28 Julai 2014

Selamat Hari Raya 1435H

Selamat Hari Raya 1435H daripada saya sekeluarga. Seandainya ada salah silap, saya mohon dimaafkan, dan jika ada hutang piutang saya kepada anda, jangan segan silu untuk nyatakan kepada saya.

Hari Raya 2014 kali ini, saya dan keluarga, in Sha Allah akan beraya di Parit, Perak dan kemudian di Ampang, Kuala Lumpur. Parit adalah kampung halaman isteri saya, dan tahun ini merupakan giliran berhari raya di sana.

Selamat Hari Raya 1435H Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya 1435H

Tahun ini juga merupakan pertama kali saya dan keluarga akan berhari raya di Kuala Lumpur. Memang tidak pernah seumur hidup saya beraya di kota besar, apatah lagi ibu negara Malaysia. Jujur saya katakan, memang dah menjadi satu impian saya sejak dari kecil untuk berhari raya di kota besar.

Jika selalunya hari raya, saya dan keluarga akan berhari raya akan bergilir menyambut lebaran samada di Parit atau Batu Gajah. Jarak keduanya tidaklah jauh mana, boleh katakan dua-dua tempat disambut pada hari raya pertama. Jika pagi di kampung isteri saya di Parit, maka petangnya jika tiada aral, akan berhari raya di Batu Gajah, dan gitulah sebaliknya.

Saya boleh anggap tak ada masalah pun nak bincang atau pilih tempat hari raya pertama. Cuma mungkin kalau ada agenda istimewa, kena beralah apa yang patut.

Agaknya bagaimana suasana hari raya di bandar besar seperti Kuala Lumpur ehh? Ramai akan kata, ia akan jadi lengang dan dipenuhi oleh warga asing yang tidak berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing.

Saya akan berhari raya di Kuala Lumpur pada esok, iaitu hari raya kedua. Cadangan nak ikut jalan persekutuan, nak singgah berhari raya di Sungai Besar, tempat isteri saya membesar dan bersekolah di sekolah rendah. Mungkin akan bertemu rakan-rakan lama di sana. Saya ok je, sebab rakan-rakan isteri saya .. juga merupakan rakan-rakan dan sahabat saya.

Doakan saya sekeluarga selamat sampai ye. In Sha Allah.

Sekali lagi, terimalah ucapan sembah salam ampun maaf daripada saya sekeluarga- Hasrul, Linda, Amri, Zikri dan Humaira.

Tahun ini tak ada kad raya custom made seperti sebelum-sebelum ini .. huhu ...


26 Julai 2014

Iklan Raya 2014 Daripada Maxis

Iklan hari raya 2014 daripada Maxis. Ok. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi video, lebih kepada satu filem pendek mengenai Hari Raya 2014 yang diterbitkan oleh Maxis. Sebuah kisah yang agak lain sedikit pada pandangan lapan kupang saya ni.

Iklan raya 2014 daripada Maxis ni menceritakan satu pasangan suami isteri yang sudah berumur, dalam perjalanan ke satu tempat untuk berhari raya. Tiba-tiba dalam perjalanan, boleh pulak kereta yang dinaiki kehabisan minyak.
Iklan Raya 2014 Daripada Maxis
Tengah dok menahan mencari simpati orang lain yang lalu jalan yang sama, berhentilah satu pasangan bermotorsikal besar. Si Buncit nama penunggang motorsikal ni .. hehehe.. leh pulak cari nama si Buncit.... ada daaa ...

Apa lagi yang best ehhh?

Iklan raya ini juga menampakkan penggunaan satu aplikasi yang saya fikir mungkin Waze kot ...  terkebil-kebil jugaklah pasangan warga emas ni .. hehehe..

"Turn Left..."
"Apa ke benda turn left tu?"

Adeh.

Ok, malah nak ulas panjang-panjang, saya tau ada yang skip baca entri ni nak tengok video iklan raya Maxis yang baru ni kan .. hoho ...

Video Iklan Raya 2014 Daripada Maxis

Di mana kasih bertemu, di situlah keluarga bersatu .. gitulah tajuk video filem pendek Hari Raya 2014 daripada Maxis ni.

Terhibur? Apa komen anda?

p.s: Errr macam tau-tau je saya dan famili nak berhari raya di Kuala Lumpur .... jeng jeng jeng ...


Senarai Pemenang Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak

Senarai pemenang contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak memang dinanti-nantikan ramai. Dan pastilah saya sebagai peserta teruja ingin tahu, apakah teknik-teknik SEO blogspot yang saya guna pakai telah berjaya dalam pertandingan yang cukup sengit ini.

Penganjur Akmaomar.com telah pun menyenaraikan senarai pemenang-pemenang contest duit raya Casa Ombak bagi kategori penyertaan SEO (Search Engine Optimization). Siapa pakar SEO bukan persoalan dalam pertandingan ini, tetapi siapa yang dapat praktikkan teknik SEO yang betul, in Sha Allah, bolehlah mendapat habuan dan ganjaran hadiah wang tunai yang disediakan.
Senarai Pemenang Contest Duit Raya Casa Ombak
Hadiah wang tunai untuk Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak memang lumayan. Ia merupakan salah satu kategori dalam contest duit raya Casa Ombak yang berlansung selama sebulan.

Hadiah Contest Duit Raya Casa Ombak Kategori SEO

  • Tempat Pertama 1 x Wang tunai RM 500
  • Tempat Kedua 1 x Wang tunai RM 350
  • Tempat Ketiga 1 x Wang tunai RM 250
  • Tempat Ke Empat 1 x Wang tunai RM 150
  • Tempat Ke Lima 1 x Wang tunai RM 100
  • Tempat Ke Enam 1 x Wang tunai RM 50
  • Tempat Ke Tujuh 1 x Wang tunai RM 50
  • Tempat Ke Lapan 1 x Wang tunai RM 50
  • Tempat Ke Sembilan 1 x Wang tunai RM 50
  • Tempat Ke Sepuluh 1 x Wang tunai RM 50
Menang contest SEO hadiah RM500 dari AkmaOmar.com
Ramai blogger Malaysia, samada baru, lama, yang tahu mengenai SEO dengan sangat banyak, dan blogger yang baru nak belajar mengenai SEO bertanding di dalam contest ini. Ia melibatkan lebih daripada 100 penyertaan, dengan masing-masing punyai cara penyampaian serba berbeza.

Siapakah yang berjaya berada di dalam ranking SERP Google untuk kata kunci Buffet Ramadhan Casa Ombak? Mari lihat siapakah pemenang contest SEO Duit Raya Casa Ombak ini.

Senarai Pemenang Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak

Senarai Pemenang Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak

Senarai Pemenang Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak

Senarai Pemenang Contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak
Yang menang tahniah diucapkan. Tidak bermakna yang menang tempat pertama, kedua, ketiga itu hebat belaka, atau pakar seo Malaysia. Hari ini mungkin nama-nama itu berada di atas, esok lusa, tulat tonggeng, bulan akan datang mungkin jika di Google akan ada senarai yang lain.

Alhamdulillah, ini rezeki buat yang telah berjaya di dalam pertandingan ini. Saya nampak ramai rakan blogger yang dikenali berjaya menang dalam kategori ini. Syabas... syabas.

Tak berapa jelas siapa menang apa .. boleh terus rujuk entri ini - Senarai Pemenang Contest Duit Raya Casa Ombak

Susah ke Untuk Menang Contest SEO?

Bukan mudah nak praktikkan SEO dalam sebuah blog blogspot, tetapi jika buat dengan betul, in Sha Allah, tiada apa yang mustahil. Janji ... seperti kata blogger buat duit dengan affiliate, Encik Titan .. kena rajin, kena ada strategi, semua boleh jadi. Kalau nak tahu bagaimana guna SEO untuk buat duit dengan blog, boleh baca ebook Encik Titan yang dinamakan Teknik SEO Merah Jambu ... haaa bukan takat RM500, RM300 .. malah RM ribu ribu boleh anda dapat jika ikut panduan yang diberikan dalam ebook tu ...

Sekali lagi, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang contest SEO ini. Dan tahniah juga kepada rakan blogger Akma Omar yang telah susah payah menganjurkan contest antara terhangat di bulan Ramadhan 2014 ini.

In Sha Allah, sebagai salah seorang yang berjaya dalam pemilihan pemenang contest SEO ini, saya akan kongsikan beberapa teknik SEO yang membolehkan entri blog ini berjaya di SERP.

Contest ini ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD



SaveGaza - Azizul Hasni Awang Hampir Disingkirkan Commonwealth Games

Azizul Hasni Awang atau lebih dikenali dalam persada dunia sukan Malaysia sebagai Rocket Man, hampir sahaja disingkirkan dari menyertai temasya Sukan Commonwealth yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland. Ini gara-gara atlet berasal dari Terengganu ini menunjukkan rasa sokongan kemanusiaan terhadap Gaza - #SaveGaza

Agak tidak wajar seandainya pihak Temasya Sukan Commonwealth mahu singkirkan Azizul Hasni Awang, ye tak? Saya sependapat dengan apa yang diperkatakan oleh pelumba basikal negara ini di dalam laman sosial Facebook miliknya.

Azizul Hasni Awang Hampir Disingkirkan Commonwealth Games

Azizul Hasni Awang Hampir Disingkirkan Commonwealth Games
Ia menjadi satu isu apabila Azizul Hasni memakai sarung tangan atau glove yang tertulis Save Gaza semasa perlumbaan basikal acara pecut lelaki di Velodrome Sir Chris Hoy hari ini (25 Julai 2014). Sarung tangan itu jelas dipertunjukkan di kaca televisyen semasa penamat perlumbaan yang menyaksikan beliau menang dalam acara tersebut.

Saya memetik sumber laporan dari laman web DailyMail.
The Commonwealth Games Federation was looking into Azizulhasni Awang's apparent political protest, which saw him hold his gloves up to a camera on Thursday to show 'Save' written across the right one and 'Gaza' on the left.

The CGF seeks to avoid its competitions being used for political means, and Glasgow 2014 officials might have imposed a heavy punishment on the 26-year-old, who was set to compete in the individual sprint quarter-finals on Friday.
Dan ini adalah beberapa gambar menunjukkan tindakan Azizul Hasni yang dianggap oleh badan sukan itu sebagai protes politik; yang saya fikir pihak di sana kena buka kamus dulu sebelum menuduh dan mendakwa Rocket Man Malaysia. Ini bukan soal politik, tetapi ini soal kemanusiaan.

Gambar Sarung Tangan Save Gaza Azizul Hasni Awang

Azizul Hasni - Save Gaza Glove Commenwealth Games
Azizul Hasni - Save Gaza Glove Commenwealth Games
Azizul Hasni - Save Gaza Glove Commenwealth Games
Pelumba basikal pecut negara ini di dalam Facebook miliknya telah menyatakan kekecewaan atas apa yang berlaku. Beliau kini sedang disiasat oleh badan sukan dunia itu, dan telah diberikan amaran supaya tidak mengulanginya.
'I feel sorry to the people who misinterpret my message. There's no such thing with political protest.'

Azizul Hasni turut menambah...
'It's from the bottom of my heart to express humanitarian. Since when expressing humanitarian considered as political?'
'Anyway, I apologise to those who think I'm doing wrong and thanks a lot to everyone who always keep supporting me. There's no word that i can express it.
'For your information, I got a warning and still can race today but without my 'Save Gaza' glove. Thanks everyone for your support and really appreciate it. We all stand as a human.'
'It's inappropriate for any form of protest in a Games venue - we respect everyone's right to protest out-with. 'He has had a strong reprimand from his team management and he has apologised. In apologising profusely he now knows any repetition will see a removal of his accreditation.' 
Bagi rakan-rakan pembaca, seandainya anda bersama dengan Azizul Hasni Awang, dan menyokong tindakan dan kenyataannya, sila berikan sokongan anda dengan hashtag #WeSupportAzizulHasni di media sosial.

#SaveGaza
#PrayForGaza

Dunia perlu tahu, bahawa Gaza sedang teruk dibelasah oleh regim Zionis Israel. Ramai kanak-kanak terbunuh, begitu juga wanita. Ratio yang tidak padan, dengan kenyataan Perdana Menteri Israel yang mengatakan bahawa Hamas adalah pengganas memusnahkan apa yang ada di Israel, walhal apa yang berlaku adalah pembasmian rakyat Palestin dari bumi Gaza oleh tentera Israel tanpa belas kasihan.


25 Julai 2014

Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur

Isu hangat. Isu pakaian yang dijual di Jakel. Baru-baru tetiba sahaja kecoh mengenai isu pelanggan beli baju raya di Jakel tak puas hati dengan kualiti serta layanan oleh staff Jakel. Apabila saya tengok satu-persatu cerita yang dikongsikan oleh mereka yang pernah berurusan dengan pihak Jakel, nampak ada bercampur-baur. Ada kata ok, ada kata tak ok. Namun, isu ini jadi hangat apabila seorang Facebooker bernama Aiman Notty memberikan reaksi dan komen mengenai baju Aaron Aziz yang dibeli di sebuah outlet Jakel di Johor di FB Jakel.

Isu Jakel Didakwa Tipu Pembeli - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur

Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Daripada penelitian mata kasar sayalah, komen bercampur-baur ini sebenarnya ada kaitan dengan harga kain yang dibeli. Ramai pelanggan yang tidak berpuas-hati adalah disebabkan kerana harga dibandingkan dengan kualiti yang mereka terima tidak setimpal.

Saya difahamkan harga baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak dijual sekitar RM200-RM350 sepasang. Kalau bagi diri sayalah, harga baju melayu macam tu dah kira sangat mahal. Bukan mahal ehh, tapi sangat mahal. Sebabnya saya boleh dapat dan beli baju melayu kualiti terbaik dengan harga kurang dari RM100 pun. Malah, saya pernah beli set baju Melayu dengan harga RM80 dari butik pakaian. Kalau dibuat perbandingan, dah lebih 2 kali, 3 kali ganda tu.

Pembeli Tidak Puas Hati Baju Raya Zizan Razak Jakel

Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Jadinya, kalau pelanggan sudah bayar mahal, tentulah mereka expect kualiti terbaik walaupun tidak boleh nak jadi sekacak Aaron Aziz dan semancung hidung Zizan Razak dengan memakai baju Melayu yang menggunakan nama dua selebriti terkenal ini.

Namun, saya juga lihat ada pelanggan yang berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Jakel. Kena ingat ehhh, produk Jakel bukan hanya pada baju Melayu Aaron Aziz mahupun baju Melayu Zizan Razak; ada banyak produk lain, macam tikar, langsir, kain ela, baju kurung, dan macam-macam lagilah.

Pelanggan Yang Puas Hati Dengan Jakel


Isu Jakel - Reaksi Pelanggan Bercampur Baur
Saya dapat tahu ada pakaian dengan nama Datuk Siti Nurhaliza juga dijual di Jakel. Betul ke? Malah ada selebriti lain juga .. tapi tak pasti produk apa, permaidani kot.

Pelanggan yang puas hati kebanyakkan suka dan tabik pada servis yang disediakan. Mereka kata customer service Jakel bagus. Ada yang memberikan komen memceritakan saat manis dilayan staff dan jurujual Jakel yang manis-manis senyuman dan mesra.

Sebenarnya isu ini berkaitan manusia.

Susah nak deal dengan manusia ni sebenarnya. Mudah salah tafsir. Mudah salah faham. Mudah tersinggung, mudah melatah.

Ada part bagus, ada part tidak bagus. Jadinya semua yang berlaku bolehlah dijadikan sempadan untuk kebaikan di masa hadapan.

Sebagai pelanggan dan pembeli, ada berhak memilih dan menggunakan hak-hak anda sebagai pengguna. Jika rasa ia tidak berbaloi dengan wang, jangan beli. Pilihan ada. Tak suka beli belah di Jakel, boleh pilih tempat lain. Jika suka, teruskan.
Jakel tipu pelanggan dengan promosi tidak masuk akal

Dan buat Jakel dan staff keseluruhannya, mungkin selepas insiden dan isu ini dibangkitkan ramai, bolehlah lihat kembali mana part yang boleh diperbaiki. Saya pasti pihak pengurusan tiada niat nak menipu, tetapi memberikan sesuatu yang mereka fikirkan terbaik untuk pelanggan. Ye tak?

Saya bukan pelanggan Jakel. Tapi saya pernah berurusan di Jakel Sungai Petani satu ketika dahulu. Tak berani membeli sebab banyak barang yang nampak berkualiti saya tak mampu nak beli. Mungkin pada setengah orang ia berbaloi dengan nilai wang mereka. Tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Jakel Mengenai Polisi Penukaran Baju Dari Jakel

Tiada Permohonan Maaf? - Kredit: FB Jakel
Apapun, saya kagumi dan hormati tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak pengurusan Jakel dalam memberikan reaksi kepada isu ini, terutama sekali kepada kes Aiman Notty dan pelanggan lain secara amnya.
Pelanggan Tak Puas Hati Jakel

Semua isu, perkara dan masalah ada jalan penyelesaiannya. Terpulanglah pada kita untuk mencari jalan untuk tidak memanjangkannya dan menjadikannya satu barah yang akan membunuh di kemudian hari.

Kita semua boleh jadi manusia yang terbaik, in Sha Allah jika kita sedar dan tahu bagaimana untuk menjadi sebaik-baik manusia. Haaa .. kan tak pasal-pasal je nama Zizan Razak dan Aaron Aziz sedikit tercalar .. hoho .. :P

Kredit: Facebook Jakel, PenMerah.com dan Apahell.blogspot.com


Bila Yahudi Komen FB Page Blog Ini

Erk, tetiba FB page blog ini dibaca dan dikomen oleh seorang Yahudi bernama Simon Landsberg. Simon Landsberg adalah warga Amerika Syarikat yang merupakan seorang peguam.

Tentu anda nak tahu apakah yang telah dikomen oleh Simon Landsberg ini? Dan kenapa seorang peguam dari Amerika Syarikat ini tiba-tiba meninggalkan komen dan meninggalkan pautan berkaitan Israel di page blog ini?

Saya mulanya tak berapa perasan, tetapi entah macamnaa ia keluar di bahagian notification saya dan terus saya lihat apa yang beriya-iya peguam ini meninggalkan komentarnya. Ternyata, peguam dari New York ini mahu cuba 'perbetulkan' persepsi dunia kepada bangsanya, dan negara Israel khususnya.

Bila Yahudi Komen FB Page Blog Ini

Bila Yahudi Komen FB Page Blog Ini
Segalanya bermula apabila saya kongsikan satu slide berkaitan pendudukan Yahudi ke atas tanah Palestin di dalam page tersebut. Dia tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa apa yang saya kongsikan merupakan satu propaganda yang dihasilkan untuk menekan Israel dan memperlihatkan bahawasanya bangsa Yahudi amnya bersalah dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Gaza sekarang.

Komen Simon Landsberg Berkaitan Sejarah Pendudukan Yahudi

Lihat dan baca apa komen Simon Landsberg ini di FB Page blog ini:



Mungkin ada yang nak tahu, siapa Simon Landsberg ini?
Bila Yahudi Komen FB Page Blog Ini
Amacam? Simon Landsberg is an impressive lawyer, bukankah? Anda boleh tengok profilnya di LinkedIn yang telah saya dapatkan. Agak hebat juga pengalaman yang ada pada peguam ini. Jauh panggang dari api dengan saya yang bukan sesiapa ini.

Facebook Medium Dakwah Berkesan

Hoho. Nampaknya apa yang dikongsi di Facebook telah berikan impak pada mereka yang berbangsa Yahudi, dan pasti sekali pada sebuah 'negara' yang tidak diiktiraf Malaysia bernama Israel. Saya hampir pasti, ini adalah kerana warga Malaysia yang merupakan pengguna Facebook paling aktif di dunia sehingga menjadikan Facebook medan dakwah Islamiyah menyebabkan Yahudi jadi tidak tentu hala (sekadar pendapat).

Mungkinkah Facebook yang dianggap ramai sebagai ciptaan Yahudi ini mula makan tuan? Mungkinkah Facebook yang dicipta yang didakwa menerusi teori konspirasi menyesatkan dan melalaikan umat Islam seluruh dunia ini sudah menjadi medium penyebaran dakwah Islamiyah terhebat abad ini?

Jika dulu Al-Quran, ayat-ayat Allah S.W.T hanya disebar melalui cakap-cakap mulut, dan kemudiannya menerusi lembaran kulit kayu, kulit haiwan, dan ditambah baik kepada helaian sutera dan kertas; kini medium seperti blog, twitter dan Facebook menjadi gantinya.



Ramai Selebriti Wanita Malaysia Kini Bertudung 2014

Ramadan 1435H (2014) menampakkan semakin ramai selebriti wanita Malaysia yang telah bertudung. Satu penghijrahan ke arah satu yang lebih positif, lebih baik. Ramai rakyat negara ini, yang rata-rata memang ikuti rapat perkembangan dunia hiburan Malaysia nyata gembira dan bersikap positif dengan perubahan yang telah dilakukan oleh selebriti kesukaan mereka.

Erkk, saya bukanlah nak bertukar menjadi blogger dunia hiburan Malaysia, cuma nak berkongsi kepada anda bahawasanya keperibadian seseorang itu boleh sahaja bertukar bila-bila masa atas kehendak Allah S.W.T. Hari ini jadi model iklan Playbloy, esok lusa mana tahu, hidayah dari Allah S.W.T bertukar menjadi seorang ikon muslimah. Sesungguhnya kekuasaan itu terletak pada yang Maha Esa. Dengan mudahnya, Allah S.W.T boleh membalikkan hati, samada dari kurang baik kepada lebih baik, dan dari baik kepada kurang baik.
Ramai Selebriti Wanita Malaysia Kini Bertudung 2014

Senarai Selebriti Wanita Malaysia Hijrah Bertudung 2014

Ramai selebriti wanita Malaysia yang kini bertudung pada Ramadhan tahun ini; atau nak lebih umum pada tahun 2014 ini. Antara yang boleh saya senaraikan adalah seperti di bawah.
  • Neelofa
  • Ziana Zain
  • Ana Dahlia
  • Umie Aida
  • Min Yasmin
  • Fara Fauzana
  • Juliza Adzlizan
  • Nina Iskandar
  • Raja Azmi
  • Uqasha Senrose
Senarai selebriti cun malaysia bertudung 2014
Ana Dahlia Bertudung Ramadhan 1435H - Kredit Foto: Portal Murai
Senarai selebriti cun malaysia bertudung 2014
Ziana Zain Bertudung - Kredit Foto: Portal Murai
Senarai selebriti cun malaysia bertudung 2014
Nina Iskandar, Pelakon 'Raya Ni Mesti Kahwin'
Dan tidak dilupa, selebriti dan blogger yang paling hangat diperkatakan ialah
  • Felixia Yeap yang telah memeluk Agama Islam pada 5 Ramadhan yang lalu; dengan nama baru Raisyyah Rania Yeap.
Senarai selebriti cun malaysia bertudung 2014
Perkembangan ini memang sememangnya sesuatu yang sangat baik sekali. Walaupun ada yang tak berapa suka dan bersikap skeptikal dengan perubahan mereka, tetapi bagi saya; pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjaya melakukan sesuatu yang ramai yang sebenarnya berat dan teragak-agak nak buat.

Ramai selebriti wanita Malaysia bertudung hari ini bukanlah kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk, tetapi saya fikir adalah kerana dalam hati mereka sudah ada niat untuk melakukan yang terbaik untuk diri mereka, dan mereka berusaha ke arah itu. Satu pujian perlu diberikan atas kejayaan mereka ini.

Ok. Ada yang tak berapa suka saya dok cerita pasal artis, apatah lagi artis dan selebriti wanita; itu terpulanglah. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, sebagai manusia; adakala kita sering tersasar dan suka melihat akan kekurangan dan kesilapan orang lain; seperti mana juga saya yang kadangkala tergelincir memberikan sesuatu dalam blog saya.

Yang baik boleh jadi buruk. Yang elok boleh jadi basi. Yang cantik boleh jadi hodoh. Yang dikecam boleh jadi dipuji. Ini semua berbalik pada hati. Dan semoga hati-hati kita semua telah berjaya dibersihkan di bulan Ramadhan 1435H (2014) ini, in Sha Allah.

p.s: Jangan lupa bayar zakat fitrah ye kawan-kawan.



24 Julai 2014

Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Hari tu, saya ada berkesempatan untuk bersama dengan rombongan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar menziarah Rumah Anak Yatim Mak Teh di Perlis. Haha, sesekali ikut rombongan cik Kiah ni, menarik gak. Saya satu famili berabis ikut serta dengan menaiki bas persiaran.

Sebelum ini, saya agak keberatan, almaklumlah dah terbiasa berkenderaan sendiri ke sana ke mari. Dan kali ini, sebab nak berikan pendedahan kepada anak-anak, dan memberikan peluang untuk merasai pengalaman rombongan Cik Kiah, jadi ambil keputusan untuk ikut serta.

Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Disebabkan kami tiba di kawasan menunggu bas rombongan agak lewat, terpaksalah kami berlima ambil tempat duduk paling belakang sekali. Bila duduk bahagian belakang, tempat duduk agak tinggilah sedikit dari yang lain.

Bertolak awal pagi. Lebih kurang jam 7 pagi kalau tak silap. Perjalanan agak selesa walaupun adakala terasa berayun di belakang. Anak-anak saya semua ok je. Namun, kerap jugalah dok tanya; "bila nak sampai, bila nak sampai".

Bila lelap, terjaga je terus akan tanya saya ... "Abah, dah sampai Perlis ke?". Punyalah excited. Apa ada di Perlis pun saya tak tahu .. hoho.
Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Tiba di Rumah Anak Yatim Mak Teh, Perlis waktu tengahari, lebih kurang jam 11:00 pagi. Ketibaan disambut mesra oleh wakil rumah anak yatim, serta anak-anak yang berada di situ. Tak ramai, tapi kami satu rombongan terasa diraikan.

Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Aktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit BuntarAktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar
Aktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar
Ziarah ni bukan ziarah kosong je, seperti awal saya ada cakap, ada pengisian sedikit. Anak-anak yang hadir di sini kemudian diberikan taklimat, informasi dan ilmu berkaitan ubat-ubatan. Saya sendiri juga dapat tahu beberapa benda yang selama ini saya tak tahu.

Selesai je majlis ilmu berkaitan ubat dan kesihatan, pihak Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Parit Buntar kemudian menyerahkan sedikit sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim Mak Teh.

Pihak pentadbiran masa kami datang tak dapat hadir sebab ramai yang bercuti. Anak-anak yatim yang ada pun tak ramai, sebab kebanyakan ada yang pulang ke kampung atau kediaman masing-masing untuk bersama keluarga di hujung minggu.
Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Saya kesempatan dengan ahli rombongan melawat kawasan sekitar. Asrama di Rumah Anak Yatim Mak Teh ini nampak selesa dan kemas, al maklumlah semua pelajar atau anak yatim di sini adalah perempuan.

Menurut wakil Rumah Anak Yatim tu, yang saya lupa namanya; dulu di awal penubuhannya, ia mengambil anak-anak lelaki, tetapi lama kelamaan, ia hanya menerima anak-anak yatim perempuan sahaja. Katanya lagi, lebih mudah nak jaga mereka daripada anak-anak lelaki .. hoho....

Rumah Anak Yatim Mak Teh adalah inisiatif bekas wakil rakyat di situ. Tanah yang diwakafkan telah dibina rumah kebajikan ini khusus untuk anak-anak yatim serta fakir miskin di sekitar negeri Perlis. Saya difahamkan dana mengurus adalah daripada wakil rakyat tersebut berserta sumbangan dari orang ramai.
Asrama Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak TehAnak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Saya sempat gak bermesra-mesraan dengan anak-anak yatim di sini; kebanyakkan mereka sedang menunggu masa nak hadapi peperiksaan. Jadi, seperti biasa, saya dengan heronya sampaikan petua dan tips apa yang patut.

Rombongan lain pun begitu juga, ada berikan nasihat dan kata-kata semangat. Yelah, bukan selalu mereka ni dapat kunjungan luar. Kehadiran rombongan dari Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar ni sedikit sebanyak menyuntik juga semangat mereka ...

Selesai di Rumah Anak Yatim Mak Teh, kami kemudian bergerak ke destinasi lain ... in Sha Allah, ada kelapangan saya akan ceritakan.


Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi

Sejak Pasar Kemboja Parit Buntar mula dikenali sebagai salah satu Lubuk Bisnes Tudung di Malaysia, semakin banyak pula wujud pasar kemboja baru. Tak perlu lihat jauh, klon-klon pasar kemboja mula wujud di kawasan Nibong Tebal dan terbaharu di Bandar Baharu, Kedah.

Pekan Sempadan Dua Negeri

Bandar Baharu adalah sebuah pekan kecil yang bersempadanan dengan Parit Buntar. Kedua pekan kecil ini hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian yang mengalir lesu antara keduanya. Dan ia dihubungkan oleh sebuah jambatan yang dibina setahun selepas tragedi hitam yang terjadi di Sungai Kerian pada tahun 1972.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Tragedi itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah kedua-dua pekan kecil ini. Dan tragedi itu juga menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan cerita ini kepada anda.

Sejak dari itu, Parit Buntar telah berkembang dari sebuah pekan kecil menjadi sebuah bandar yang lengkap kemudahan. Manakala Bandar Baharu pula menjadi sepi seolah sebuah pekan koboi yang ditinggalkan. Aktiviti di Bandar Baharu terutama perniagaan, saya fikir kurang daripada 10 peratus. Jauh sangat beza dengan bandar Parit Buntar yang berkembang pesat.

Pasar Kemboja Bandar Baharu

Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Mungkin dek kerana popularnya Pasar Kemboja Parit Buntar sehingga berdozen bas persiaran dan bas sewa memenuhi suasana Parit Buntar setiap sabtu, maka wujudlah Pasar Kemboja Bandar Baharu ini. Saya fikir ia usaha pihak berwajib agar aktiviti di Bandar Baharu dihidupkan. Mungkin mahu menjadikan Bandar Baharu sebagai Lubuk Bisnes Tudung terbaru di utara Semenanjung.

Setakat ini, sambutan ke atas Pasar Kemboja Bandar Baharu ini masih sepi, tidak semeriah dengan apa yang berlaku setiap Sabtu, di Parit Buntar sehingga menyebabkan jalan utama sesak luar biasa.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi

Pasar Kemboja Bandar Baharu dibuka perniagaannya setiap Jumaat dan Isnin, mengambil idea asal Pasar Kemboja Parit Buntar yang dibuka 2 kali seminggu sebelum ini. Namun, mungkin kerana tumpuan lebih kepada Pasar Kemboja Parit Buntar, ramai peniaga khususnya pemborong kain, tudung, telekung dan aneka pakaian tidak begitu berminat untuk berniaga di Bandar Baharu, apatah lagi ia bukan hotspot bagi warga kemboja yang menjadi 'tulang belakang' perniagaan Pasar Kemboja ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, lokasi ini adalah lokasi ketiga untuk Pasar Kemboja. Satu lagi lokasi terletak di sebelah Kampus Kejuruteraan, atau lebih spesifik di perkarangan Masjid Putih, Transkerian, Nibong Tebal.


Derma Pakaian Terbuang Untuk Anak Yatim

Derma pakaian terbuang untuk anak yatim, patut ke tak patut? Terbuang di sini bermaksud pakaian itu sudah mereput dan yang tidak mungkin boleh dipakai lagi. Saya terpanggil untuk menulis entri ini setelah saya menyaksikan satu video yang telah dimuat-naik ke laman YouTube sekitar Ogos tahun 2013. Asalnya, saya mahu mencari adakah dibolehkan saya menderma pakaian lama saya yang sudah tidak digunakan lagi kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Sebelum ini, kalau ada pakaian-pakaian lama yang sudah tidak muat (almaklumlah bila dah beristeri), saya akan berikan pada adik, tak pun kepada adik-adik ipar, malah kepada bapa mertua saya. Tapi bila mereka sendiri sudah ada pilihan, sudah ada kerja bagus yang boleh beli pakaian lebih baik, saya dah tak offer lagi pakaian lama saya. Jadi, pakaian lama saya menjadi satu tinggalan sahaja dalam gebuk almari yang sarat.

Derma Pakaian Terbuang Untuk Anak Yatim

Barangan terbuang untuk anak yatim

Derma Untuk Elakkan Pembaziran

Saya fikir. Ini boleh menjadi satu pembaziran. Benda ada tapi tidak dipakai dengan sebaiknya, atau dengan kata lain ia tidak dimanfaatkan.

Saya pernah berikan pakaian lama saya terutama kemeja dan baju-t kepada jiran saya. Malah saya pernah berikan pakaian lama saya pada anak-anak sepupu saya. Setiap kali nampak mereka pakai, saya rasa gembira sebab pemberian saya itu dimanfaatkan sebaiknya. Paling best, bila tiba hari raya, baju terpakai dijadikan baju raya.

Isteri saya juga pernah berikan pakaian-pakaian yang tidak lagi dipakai kepada sanak-saudara dan juga kawan-kawan. Malah, kami sendiri pernah terima pakaian-pakaian terpakai dari kawan-kawan kami. Saya sendiri pernah terima dan pakai pakaian terpakai daripada sepupu-sepupu saya. Saya sedikitpun tidak rasa ralit, malah saya bersyukur ada yang sudi berikan baju kepada saya; lebih-lebih lagi baju itu masih elok, masih kelihatan baru.
Derma sedekah pakaian terpakai pada anak yatim

Derma Pakaian Terbuang Untuk Anak Yatim

Derma pakaian terbuang tidak sepatutnya berlaku. Jika derma pakaian terpakai atau second-hand, pada saya tidak ada salahnya. Jika hati kita bersih, in Sha Allah, baik memberi mahupun yang menerima akan beri dan terima dengan rasa syukur.

Saya agak terkilan andai ada insan-insan yang berniat nak membantu dengan ikhlas tetapi memberikan sesuatu yang sudah lagi tidak boleh digunakan. Jika benar keikhlasan itu ada, pasti akan berfikir sebelum memberi; "Adakah pakaian ini boleh dipakai lagi?". Dan soalan inilah yang sering saya tanya sebelum nak berikan pada orang lain. Dan jawapan saya selalunya..."Boleh pakai lagi ni, cuma sudah tak muat untuk saiz tubuh sekarang". Jika saya masih bertubuh yang sama, saya mungkin akan pakai.
"Dan, ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil: Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling. " (Al Baqarah: 83)

Seronoknya Dapat Pakaian Terpakai Berjenama

Saya pernah menerima pemberian sehelai seluar terpakai daripada bapa saudara sebelah isteri. Jenama pakaian itu Crocodile, sampai sekarang saya ada simpan. Masa terima seluar tu, serius saya cukup teruja, dapat pakaian berjenama yang tentu mahal harganya. Masih elok, masih kelihatan seperti baharu.

Setiap kali saya pakai di hadapan bapa saudara saya tu, tidak pernah sedikit pun dia ungkit atau bertanyakan seluar pemberiannya. Tak ada pula keluar ayat; "Kacak nampak pakai seluar cap buaya tu"....:)
"Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir" (al Baqarah: 264)
Saya kongsikan cerita ini untuk gambarkan dua keadaan. Satu, keadaan untuk menderma sesuatu yang sudah tidak lagi dipakai - pakaian terpakai (bukan terbuang). Kedua, keadaan atau perasaan menerima pemberian dari orang lain yang empunya diri sudah tidak lagi memakainya.

Jadi, secara kesimpulannya ialah; seandainya anda mahu dermakan sesuatu atau berikan kepada yang lain, pastikan apa yang mahu diberikan itu sesuatu yang boleh dipakai dan digunakan, bukan sesuatu yang sudah layak dijadikan kain buruk atau anda sendiri dah tak mahu sematkan di badan.

Tips Bagaimana Nak Tahu Pakaian Itu Terpakai atau Terbuang

Tips saya - bagaimana nak tahu pakaian itu adalah barang terbuang atau barang terpakai?

Mudah sahaja.

Sebelum anda memberikan kepada orang lain, anda perlu mencuba dahulu pakaian tersebut. Jika anda sudah ada dalam hati, tak ingin dan tidak mahu mencuba, maka apa yang anda mahu berikan mungkin bukan barangan yang patut diberikan pada orang lain. Apatah lagi apabila anda merasa geli untuk dipakai kembali.

Kedua. Adakah anda akan membasuh pakaian tersebut sebelum memberikan kepada orang lain. Selalunya jika pakaian itu dah dirasakan tidak lagi untuk dipakai, anda tak akan basuh pakaian itu kerana anda tahu, jika basuh ia tidak akan membuatkan pakaian itu boleh dipakai. Anda basuh kerana anda mahu pakaian yang diberikan itu dalam keadaan paling terbaik untuk diterima oleh orang lain.

Tidak Patut Derma atau Sedekah Pakaian Terbuang

Derma pakaian terbuang kepada anak yatim pada saya adalah tidak patut. Jika pakaian terpakai, dan masih kelihatan elok, boleh je dermakan kepada anak yatim dan fakir miskin.

Tetapi, seandainya anda punyai kemampuan lebih, anda boleh sahaja berikan atau dermakan pakaian yang baru. Dan untuk itu, saya syorkan anda terlibat dengan projek Shopping Raya yang dianjurkan oleh Projek Iqra saban tahun. Projek Shopping Raya adalah satu projek menaja pakaian hari raya untuk anak-anak yatim, miskin serta asnaf. Saya ada ceritakan sebelum ini di dalam blog ini.
“Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (Al-Baqarah: 267).
Akhir kalam untuk entri ini, saya kongsikan video yang saya ada sebutkan di awal tadi. Sebuah video yang telah dimuat-naik oleh SaifulNang (nak kenal Google je). Dan dek kerana video inilah, saya menulis entri ini - Derma Pakaian Terbuang untuk Anak Yatim




Iklan Raya 2014 Anugerah Syawal TV3

Sekali lagi saya tampilkan satu iklan Hari Raya 2014 untuk anda semua. Kali ini iklan raya daripada TV3, bertajuk Anugerah Syawal. Sebuah iklan yang menampilkan realiti bagi sesetengah dari kita. Saya pasti ada yang tergamit dek iklan raya 2014 Anugerah Syawal ini dari rangkaian TV Media Prima ini - TV3, TV9, NTV7 dan 8TV.
Iklan Raya 2014 Anugerah Syawal TV3
Sebuah iklan mengisahkan ibu ayah yang merasakan anak-anak perlu lebih masa diluang di kampung halaman, al maklumlah bukan selalu anak-anak nak berada di kampung, apatah lagi bila ada cucu. Pasti ibu bapa di kampung mahu masa yang lebih agar kemesraan itu dapat dieratkan.

Layan.

Iklan Raya 2014 Anugerah Syawal TV3




23 Julai 2014

Parody Iklan Raya Paling Pecah Perut

Bila sebut pasal iklan raya, pasti ramai akan ingat tentang iklan-iklan raya seperti Iklan Raya Petronas, Iklan Raya daripada TNB, dan Iklan Raya Telekom Malaysia. Memang best iklan-iklan hari raya derang ni, ada cerita syahdu, ada yang gembira ... memang terbaiklah.

Antara iklan raya yang menggamit ingatan saya ialah iklan raya 7 beradik dan antara yang paling syahdu dan terkesan di hati saya ialah iklan Hari Raya 2012 The Journey daripada Bernas. Itu antara banyak yang berjaya memikat hati walaupun footage diberikan memang sedih. Ada mesej. Ada perkara yang ingin disampaikan, bukan satu iklan raya kosong hanya mahu meriahkan suasana sahaja.

Itu antara iklan Hari Raya yang kita dapat tonton di kaca TV. Sebenarnya ada banyak lagi kisah-kisah filem pendek, iklan raya yang diterbitkan oleh ramai. Cerita yang tidak ada pelakon hebat, cerita yang nampak real, cerita yang diolah dan digubah atas cerita dan pengalaman sebenar. Kalau anda Google, mesti boleh jumpa punya, in Sha Allah.

Ok. Cerita sedih, sedih juga, berlinangan air mata ... paling tidak bergenang di kelopak mata. Bukan tak ada iklan gembira, memang ada sepertimana iklan TVC Raya 2014 dari RTM. Tapi yang saya nak kongsikan ini, memang buat saya pecah perut gelak tak sudah.
Parody Iklan Raya Paling Pecah Perut
Parody iklan raya paling pecah perut yang saya pernah tengok, walaupun skripnya guna kata kunci yang sama - "Siput Apa?" . Perody iklan raya original daripada "Burung Apa?"...

Parody Iklan Raya Paling Pecah Perut

Dah tengok? Sebuah produksi penuh kreatif daripada CandidSyndrome. Terbaik tak?

Dan itu antara iklan atau filem pendek terbaik daripada CandidSyndrome. Ada lagi, yang ini meruntun jiwa bila tengok, filem pendek berkaitan raya ... "Surat dari Emak".

