Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari November, 2014

Mainan Sesuai Buat Si Comel

Mainan buat si kecil. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kelahiran baru.... satu perkara yang perlu difikirkan untuk bayi ialah apakah permainan yang sesuai untuk mereka. Yelah .. bukan semua mainan itu sesuai dengan bayi yang baru nak mengenal dunia. Ada yang boleh mendatangkan mudarat. Jadi, kena pilih permainan yang sesuai untuk bayi.

Saya sebagai bapa kepada 3 anak bukanlah pandai sangat pun tentang barang mainan kanak-kanak ni. Tapi kebiasaannya, bayi yang kecil sukakan objek yang bergerak dan berwarna terang. Dan mereka suka melihat wajah yang hampir sama dengan mereka... tu sebab baby akan senyum-senyum bila kita letak baby duduk depan cermin.
Mainan Sesuai Buat Bayi Comel
Dengan merujuk Majalah Pa dan Ma, alat mainan yang sesuai bagi bayi ini boleh dikategorikan kepada yang berikut:
Mainan yang boleh dipicit dan dihisap. Jangan berikan mainan yang terlalu kecil takut tertelan dan akan akibatkan baby tercekik .. uhh bahaya ni. Mainan bergerak. Mainan lembut seperti beb…

Katanya Nak Jadi Seorang Doktor

Anak-anak, ada sahaja alasan bila nak beli mainan baru. Nampak kereta kontrol, nak beli .. walhal kat rumah dah ada, alasannya ... kereta kontrol ni leh kuar lampu, leh jalan ke belakang. Anak-anak dalam masa nak membesar, ligat otak mereka fikir mencari alasan untuk inginkan sesuatu. Maka, ibubapa yang mungkin tak cukup duit poket, agak keberatan sikitlah nak ikutkan permintaan anak.

Setakat ini, alhamdulillah, ada permintaan anak yang difikirkan tidak berlebihan saya akan turuti. Ada rezeki sedikit dari hasil blogging, guna income buat duit affiliate menerusi blog, mainan anak yang harga bawah RM30-RM50 in Sha Allah, boleh dituruti. Nasib baik tinggal di Parit Buntar yang syok boleh dapat barang-barang harga murah. Ada Mydin, ada Ten Ten, ada Hari Hari, ada kedai Longwan ada kedai RM2 yang boleh dapat barang mainan murah.

Barang mainan murah ni, walaupun ada yang kata kualiti tidak bagus, namun jika anak-anak dan ibu bapa pandai jaga, in Sha Allah akan tahan lama. Kena didik anak-an…

Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah

Tak tahu pasal apa, memang anak perempuan ni manja lebih dengan si ayah. Dulu, saya pun lihat kebanyakan sepupu-sepupu saya yang perempuan memang manja dengan pak sedara. Tak tahu pasal apa. Nak kata mak sedara saya garang, fikir-fikir balik .. pak sedara saya pernah je rotan anak-anak dara dia sebab tak sholat. Ada pak sedara saya yang lain, main renung je .. semua pakat lari masuk bilik.

Dulu, saya tertanya-tanya gak. Sekarang ni bila dah ada anak perempuan sendiri, baru saya tahu ... err tahu ke? Haha .. actually saya pun masih lagi tertanya-tanya kenapa anak perempuan manja mereka lebih pada si ayah.
Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah
Mungkin sebab ayah kot yang manjakan lebih anak perempuan, almaklumlah, menjaga anak perempuan ni bukannya satu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa kena didik seperti acuan yang pernah Rasulullah S.A.W sediakan. Didik anak perlu ikut sunnah S.A.W. Memang, dalam agama Islam sendiri pun, dititikberatkan untuk jaga anak perempuan lebih sikit priha…

7 Tips Blog Niaga Terima Pengunjung

Saya nak berikan 7 tips untuk sebuah blog niaga terima pengunjung. Apa guna ada sebuah blog niaga atau blogshop tetapi pengunjung tiada. Pengunjung kosong bermaksud juga blog tiada trafik. Dan seperti saya katakan dalam fundamental blog buat duit, trafik blog adalah penting untuk jana income.

Ok. Adakah anda seorang usahawan internet? Sudahkah anda ada blog? Jika dah, adakah blog anda menerima trafik yang baik? Jika tidak, maka saya syorkan anda baca entri ini supaya blog anda tidak jadi hidup segan mati tak mahu.

Jika blog anda mahukan potensi untuk jana income berterusan, maka blog anda perlukan tujuh tips blog niaga terima pengunjung ini. Anda mesti pastikan blog anda ada pengunjung kerana mereka inilah yang akan menjadi calon-calon yang sangat sesuai untuk beli apa jua produk yang anda jual di blog anda.

Tips yang akan saya kongsikan ini tidak diuji oleh saya, memandangkan saya sudah tidak ada lagi blog niaga. Namun, saya dapati teknik-teknik ini digunakan oleh ramai usahawan onli…

Tips Blog Lebih Pantas Loading

Saya nak kongsikan tips untuk blog lebih pantas loading. Anda ada masalah dengan blog anda atau anda bermasalah dengan blog yang lambat load (macam blog ini .. hehehe)? Kalau lambat loading, tentu ramai yang susah nak singgah blog anda .. dan mungkin akan menyebabkan mereka tak mahu ulang datang lagi ke blog anda.

Ada ketika, blog dan laman web yang ambil masa untuk dipaparkan akan buat pengunjung marah. Bila jadi begitu, maka blog akan kehilangan pembaca. Nak pengikut? Uhh jangan haraplah.

Bagi sebuah blog baru, kepantasan loading blog amat penting. Inilah senjata utama untuk tewaskan blog-blog lama yang sudah semput. Blog baru mesti ada ciri-ciri untuk pantas loading. Blog baru mesti berada di depan bila ambil kira kepantasan loading blog ini.
Tips Blog Lebih Pantas Loading Blog yang tidak ambil masa lama dipaparkan bukan sahaja disukai oleh pengunjung baru, tetapi juga oleh robot enjin carian. Walaupun sesebuah blog itu tidak mempunyai ciri-ciri teknikal sebuah blog yang mesra SEO…

Sedih. Adsense Tolak Rayuan Buat Kali Keempat!

Sedih. Tak ada rezeki nampaknya menerusi pengiklanan Google Adsense. Ini merupakan kali keempat Google Adsense menolak permohonan rayuan saya untuk kembalikan iklan Adsense ke blog ini. Saya jadi buntu apakah salah silap blog ini sehingga iklan Adsense tidak dibenarkan untuk 'hidup'.

Nak buat macamana ye tak? Sudah masuk kali keempat, saya fikir inilah kali terakhir saya memohon rayuan iklan Adsense enable di blog ini. Sayang sekali kan? Blog ada trafik yang baik, tetapi tak boleh letak iklan Adsense, jadi kenalah cari alternatif lain untuk medium pengiklanan.
Adsense Tolak Rayuan Buat Kali Keempat! Sebenarnya ada lebih 101 platform pengiklanan untuk blog. Namun, kesetaraan dengan Adsense memang tak ada. Walaupun ada yang nampak sama, tetapi ia tidak membayar seperti Adsense bayar. Keseronokkan Adsense tidak dapat saya rasai lagi. Nampaknya akan ambil masa sedikitlah juga untuk dapatkan cek Google Adsense tahun ni.

Akaun Google Adsense saya masih aktif, malah iklan Adsense mas…

Resepi Rahsia Kek Coklat Anis Choc Moist

Adakah anda biasa dengan kek coklat jenama Anis Choc Moist? Ohh tak biasa dengan jenama ini ke? Ok. Kita mukadimah sikit, Anis Choc Moist atau Anis Choc Melt adalah jenama kek coklat yang semakin dikenali kini. Keenakkan kek coklat ini telah menjadikan pasangan suami isteri Junaidy dan Anis menjadi antara jutawan di Malaysia. Hebat bukan? Hanya dari suka-suka buat kek coklat di rumah, pasangan ini telah ada beberapa kilang dan beratus cawangan Anis Choc Moist atau Anis Choc Melt di Malaysia.

Mungkin ada yang tidak tahu, pasangan ini merupakan senior saya semasa belajar di USM. Malah, tuan Junaidy merupakan rakan 'korum' saya ketika itu. Bila dah jadi rakan korum ni, macam-macam rahsia mereka saya tahu .. hoho .. termasuklah kisah cinta mereka di Desasiswa Permai, USM ... jeng jeng jeng ....
Tuan Junaidy ni memang serius baik orangnya. Saya yang memang sengkek masa belajar dulu selalulah dok pinjam motor dan komputer. Jasa beliau memang tak dapat nak balas. Begitu juga dengan P…

Awas Laman Web Hina Islam

Awas rakan-rakan, jangan sampai terdedah dan terpedaya dengan laman-laman web hina Islam yang kini semakin banyak dan mudah didapati di internet. Ia semakin menjadi-jadi apabila Islam kini dianggap satu ancaman global. Golongan ini cuba menangguk di air keroh, dan menjadikan situasi semasa di negara-negara Islam bergolak untuk merencanakan rancangan jahat mereka untuk menghina kesucian agama Islam.

Memang tidak dinafikan terdapat kumpulan-kumpulan agama yang agak ekstremis yang menjadikan Islam sebagai tabir 'perjuangan' mereka. Akibat dari tindakan yang agak melampau ini, telah mencetuskan beberapa ketidaksenangan di kalangan masyarakat dunia. Lalu, apa yang berlaku ialah wujudnya golongan yang secara sulit mahupun terang-terangan mengambil kesempatan bagi menyuntik kebencian terhadap Islam itu sendiri.

Dari situ, wujudlah laman-laman web yang menghina Islam.
Awas Laman Web Hina Islam Ada laman web yang bertopengkan hadith dan ayat Al-Quran sehingga berjaya memperdaya mereka …

Novel Online Bila Hati Berbicara Antasya Balkis

Drama slot Akasia TV3, Bila Hati Berbicara semakin mendapat perhatian penonton di Malaysia. Menampilkan pelakon-pelakon yang kacak macho dan cantik, ia membariskan 3 pelakon muda berbakat Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura, Hafreez Adam sebagai Badri Fathul dan ramai lagi. Bila Hati Berbicara adalah sebuah drama adaptasi novel karya Antasya Balkis.

Drama mula popular, maka novel Bila Hati Berbicara turut menerima tempiasnya. Novel hasil kreativiti Antasya Balkis ini boleh dibaca secara online. Ia diterbitkan oleh Buku Prima.
Novel Online Bila Hati Berbicara Antasya Balkis
Saya pun dah mula terpengaruh menonton drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara ini. Drama 32 episod ini ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 28 Oktober 2014 setiap Isnin sehingga Khamis jam 7 malam. Selain 3 pelakon utama yang kacak macho dan cun tadi, drama arahan Amie Maziah ini turut dibintangi oleh Raja Ilya sebaga Babe, Azwan Kombos sebagai …

Thumbnail Gambar Tidak Kelihatan

Ada blog yang hadapi masalah thumbnail gambar atau gambar dalam blog tidak kelihatan. Jika ini berlaku, jangan panik. Ada penyelesaian untuk masalah blogger blogspot yang gambarnya hilang dalam blog dan juga entri.

Sebelum ini, saya pernah buat satu entri berkaitan gambar hilang dalam blog yang ada kaitan dengan akaun Google dalam telefon pintar. Jika anda secara sengaja atau tidak padam gambar dalam akaun Google di telefon pintar anda, akan ada kemungkinan yang besar, gambar sama yang digunakan dalam blog akan turut terpadam.
Thumbnail Gambar Tidak Kelihatan Dalam Blogspot Beringat sebelum kena, lihat apa jadi pada rakan blogger yang telah memadam gambar dalam telefon pintarnya yang menggunakan platform Android dari Google. Boleh baca Jika Gambar Dalam Blog Hilang

Saya pun pernah hadapi masalah serupa. Nak tak nak ke ganti sendiri gambar yang dipadam dengan gambar lain. Lepas tu ubah setting di dalam telefon android murah saya tu agar tidak sync dengan akaun Google Profile saya yang …

Senarai Peserta Kontest Teka Gambar VMY2014

Yeah. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memeriahkan teka gambar VMY2014. Saya sudah melihat jawapan-jawapan yang diberikan. Saya hanya mampu tersenyum sahaja buat masa ini.

Semua soalan adalah mudah untuk dijawab. Dan jawapan boleh didapati di dalam blog ini. Serius tak susah.

Peluang masih ada sehingga 25 Disember 2014 untuk sertai kontest mudah saya ni. Wang tunai RM100 yang disediakan merupakan subsidi kerajaan .. hohoho ... :P

Senarai Peserta Kontest Teka Gambar VMY2014 Antara rakan blogger yang dah join kontest ini adalah:
http://www.bakul2011.com/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://www.zazazehra.com/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://www.xinzery.my/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://leyyannakhai.blogspot.com/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/11/kontest-teka-gambar-vmy2014.htmlhttp://adna2029.blogspot…

Elak Guna Huruf Besar Menulis Entri

Impikasi guna huruf besar dalam menulis entri blog. Tahukah anda menulis entri yang menggunakan huruf besar secara total di dalam blog ada impikasi tersendiri. Dari segi SEO blogspot, kesannya mungkin tidak ketara memandangkan algorithma terbaru Google tidak ambil kisah sangat mengenai huruf besar kecil ni.

Namun untuk pengalaman (reader's experience) pembaca, penggunaan hurud besar secara total dalam menulis entri tidaklah digalakkan. Huruf besar ini sebenarnya punyai maksud sendiri dalam bidang penulisan. Jika anda lulus peperiksaan SPM ujian bertulis Bahasa Melayu, sepatutnya anda sudah tahu akan fakta ini.
Elak Guna Huruf Besar Menulis Entri Cuba bayangkan anda menerima SMS yang ditulis dalam tulisan huruf besar. Apa yang anda rasakan? Tulisan dengan huruf besar dalam penulisan bermaksud anda sedang menegaskan, menjerit atau tengking, ia seolah seandainya diucapkan, anda perlu ucapkan dengan nada tegas, bersuara lantang dan kuat.

Dengan penggunaan huruf besar dalam blog, ia s…

Trafik Bulanan Menjana Pendapatan Blog

Dah lama saya tak dedahkan mengenai trafik blog ini. Bukan nak menunjuk, cuma nak beritahu kepada anda, sumber trafik blog itu pelbagai. Jika menggunakan teknik-teknik yang betul, anda hampir tidak perlu update blog sekerap sebelum ini untuk mendapatkan trafik yang tinggi.

Blog nadi hidupnya adalah trafik. Dari trafik barulah boleh menjana pendapatan. Fundamental buat duit dengan blog ialah trafik. Jika blog trafiknya rendah, maka kemungkinan untuk jana income menerusi blog adalah rendah.
Trafik Bulanan Menjana Pendapatan Blog

Trafik yang tinggi boleh memaksimakan sumber pendapatan sampingan dari blog (sekiranya blog adalah untuk suka-suka). Trafik yang tertumpu boleh memberikan anda income dari blog setiap hari, bermula dari RM1.00 sehinggalah ke RM150 sehari. Malah ada blog yang tinggi trafik boleh menjana income sehingga RM300-RM500 sehari menerusi beberapa sumber income dari blog.

Dari melihat kemungkinan-kemungkinan tadi, boleh disimpulkan seorang blogger yang sepenuh masa beker…

I Love Pangkor

I Love Pangkor - Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
I Love Pangkor