Laman Web Cari Kerja

Laman web cari kerja ada banyak di internet. Anda boleh pilih mana yang sesuai, ada laman web cari kerja yang bersifat umum, dan ada pula laman web kerja yang jenis tertumpu. Laman web cari kerja paling popular pada saya ialah Jobstreet dan JobsDB. Dua laman web cari kerja yang popular ini bersifat umum dan mempunyai pendaftaran pencari kerja yang sangat tinggi.

Jika nak mudah mencari kerja, pencari kerja perlu mencari laman web carian kerja yang lebih spesifik. Bukan untuk menidakkan keberkesanan Jobstreet dan juga JobsDB, tetapi alangkah bagusnya jika dapat perkecilkan sikit persaingan tersebut?
Laman Web Cari Kerja

Laman Web Cari Kerja

Tidak dinafikan Jobstreet dan JobsDB ada pengkalan data kerja dan syarikat yang banyak. Di situ, para pencari kerja boleh mencari kerja bersandarkan syarikat, jenis kerja, lokasi dan sebagainya. Saya sendiri pernah mencari kerja di laman web carian kerja Jobstreet sebaik sahaja tamat belajar dalam bidang kejuruteraan perisian.

Laman web cari kerja tertumpu seperti SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjurus kepada pencari kerja lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah untuk mendapat jawatan kerja kerajaan iaitu kerja sektor awam. Ia antara laman web cari kerja yang sangat aktif dan sentiasa menjadi pilihan utama pencari kerja yang berkemahiran di Malaysia. Saya boleh katakan ia merupakan laman web cari kerja paling popular untuk mencari kerjaya lepasan graduan.
Laman Web Cari Kerja

Laman web cari kerja JobsMalaysia pula merupakan laman web pencarian kerja yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Ia berkaitan kerja-kerja kosong yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah dari agensi seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Perbandaran dan juga badan-badan berkanun. JobsMalaysia juga ada menyenaraikan kerja-kerja di sektor swasta yang mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.

Mudah.my juga ada menyediakan platform pencarian kerja. Ada banyak kekosongan kerja dan jawatan di Mudah.my. Namun, agak menduka-citakan apabila ruang pencarian kerja di Mudah.my mudah dimanipulasi untuk mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Laman Carian Kerja Sampingan Online

Laman web Jobdirumah.com pula adalah sebuah laman web yang memberikan akses kepada pencari kerja yang mahu mencari pendapatan sampingan. Berbeza dengan laman web pencarian kerja yang lain, Jobdirumah menyediakan satu platform dari A-Z untuk mendapatkan kerja-kerja sampingan secara online daripada syarikat-syarikat dan individu dari luar negara.

Jobdirumah.com adalah laman web untuk pencari kerja yang mahukan kerja tanpa komitmen, tanpa perlu ditemuduga, tanpa perlu latar pendidikan yang tinggi. Ia menerima pendaftaran pencari kerja walaupun hanya berkelulusan SPM. Dan menariknya, pencari kerja boleh mendapat pendapatan sampingan hanya bekerja di depan komputer, hanya dari rumah. Yang penting, pencari kerja mesti tahu menggunakan komputer dan internet serta mahir dengan Bahasa Inggeris.

Pilih Laman Web Carian Kerja Sesuai

Jika anda seorang pencari kerja, anda boleh sahaja mendaftar dengan mana-mana platform yang anda inginkan, asalkan ia memudahkan anda mendapatkan kerja. Ada laman web yang menyenaraikan kerja yang bersifat kerja tetap, ada juga laman web kerja yang senaraikan kerja-kerja tidak tetap yang boleh dilakukan secara sambilan atau sampingan.

Blog Sebagai Platform Mendapatkan Kerja

Dan sambil-sambil anda mencari kerja tetap mahupun sambilan, cubalah anda libatkan diri lebih aktif di dalam dunia maya dengan memiliki sebuah blog. Blog juga boleh membantu anda untuk mendapatkan kerja yang anda mahukan seandainya anda tahu menulis dengan betul dan mengikut minat serta keinginan anda. Boleh cuba buat blog sendiri menerusi medium percuma blogspot. Serlahkan kepakaran dan kebolehan anda menerusi blog, in Sha Allah, bukan anda yang mencari kerja, tetapi kerja yang akan mencari anda!

{ 11 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid December 22, 2014
Sedari dulu hingga yang terkini saya masih menggunakan perkhidmatan Jobstreet Priority Application, syukran Alhamdulillah ianya berhasil dan tidak pernah mengecewakan...
kucha lana kucha lana December 22, 2014
ini laman yang top tempat orang mencari lubang pekerjaan..dan laman seperti inidex.my gabungkan semua..hu3..untung mereka nie
Muhammad Sabre Muhammad Sabre December 22, 2014
SPA8 dah saya dapat iv, tapi tak lepas iv. Gagal sebab 1st time inteviu. Saya tak paham pasal jobstreet ni jer. Macam spa8 jugak ke Bro HH?
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 22, 2014
dapat pegi exam,, jawab exam dengan tenang,,, tunggu result,, tgok result,, FAIL,, dua kali dah hehehehe - kedaionlinemy.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 22, 2014
Jobstreet kita isi maklumat, lebih kurang macam SPA gak, tapi saya suka guna Jobstreet untuk ambil alamat pastu guna pos ... online ni macam tak lengkap je. hehehe
asraff ruslan asraff ruslan December 23, 2014
Selagi terdaya yg semua mampu usaha utk mohon kerja dlm gov atau pun swasta...semoga semua berjaya....
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 23, 2014
Farah dapat kerja melalui jobstreet?? - kedaionlinemy.com
SEO Mudah SEO Mudah December 23, 2014
Patutnya bila UMNO boleh develop laman web pendaftaran ahli online, dorang jugak patut develop laman web cari kerja khas untuk orang melayu. Barulah rakyat percaya yang dorang nie menjaga kebajikan orang melayu. Betul x?
Bin Muhammad Bin Muhammad December 23, 2014
Banyak juga laman web utk cari kerja ni rupanya...
hpmurah2u hpmurah2u December 24, 2014
teringat zaman cari keje..selalu tengok jobless.my dulu...
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU December 24, 2014
Memang jobstreet terbaik tapi kesian jugak tengok brader2 yang tak faham bahasa Inggeris tu...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.