Sejak saya keluarkan post berkaitan penipuan servis LIKE, banyak juga yang bertanya mengenai teknik untuk naikkan fanpage LIKE ini, malah ada yang hantar email minta saya naikkan fanpage mereka. Dukacita, saya terpaksa menolak. Saya bukan pakar bab tu, saya tahu sikit-sikit je. Tapi kalau nak tahu, boleh berguru dengan Sifu FB Ads.

Kalau ikutkan, sejak saya kenali Facebook dan punyai Fanpage dan Group Facebook sendiri, banyak juga teknik dan cara telah saya gunakan. Amalan-amalan dan kaedah digunakan adalah hasil praktik yang dikongsikan daripada beberapa ebook terpilih mengenai Facebook ini.

Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

ClickJacking Facebook Like

Ada juga kaedah Facebook menerusi script yang saya gunakan, dan ia antara teknik yang negatif yang telah saya eksperimentasikan. Script yang dinamakan ClickJacking ini memang terkenal di dalam dunia marketing underground di mana ramai yang guna terutama blogger-blogger desperate yang mahukan populariti cara pantas (termasuk saya la tu .. hahaha). Tapi script tu dah saya campak jauh-jauh dah, sudah nampak kesan akibat yang sangat merugikan.

ClickJacking or steal "clicks" from users on many websites, forcing the user to unknowingly click buttons or links (e.g., the Facebook Like button) using their own cookies. By placing the auto-generated code on any site, you can obtain thousands of clicks quickly from different users, or perform targeted attacks by luring a victim to a specific URL. It also allows you to deceive a user into believing you have information on them that you don't, as well as coerce a user into providing information to you without even knowing it.

Ada banyak cara lain yang lebih afdal untuk naikkan fanpage like ini. Cara-cara ini walaupun nampak agak sukar bagi sesetengah orang untuk melakukannya, tetapi ia berbaloi kerana ianya adalah like genuine dan bukan tercipta atas dasar keterpaksaan ataupun dengan teknik 'hitam'.
Teknik Facebook Like Harus Anda Tahu

Tambah lagi, kredibiliti juga akan dapat ditingkatkan. Bila ada kredibiliti, maka akan wujud kepercayaan. Dalam bab marketing, bila dah ada kredibiliti dan kepercayaan ini, maka mudahlah nak membuat sesuatu tawaran seperti menjual produk-produk affiliate mahupun melakukan bisnes dropship.

Tips dan Trick Facebook Like dan Teknik Viral

Ada banyak trick dan tips yang perlu anda tahu untuk naikkan fanpage like ini. Saya tertarik nak kongsikan sesuatu iaitu Naikkan Like Fanpage - Tips dan Trick oleh rakan blogger Norfanil. Dari situ anda boleh tahu beberapa cara yang betul untuk naikkan fanpage like ini. Malah, anda akan dapat tahu mengenai apa yang penting untuk sesebuah fanpage itu terus berkembang dan mendapat perhatian pengguna laman sosial tersebut.


Teknik Viralism Facebook - Teknik Gandakan Like, Prospek, Trafik Blog Sehingga 300%

Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Apa sahaja teknik yang digunakan untuk naikkan like fanpage, boleh je gunakan asalkan tidak perbodohkan pengunjung dan pembaca sehingga melakukan teknik-teknik keji seperti dinyatakan rakan blogger 6 Teknik Keji Naikkan Facebook Page

Gunakan Skrip Berkesan di Dinding Facebook

Ramai yang tidak tahu, antara cara paling berkesan untuk naikkan LIKE fanpage mahupun Facebook akaun peribadi ialah dengan menggunakan skrip yang berkesan. Skrip yang berkesan ialah cara anda menulis dan kongsikan sesuatu di ruangan facebook wall menggunakan ayat yang betul dan meyakinkan. Teknik ini andai kena gaya memang boleh meningkatkan Like yang anda sendiri akan terkejut. Skrip tersebut anda boleh peroleh di sini - Skrip Pemasaran Ajaib
Alhamdulillah, beberapa teknik yang saya aplikasikan untuk fanpage telah menampakkan hasil yang baik. Apatah lagi bila saya telah peroleh banyak ilmu daripada Gathering Infokerjaya yang menyaksikan diri saya yang kerdil ini ketahui dan belajar teknik affiliate daripada 10 orang pakar hebat.

Oh ya, tersasul menyebut mengenai affiliate ini, mungkin ada pengunjung dan pembaca tidak tahu, affiliate ialah salah satu cara buat duit online yang akan menjadi sangat popular di tahun 2015. Jika anda mahu ketahui mengenai affiliate ini, maka saya syorkan anda bermula dari sekarang tanpa berlengah. Antara platform affiliate yang boleh anda cuba ialah Ashadee.com dan juga KlikJer.com. Belajar mengenai affiliate dan mendaftar menjadi affiliate adalah percuma.

Sekiranya anda tidak tahu cara nak daftar ataupun bagaimana nak jana income dengan affiliate ini, boleh tanya saya menerusi email di ruangan Contact. Jangan segan silu bertanya, sebab dengan bertanya kita boleh belajar sama-sama. Mana tahu anda boleh menjadi seorang top affiliate.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

17 Komen

kalau like banyak tapi "post reach" lemah,, susah juga abg HH , facebook dah banyak sangat security - kedaionlinemy.com

Reply

Inilah perkara paling penting bagi SP, LIKE adalah atas kerelaan pembaca blog..

Reply

Assalamualaikum HH,

Kaedah saya gunakan untuk naikkan like fanpage perniagaan saya ialah gunakan skrip berkesan yang HH kongsikan di atas.

Saya hanya gunakan tool mudah yang sedia ada di fanpage iaitu fungsi "schedule post".

Dengan fungsi ini, post kita boleh ditetapkan bila nak dikeluarkan di wall. Hanya cara ini saya gunakan. Ianya terbukti berkesan, tetapi perlu konsisten.

Ianya adalah teknik menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Reply

Tq kerana idea yang baik nie!

Reply

fuh. penat baca. tapi ada tambahan ilmu. tq admin HH.

Reply

yang penting jangan guna teknik keji untuk dapatkan like yang banyak

Reply

Ya betul tu, Facebook skang banyak karenah pula ... makin susah nak cari makan guna FB ni .. hehehe.. kan kan?

Reply

Ya, sepatutnya ramai pengguna FB yang mahu dapatkan banyak likes kena guna teknik skrip berkesan tu .. in Sha Allah, hasilnya akan tidak mengecewakan. Saya sendri dah guna ...

Reply

Alhamdulillah. Saya harap tidak sia-sia pembacaan anda.

Reply

Terima kasih kerana sudi baca mengenai teknik Facebook Like ni.

Reply

Bagi saya kuantiti/jumlah like pada fanpage yang banyak tak menjamin apa-apa pun. Sebab untuk fanpage bisnes, paling penting adalah jualan. Kalau like tak dapat tukarkan kepada jualan, jadi rugi pulak.

Cara selamat dan berkesan, guna FB Ads. Memang kena bayar tetapi targeted sikit.

Reply

Assalammualaikum nak tanya tuan:
ashadee.com dan KlikJer.com tu kalau register free ker?
apa faedahnya ?

Reply

W'salam. Ya, Ashadee dan Klikjer daftar percuma. Apa faedah? Faedahnya ialah anda boleh jana income online menerusi produk orang lain. Anda promosi dan jual produk orang lain, anda akan dapat komisen.

Reply

Ya betul tu... teknik-teknik seperti ini ramai yang buat untuk naikkan page lepas tu jual dengan harga tinggi.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.