Sesi Persekolahan 2015 Bermula 11 Januari

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah ditangguhkan selama seminggu. Begitulah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Tarikh baru sessi persekolahan 2015 bagi seluruh Malaysia ialah pada 11 dan 12 Januari 2015.

Berikut adalah kenyataan akhbar penuh daripada Y.A.B Menteri Pendidikan Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin berkenaan penanggguhan sesi persekolahan 2015 seluruh Malaysia.

Sesi Persekolahan 2015 Bermula 11 Januari

Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Untuk para ibu bapa yang ada anak bersekolah pada tahun 2015, terutama buat anak-anak darjah 1 dan tingkatan satu, elok berhubung dengan pihak sekolah terbabit untuk maklumat lanjut. Penting untuk tahu mengenai program-program yang awalnya dijadualkan mengikut kalendar persekolahan 2015 asal, samada berlaku perubahan - khas untuk sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan banjir.

Sumber: Kenyataan Akhbar MOE

{ 7 comments.. read them below or add one }

adarain adarain December 29, 2014
ALHAMDULILLAH, dengan ada berita ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 29, 2014
murid - murid kne bersih kan skolah pas ni - kedaionlinemy.com
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum December 29, 2014
alhamdullilah
takziah utk mangsa banjir termasuk my family
Julia Johari Julia Johari December 29, 2014
Semoga segera surutlah banjir kan...risau ni sangat2.
titan titan December 29, 2014
yehh..

lambat lagi sekolahh..
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin December 30, 2014
memberi sedikit masa persedian untuk kembali kes sekolah kepada yang terlibat dengan bencana.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.