03 Disember 2014

Tonton Jurassic World Jun 2015

Nak tonton Jurassic World la nanti. Nampaknya taman Jurassic sudah dibuka untuk para pengunjung dan penonton. Filem ini akan mula tayangan pada sekitar Jun 2015. Satu filem yang pastinya menelan belanja besar, dan kelak akan menarik perhatian jutaan peminat filem box-office ini.

Setelah 22 tahun selepas berlakunya tragedi Jurassic Park (1993), pulau Isla Nublar kini beroperasi sepenuhnya, dan dinamakan Jurassic World. Itulah impian besar John Hammond yang mahu kembalikan zaman prasejarah ini kepada dunia.

Tonton Jurassic World Jun 2015

Tonton Jurassic World 2015
Filem Jurassic World yang akan ditayangkan pada Jun 2015 ini menampilkan pengarah Colin Trevorrow. Kali ini anda tidak akan nampak pelakon-pelakon lama dalam trilogy Jurassic Park, tetapi pelakon-pelakon baru yang baru meningkat naik terutama pelakon kanak-kanak Ty Simpkins.

Pelakon utama filem ini ialah Christopher Michael Pratt yang mula dikenali serata dunia menerusi filem Guardians of The Galaxy. Bintang-bintang lain ialah Judy Greer, Ty Simpkins. Ty Simpkins dikenali ramai menerusi filem The Insidious dan Iron Man 3.

Meh tonton trailer filem Jurassic World 2015 ....

Trailer Jurassic World 2015



Hoho .. saya dan anak-anak memang minat cerita seperti ini. Percaya atau tidak, anak-anak saya boleh kenali nama Dinasour lebih baik daripada saya, hanya sebab menonton filem-filem berkaitan Dinosour ni.

Maka, filem Jurassic World bulan Jun 2015 adalah filem mesti tonton kelak.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

20 Komen

Thanks for sharing...bole msok dlm list tonton ni...hihi

lama dah ni tak tengok wayang..boleh masuk dalam list ni

antar filem kegemaran aku semasa kecik jurassic..hu3

dari dulu mmg minat cerita ni sbb adventure. best!

best,,,ida suka tgk citer jurassic park ni dulu..adventure

Lama dah x menonton wayang, mungkin mood menonton menurun selari dgn peningkatan usia dan penimbunan kerja... tapi, mungkin mood menonton perlu dipupuk semula coz utk memenangi hati anak2 kita perlu masuk ke dunia mereka....

Pastik g tonton..siap beli popcorn dan coke lagi nanti..

Assalamualaikum wbt semua :)

Macam menarik ni!! Antara filem kegemaran tapi boleh ke bawak anak umur 2 thn 8 bulan menonton wayang?! hihihi

Jemput singgah & Be My Guest ye
http://hhhbeautyhealthcollections.blogspot.com/

Thanks :)

Masuk list movie wajib tonton ni. Jun 2015 sebulan je lagi, kan? hahaha

lambat lagi rupanya. pasti best ni, harap sempat tengok nanti...

wajib di tonton nih filmnya semoga aja seru filmnya

dah lama tunggu-tunggu filem baru jurassic park ni ha...tak sabar nak tengok

lalalala...boleh masuk list untuk ditonton...moga2 ditayang sebelum bulan puasa...awal jun...cuti sekolah...

Anak-anak saya semua teruja nak tgk, almaklum cuti sekolah dok layan depan TV je citer ni (dvd).

Saya pun, siap ada koleksi dvd dia lagi ....

Ya, satu filem adventure mesti tonton tahun 2015.

Haha... boleh je kot. Anak saya dah mula jadi kaki wayang sejak Parit Buntar dah ada panggung wayang sendiri kat Kerian Mall

Hmm target kanak-kanak akan ajak ibu bapa pergi menonton filem ni.

best giler cerita ni hehe


EmoticonEmoticon