahun semasa.
  • Datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah.
  • Tidak terikat dengan mana-mana projek KPM atau pendidikan yang lain.

Kepada yang mahu memohon, boleh mendapatkan borang menerusi sekolah menengah masing-masing atau muat turun borang yang disediakan di pautan berikut:
Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) KPM 2015
Untung pelajar-pelajar sekarang apabila Kementerian Pendidikan menyediakan kemudahan asrama ini. Sebagai salah seorang bekas pelajar yang pernah merasai kehidupan di asrama, saya melihat apa yang dibuat oleh kerajaan ini adalah sesuatu yang baik dalam melahirkan generasi akan datang yang tahu menghormati sesama sendiri selain menjadikan mereka anak bangsa bersikap patriotik dan saling memahami.

Permohonan untuk memasuki A1M walaubagaimanapun tertakluk kepada penempatan pelajar tersebut di sekolah-sekolah menengah yang terpilih, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Butiran mengenainya boleh didapati di dalam borang yang disediakan menerusi pautan di atas.

Kepada yang berkenaan, sila muat turun dan cetak borang permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2015. Cetak dan isi borang permohonan dengan lengkap. Borang yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

Alamat surat-menyurat dan penghantaran borang A1M 2015:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel: 03 - 88849 394

Semoga berjaya kepada yang memohon.

26 Disember 2014

Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

Sejak saya keluarkan post berkaitan penipuan servis LIKE, banyak juga yang bertanya mengenai teknik untuk naikkan fanpage LIKE ini, malah ada yang hantar email minta saya naikkan fanpage mereka. Dukacita, saya terpaksa menolak. Saya bukan pakar bab tu, saya tahu sikit-sikit je. Tapi kalau nak tahu, boleh berguru dengan Sifu FB Ads.

Kalau ikutkan, sejak saya kenali Facebook dan punyai Fanpage dan Group Facebook sendiri, banyak juga teknik dan cara telah saya gunakan. Amalan-amalan dan kaedah digunakan adalah hasil praktik yang dikongsikan daripada beberapa ebook terpilih mengenai Facebook ini.

Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

ClickJacking Facebook Like

Ada juga kaedah Facebook menerusi script yang saya gunakan, dan ia antara teknik yang negatif yang telah saya eksperimentasikan. Script yang dinamakan ClickJacking ini memang terkenal di dalam dunia marketing underground di mana ramai yang guna terutama blogger-blogger desperate yang mahukan populariti cara pantas (termasuk saya la tu .. hahaha). Tapi script tu dah saya campak jauh-jauh dah, sudah nampak kesan akibat yang sangat merugikan.

ClickJacking or steal "clicks" from users on many websites, forcing the user to unknowingly click buttons or links (e.g., the Facebook Like button) using their own cookies. By placing the auto-generated code on any site, you can obtain thousands of clicks quickly from different users, or perform targeted attacks by luring a victim to a specific URL. It also allows you to deceive a user into believing you have information on them that you don't, as well as coerce a user into providing information to you without even knowing it.

Ada banyak cara lain yang lebih afdal untuk naikkan fanpage like ini. Cara-cara ini walaupun nampak agak sukar bagi sesetengah orang untuk melakukannya, tetapi ia berbaloi kerana ianya adalah like genuine dan bukan tercipta atas dasar keterpaksaan ataupun dengan teknik 'hitam'.
Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

Tambah lagi, kredibiliti juga akan dapat ditingkatkan. Bila ada kredibiliti, maka akan wujud kepercayaan. Dalam bab marketing, bila dah ada kredibiliti dan kepercayaan ini, maka mudahlah nak membuat sesuatu tawaran seperti menjual produk-produk affiliate mahupun melakukan bisnes dropship.

Tips dan Trick Facebook Like dan Teknik Viral

Ada banyak trick dan tips yang perlu anda tahu untuk naikkan fanpage like ini. Saya tertarik nak kongsikan sesuatu iaitu Naikkan Like Fanpage - Tips dan Trick oleh rakan blogger Norfanil. Dari situ anda boleh tahu beberapa cara yang betul untuk naikkan fanpage like ini. Malah, anda akan dapat tahu mengenai apa yang penting untuk sesebuah fanpage itu terus berkembang dan mendapat perhatian pengguna laman sosial tersebut.


Teknik Viralism Facebook - Teknik Gandakan Like, Prospek, Trafik Blog Sehingga 300%

Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Apa sahaja teknik yang digunakan untuk naikkan like fanpage, boleh je gunakan asalkan tidak perbodohkan pengunjung dan pembaca sehingga melakukan teknik-teknik keji seperti dinyatakan rakan blogger 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Gunakan Skrip Berkesan di Dinding Facebook

Ramai yang tidak tahu, antara cara paling berkesan untuk naikkan LIKE fanpage mahupun Facebook akaun peribadi ialah dengan menggunakan skrip yang berkesan. Skrip yang berkesan ialah cara anda menulis dan kongsikan sesuatu di ruangan facebook wall menggunakan ayat yang betul dan meyakinkan. Teknik ini andai kena gaya memang boleh meningkatkan Like yang anda sendiri akan terkejut. Skrip tersebut anda boleh peroleh di sini - Skrip Pemasaran Ajaib
Alhamdulillah, beberapa teknik yang saya aplikasikan untuk fanpage telah menampakkan hasil yang baik. Apatah lagi bila saya telah peroleh banyak ilmu daripada Gathering Infokerjaya yang menyaksikan diri saya yang kerdil ini ketahui dan belajar teknik affiliate daripada 10 orang pakar hebat.

Oh ya, tersasul menyebut mengenai affiliate ini, mungkin ada pengunjung dan pembaca tidak tahu, affiliate ialah salah satu cara buat duit online yang akan menjadi sangat popular di tahun 2015. Jika anda mahu ketahui mengenai affiliate ini, maka saya syorkan anda bermula dari sekarang tanpa berlengah. Antara platform affiliate yang boleh anda cuba ialah Ashadee.com dan juga KlikJer.com. Belajar mengenai affiliate dan mendaftar menjadi affiliate adalah percuma.

Sekiranya anda tidak tahu cara nak daftar ataupun bagaimana nak jana income dengan affiliate ini, boleh tanya saya menerusi email di ruangan Contact. Jangan segan silu bertanya, sebab dengan bertanya kita boleh belajar sama-sama. Mana tahu anda boleh menjadi seorang top affiliate.

25 Disember 2014

Jadilah Pengguna Ubat Yang Bijak

Jadilah pengguna ubat yang bijak. Ramai antara kita yang acuh tak acuh je tentang cara ubat disimpan, dan juga diambil. Walhal ubat-ubatan bukanlah murah, ia merupakan antara produk yang mahal. Kementerian Kesihatan sendiri sering habis bajet disebabkan untuk dapatkan dan beli ubat bagi kegunaan di hospital, klinik dan farmasi kerajaan.

Namun, ramai pesakit dan pengguna yang sambil lewa menggunakan ubat dengan cara yang salah. Malah ada ubat-ubatan yang tidak dimakan dan terbuang begitu sahaja. Ramai tidak tahu bahawa ubat-ubatan yang tidak diambil atau berlebihan sebenarnya boleh dihantar kembali ke mana-mana farmasi hospital kerajaan.
Jadilah Pengguna Ubat Bijak
Pengguna harus tahu mengenai konsep 5B pengambilan dan penggunaan ubat-ubatan.

Konsep 5B Dalam Pengambilan dan Penggunaan Ubat

Pengguna yang Betul

  • Pastikan label ubat tertulis nama pesakit.
  • Jangan berkongsi ubat anda.
  • Jauhi ubat daripada kanak-kanak.
  • Asingkan ubat untuk haiwan pemeliharan daripada ubat manusia.

Ubat yang Betul

  • Baca label ubat untuk memastikan ubat yang diambil adalah betul.
  • Jika nama ubat yang diterima lain daripada yang biasa, sila tanya doktor /ahli farmasi anda
  • Apabila menerima baki ubat, pastikan ubat yang sama diterima. Jika ianya berbeza, tanyalah sama ada ianya ubat sama tetapi lain jenama.
  • Pakailah cermin mata dan nyalakan lampu untuk membaca label ubat.
  • Untuk ubat am (OTC) atau supplement, sila baca carta kandungan ubat.
  • Pastikan anda tahu nama-nama ubat yang dipreskripsikan.
  • Pastikan anda mengetahui kegunaan ubat yang anda sedang mengambil.
Jadilah Pengguna Ubat Bijak

Dos yang Betul

  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui berapa sukatan / dos yang harus diambil setiap hari.
  • Pastikan anda mengetahui tempoh pengambilan ubat.
  • Gunakan sudu bersukat untuk ubat minum jika sudu tersebut dibekalkan.
  • Gandaan atau pengurangan dos ubat tanpa nasihat pengamal kesihatan adalah tidak digalakkan.