Surat Dari Emak - Filem Pendek Hari Raya Meruntun Jiwa


Apa pendapat, kenangan dan komen anda? Bercampur-baurkan perasaan anda? Semoga apa yang dipaparkan ini memberikan sesuatu kepada anda hari ini.


Kepentingan Social Sharing Tambah Trafik Blog

Tips blogspot kali ini saya nak kongsikan mengenai kepentingan meletakkan social sharing. Social Sharing adalah teknik untuk tambah trafik blog. Saya akan tulis panduan khas untuk blogger yang mahukan blog ada pengunjung lagi dan lagi dengan bantuan pengunjung yang lain. Tidak dinafikan, laman sosial, seperti Facebook dan juga Twitter, memang medium penyampaian yang boleh saya katakan sebagai sangat efektif. Hampir 30 peratus dari trafik ke blog saya adalah menerusi laman Facebook dan juga 5 peratus adalah dari twitter.

Kepentingan Social Sharing Tambah Trafik Blog

Oleh kerana itulah, blogspot sendiri menyediakan platform perkongsiaan itu dengan menggunakan servis widget AddThis. Anda boleh letak widget itu yang telah tersedia dalam blogpost agar mudah ia dikongsikan dan menarik pengunjung ke blog.

Namun, ia mungkin kurang menarik bagi sesetengah blogger untuk aplikasikan apa yang telah blogspot atau blogger sediakan. Mereka lebih suka menggunakan widget luar seperti yang saya lakukan dalam blog ini.

Harus diingat, apabila anda menggunakan widget perkongsian luar, kemungkinan besar widget dalaman yang disediakan oleh blogspot tidak berfungsi. Maka, pilih salah satu yang anda rasa lebih efektif.

Kepada mereka yang mahu meletakkan widget seperti yang saya lakukan ini, anda boleh rujuk beberapa blog tutorial berikut:

Cara Letakkan Widget Social Sharing Terapung

  • http://templates-widgets.blogspot.com/2011/03/floating-share-button-for-blogger.html
  • http://www.newbloggingtipz.com/2011/06/floating-share-buttons-with-counter.html
  • http://www.simplebloggertutorials.com/2010/07/add-floating-share-buttons-like.html
  • http://www.mybloggertricks.com/2011/08/add-floating-facebook-share-1-button.html
  • http://www.ar-rifke.com/2011/09/letak-butang-terapung-share-facebook-tweet-dan-google-1-di-blog.html

atau boleh juga gunakan cara berikut:
  • http://paktamdude.blogspot.com/2011/04/tutorial-widget-fb-twitter-dan.html

Ok, selamat mencuba.

Oh ya, sebelum terlupa, anda kena pastikan samada anda dan pengunjung punyai akaun twitter dan facebook sendiri. :)


5 Widget Wajib Blogspot

Widget wajib dipasang dalam blogspot - Tentu ramai mahu tahu apakah widget yang sesuai dan menjadi keharusan terutama buat sebuah blog baru. Dalam blog post ini, saya akan berikan panduan 5 widget yang wajib dipasang untuk sesebuah blogspot. Harapnya menjadi panduan berguna untuk blogger baru.

Widget ini penting supaya dapat membantu sesebuah blog itu mendapat pageviews yang baik. Namun, bukan semua widget itu sesuai diletakkan di dalam blog. Jika terlalu banyak widget disumbat masuk ke dalam blog, ia akan membuatkan blog tidak mesra pengunjung dan jejaskan masa loading blog yang amat penting bagi sebuah blog yang baik.

5 Widget Wajib Bagi Sesebuah Blog

5 Widget Wajib Blogspot
Antara ciri sebuah blog yang baik adalah masa loading blog yang singkat. Seandainya blog anda mengambil masa terlalu lama, lebih daripada 60 saat untuk loading, ini bermakna blog anda berat dan akan menyusahkan pengunjung yang telah sedia klik berada di blog anda.

Saya mendapati, antara sebab blog berat - iaitu lambat loading ialah kerana terdapat terlalu banyak widget yang tidak diperlukan di dalam sesebuah blog. Persoalannya, apakah widget yang perlu dan wajib ada di dalam blog ini?

Sebelum itu, perkara-perkara asas ini perlu ada dahulu buat sebuah blog biasa - header, post body, sidebar dan juga footer. Pastikan 4 elemen ini ada kerana ianya adalah asas buat sebuah blog.

Recent Entri

Widget memaparkan entri-entri terkini buat blog anda. Anda boleh gunakan widget yang dah disediakan di dalam blogspot atau boleh cuba menggunakan feedburners. Atau anda boleh ikuti tutorial yang telah saya sediakan di sini - Widget Entri Terkini

Popular Post 

Widget ini perlu untuk pengunjung melihat kekuatan blog anda, selain daya penarik tersendiri ke entri yang lain. Anda boleh gunakan widget yang telah tersedia di blogspot. Saya juga ada sediakan panduan ringkas untuk widget popular post ini dengan variasi lebih menarik. Anda boleh baca di sini - 3 Variasi Widget Popular Post

Komen Pembaca

Widget ini sebagai salah satu langkah untuk anda menghargai pengunjung dan pembaca anda. Ia juga akan menarik minat orang lain untuk meninggalkan komen. Salah satu widget yang saya gunakan dalam blogspot untuk tunjukkan komen pembaca di sidebar blog ada diceritakan di dalam entri ini - Widget Top Komentator Dengan Avatar
5 Widget Wajib Blogspot

Social Sharing

Widget ini perlu anda untuk membolehkan promosi dilakukan, samada oleh anda sendiri ataupun oleh pengunjung. Perkongsian dimudahkan dengan adanya widget ini. Pastikan anda punyai akaun dalam setiap social sharing, jika tiada akaun, maka tak perlulah anda letak! Saya ada ceritakan kelebihannya dan tunjukkan juga pautan untuk anda letakkan widget ini di sini - Panduan Meletakkan Social Sharing Dalam Blog

Profile

Samada anda menggunakan widget atau anda menulis sendiri profil anda, ia perlu sebagai branding blog dan sebagai satu tanda pemilikan blog. Ia juga boleh meningkatkan integriti blog anda. Saya syorkan anda menggunakan profile Google+ kerana ia lebih baik, dan ia akan menambahkan lagi tahap autoriti blogspot anda, dan ia juga akan bantu dalam SERP (Search Engine Ranking Position).

Alhamdulillah, inilah 5 widget wajib blogspot yang perlu dan harus dipasang di dalam blogspot anda. Ini merupakan pendapat berdasarkan pengalaman saya dalam dunia blog sejak 2008 lagi. Ia widget-widget penting yang menguatkan dan berikan kelebihan pada blog.

Widget lain tu bukan tak bagus, dan tak sesuai cuma biarlah widget yang boleh berikan impak kepada blog. Selain tidak semakkan penampilan blog anda, ia juga akan elakkan blog dari lambat loading.

Satu lagi tips untuk elak blog dari lambat loading, gunakan sahaja widget asas yang telah tersedia dalam blogspot.

Ok. Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua. In Sha Allah.


