Berikut adalah polisi atau dasar kandungan blog untuk bloger blogspot. Sebagai salah seorang pengguna kepada servis percuma yang disediakan oleh blogspot (blogger.com); blogger Malaysia adalah tertakluk dengan polisi ini, dan tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar polisi yang telah dikeluarkan dan diterbitkan oleh Google - Blogger.com - Blogspot.

Sila semak samada blog anda tidak melanggar mana-mana terma di dalam polisi dasar kandungan blog blogspot ini untuk mengelakkan blog anda - samada dipadamkan, tidak boleh diakses, disekat untuk pengiklanan Google Adsense atau dikenakan tindakan undang-undang setempat.

Fahami, dan jadikan blog anda sebagai blog yang ada kredibiliti, dipercayai, disukai, dan tidak menjadikannya sebagai satu ruang yang akhirnya nanti cuma merugikan.
Polisi Dasar Kandungan Blog Blogspot

Berikut adalah polisi dasar kandungan yang telah dikeluarkan oleh blogger.com.

Polisi Dasar Kandungan Blog Blogspot

Blogger merupakan perkhidmatan percuma untuk komunikasi, ekspresi diri dan kebebasan bersuara. Kami percaya Blogger meningkatkan ketersediaan maklumat, menggalakkan debat yang sihat dan membolehkan hubungan baharu antara manusia. Kami percaya bahawa menapis kandungan ini adalah bertentangan dengan perkhidmatan yang diasaskan pada kebebasan bersuara.

Walau bagaimanapun, untuk mendokong nilai ini, kami perlu mengawal salah guna yang boleh menjejaskan kemampuan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini dan kebebasan untuk meluahkan perasaan yang digalakkannya. Kesudahannya, terdapat beberapa sekatan terhadap jenis kandungan yang boleh dihoskan dengan Blogger. Batasan yang telah kami tetapkan merupakan batasan yang mematuhi keperluan undang-undang dan juga berfungsi untuk meningkatkan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Jika anda menjumpai blog yang anda percaya melanggar dasar kami, sila laporkan kepada kami dengan menggunakan pautan 'Laporkan Penyalahgunaan' yang terletak di bahagian atas setiap blog di bawah menu lungsur 'Lagi'. Jika pemilik blog telah menyembunyikan pautan ini, anda masih boleh laporkan penyalahgunaan di Pusat Bantuan Blogger.

Sempadan Kandungan

Dasar kandungan kami memainkan peranan penting dalam mengekalkan pengalaman positif untuk anda, para pengguna. Sila hormati garis panduan ini. Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengubah dasar kandungan kami, oleh itu sila semak semula di sini. Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa apabila melaksanakan dasar di bawah, kami boleh membuat pengecualian berdasarkan pertimbangan seni, pendidikan, dokumentari atau saintifik atau apabila terdapat faedah yang besar kepada orang ramai daripada tidak mengambil tindakan mengenai kandungan tersebut.

Kandungan Dewasa: Kami membenarkan kandungan dewasa pada Blogger, termasuk imej atau video yang mengandungi kebogelan atau aktiviti seksual. Jika blog anda mengandungi kandungan dewasa, sila tandakan blog itu sebagai 'dewasa' dalam tetapan Blogger anda. Kami juga mungkin menandai blog dengan kandungan dewasa sekiranya tidak ditandai oleh pemiliknya. Semua blog yang ditandai sebagai 'dewasa' akan diletakkan di belakang ruang antara amaran 'kandungan dewasa'. Jika blog anda mempunyai ruang antara amaran, jangan cuba memintas atau melumpuhkan ruang antara ini - amaran ini adalah untuk perlindungan semua orang.
. Terdapat beberapa pengecualian terhadap dasar kandungan dewasa kami:
  • Jangan gunakan Blogger sebagai satu cara untuk mendapatkan keuntungan daripada kandungan dewasa. Sebagai contoh, jangan buat blog yang mengandungi iklan untuk atau pautan ke ke tapak lucah komersil.
  • Kami tidak membenarkan kandungan seksual yang menyalahi undang-undang, termasuk imej, video atau kandungan teks yang menggambarkan atau menggalakkan rogol, sumbang mahram, seks bersifat kebinatangan atau nekrofilia.
  • Jangan siarkan atau edarkan imej bogel atau seks eksplisit peribadi atau video tanpa kebenaran daripada subjek. Jika seseorang telah menyiarkan imej atau video bogel atau seks eksplisit peribadi anda, sila laporkannya kepada kami di sini.
Keselamatan kanak-kanak: Kami tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak. Beberapa contoh perkara ini termasuk:
  • Imejan penderaan seks kanak-kanak: Kami akan menamatkan akaun mana-mana pengguna yang kami dapati menerbitkan atau mengedarkan imejan penderaan seksual kanak-kanak. Kami juga akan melaporkan pengguna itu kepada penguat kuasa undang-undang.
  • Pedofilia: Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Contohnya, jangan buat blog dengan galeri imej kanak-kanak yang mengandungi koleksi imej atau teks yang mengiringi imej yang berunsur tidak senonoh secara seksual dan jangan menerbitkan kandungan bersifat seksual yang melibatkan peserta di bawah umur.
Ucapan Benci: Produk kami merupakan platform bagi pengungkapan bebas. Tetapi kami tidak menyokong kandungan yang menggalakkan atau membiarkan keganasan terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, jantina, umur, kewarganegaraan, status veteran atau orientasi seksual/identiti jantina, atau yang tujuan utamanya ialah menghasut kebencian atas dasar ciri-ciri teras ini. Hal ini sukar untuk ditentukan, tetapi jika tujuan utamanya ialah untuk menyerang kumpulan yang dilindungi, kandungan tersebut melangkaui batas yang tetapkan.