Cara Pengambilan Ubat yang Betul

  • Baca arahan pengambilan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengetahui cara pengambilan ubat yang betul.
  • Bukan semua ubat tablet harus ditelan. Sesetengah ubat tablet perlu dikunyah, dihaluskan atau dilarut dalam air sebelum makan. Bertanyalah kepada ahli farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat anda.
Jadilah Pengguna Ubat Bijak

Masa Pengambilan Ubat yang Betul

  • Baca arahan pada label ubat.
  • Pastikan anda mengambil ubat ikut masa yang ditetapkan.
  • Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap hari.
  • Ambil tahu samada ubat anda boleh diambil bersama ubat atau makanan lain.
  • Ambil tahu apa yang harus dilakukan jikalau tertinggal dos.

Ubat-ubatan adalah berbeza pengambilan bersandarkan dos dan juga latar kesihatan pesakit. Tidak boleh sesekali anda ambil satu sukatan ubat itu tanpa nasihat daripada mereka yang pakar. Dan elakkan diri dari terjebak dengan ubat-ubatan tidak sah, atau yang palsu. Ada je ubat palsu yang dijual di pasaran terbuka... jadi berhati-hatilah.

Nasihat seorang rakan yang juga ahli farmasi, ubat-ubat kena makan sampai habis, terutama ubat antibiotik. Bukan sebab ia mahal, tetapi disebabkan cara pengambilannya memang kena sebegitu. Kalau tidak, maka sia-sia je la ... badan tak sihat-sihat malah jadi makin teruk disebabkan alpa dan keengganan diri menjadi seorang pengguna ubat yang bijak.

Kaktus Cameron Highlands

Kaktus Cameron Highlands. Bagi penggemar pokok-pokok kaktus, saya pasti Cameron Highlands akan jadi tempat yang ditujui untuk mendapatkan pokok-pokok kaktus baru. Memang banyak kedai di Cameron Highlands yang jual pokok kaktus pelbagai spesies ni. Cantik-cantik pulak tu.

Saya bukan penggemar kaktus, tapi pernah la beli kaktus ni masa zaman sekolah-sekolah dulu. Cikgu bawa lawatan ke Cameron Highlands, beli la yang jual RM10 dapat 5, dapat 3 tu ... saja nak letak kat dorm ... haha.... atau bagi kat awek .. keh keh keh. Mungkin ada yang tanya, kenapa tak beli bunga-bunga cantik kat Cameron Highlands tu ... hoho ... sebab saya kurang berjiwang kot .. hahah .. kaktus brutal skit .. lalalala

Kaktus Cameron Highlands

Kaktus Cameron Highlands
 Kaktus Cameron Highlands

Kaktus cantik. Walaupun ianya pokok berduri tetapi boleh je dijadikan hiasan samada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Kalau ikut petua orang tua-tua, elok ada pokok-pokok yang berduri ni ditanam di rumah. Tu pasal orang dedulu banyak tanam pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) ... bunga Mawar dan tanam pokok bunga Kertas ... kata mereka yang elak daripada terkena santau dan sihir. Tu petua je, tapi sebagai muslim elok amalkan ayat-ayat Al Quran untuk hidari santau dan sihir ni.
Cameron Highlands Cactus
Kaktus Cameron Highlands

Kenapa Beli Kaktus di Cameron Highlands?

Sebenarnya saya kadangkala mushkil gak kenapa ramai suka dapatkan dan beli kaktus di Cameron Highlands, walhal kat Nursery atau kedai pokok bunga biasa ada je jual. Bila saya dah ke kedai bunga biasa dan tanyakan harga, barulah saya tahu ... ada beza dari segi harga, dan juga jenis-jenis yang ada.
Cameron Highlands Cactus Price

Di Cameron Highlands, harga pokok kaktus yang dijual adalah murah, dan selain tu .. jenis dan spesies yang ada juga lain. Banyak kaktus jenis berbunga dijual di Cameron Highlands, itu sebab ramai pencinta dan penggemar spesies tanaman ini suka dapatkan di sana. Malah, ada jenis yang sukar nak dapat di kedai biasa, hanya boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual pokok bunga di Cameron Highlands tu.
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus