Langkah Demi Langkah Kemaskini e-BR1M 2015

Langkah demi langkah kemaskini e-BR1M 2015. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tidak tahu menggunakan portal e-BR1M untuk kemaskini data dan butiran diri secara online untuk BR1M 2015. Kemaskini BR1M 2015 secara online mudah untuk mereka yang ada capaian internet, dan ada pengetahuan mengenai internet. Namun bukan semua faham cara-cara nak lakukan kemaskini BR1M 2015. Al-maklumlah bukan semua orang celik IT di Malaysia walaupun kadar penembusan penggunaan internet sudah semakin meluas.

In Sha Allah, saya akan kongsikan langkah demi langkah untuk kemaskini butiran diri menerusi e-BR1M. Harap fahami tatacara langkah demi langkah ini dengan teliti supaya lancar dan tidak hadapi kesukaran.

Langkah Demi Langkah Kemaskini e-BR1M 2015

Pergi ke portal e-BR1M 2015 (https://ebr1m.hasil.gov.my) dan ikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Pilih 'Kemas Kini Permohonan' di menu atas portal tersebut.
  • Langkah 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon BR1M di ruang disediakan, dan kemudian klik butang 'Kemas Kini Permohonan' di bawah ruang tadi.

Paparan di bawah akan keluar untuk tujuan keselamatan, akan ada 2 soalan diajukan kepada pemohon, jawab dan isi butiran yang dikehendaki.
  • Langkah 3: Isi dan jawab dengan tepat soalan keselamatan yang diberikan. Soalan yang akan ditanya berdasarkan maklumat pemohon sebelum ini. Jika ada alamat, ia akan minta poskod atau nama bandar pemohon BR1M yang didaftarkan. Jika ada nombor akaun bank, ia akan tanya nombor akaun bank atau nama bank. Klik butang 'Hantar'.


Apabila login masuk anda telah disahkan, paparan berikut akan dipaparkan di skrin komputer. Ia merupakan maklumat peribadi pemohon yang telah direkodkan sebelum ini.
  • Langkah 4: Kemaskini butiran yang diminta. Butiran yang perlu dikemasikin untuk BR1M 2015 ialah maklumat Nama Bank dan No. Akaun Bank. Pastikan maklumat lain juga telah direkodkan dengan betul, dan dikemaskini dengan info terkini.

Skim Khairat Kematian BR1M 2015

Pastikan anda juga mengisi Bahagian C untuk Skim Khairat Kematian. Masukkan nama waris di ruangan disediakan. Setelah selesai, masukkan kod pengesahan yang tertera di kotak disediakan dan tekan butan kemaskini yang terdapat di penghujung borang BR1M 2015 ini.
  • Langkah 5: Setelah anda klik kemaskini, satu kotak 'Akuan Pengesahan' akan muncul seperti di bawah ini. Tandakan butang 'Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas' dan klik butang 'Setuju dan Hantar'.
  • Langkah 6: Satu kekotak pengesahan permohonan dan kemaskini akan keluar. Klik butang 'OK' dan anda akan berada kembali ke halaman asal butiran peribadi tadi. Anda boleh cetak borang anda untuk simpanan atau terus sahaja ke halaman utama.

Selesai sudah anda kemaskini butiran e-BR1M 2015. Cara sama juga dilakukan untuk hantar permohonan baru, cuma anda kena klik menu 'Permohonan Baru' di portal e-BR1M 2015.

Jika ada masalah untuk melakukan proses kemaskini dan permohonan baru secara online, anda boleh juga muat turun borang BR1M 2015 di bawah ini. Muat turun dan kemudian cetak. Borang ini perlu diisi dengan lengkap, dan terus hantar ke Pejabat Daerah atau cawangan LHDN berdekatan.

Syarat Terima BR1M 2015

Masih tidak tahu syarat kelayakkan permohonan BR1M 2015? Berikut adalah syarat untuk layak terima BR1M 2015.
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
 

Penerimaan Skim Khairat Kematian

Untuk Skim Khairat Kematian, sebanyak RM1000 akan diberikan kepada waris untuk tempoh kematian penerima BR1M 2015 dari 1 Januari - 31 Disember 2015. Ianya hanya tertakluk kepada penerima BR1M 2015 kategori warga emas dan isi rumah sahaja. Waris juga akan terima baki BR1M yang belum dituntut selain daripada wang skim khairat kematian.

Untuk mereka yang telah kemaskini dan membuat permohonan baru, anda juga boleh membuat semakan samada anda berjaya atau tidak menerusi portal e-BR1M, hanya pilih menu 'Semakan' yang disediakan dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Semoga bermanfaat. Sebarkan jika perlu.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Mrs Yatie Mrs Yatie December 11, 2014
nice tutorial uncle HH :)
sebagai panduan bagi mereka yang ingin mengemaskini br1m :)
calrase patrick calrase patrick December 11, 2014
perkongsian yang berguna :)
kucha lana kucha lana December 11, 2014
okey bro dah update...hahaha
nini nini December 11, 2014
macam cerewet jer...kalau tak update boleh tak
Illya Farhana Illya Farhana December 12, 2014
Terima kasih kerana membantu pihak lhdn dlm meringankan beban..hari2 leya balik umah tido awal..sbb mengadap ramai pemohon brim dtg
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 07, 2015
Alhamdulillah, terima kasih kerana sabar dengan karenah kami.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.