28 Februari 2014

Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah

Resepi Udang Galah Goreng Tepung. Bila isteri outstation atau berada di luar daerah, maka tanggungjawab jaga anak dari awal suboh sampai ke malam memang menjadi tanggungjawab sayalah. Jika selalu, awal pagi wife sediakan breakfast dan makan tengahari, kali ini anak-anak kena menelan dan merasa air tangan bapaknya pula....hehhehe...agak-agak pandai tak saya masak-masak ni?

Kalau ikut saya, simple is enough. Anak-anak saya pun bukan jenis cerewet. Apa yang ada itulah jadi suapan. Kalau tak ada berkenan, maka mereka cari alternatif sendiri. Selalunya bila wife saya ada kursus atau kerja luar daerah, saya akan pastikan dulu stok alternatif dalam rumah tersedia. Biasanya, saya akan beli buah, biskut, aiskrim dan makanan ringan yang berkhasiat (ada ke?).

Tapi, kalau ada mood kerajinan, saya akan masak. :)

Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah

Baru ni, saya masak Udang Galah Goreng Tepung....hehehehe....saja nak test. Saya beli udang galah kat pasar, harga RM32 sekilo. Saiz udang, kecik-kecik je. Tapi alhamdulillah, untung saya si penjual jual Udang Galah yang baru salin kulit. Maka, kulit lembut, ambil dalam 12 ekor....bayar RM12 je. Kira dapat RM1 seekorlah.

Dengan menggunakan resepi main belasah, saya buat Udang Goreng Tepung....
Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah
Hahaha.... Kasik campur telur, garam, tepung gandum dan sedikit tepung kastard....saya pun menggoreng. Walla.... Dan ini hasilnya.....
Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah
Saya ingat laris la....lepas ambik ketiga-tiga anak dari sekolah...hanya anak sulong saya je belasah Udang Galah Goreng Tepung ni. Memang makan macam Ketam Lembut.... Sekali ngap je dalam mulut saya.

Buat ibu bapa, jika anda ada masa kelapangan, masaklah untuk anak-anak. Ada azimat ooo anak makan air tangan kita nie. Masaklah apa-apa...dan cuba cari kegemaran mereka.


27 Februari 2014

Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2014 #MSMW2014

Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2014 telahpun tamat dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada penganjur. Walaupun saya tidak terbabit dengan #MSMW2014 kali ini tetapi kemeriahannya dirasai dalam dunia blog Malaysia. Kemuncak adalah Anugerah Blog Terbaik World Bloggers and Social Media Awards dianugerahkan kepada blog-blog terbaik yang berjaya.

Berikut saya kongsikan senarai penuh pemenang-pemenang anugerah #MSMW2014
Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards #MSMW2014

Senarai Pemenang Anugerah Blog Terbaik #MSMW2014 World Bloggers and Social Media Awards

Anugerah-Anugerah Khas #MSMW2014

  • The Social Media Excellence Award in Best FMCG Sector - Nestle Products Sdn Bhd
  • The Social Media Excellence Award in Best Property Sector - IMJ Land Berhad
  • The Social Media Excellence Award in Best Corporate Engagement - RHB Group
  • The Social Media Excellence Award in Best Retail Chain Sector - Sogo Kuala Lumpur
  • The Social Media Excellence Award in Best Online Media - Malaysiakini
  • The Social Media Excellence Award in Popular Shopping Mall - Pavilion KL
  • The Social Media Excellence Award in Best Banking and Finance Sector - MyMaybank
  • The Social Media Excellence Award in Best Customer Engagement - TuneTalk
  • The Social Media Excellence Award in Best Automotive Sector - Honda Malaysia
  • The Social Media Excellence Award in Most Innovative Telco - DiGi
  • The Social Media Excellence Award in Best Logistics and Transportation Sector - AirAsia
  • The Social Media Excellence Award in Best Community Engagement - Ministry of Health Malaysia
  • The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement - Perbadanan Putrajaya
  • The Social Media Excellence Award in Social Media Agency of the Year - GushCloud
  • The Social Media Celebrity of the Year - Yg Bhg Tan Sri Dr Tony FernandesThe Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement - Putrajaya Corp
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya .... semoga semakin sukses di masa akan datang.

Sumber: Norfanil

3 Ciri Top Blog Perlu Ada

Ada seorang kenalan bertanya kepada saya, "Apakah ciri sebuah blog yang top?". Sukar juga saya nak jawab. Kemudian, saya mula perahkan idea lalu terhasillah entri ini yang menampilkan 3 ciri yang perlu ada bagi sebuah top blog. Apakah ciri-ciri blog yang top itu? Ok ... baca dengan minda yang sedar dan segar ye.

Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa apa yang akan ditampilkan dalam ciri sebuah top blog perlu ada ini merupakan pendapat dan amatan saya sahaja. Saya bukan seorang blogger profesional yang layak beri rating atau pencirian. Pengalaman berblog saya semenjak 2008 dijadikan sandaran dalam pemberian cirian top blog ini. Jika salah, maafkan saya. Jika silap, tegur dan komen sebaiknya. Boleh bukan?
Ciri Top Blog Malaysia yang Perlu Ada

3 Ciri Top Blog Perlu Ada

Apakah 3 ciri top blog perlu ada?

Blog Kemas Teratur

Pertamanya, sebuah top blog perlu kemas dan teratur. Ia perlu kelihatan tersusun kemas dan mudah untuk pengunjung menyusuri setiap inti kisah, cerita, berita dan perkongsian bermanfaat. Di selok dan belok mana sekalipun dalam top blog ini akan ada benda yang layak untuk dibaca dan dikongsikan. Kemas dan tidak menyesatkan pengunjung serta pembaca. Kemas dari segi susun letak. Kemas di header blog, sidebar blog, dan juga footer blog.
Top Blog Perlu Kemas Teratur
Sekali pengunjung masuk, terus rasa selesa dengan keadaan sedia ada. Tak memeningkan dan tidak menyakitkan mata. Ini cirian pertama yang perlu ada dalam sebuah top blog iaitu kemas serta teratur.

Blog Trafik Mantap

Keduanya, sebuah top blog mesti sebuah blog yang punyai trafik yang mantap. Mantap di sini bermaksud ia secara konsisten mempunyai trafik yang tinggi. Bukan jenis blog yang trafiknya turun naik, kejap menjunam, kejap mencanak. Sebuah top blog perlu mempunyai keupayaan mengekalkan trafik tinggi dalam satu jangkamasa atau tempoh. Ia menunjukkan bahawa apa yang dikongsi di dalam blog adalah sesuatu yang semua orang dan senantiasa akan dibaca.
Top Blog Perlu Trafik Mantap Konsisten
Top blog bukan bergantung kepada cerita dan kisah sensasi bermusim semata, tetapi menjadi rujukan dan sumber cerita, kisah, ilmu, informasi buat semua.

Blog Jana Pendapatan

Ketiganya, setelah dua adunan ciri tadi, sebuah top blog perlu dan mesti sebuah blog yang boleh menjana pendapatan kepada penulis dan pemilik blog tersebut. Hanya dengan ini, ia menjadi manifesto keunggulan blog tersebut sebagai top blog. Ia menunjukkan blog itu ada kredibiliti, keyakinan, keupayaan yang banyak blog tidak ada.

Blog yang menjana income dan mampu menyara penulisnya setiap bulan adalah sebuah blog yang cukup hebat dan tidak terkalah. Top blog adalah blog yang bukan sahaja beri manfaat kepada orang lain, tetapi juga kepada pemilik.
Top Blog Perlu Jana Income
Ia juga bukti bahawa ada organisasi, orang perseorangan, jenama tertentu yang merupakan pengiklan sanggup memberikan wang kepada blog tersebut. Bukan mudah untuk mereka ini membayar sebuah blog dengan ribuan ringgit hanya untuk menulis mengenai jenama atau produk mereka. Inilah cirian ketiga top blog mesti ada - iaitu blog yang menjana pendapatan.

Ok. Jika blog anda ada ketiga ciri tersebut ... maka tepuk bahu anda sekarang, syabas dan tahniah ... anda sudah menjadi blogger top blog Malaysia.

Jika belum, usahalah ke arah itu. Dan jika tidak mahu, berilah laluan kepada mereka yang mahu ... :)

Semoga bermanfaat.


Top 7 Best Personal Blog 2013

Blogger hebat lain sedang senyum sengih dan gembira dapat menang anugerah. Saya masih lagi seperti dahulu dengan blog biasa-biasa ini. Tahniah pada mereka yang telah berjaya ungguli Anugerah Blog Terbaik dalam MSMW2014 dalam kategori masing-masing. Minggu Media Sosial Malaysia mengiktiraf best blog berdasarkan undian dan pemilihan juri profesional.