22 Julai 2014

Iklan Hari Raya 2014 TV Al-Hijrah

Iklan Hari Raya 2014 TV Al-Hijrah - Ini pertama kali saya melihat iklan hari raya dari TV Al-Hijrah. Agak menarik pada pendapat peribadi saya. Disulam dengan lagu baru dari Fynn Jamal, bertajuk Biar, iklan raya 2014 daripada TV Hijrah ini ada satu sentuhan sentimental yang boleh menggamit rasa.

Sebuah iklan raya berbentuk cerita, mengisahkan ayah (walid) yang meninggalkan warkah pesanan buat anak-anak perempuannya. Perghh garang oo si walid. Garang kerana mahu menberikan didikan terbaik buat anak-anaknya. Siapa ayah yang tidak mahu melihat anak-anak gadisnya terdidik dengan baik.
Iklan Hari Raya 2014 TVC Al Hijrah
Hmm sedikit terkesan juga di hati memandangkan saya juga seorang ayah kepada seorang puteri dan dua putera.

Layan dulu, dan berikan pendapat anda nanti ye.

TVC Iklan Hari Raya 2014 TV Al-Hijrah


Jadi macamana dengan tontonan iklan raya 2014 TV Al Hijrah ini? Best ke tak best? Ada nilai sentimental tak pada anda?


Cara Kurus Dari XXL ke M

Siapa yang tak mahu badan yang XXL turun menjadi M? Jika anda mahukan badan yang kurus ramping, bentuk badan yang cantik dan pada masa yang sama sihat wal afiat, maka anda harus baca blog post saya ini. Ini adalah kerana saya mahu beritahu cara untuk kurus dari saiz XXL ke M! Teruja tak? In Sha Allah, ini adalah alternatif ikhtiar untuk mereka yang mahu menguruskan badan.

Semua orang terutama perempuan mahukan bentuk badan yang ideal lagi cantik. Potongan badan yang menarik menambahkan keyakinan diri dan ketrampilan. Dan dalam satu aspek yang lain, ada kebaikan yang diperoleh.
Cara Kurus Dari XXL ke M

Masalah Tubuh Saiz XXL

Ok, cuba fikirkan. Seandainya anda mempunyai bentuk badan bersaiz XXL, masalah berikut mungkin akan berlaku:
  • Kurang keyakinan diri. 
  • Sentiasa merasakan diri serba kekurangan.
  • Sukar nak dapatkan saiz pakaian siap.
  • Perlu kain lebih daripada 4 meter yang sepatutnya untuk tempahan baju atau seluar.
  • Sukar untuk duduk di restoren yang sediakan bangku comel-comel.
  • Sukar untuk menyelit semasa shopping potongan harga runtuh 90 peratus.
  • Masalah bila masuk lif atau naik tangga.
  • Masalah untuk masuk ke tandas terutama tandas bergerak dan tandas awam yang sempit.
  • Pakaian mudah nampak ketat.

Banyak lagi perkara yang boleh anda elakkan seandainya anda dapat tukarkan saiz tubuh anda dari XXL ke M.

Oppss. Saya bukan nak aibkan golongan yang ada saiz sebegini, apatah lagi nak hina dina. Saya sebenarnya mahu memberikan jalan penyelesaian supaya mereka yang punyai saiz badan XXL dapat menjadi saiz M dan seterusnya menghapus lupus masalah-masalah yang saya sebutkan di awal entri ini.

Dalam masalah berat badan atau saiz XXL ini, apa yang sebenarnya berlaku ialah badan penuh dengan lemak. Dan lemak ini bukan lemak sebarangan, kerana salah satu fungsi adanya lemak pada badan ialah menyimpan toksin. Jadi, sebagai seorang yang perlu kuruskan badan, dan pada masa yang sama sihat wal afiat, maka perlulah lakukan diet pemakanan yang betul.

Tips dan Cara Kurus Dari XXL ke M

Sebab itulah, saya ingin perkenalkan set diet kurus dari XXL ke M untuk anda dari Shaklee. Ia supplement untuk bantu mereka yang ada masalah berat badan. Dalam set diet ini yang dikenali sebagai Set Kurus Asas Shaklee, anda akan diberikan supplement terdiri daripada Lecithin, Omeeratga Guard, Alfafa keluaran Shaklee.
Ok. Saya nak betulkan sedikit tentang diet dan cara nak kurus dari XXL ke M ni. Penting sekali dalam apa jua diet pemakanan yang libatkan supplement, anda tidak seharusnya melupakan dua perkaran utama, iaitu bersenam dan minum banyak air kosong (air masak). Dua perkara ini mesti seiring dengan apa jua pengambilan dalam diet anda, termasuklah pengambilan Set Kurus Asas Shaklee ini.

Lagi mengenai Set Kurus Asas Shaklee Dari XXL ke M (klik)

Kenapa penting? Sebab dua perkara itu penting dalam membantu tubuh untuk keluarkan toksin daripada badan.

Anda ambil supplement tapi tak ada 'pengangkutan' atau 'laluan' maka boleh dikira sebagai sia-sia sahajalah. Penting ni, kena ingat, minum banyak air dan bersenam paling tidak 5 minit sehari.
Cara Kurus Dari XXL ke M

Tiada jalan pintas untuk kurus dari XXL ke M. Bukan boleh hari ini ambil produk Set Kurus Shaklee ini, esok atau lusa sudah nampak kurus. Tapi jika ia berlaku dengan cepat dan pantas, itu adalah bonus untuk anda. Setiap sistem badan manusia adalah berbeza, dan cara respon kepada sesuatu produk seperti Set Kurus Asas Shaklee juga berbeza.

Tawaran Istimewa Pembaca Blog

Untung anda semua, pembaca blog ini. Sekarang ada tawaran istimewa untuk anda dapatkan cara kurus dari XXL ke M. Ia tawaran yang diberikan oleh pengedar Shaklee Norul Huda. Apa yang istimewanya kalau dapatkan produk ini daripada beliau?

Ok, pertama sekali, anda akan dapat konsultansi percuma atau bimbingan untuk jadi kurus dari XXL ke M ini daripadanya. Apatah lagi dia merupakan antara pengamal diet ini, jadi anda akan dapat nasihat daripada pengguna produk ini sendiri.

Harga Set Kurus Asas Shaklee dan Produk Lain (klik)

Keduanya, anda akan mendapat peluang untuk bersama dengan beliau melariskan produk dan seterusnya menjana income untuk diri sendiri, menerusi produk Set Kurus Asas Shaklee ini.

Cara Mendapatkan Secara Mudah dan Cepat

Jadi bagaimana? Boleh dapatkan dari Norul Huda, orangnya pun cantik lawa, mana yang teringin nak secantik dia, miliki tubuh yang bukan lagi XXL, bolehlah dapatkan Set Kurus Asas Shaklee dan produk-produk lain.

Boleh hubungi:
SMS/WhatsApp/Telegram ke 014-9209040
atau emel ke dasyifa14@yahoo.com
http://www.dasyifa.blogspot.com/
Promosi Set Kurus Shaklee