Kandungan Kasar: Jangan siarkan kandungan hanya untuk membuat kejutan atau grafik. Sebagai contoh, koleksi imej dekat luka tembakan atau tempat kemalangan tanpa konteks atau ulasan tambahan akan melanggar dasar ini.

Keganasan: Jangan mengugut orang lain di blog anda. Sebagai contoh, jangan siarkan ancaman bunuh terhadap orang lain atau sekumpulan orang dan jangan siarkan kandungan yang menggalakkan pembaca anda mengambil tindakan ganas terhadap orang lain atau sekumpulan orang.

Gangguan: Jangan mengganggu atau membuli orang lain. Sesiapa yang menggunakan Blogger untuk mengganggu atau membuli mungkin akan dikenakan tindakan seperti pengalihan keluar kandungan atau dilarang dari tapak ini selama-lamanya. Gangguan dalam talian juga menyalahi undang-undang di banyak tempat dan boleh membawa kesan yang serius di luar talian.

Hak Cipta:Dasar kami menghendaki kami bertindak ke atas notis dakwaan pelanggaran hak cipta yang jelas. Maklumat lanjut tentang prosedur hak cipta kami boleh didapati di sini. Selain itu , jangan sediakan pautan ke tapak yang membolehkan pembaca anda mendapatkan muat turun kandungan orang lain yang tidak dibenarkan.

Maklumat peribadi dan sulit: Anda tidak boleh menerbitkan maklumat peribadi dan sulit orang lain. Sebagai contoh, jangan siarkan nombor kad kredit, nombor Keselamatan Sosial, nombor telefon tidak tersenarai dan nombor lesen memandu orang lain. Selain itu, perlu diingat bahawa dalam kebanyakan kes, maklumat yang telah sedia ada di tempat lain di Internet atau dalam rekod awam tidak dikira sebagai peribadi atau sulit di bawah dasar kami.

Menyamar sebagai orang lain: Jangan memperdaya atau mengelirukan pembaca dengan berpura-pura menjadi orang lain atau berpura-pura mewakili organisasi apabila pada hakikatnya anda tidak. Kami bukannya melarang anda menerbitkan parodi atau satira - hanya elakkan kandungan yang mungkin boleh mengelirukan pembaca mengenai identiti sebenar anda.

Aktiviti yang tidak dibenarkan: Jangan gunakan Blogger untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk menggalakkan aktiviti yang berbahaya dan menyalahi undang-undang. Sebagai contoh, jangan mengarang blog yang menggalakkan orang untuk mengambil minuman keras dan memandu. Jangan menggunakan Blogger untuk menjual atau mempromosikan dadah haram. Jika tidak, kami boleh memadamkan kandungan anda. Selain itu, dalam kes-kes yang serius seperti yang melibatkan penderaan kanak-kanak, kami boleh melaporkan anda kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Barangan dan Perkhidmatan yang Dikawal Selia: Jangan gunakan Blogger untuk menjual atau memudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan yang dikawal selia, seperti arak, judi, farmaseutikal dan makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan.

Spam: Spam datang dalam beberapa bentuk dalam Blogger, kesemuanya boleh mengakibatkan pemadaman akaun atau blog anda. Beberapa contoh termasuk membuat blog yang direka bentuk untuk mendorong trafik ke tapak anda atau untuk menggerakkannya ke atas dalam senarai carian, menyiarkan ulasan di blog orang lain hanya untuk mempromosi tapak atau produk anda dan menggunakan kandungan sedia ada daripada sumber lain bagi tujuan utama menjana hasil atau manfaat peribadi yang lain.

Perisian hasad dan virus: Jangan buat blog yang menghantar virus, menyebabkan item timbul, cuba memasang perisian tanpa persetujuan pembaca atau menjejaskan pembaca dengan kod berniat jahat. Perkara ini dilarang sekeras-kerasnya di Blogger.

Penguatkuasaan Dasar Kandungan Blogger

Sila laporkan pelanggaran dasar yang disyaki kepada kami menggunakan pautan 'Laporkan Penyalahgunaan' yang terletak di bahagian atas setiap blog di bawah menu lungsur 'Lagi' atau dengan mengklik di sini.

Pasukan kami menyemak amaran daripada pengguna untuk pelanggaran dasar. Jika blog tersebut tidak melanggar dasar kami, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap blog atau pemilik blog. Jika kami mendapati bahawa blog tersebut melanggar dasar kandungan kami, kami mengambil satu atau beberapa tindakan berikut berdasarkan keterukan pelanggaran:
  • Letakkan blog di belakang ruang antara 'kandungan dewasa'
  • Letakkan blog di belakang ruang antara yang kandungannya boleh diakses oleh pengarang blog sahaja
  • Padamkan kandungan, siaran blog atau blog yang menyinggung perasaaan itu
  • Lumpuhkan akses penulis kepada akaun Blogger beliau
  • Lumpuhkan akses penulis kepada akaun Google beliau
  • Laporkan pengguna kepada penguat kuasa undang-undang
Kami juga boleh mengambil mana-mana tindakan di atas jika kami mendapati pengguna telah membuat beberapa blog dengan tujuan mengelakkan dasar kami atau melibatkan diri dalam tingkah laku kesat yang berulang. Jika blog anda pernah dilumpuhkan, jangan membuat blog gantian yang terlibat dalam aktiviti yang serupa.

Untuk versi bahasa yang lain
For another version of language: http://www.blogger.com/content.g?hl=en-GB
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement