Lemah Semangat Kerana Persepsi Orang Lain

Saya baru sahaja bersembang dengan seorang rakan lama. Kami dah berkawan lama sejak sekolah menengah. Dalam sembang-sembang terpacullah persoalan mengenai apa yang sedang saya lakukan sekarang, iaitu buat duit online menerusi blog.

Dalam dunia online, terutama dalam dunia blog Malaysia, ramai yang sudah nampak serta buka minda mengenai peluang untuk buat duit online menerusi blog. Siapa yang telah mendapatkan ebook Buat Duit Dengan Blog sudah tentu nampak cara dan kaedah yang pelbagai untuk jana income menerusi blog.
Persepsi orang lain
Namun begitu, untuk masyarakat luar yang menggunakan internet hanya untuk pencarian maklumat dan info, mereka masih lagi belum benar faham bagaimana blog atau laman web boleh buat duit, apatah lagi seandainya blog atau laman web tersebut bukan seperti Amazon, Lazada, Lelong.my dan sebagainya. Persepsi mereka, mana mungkin blog boleh jana pendapatan, apatah lagi menyara kehidupan seharian.

Lemah Semangat Kerana Persepsi Orang Lain

Saya tidak boleh nak persalahkan mereka. Itu persepsi mereka yang tidak berada di tempat di mana saya dan anda (blogger) berada sekarang. Mereka cuma faham apa yang mereka telah tahu sahaja. Minda mereka belum lagi disumbatkan dengan idea bahawa internet adalah lubuk duit yang tidak terbatas, malah boleh menjadi mesin duit jika betul cara dan jalannya.

Ada antara kita yang lemah semangat kerana persepsi orang lain ini. Tidak boleh tidak, akan ada rasa kebimbangan dan rasa was-was. Namun, jika anda benar yakin kena tetap teruskan apa yang anda telah mulakan, kecuali anda telah berasa tersungkur dan terjatuh. Kita takkan tahu apa yang kita buat itu betul selagi tidak sampai ke tahap di mana ia akan menyedarkan.

Saya faham akan ada yang takut-takut, namun itu adalah kehidupan kini. Berani ambil risiko adalah satu laluan ke arah kejayaan. Lihatlah mereka yang kini berjaya, jalan mereka ke arah kejayaan bukan mudah, mesti kena lalui ranjau berduri. Mahu berjaya, kena rasai getir dan perit.... jika tidak takkan tahu apa yang benar, apa yang tidak.

Mana Datangnya Persepsi Negatif?

Orang yang melemahkan semangat ini kadangkala datangnya dari mereka yang kecewa, tidak kurang juga dari mereka yang tidak pernah mencuba. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha ke arah kejayaan dengan usaha yang betul. Diri kena buktikan bahawa apa yang dibuat ini adalah benar dan bukan kerja sia-sia.

Saya sering ingatkan diri, bahawa blog boleh menjadi sumber income seandainya kita didik diri untuk memberikan lebih daripada sekadar buat duit online. Blog perlu dijadikan tempat untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat. Pengetahuan dan ilmu serta info mengenai apa yang mereka tidak lagi faham.

Persepsi - Mana logik orang jana income online tanpa modal

Orang akan baca blog untuk tahu pengalaman kita, mereka mahu tahu bagaimana dan bagaimana serta bagaimana. Selagi mereka tidak tahu bagaimana, persoalan mereka tidak akan terjawab, dan seterusnya mereka akan kekal dengan persepsi lama mereka. Dan kerana persepsi orang lain inilah, mereka yang mahu bergiat aktif dalam dunia online boleh dirapuhkan semangat yang ada sehingga akhirnya putus asa dan kekal di takuk lama.

Mahu berjaya dalam dunia online, kena hilangkan persepsi ini.

{ 15 comments.. read them below or add one }

kucha lana kucha lana December 20, 2014
macam bro titan cakap orang nak kan bukti terpapar depan mata
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 20, 2014
Sebab tu dia mula tunjukkan income buat duit online di blognya, bukan untuk dabik dada atau bangga tapi nak senyapkan persepsi orang.
aRz MoHa aRz MoHa December 20, 2014
biarkan kata-kata negatif itu mengalir pergi....
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 21, 2014
hye orang atas,, kata2 negative tu nak mengalir kemana? hahaha - kedaionlinemy.com
Azlan A Raof Azlan A Raof December 22, 2014
Mengalir ke hulu orang dulu dulu kata..

Mulut orang memang susah nak tutup, kalau mulut tempayan senang aja.

Bukan setakat orang ramai tak percaya, kerani bank yang kita nak cash out Google Adsense pun susah nak percaya hehe
Ismail Ahmad Ismail Ahmad December 22, 2014
This comment has been removed by the author.
Ismail Ahmad Ismail Ahmad December 22, 2014
Hurmm... hoho.. bagi aku lah kepercayaan itu datang dari dalam diri masing-masing. Kalau ikutkan pengalaman aku sendiri.. aku dah mula belajar buat duit dengan blog secara suka-suka sejak tahun 2007 lagi bermula dengan adsense. Nak kata gagal itu tidak juga.. berjaya pun.. tidak juga.. kira tengah-tengah lah..haha.. walaupun dah tak terhitung kegagalan aku.. tetapi sedikit pun aku tak terfikir nak salahkan sesiapa..mungkin kelemahan itu datang dari diri aku sendiri.. Sejak 2 tahun lepas barulah nampak hasil kerja-kerja 5 tahun lalu dan makin hari akan ada income yang masuk. Pada pandangan aku yang dangkal ini..usahlah cepat putus asa dan terus menyalahkan pihak lain atas kegagalan kita..mungkin nasib belum menyebelahi kita.. penting sekali kena sentiasa kekalkan momentum..dan beri semangat positif pada rakan-rakan blogger lain.. :)
Dawaihati Dawaihati December 22, 2014
Menjadi seorang blogger itu adalah salah satu pilihan hidup. Jadi perlu adanya keseriusan di dalam menjalankannya.
reezluv reezluv December 22, 2014
orang Melayu je sebenarnya yang berfikiran negatif terlebih dahulu apabila melakukan sesuatu yang baru bagi mereka.Contohnya kalau nak berniaga online, perkara pertama yang mereka mengeluh..susah..leceh nak daftar itu ini.susah nak dapat customer, kena buat iklan semua...

semua tu alasan..dan satu cara nak hidup ke zon selesa semula.kalau bangsa lain, kebanyakannya akan cuba menyelesaikan masalah yang ada..bukan risau masalah yang tak lagi datang..itu yang jarang ada pada orang Melayu..terutamanya Malaysia..tak ramai yang berfikiran terbuka dan berpandangan ilmu diinternet itu luas...

persepsi negatif wajib mereka tanamkan dahulu disebabkan pengaruh orang terdahulu..
yoorin melacolea yoorin melacolea December 22, 2014
betul tu bang..susah nak argue dgn org yg sentiasa berfikiran negatif.. btw , takpe..kita tak perlukan pon support dr orang2 yg mcm ni
Mrs. A Mrs. A December 23, 2014
Blogger pun kena ada modal juga untuk bayar bil internet.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Yeah. Satu komen yang sangat positif. Terima kasih.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Ya, itulah yang berlaku di sekeliling, ada yang pandang sebelah mata bila gua pakai baju "I make money online" ... hoho.. depa ingat skim cepat kaya.
Nur As Nur As December 25, 2014
haa persepsi ni lah yang takkan boleh hilang. sobss
salmiah awang salmiah awang December 25, 2014
lemah semangat tu tidaklah...cuma fuhh...kesat peluh sekejap tu adalah...biasalah...semua perkara ada masalahnya

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.