Teknik SEO Fetch as Google

Ini merupakan salah satu teknik SEO yang saya gunakan, iaitu teknik Fetch as Google. Hoho ... mandai-mandai je saya berikan nama kepada teknik SEO ehh ... haha. Sebenarnya, apa yang akan saya kongsikan ini adalah salah satu cara untuk indeks entri blog secara cepat dan mudah.

Teknik SEO fetch as Google adalah teknik orang rajin yang ada banyak masa, dan ada iltizam untuk melakukannya. Walaupun teknik ini mudah, tetapi buat sesetengah orang terutama blogger yang tak banyak masa terluang, teknik ini agak renyah.

Saya sering gunakan teknik ini untuk tujuan tertentu dan tidak dilakukan setiap masa. Saya hanya akan lakukan andai ada keperluan sahaja. Namun, adalah tidak salah untuk dibuat sekerap mungkin buat blogger yang hyper-rajin... hehehe...

Teknik SEO Fetch as Google

Teknik SEO Fetch as Google

Mudah sahaja.


Apabila anda telah klik bahagian fetch as Google seperti ditunjukkan di bawah ini, maka masukkan url entri blog anda yang mahu disenaraikan di enjin carian.
Teknik SEO Fetch as Google

Anda boleh lihat beberapa optimasi yang disediakan - jenis seperti Desktop, Smarphone untuk mobile dan sebagainya. Anda perlu klik butang Fetch atau Fetch and Render untuk membolehkan blog anda digelintar oleh enjin carian Google. Pilih satu atau ulang untuk melakukan pilihan yang kedua.

Anda kemudian akan dipaparkan pilihan seperti di bawah ini.
Teknik SEO Fetch as Google
Jika di dalam entri tersebut ada URL lain seperti ke entri-entri sebelum ini, maka saya syorkan anda pilih pilihan kedua - Crawl this URL and its direct links; ini termasuklah URL blog ada dalam mode mobile.

Klik Go, dan kemudian anda akan lihat keputusannya di paparan seperti di bawah ini.

Anda kemudian perlu klik butang Submit to index yang tertera. Ia kemudian akan maklumkan seperti di atas apabila URL telah dihantar untuk indeks di Google.

Teknik ini walaubagaimanapun terhad untuk 10 URL setiap hari sahaja. Anda tidak boleh dengan selalu menggunakannya (walaupun awal tadi saya kata boleh buat banyak kali), untuk elakkan anda seolah cuba melakukan spam menerusi enjin carian.

Saya harap teknik SEO ini membantu ramai blogger baru untuk melihat entri mereka berada di halaman utama enjin carian untuk kata kunci tertentu.

Ia juga salah satu teknik untuk membolehkan entri blog berada di enjin carian dalam masa kurang 30 minit!

Semoga bermanfaat.

{ 43 comments.. read them below or add one }

Mrs. A Mrs. A December 22, 2014
Thank you for sharing. Senang-senang nanti nak cubalah.
tao slayerz tao slayerz December 22, 2014
Waaa... info baru nih...
Azhar Mohamed Azhar Mohamed December 22, 2014
Terima kasih atas panduan berguna
Etuza Etuza Etuza Etuza December 22, 2014
Akan datang nak baca lagi ni HH sedang berada di luar rumah....tak sesuai nak baca lama..bising kat sini hehe
Etuza Etuza Etuza Etuza December 22, 2014
kena teroki dunia blog..tak teroka maka siput ilmu..Etuza kena banyak belajar dan belajar terima dan terioma teguran
Dawaihati Dawaihati December 22, 2014
Teknik seo fetch ini dulu sering saya lakukan, namun akhir-akhir ini sudah tidak pernah lagi. Terima kasih bro sudah mengingatkannya kembali
Adi Arena Adi Arena December 22, 2014
hahahaaaa teknik ini sudah pecah lobang maaaa.. ingatkan takmo cerita, fetch a bing tak nak cerita ke bro? opsssss
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 22, 2014
teknik menarik walaupun selalunya kemalasan nak buat, tolong rajin mak jemah!
kucha lana kucha lana December 22, 2014
alamak bro sudah kasi pecah lubang...kalau buat nie..tak sampai seminit pu boleh terus keluar dekar SERP
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 22, 2014
Hahaha.. adeh. Percaya pada ketentuan Allah. Google manusia buat. Itu saja saya nak cakap .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 22, 2014
Antara teknik SEO yang sebenarnya mudah nak buat dan diamalkan, konsisten itu perlu bagi memastikan blog tidak mati walaupun tak ada update terkini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 22, 2014
Saya akan cerita .. in Sha Allah, sebab nak bagi bagi bagi dan bagi semua ... biar semua blogger Malaysia dapat tahu teknik2 ini yang sebenarnya mudah dan berkesan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 22, 2014
Kalau ikutkan, saya dah pernah ceritakan sebelum ini, semasa Google perkenalkan Google Webmaster Tools .. hoho
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 22, 2014
nak tanya,, kalau SEO kita tinggi tapi kita tak update post,,, ranking alexa.com jatuh tak? - kedaionlinemy.com
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 22, 2014
bila manusia yang cipta sesuatu,, pasti ada kelemahan disebalik ciptaan tu,, tq bro :-)
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR December 23, 2014
thnkz share,,ida thu psal ni tp lum ada masa nak godek..pening..heheheh
Julia Johari Julia Johari December 23, 2014
Buat pertama kalinya say asudah mencuba tips bro HH...yes saya sudah berjaya buat...terima kasih HH...saya akan teruskan buat sekali sekala teknik seo ni...terimaaa kasih tidak terhingga...ilmu baru.
puteraduyong puteraduyong December 23, 2014
wah... teknik yang mudah diamalkan... terima kasih atas ilmu berguna dan bermanfaat ni ;)
SEO Mudah SEO Mudah December 23, 2014
Banyak lagi benda kita boleh buat dengan webmaster tools nie. Antaranya Disavow Tools. Banyak webmaster dapat perbaiki ranking dorang lepas kene penalti algoritma Google dengan pakai tool nie. Bagus untuk monitor kalo ada orang cuba nk negative SEO blog or website kita.
Fadzi Razak Fadzi Razak December 23, 2014
Saya tak jumpa pulak bahagian crawl tu.
yoorin melacolea yoorin melacolea December 23, 2014
Bro HH!! tq so much.. sgt membantuu.. hehehe.. x pernah guna pon natang tools ni.. tq skali lg
Sentiasa Panas Sentiasa Panas December 23, 2014
Ilmu lama yang ada blogger masih tak tahu..:)
BM BM December 23, 2014
Sesekali guna juga, hanya untuk entri-entri tertentu sahaja.
ahkak gojes ahkak gojes December 23, 2014
nak mencuba ilmu baru ni..tp laptop wat hal..hihi..apapun tq share info ni bro hh
Hairul Hafiz Hairul Hafiz December 23, 2014
Jarang juga gunakan fetch as google ni kena lah kerap gunakan ya
Ain Ridzuan Ain Ridzuan December 23, 2014
Baru tahu. Tak sabar nak guna webmaster tools nih.
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 23, 2014
kena cuba,, sbb ni abg HH ajar ni - kedaionlinemy.com
Abdullah Idris Abdullah Idris December 24, 2014
Assalamualaikum tuan,

Terima kasih dengan perkongsian SEO strategy ni, saya tak tahu pun. Alhamdulillah bertambah ilmu baru.

Saya sebelum ni, bila nak dapatkan first page dalam carian google, selalunya saya update artikel dan masukkan keyword yang berkaitan dengan niche artikel dan paling banyak jumlah carian.

Dari perhatian saya, ianya memang ada kesan, tetapi ambil masa juga. Saya nak praktikkan ilmu yang tuan kongsikan ni, sebab 30 minit tempoh yang cepat juga.
ruggedmom ruggedmom December 24, 2014
Askm. Terima kasih diatas tips blogging ini.

Kenapa ya result not found under column status tu?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 24, 2014
Blog dah daftar ke dengan Google Webmaster Tools ni?
Muhammad Khudri Muhammad Khudri December 24, 2014
apa maksud partial dan complete tu tuan?
hpmurah2u hpmurah2u December 24, 2014
wah... bagus ni...selalu tick kat crawl this url je...bagus info ni
Yumida Huda Yumida Huda December 25, 2014
ilmu baru. nanti nak buat jugak. thanks sharing dgn kami
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Sama-sama Yumida .. leh juga buat untuk entri2 lama yang tak berjaya masuk dalam Google.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Ohh terima kasih atas tips yang diberikan tu .. leh cuba jugak tu nanti.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Alhamdulillah. senang hati saya bila tips SEO yang saya berikan menjadi pada blogger lain .. tahniah tahniah .. teruskan baca dan dapatkan tips lain daripada blog saya ni ... saya halal ilmu ini kerana datangnya dari Allah S.W.T
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Saya ada baca mengenai Disavow Tools ni .. tapi belum cuba lagi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Haaa apalagi, cubalah teknik dan tips SEO ni .. mana tahu nampak kesan positif pada blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Kerap sangat pun tak boleh, Google tu pun tak bagi ... haha .. tapi gunalah submit sitemap tu .. bagus tu ... submit setiap kali ada buat perubahan pada blog . seminggu sekali atau dua kali sebulan buat lah ...
Ezad Skytech Ezad Skytech December 31, 2014
memang saya praktikkan kan fetch as google kat google webmasters ni setiap kali lepas publish entri baru... :D
Mad Parihh Mad Parihh January 05, 2015
wahh bagus ni . tq sifu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.