Bijak Temuduga

Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis

Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), Siapakah Tamar Jalis

Siri bercakap dengan Jin, karya Tamar Jalis; siapa pernah baca buku cerita ni? Saya fikir ramai juga yang minat dengan kisah seram dan mistik. Masakan tidak, jika penerbit filem berebut-rebut menghasilkan cerita-cerita sebegini, lagi-lagi drama seram yang berkepuk-kepuk ditayangkan di kaca TV.

Ada sahaja cerita sebegini ditayangkan, lepas satu ... satu. Sampai kadangkala boleh menimbulkan permasalahan pada anak-anak yang turut menonton. Ibu bapa kena jadi pemantau dan lakukan pemerhatian rapi agar kepercayaan soal akidah anak-anak tidak terpesong. Jadi, berhati-hati bila menonton filem dan drama genre begini. Selain boleh akibatkan pemahaman yang mengelirukan, pastikan anda tiada sakit jantung atau dalam keadaan 9 bulan 10 hari yang menanti masa.

Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis

Ok. Itu kisah sekarang. Hmm pernah dengar nama penulis ini - Tamar Jalis? Nama ini cukup sinonim dengan karya-karya seram penuh mistik, melibatkan penceritaan alam ghaib yang misteri. Saya sendiri pernah membaca beberapa novel tulisannya, dan kisah novelnya adalah bersambung-sambung dan dikenali ramai sebagai Siri Bercakap Dengan Jin.
Novel Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis
Sesapa sezaman dengan saya, tentu sedia maklum akan buku ini. Tak tahulah saya samada masih ada lagi cetakan dibuat untuk keluaran siri ini. Saya setakat ini belum terjumpa lagi. Mungkin di sesetengah tempat, buku ini masih boleh diperolehi. Kalau tidak silap sayalah, di Pasar Karat ada dijual lagi buku novel Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis ni.

Blog Tamar Jalis Sudah Tiada

Pada tahun 2011, saya ada promo satu blog ni, yang memang ditulis kembali cerita Siri Bercakap Dengan Jin, tetapi sudah dah tak aktif lagi. Ada sejumlah jilid dibuat; dari jilid 1-8, dengan punyai lebih kurang 100 lebih bab. Uhh memang puas membacanya. Membaca secara online mungkin tak seseram bila anda baca buku originalnya di malam hari di dalam bilik keseorangan ... tapi ... memang best.

Siapakah Tamar Jalis?

Mungkin ada yang tidak berapa kenal siapakah Tamar Jalis ini. Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad@Mohd Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), 16 daripadanya sudah dibukukan. Siri ini telah dijadikan salah satu siri popular di dalam majalah Variasari. Populariti Siri Bercakap Dengan Jin ini telah melariskan majalah Variasari terbitan Variapop sehingga pernah diterbitkan sebanyak 120,000 nashkah pada era tahun 80an.
Siapakah Tamar Jalis
Jualan novel SBDJ menurut kajian seorang profesor iaitu Prof Adnan Nawang adalah melebihi sejuta naskhah. Siri novel SBDJ memang dah lama ada, sejak saya sekolah rendah lagi dah ada. Ia sudah popular sejak tahun 1981 hingga 2005.

Hebatnya Tamar Jalis, ia popular dengan nama pena selama lebih 30 tahun. Sebelum tu, tiada siapa yang benar tahu siapakah Tamar Jalis. Tamar Jalis adalah nama samaran Ahmad Mahmud yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu lama.

Identiti Tamar Jalis Didedahkan 2011

Identiti Tamar Jalis didedahkan kepada umum pertama kalinya semasa diadakan satu wacana bertajuk “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, di Ipoh.

Kalau yang mungkin tidak arif mengenai buku novel Siri Bercakap Dengan Jin ini, mereka akan anggap ia sebuah kisah tahyul berkisar dunia makhluk jin, walhal ia lebih dari itu. Novel ini sebenarnya bersulam cerita mengenai dunia perubatan Melayu, malah ada beberapa tips perubatan masyarakat lama diselitkan termasuklah petua orang Asli dari Tok Batin.

Jika anda pernah membaca siri novel SBDJ ini, anda juga akan perasan yang novel ini turut menyertakan sejarah, ilmu persilatan, psikologi, kosmologi masyakarat Melayu lama. Malah diselitkan jampi serapah, ayat-ayat pelindung dan diberikan juga petua-petua lama untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.

Tok Awang Ngah?

Mungkin ada yang tidak tahu, selain dari Tamar Jalis, ada lagi seorang penulis novel seram yang boleh saya katakan popular dan novelnya juga laris seperti Siri Bercakap Dengan Jin. Orang yang saya maksudkan ialah Tok Awang Ngah.

Beza dengan SBDJ, karya Tok Awang Ngah nampak lebih realistik kerana ia didakwa bersandarkan kepada pengalaman penulis sendiri. Jadi, jalan cerita dia agak menarik sedikit dari padangan sayalah. Malah, anda akan nampak beza paling ketara ialah selitan ayat-ayat Al Quran bagi hapuskan dan hindari gangguan Jin dan Syaitan, yang banyak sekali ditulis.

Ada sesiapa sini minat siri-siri cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis dan juga novel dari Tok Awang Ngah? Boleh komen kongsikan rasa.

Sumber dan Kredit: Forum Cari

COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,278,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,306,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis
Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis
Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), Siapakah Tamar Jalis
http://2.bp.blogspot.com/-vI271UQ96M8/VI7ft-5uvZI/AAAAAAAA9Xo/r63fm2tTYGg/s1600/Siri-Bercakap-Dengan-Jin-Karya-Tamar-Jalis.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-vI271UQ96M8/VI7ft-5uvZI/AAAAAAAA9Xo/r63fm2tTYGg/s72-c/Siri-Bercakap-Dengan-Jin-Karya-Tamar-Jalis.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2014/12/siri-bercakap-dengan-jin-tamar-jalis.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/12/siri-bercakap-dengan-jin-tamar-jalis.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy