Keputusan kontest SEO dengan keyword Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan akan diketahui setelah kontest bonus akhir tahun ini tamat 31 Disember 2014. Sebanyak 68 blog terlibat di dalam kontest ini. Masing-masing cuba untuk menempatkan entri di kedudukan SERP terbaik enjin carian Google Malaysia.

Persaingan memang ada. Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing, blogger Malaysia bersaing sesama sendiri menggunakan pendekatan penulisan terbaik dengan konten tersusun dan original supaya mesra dan dioptimasi untuk enjin carian.

Kontest SEO "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan"

Kontest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Saya sendiri melibatkan diri di dalam kontest anjuran AkmaOmar.com dan ditaja oleh pengedar-pengedar bertauliah produk Shaklee Malaysia. Entri saya telah ditulis awal untuk ambil peluang kata kunci yang masih lagi fresh di dalam enjin carian. Penaklukan kata kunci di awal kontest berlansung sangat perlu bagi mendapatkan backlink terawal.

Kesilapan Teknik SEO

Alhamdulillah, ketika itu entri blog ini telah berjaya mengungguli top 3 rank enjin carian Google Malaysia. Walaubagaimanapun ... satu kesilapan besar telah saya lakukan ..... yang mengakibatkan entri blog berkaitan kontest vitamin shaklee bagus untuk kesihatan jatuh mendadak sehingga terjunam ke page kedua laman enjin carian Google.

Kesilapan besar yang saya maksudkan itu ialah pengolahan entri melibatkan penggunaan video dalam bentuk iframe, dan juga proses penerbitan semula entri tersebut yang telah menukar link asal entri penyertaan kontest ini.

Kesilapan Pertama - Penggunaan iFrame

Penggunaan iframe untuk video telah melemahkan kekuatan entri tersebut untuk SERP, lalu Google menyifatkan ia sebagai salah satu bentuk penarikkan trafik ke video yang sepatutnya menggunakan saluran Youtube. Lagipun, entri tersebut tidak dioptimasi untuk kata kunci video berkaitan produk Shaklee.

Kesilapan Kedua - Penerbitan Jadi Error 404

Proses penerbitan semula dengan teknik salah telah menyebabkan entri asal kontest ini mendapat respon error 404. Sedia maklum, mana-mana blog yang mempunyai jumlah error 404 yang banyak akan menyebabkan ia tidak digemari oleh enjin carian. Inilah sebabnya entri kontest vitamin shaklee bagus untuk kesihatan yang saya terbitkan di awal kontest telah tertendang sehingga ke laman kedua enjin carian Google.

Dek kerana dua kesalahan dan kesilapan ini, saya telah merangka strategi lain untuk membolehkan entri kontest bonus akhir tahun anjuran AkmaOmar.com naik semula ke top 3 enjin carian Google. Dan inilah hasilnya yang telah saya dapatkan sebentar tadi. Kedudukan entri berada di rank 2 dalam dua enjin carian - Google dan Google Malaysia.
Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Bagaimana Untuk Naikkan Entri ke Kedudukan SERP Terbaik?

Apa yang saya lakukan ialah melakukan penambah-baikkan mesra SEO untuk template blog ini. Beberapa teknik SEO blogspot seperti menggunakan facebook comment, jumlah backlink entri, jumlah +1 Google Plus sedikit sebanyak memberikan kesan. Antara lain ialah blogwalking ke blog-blog yang mempunyai fungsi pemberian backlink do-follow menerusi ruangan komen - termasuk blog luar negara.

Salah satu teknik lain untuk membolehkan entri berada di kedudukan terbaik setelah tertendang jauh ke belakang ialah membuat pautan atau backlink dalaman. Pautan itu dibuat dari entri lain yang mendapat kedudukan lebih baik di enjin carian untuk satu-satu variasi keyword berkaitan. Ini secara logiknya akan memberikan satu autoriti kepada entri tersebut. Autoriti entri yang baik akan berikan kelebihan SEO.

Kenapa Dedahkan Teknik SEO Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan?

Pendedahan ini saya berikan kepada semua pengamal teknik SEO blogspot untuk berjaya menempatkan entri terutama entri kontest naik ke SERP di kedudukan lebih baik. Manalah tahu, ada rezeki untuk peserta lain memintas top 3 rank atau setidaknya top 10 rank kontest ini. Senarai peserta pun telah dikeluarkan di blog AkmaOmar.com - Senarai Peserta Contest Bonus Akhir Tahun

Penilaian akan dibuat pada 31 Disember 2014 berdasarkan syarat-syarat telah ditetapkan menerusi Contest Bonus Akhir Tahun Shaklee

Semoga berjaya buat para peserta kontest ini dan bermanfaat buat semua.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik. Uncle HH memang awesome.
    Entry PG tu ntahlah kemana haluannya. ;)

    http://mrsyatie.blogspot.com/2014/10/vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan_30.html

    BalasPadam
  2. Dah hampir tamat contest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Semoga berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga mendoakan peserta lain juga berjaya .. setidak2nya faham mengenai teknik SEO yang betul

      Padam
  3. ada beberapa tips yang boleh saya belajar dari bro HH..memang terbaik banyak juga pengalaman saya dapat sepanjang contest ini untuk memantapkan lagi ilmu SEO..semoga yang terbaik akan menang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Menang kalah kontes itu adat. Apa yang penting, semua pemain2 SEO dapat sesuatu ... yang akan berikan lebih kebaikan di kemudian hari.

      Padam
  4. Saya bukan bijak sgt SEO...hanya ikut apa yg saudara HH dan blogger2 lain lakukan. Paling penting bagi saya adalah olahan entri yang tepat dengan tajuk serta original. Semoga berjaya buat HH dan semua peserta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak atau tidak yang penting kita amalkan apa yang kita tahu, selagi kita tak amal, takkan tahu ianya berksan atau tidak. Salam sukses juga buat BM.

      Padam
  5. dpt lagi tip dari abg hasrul hassan..huhu

    BalasPadam
  6. Salam bro HH, Selamat tahun baru 2015. Terima kasih bro sudi berkongsi teknik SEO tenatng contest ini. Memang betul berkaitan video tu membuat artikel saya menjunam jatuh dan tidak naik-naik, walaupun memberi komen di blog peserta lain tidak jugak membantu.

    Yang saya perhatikan juga entri yang saya banyak dengan keyword yang sama juga tidak membantu malahan lebih teruk. Selagi kita ubah suai semakin jatuh ke bawah pula.

    Banyak kesilapan yang saya lakukan dan mungkin menjadi over optimization pada entri tersebut. Semoga boleh kita perbaiki di masa akan datang. Insya Allah...

    BalasPadam
  7. Oh..memang guna iframe menjejaskan SEO sedikit sebanyak.. Tp bro kan selalu menang SEO contest.. sekali sekala kasi lah orang lain plak merasa.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement