Kisah Adik Izz Short-Bowel-Syndrome Menyentuh Rasa

Short-Bowel-Syndrome. Tak ramai yang tahu akan kewujudan penyakit ini. Ia satu penyakit yang sangat jarang sekali berlaku. Ada banyak sebab ia berlaku. Tapi saya nak kongsikan kepada anda mengenai kisah perjuangan si kecil bernama Muhammad Izzsyraq Azraq atau lebih dikenali sebagai Adik Izz. Adik Izz adalah merupakan anak ketiga rakan blogger +ekjoz buluh yang lahir pada 31 Mac 2013.

Saya dapat tahu mengenai kisah adik Izz dan Short-Bowel-Syndrome ini bila saya singgah di blog rakan blogger ini untuk entri tentang respon dan cadangan terhadap penganjuran Karnival Upin Ipin 2014. Sebelum ini, saya ada singgah untuk Kontest Teka Gambar VMY2014 (tutup 24 Disember 2014) yang saya anjurkan.

Kisah Adik Izz Short-Bowel-Syndrome Menyentuh Rasa

Tentu ramai nak tahu mengenai penyakit ini. Apakah sebenar penyakit ini, dan mengapa saya tulis mengenai kisah perjuangan adik Izz, anak ketiga dari 3 adik beradik ini.

Adik Izz telah disahkan hadapi penyakit ini sejak November 2013, dan sejak itulah Adik Izz ini boleh dikatakan hampir sebahagian hidupnya adalah dunia wad hospital.

Apa itu penyakit Short-Bowel-Syndrome ini?

Jika dimelayukan, penyakit ini dinamakan Sindrom Usus Pendek. Ia berlaku apabila seseorang tidak dapat menyerap nutrien makanan dengan sempurna kerana penyakit yang teruk atau disebabkan oleh pembedahan sebahagian besar daripada usus kecil . Sebab-sebab biasa sindrom usus pendek termasuk penyakit Crohn dan necrotising enterocolitis . Gejala boleh termasuk sakit perut, cirit-birit, pengekalan cecair, kehilangan berat badan dan keletihan.

Saya dah baca beberapa sumber mengenai penyakit Short-Bowel-Syndrome ini, dan tetiba saya terfikir betapa sangat berat tanggungan yang perlu dipikul oleh si kecil bernama Adik Izz ini. Serius, ia menyentuh hati dan perasaan saya sebagai seorang ayah.

Lagi menyentuh rasa bila saya selusuri kisah adik Izz di page yang khas untuknya, sebagai satu kesedaran mengenali penyakit jarang berlaku - Short-Bowel-Syndrome.

Kisah Adik Izz di Facebook




Saya kagum dengan kecekalan rakan blogger Ekjoz Buluh serta isterinya yang tidak pernah rasa putus asa dengan anugerah Allah S.W.T ini. Mereka sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik buat anak mereka Adik Izz yang sedang berjuang saban hari, saban waktu dengan penyakit yang kurang diketahui umum ini.
Adik Izz yang kecil ini dah banyak menerima rawatan dan pembedahan demi pembedahan. Dari blog ayah si Izz ini, dilihat penuh dengan beberapa rentetan pembedahan, sehingga saya rasa tak sanggup nak kongsikan di sini. Bayangkan sampai 10 kali pembedahan susulan!

Anak saya bersunat, kena cuci luka sunat pun saya dah tak leh tahan dengar jeritan dan kata-kata .."Dah la abah, dah la .. pedih la abah, sakitt .... " inikan pula adik Izz yang baru nak cecah 4 tahun, yang saya fikir cakap pun boleh lagi. Kena hadapi dan harungi sehingga 10 kali pembedahan. Orang dewasa pun ada yang tak sanggup diperlakukan begini. Adik Izz, si comel berusia setahun lebih alami ini semua...... uhh memang tabah hati ibu bapa adik Izz ini.

Sekarang, daripada apa yang saya baca, adik Izz sedang menjalani satu rawatan Nutrisi Parenteral (TPN) melalui Infusion Pump. Rawatan ini dilakukan selama 16 jam sehari setiap hari!

16 jam! Tiub masuk ke dada adik Izz. Bayangkan.

Sebenarnya ramai sudah blogger yang menulis mengenai kisah adik Izz ini. Ini termasuklah rakan blogger Yana Yani (YY)TunSha Ayunimamanizakhirkhalid, dan blogger yang cukup melekit - lekatlekitgurl

Perkembangan terbaru (sehingga entri ini ditulis) Adik Izz dikongsikan di blog Ekjoz Buluh:

Dari segi perubatan, semua kaedah telah doktor gunakan. Dari awalnya Nutrisi Parenteral (TPN) 20 jam melalui Central Venous Line (CVL) Chateters, kurangkan kepada 16 jam Nutrisi Parenteral (TPN), kurangkan lagi kepada 12 jam Nutrisi Parenteral (TPN) apabila adik Izz ber'Home-TPN'.

Selepas Central Venous Line (CVL) Catheters adik Izz kerap dijangkiti (infected) dan tercabut (dislodged), doktor guna pula kaedah Nutrisi Parenteral (TPN) melalui Chemoports (biasanya digunakan pesakit kanser untuk tujuan Kemo). Penggunaan Chemoports juga tidak berjaya dan adik Izz kembali semula kepada penggunaan Central Venous Line (CVL) Catheters.

Sekarang adik Izz masih gunakan Nutrisi Parenteral (TPN) 16 jam sehari setiap hari selepas usaha OFF Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hujung minggu tidak berjaya.

Ok. Jangan pening. Cukup anda lihat berapa banyak perkara yang perlu dilalui oleh adik Izz ini, tidakkah anda terasa penderitaan dan sakitnya si kecil umur setahun lebih ini?


Jika mahu membantu, anda boleh terus ke page - Pray for Izzsyraq Azraq Short Bowel Syndrome

Boleh juga anda berikan kata-kata semangat dan lihat perkembangan blogger berstatus ayah ini di blog ekjozbuluh.blogspot.com.

Prihatin anda juga adalah doa. Bantu dengan kadar kemampuan anda. In Sha Allah, kita doakan kesembuhan dan kebaikan kepada adik Izz dan seluruh keluarganya dunia akhirat.


Berikut adalah beberapa rujukan saya mengenai penyakit ini:

{ 10 comments.. read them below or add one }

JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 02, 2014
Semoga ibu bapanya tabah dan menjadikan anak bertuah ini sebagai kurniaan Allah yang tak terhingga nikmatnya...
BM BM December 02, 2014
Hanya bantuan dan doa yang mampu kukirimkan... Semoga adik Izz dapat sembuh dan membesar sihat seperti insan lain hendaknya. Berikan juga kekuatan buat keluarga adik Izz dalam menempuh ujian yang besar ini... Amiin...

p/s : Tu la HH, kata selalu singgah dan komen kat blog RM tapi tak tau pun yg saya juga dah terbitkan kisah adik Izz ni... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2014
Hmm nanti gua kena tukar spec mata ... dan komputer ni ... skrin pun kedip2 je dah .. hehehe
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 02, 2014
sedihnya bila anak diduga begini, rasa nak je gantikan tempat kita sbg mak ayah..moga ibu bapa adik ni tabah hadapi dugaan penuh himah ni pastinya..untuk adik izz moga diberi kesembuhan lebih sempurna pada dirimu..
Ain Ridzuan Ain Ridzuan December 02, 2014
Ya Allah.. Semoga Engkau berikan kekuatan kepad adik ini dan keluarganya. Anak kena cucuk jarum ambil darah, diriku tidak keruan. Kalau di uji begini hanya Allah tempat pergantungan ku...
yoorin melacolea yoorin melacolea December 02, 2014
mohon tabah ibu bapa izz... berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul... =( semoga cepat sihat ..baby comel & ceria sgt.. syg die.. muahhxx
ekjoz buluh ekjoz buluh December 03, 2014
Assalammualaikum. Saya dan keluarga ucapkan ribuan terima kasih atas kprihatinan HH menyiarkan kisah adik Izz ini. Besarnya jasa dan sumbangan HH moga Tuhan yang membalasnya.
Denaihati Denaihati December 03, 2014
10 kali pembedahan pengalaman sangat luarbiasa. semoga keluarga Adik Izz tabah dan adik izz cepat sembuh.
Hamidi SP Hamidi SP December 03, 2014
Besarnya ujian Allah. Semoga mereka terus tabah menghadapinya..
AnonymousAnonymous December 15, 2014
Semoga adik izz tabah... Sayu hati tgk keadaan adik izz bile bygkn kwn2 seusianye aktif bermain ke sana sini...semoga keajaiban dari Allah swt menyembuhkn adik izz... Buat ibubapa adik izz hy pkataan sabar dpt diungkap...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.