Senarai top 3 blog terbaik MSMW2014 (klik)

Rakan blogger yang telah berjaya menang ialah +azwan anuar (boladaily.com), +Norhailmi Abdul Mutalib (cikguhailmi.com), mohd izahar sabtu (mohdazahar.com), +Abang Ensem (abangensem.com), +Denaihati Ilhamku (instagram.com/denaihati) dan beberapa lagi yang masih tak dapat saya nak pluskan dalam entri ini. Tahniah pada mereka semua. Hebat hebat dan memang popular. In Sha Allah, selepas ini rezeki bertambah dan menjadi blogger yang lebih manfaat pada dunia.
Best Personal Blog 2013

AbangEnsem.com Best Business Blog MSMW2014
AbangEnsem.com - Best Business Blog - Kredit: Hisyamudin Fadzil

Tahun ini saya tidak mencalonkan blog ini untuk dipertandingkan. Tahun lepas (2013) dah mencalonkan diri dan tidak berjaya menang, hanya berada sebentar di kelompok top 3. Mungkin tahun depan 2015 saya akan cuba untuk raih undi anda untuk MSMW2015 pula. Mana tahu kan ... itupun andai umur panjang dikurniakan Allah S.W.T.

Top 7 Best Personal Blog 2013 oleh Denaihati.com

Walauapapun, saya ingin berterima kasih kepada Denaihati.com kerana menyenaraikan blog ini sebagai top 7 best personal blog 2013 berdasarkan ranking Alexa. Dan jika masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Denaihati.com kerana telah berjaya menjadi top blog Malaysia dalam banyak anugerah bagi blog dan blogger. Memang terbaik, tidak dapat disangkal.

Saya, sebagai seorang blogger sepenuh masa yang sedang bersampan untuk menempatkan diri dalam dunia blog Malaysia - masih jauh dan banyak usaha lagi perlu dibuat.

Ramai blogger muda yang muncul dengan kredibiliti serta pengaruh sendiri. Mereka ada ramai pengikut setia. Malah, kalau diikutkan saya dah boleh angkat tangan kalau masuk bertanding blog dengan mereka ini.

Yang muda dan yang lama dalam dunia blog, masing-masing ada rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. Saya berasa bangga dengan apa yang telah dicapai ramai rakan blogger terutama blogger-blogger muda Malaysia. Mana-mana event besar sudah nampak kelibat mereka sana-sini. Ada sahaja peluang dapat jana income menerusi blog yang mereka peroleh.

Syabas dan tahniah buat semua, dan buat anda yang sudi membaca tulisan saya ini.


26 Februari 2014

15 Foto Penang Second Bridge (Jambatan Kedua Pulau Pinang)

Foto dan Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang! ok (Pictures of Penang Second Bridge) dalam Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen terhadapnya.

15 Foto dan Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang

Penang Second Bridge Malaysia
Penang Second Bridge Malaysia
Penang Second Bridge Malaysia

Gambar Pemandangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Ketika Malam

Penang Second Bridge Malaysia
Penang Second Bridge Malaysia Photo
Penang Second Bridge Malaysia Photo
Penang Second Bridge Malaysia Photo
Gambar dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia
Gambar dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia
Gambar dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia
Gambar dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang, Malaysia
Foto cantik Jambatan Pulau Pinang Kedua
Foto cantik Jambatan Pulau Pinang Kedua
Foto cantik Jambatan Pulau Pinang Kedua
Kredit Foto:
Malaysian Insider
Visit Penang Facebook
Jambatan Kedua Pulau Pinang


Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah siap. Dan telah pun diberikan nama baru iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia dibuka untuk kegunaan awam pada 2 Mac 2014 dengan perasmiannya pada 1 Mac 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia. Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang (Penang Second Bridge) telah pun berada di Google Maps.

Patutlah hari tu saya nampak kereta Google Maps sering berlegar di kawasan saya ini. Mungkin nak dapatkan perincian Street Views kawasan berhampiran dengan Jambatan Kedua Penang ini. Ia akan menjadi satu sejarah Malaysia, jadi Google perlu pantas meletakkan ia di dalam informasi maklumat dunia maya.
Kereta Google Maps tu memang canggih. Anak-anak saya pun kagum tengok kenderaan yang ada parabola atas bumbungnya. Parabola itu dilengkapi dengan kamera 3D dan kamera 360 darjah. Sekali tengok macam kereta Power Rangers la pulak ... hahahaha .. ada gambar saya selitkan untuk anda tengok rupa kereta Google Maps yang saya katakan tu.

Ok, berbalik dengan peta Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Peta dan Foto Jambatan Kedua Pulau Pinang


Kenderaan dan Peralatan Google Maps Street Views Malaysia - Kredit: Lowyat.net

Kat bawah adalah peta Jambatan Kedua Pulau Pinang yang boleh anda lihat di Google Maps. Dan gambar di atas adalah kereta Google Maps yang saya maksudkan itu.

Dilihat dari peta jambatan baru Pulau Pinang ini ... ia nampak panjang kan? 2 kali lebih panjang daripada Jambatan Pulau Pinang sedia ada. Dan menariknya, lokasinya sangat dekat dengan tempat saya ... jadi perjalanan nanti, in Sha Allah dari tempat saya ke Pulau Pinang akan semakin dekat.

Informasi Jambatan Kedua Pulau Pinang

Saya juga kongsikan sedikit info mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang (Penang Second Bridge) yang saya ambil daripada JKR (Jabatan Kerja Raya) Malaysia.
Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang
Informasi Jambatan Kedua Pulau Pinang
Menurut laporan akhbar, Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka akan dibuka untuk laluan awam bermula dari 2 Mac 2014 dengan perasmian dijangka pada 1 Mac 2014 (tak pasti). Tol akan dikenakan antara RM7-RM10 .... belum dimuktamadkan lagi. Ramai yang rasa ia akan ditetapkan sekitar RM8.50.

Kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM4.5 billion. Pembinaannya bermula pada November 2008 dengan jangkaan awal siap pada Mei 2011. Setelah beberapa kali tertunda dan hadapi kekangan, alhamdulillah, ia siap pada bulan Februari 2014.

Di sebalik pembukaan rasmi dijangka pada 1 Mac 2014 ini, Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah pun 'makan nyawa' apabila terjadi satu tragedi runtuhan pembinaan yang berlaku di susur keluar Batu Maung pada tahun 2013. Runtuhan dan kemalangan itu telah meragut satu nyawa pengguna jalanraya.

Secara peribadi, saya memang excited nak menjadi pengguna Jambatan Kedua Penang ini .... ramai kata ia sangat cantik di waktu malam.....

Sebagai teaser untuk anda, saya kongsikan gambar waktu malam Jambatan Kedua Pulau Pinang ini .... amacam? Apa pendapat anda?

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang waktu malam
Update: Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diberikan nama baru iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Shopping di Lazada Malaysia Pulak ...

Hari tu dah rasai pengalaman menarik shopping di Zalora. Kali ini, saya mencuba untuk beli belah online di Lazada pulak. Nak tengok adakah servis yang diberikan sama terbaik sepertimana yang telah saya rasai bersama Zalora Malaysia. Jom shopping .... ada sale hari ini sahaja weihhh ....

Oh, kalau tak baca mengenai pengalaman beli belah online saya menerusi Zalora Malaysia, boleh baca di entri ini - Pengalaman Pertama Shopping Online di Zalora Ada cerita menarik di sebalik pengalaman pertama saya tersebut .. hehehe... semuanya sebab ketidakcerdikan saya...

Pengalaman Pertama Beli Belah Online Lazada Malaysia

Shopping Lazada Malaysia

Beli Belah Hasil Duit Blogging

Hasil dari duit blogging, saya belikan satu tablet untuk anak saya. Almaklumlah, hari ini ada diskaun khas 90% di Lazada. Hari ini sahaja ok .... esok lusa tak ada dah. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk hadiahkan sesuatu kepada anak-anak duit hasil saya menulis blog dan advertorial. Kalau sesapa yang ada teringin nak minta khidmat saya tulis review atau advertorial, jangan segan untuk email saya di blogger.hasrulhassan[@]gmail.com ehhh .... saya berikan harga spesial untuk hari ini sahaja. Hari ini sahaja ye .... kalau nak tengok harga yang saya letak, boleh tengok di ruangan Pengiklanan dan Advertorial.

Saya pilih untuk bayar COD iaiti Cash on Delivery. Bukan apa, saya perlu periksa produk itu dahulu. Kalau nanti bila terima ada rasa tidak puas hati, boleh saya pulangkan balik tanpa bayar apa-apa.

Hari ini saya order, saya jangkakan esok petang (27 hb Februari) akan terima barang yang telah saya pesan. Saya harap begitulah. Kalau tidak, ehemmm ...... :)

Kalau servis bagus, tentu saya akan rekomen, ye tak?

Oh ya, hari ini sahaja ada special offer yang saya katakan tadi .. nak jenguk produk apa yang ada diskaun best ... boleh klik banner di bawah ini.





Cara Pantas Hantar Blog ke 20 Enjin Carian

Jika mahu blog berada di enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing; anda seharusnya menghantar URL blog anda untuk diindeks segera. Cara pantas hantar blog ke enjin carian adalah dengan menggunakan Free Web Submission. Perkhidmatan ini adalah percuma tanpa perlu sebarang pendaftaran yang merumitkan.

Ok. Malas nak buka laman web servis berkenaan ehhh? Saya sediakan terus di dalam post ini untuk anda dengan segera isi maklumat dan bolehkan hantar URL blog anda ke 20 enjin carian. Sangat mudah, isikan URL blog anda, nama dan alamat email dan kemudian tekan butang Submit Your Site.

Cara Pantas Hantar Blog ke 20 Enjin Carian

free web submission - cara mudah hantar url blog ke enjin carian



Amacam?

Opsss lupa. Selepas anda tekan butang tu, anda kena periksa email anda untuk sebarang confirmation yang diperlukan oleh enjin-enjin carian yang terbabit.

Bila dah hantar, anda boleh menarik nafas lega kerana in Sha Allah, dalam sedikit masa blog dan entri-entri di dalam blog anda akan berada di enjin carian. Cuma yang bezanya ialah kedudukan di dalam enjin carian samada berada di halaman utama atau di halaman 2, 3 atau seterusnya.

Untuk mendapatkan tempat di tempat pertama enjin carian, ilmu SEO blogspot perlu anda terapkan supaya lebih berkesan berada di enjin carian.

Selamat mencuba.



Muzium Jeruk Madu Pak Ali

Muzium Jeruk Madu Pak Ali. Aha, saya pasti ramai yang mungkin tak tahu akan kewujudan sebuah muzium berkaitan dengan jeruk. Jeruk merupakan antara makanan popular di Pulau Pinang, dan jenama Jeruk Madu Pak Ali adalah jenama bumiputera paling popular di sini.

Jeruk Madu Pak Ali kini bukan hanya terkenal di Pulau Pinang dan utara Semenanjung, malah ia kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Banyak kedai, kiosk yang telah dibuka dengan jenama ini.

Muzium Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali, Simpang Ampat, Penang

Bagaimana Jeruk Dihasilkan?

Mungkin ada yang nak tahu bagaimana jeruk madu ini dihasilkan? Ok, untuk menghasilkan jeruk yang berkualiti terbaik, selalunya buah-buah yang akan dijerukkan diasing dan digredkan berdasarkan saiz, jenis dan juga keadaan buah tersebut (samada muda atau masak). Buah yang telah dipilih dan diasingkan akan dibersihkan dan dimasukkan dalam air garam (menggaram) selama 1 minggu. Buah tersebut kemudian dibersihkan kembali dengan menggunakan air suling dan dikupas serta dipotong mengikut saiz buah. Setelah itu, buah-buahan tersebut akan dijerukkan dengan air gula selama 3 hari dan akhirnya dibungkus untuk pasaran.
Cara menghasilkan jeruk madu pak ali
Itu sedikit sebanyak mengenai proses penghasilan jeruk. Dan saya ingin kongsikan juga kepada anda beberapa fakta sejarah menarik mengenai Jeruk Madu Pak Ali.

Fakta Menarik Mengenai Jeruk Madu Pak Ali

  • Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi. Ketika itu, ia dijalankan secara kecil-kecilan di rumah, yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar.
  • Jeruk Madu Pak Ali mula dikomersialkan pada tahun 2007, di bawah syarikat Kunci Kreatif Sdn Bhd, dengan modal permulaaan sebanyak RM15,000.
  • Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia.
  • Jeruk Madu Pak Ali mendapat sokongan dan bantuan dibawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA.
  • Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.
  • Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
  • Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan.
Buah diasingkan semasa proses gred buah jeruk madu pak ali
Pekera di kalangan surirumah dan ibu tunggal di kilang jeruk madu pak ali
Kilang memproses jeruk madu pak ali
Saya dan keluarga telah berkesempatan melawat kilang yang juga dikenali sebagai Muzium Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Memang tak jauh dari tempat saya di Nibong Tebal.

Kali pertama saya ke sini, kilang atau muzium ini masih lagi belum beroperasi sepenuhnya. Dan kunjungan kali ketiga tidak menghampakan apabila ia telah siap sepenuhnya sehingga menjadi antara tempat kunjungan ramai termasuk pembeli, pemborong, pelajar dan mereka yang mahu belajar cara membuat jeruk madu secara komersil.

Di muzim atau kilang ini, anda boleh melihat sendiri proses penghasilan dan pembungkusan jeruk madu menerusi cermin kaca. Anda boleh lihat bagaimana buah-buahan dipilih dan kemudian diasingkan. Malah, anda boleh melihat bagaimana campuran bahan-bahan untuk mengawet buah untuk dijadikan jeruk dibuat. Segalanya jelas tanpa ada sebarang sekatan. Nak ambil gambar pun boleh.

Di situ juga ada Agro Bazaar jika anda ingin membeli produk-produk Fama dan juga jenama produk Jeruk Madu Pak Ali. Ada banyak produk IKS yang boleh dibeli termasuk madu, cuka, kicap, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, biskut, kordial dan macam-macam lagilah. Semuanya keluaran bumiputera dan Fama.

Agro Bazaar Jeruk Madu Pak Ali

Agro Bazaar jeruk madu pak ali simpang ampat, seberang perai selatan, penang
Agro bazaar jeruk madu pak ali, simpang ampat
beli belah di agrobazaar jeruk madu pak ali
Apa yang membuatkan Jeruk Madu Pak Ali ini best sangat?

Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali

Pertama sekali Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula) seperti kebiasaan pengusaha lain. Dan ia ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
Pak Ali food indutries sdn bhd
surau
Paling ketara ialah sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran. Selalunya saya akan basuh jeruk bila beli tetapi apabila beli Jeruk Madu Pak Ali, saya tak perlu berbuat demikian. Satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal Jakim.

Lebih banyak cerita nak tahu pasal Jeruk Madu Pak Ali anda boleh baca di sini - Jeruk Madu Pak Ali Official Blog

p.s: Harga jeruk madu pak ali di kilang sedikit berbeza dengan harga pasaran biasa.


25 Februari 2014

Top 3 Blog Terbaik MSMW2014

Rasanya ramai blogger yang peka dengan senario blogger Malaysia telah mengetahui mengenai MSMW2014 - Minggu Media Sosial Malaysia 2014. Ramai rakan blogger yang saya kenali telah masuk bertanding, dan nampaknya sudah ada keputusan top 3 blog terbaik yang disenaraikan. Saya ingin kongsikan kepada anda semua senarai blog top 3 terbaik dalam kategori masing-masing menerusi anugerah World Bloggers and Social Media Awards.

Tentu sekali apa yang bermain di fikiran, adakah mereka yang menyandang pemenang trofi akan kekal atau bertukar? Pasti ramai yang akan ternanti-nanti. Anda boleh lihat keputusan MSMW pada tahun 2013 di entri ini - Finalis Pemenang World Blogger and Social Media Awards 2013

Ketika itu, blog ini turut bertanding dalam kategori Educational Blog tetapi tidak berjaya. Rakan blogger saya yang menang iaitu ... errr leh baca di sini - Tak Berjaya Tapi Terima Kasih

Ok, perkara tahun lepas.
MSMW2014 - Senarai Blog Terbaik

Senarai Top 3 Blog Terbaik MSMW2014

Ini perkara terkini dan berita yang ramai mahu tahu, sebab saya pasti ramai juga blogger yang mengundi blog kegemaran mereka yang layak menang dalam kategori masing-masing.

Best Auto Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Business Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Music and Entertainment Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Educational Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Gadgets Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Photography Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Shopping Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Lifestyle Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Sports Blog

Top 3 best blog MSMW 2014

Best Travel Blog

Top 3 best blog MSMW 2014
Ada dua lagi kategori, untuk ketahuinya .. anda boleh semak di sini - MSMW 2014

Siapa pun yang bakal menang, saya ucapkan tahniah. Anda semua memang blogger hebat dan nyata sangat sesuai dengan kategori masing-masing. Menang atau kalah adat pertandingan. Menang jadi bonus, kalah pun bonus juga, sebab satu Malaysia akan kenal blog anda.

Pastinya platform ini adalah terbaik untuk penjenamaan blog dan membuka jalan luas untuk pergi lebih ke depan dalam dunia blog Malaysia malah antarabangsa.

Syabas dan tahniah.