Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?

Kenapa tak pasang Nuffnang kat blog? Mungkin ada ramai blogger baru yang akan tanya benda ni bila mereka masuk singgah. Kata blogger ni buat duit dengan blog, tapi kenapa tak ada iklan Nuffnang? Kenapa? Persoalan kenapa saya tak pasang iklan Nuffnang akan saya ceritakan ...  tapi saya pasti ramai blogger yang dah lama ikuti blog saya sudah sedia maklum akan sebabnya.

Ok. Saya sudah mempunyai blog sejak dari tahun 2008. Saya aktif dalam 2010. Blog saya ada banyak tapi kebanyakkan kini ada yang sudah dihapus, dan dipadamkan. Ada lagi yang masih saya biarkan hidup sekadar untuk menjadikan ia berada di dalam dorman bagi dapatkan tempoh matang sebuah blog. .. hoho.

Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?

Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?
Semua blog yang baru, memang saya akan letakkan iklan Nuffnang. Malah, di saat ini juga, blog-blog saya itu masih lagi menjana income menerusi iklan Nuffnang walaupun tidak seberapa dan ada income Nuffnang yang tak gerak-gerak. Kata orang, biar ada banyak sumber buat duit dari blog ni.

Nuffnang Sesuai Untuk Blogger Baru

Saya pernah beritahu satu masa dahulu, iklan Nuffnang memang sesuai untuk blogger baru. Kenapa? Sebab ia tidak cerewet, tak susah pun nak apply. Hari ini anda masuk ke laman web Nuffnang, hari ini anda daftar, hari ini juga anda sudah boleh jana income menerusi Nuffnang. Itu adalah kelebihan Nuffnang. Ia memberikan akses platform pengiklanan untuk semua.

Makanya, memang saya alu-alukan untuk blogger baru gunakan platform pengiklanan Nuffnang ini. Nuffnang boleh jana income yang agak baik jika tahu akan rahsia iklan Nuffnang.

Mungkin ada kata, kenapa tidak promosikan sahaja platform iklan seperti H12 dan RevenueHits yang juga mudah nak daftar. Hari ni daftar, esok lusa dah boleh gunakan kod pengiklanan mereka. Ok, sebabnya ialah pengiklanan dari platform tersebut membayar menggunakan PayPal. Jadi, bagi blogger baru tentulah agak rumit bagi mereka untuk buat dua tiga kerja, apatah lagi jika PayPal itu sesuatu yang sangat alien bagi mereka.
Pengiklanan H12 di blog

Buka akaun PayPal tak susah pun. Tapi saya fikir bukan semua blogger baru mahu buat akaun PayPal yang kemudiannya perlu verify akaun bank dan juga kad debit/kredit ni. Jadi ini satu kepayahan bagi mereka, renyah kalau mak saya kata. Jadi, saya tak promosikan medium iklan H12 dan RevenueHits untuk blogger baru.

Lagipun Nuffnang boleh control iklan. Iklan arak atau yang rokok anda boleh pilih tidak dipaparkan. Tidak seperti medium iklan seperti H12 dan RevenueHits ini yang banyak iklan dari luar yang mungkin akan sedikit sebanyak terlepas iklan berbentuk judi, arak dan berbaur seks.

Sebab Tak Pasang Iklan Nuffnang di HASRULHASSAN.COM

Saya tidak pasang iklan Nuffnang di blog ini kerana saya ada platform iklan lain yang lebih berbaloi dari segi trafik blog ini. Dan lagi, ia sebuah platform pengiklanan yang pada saya bersifat eksklusif. Bukan semua blogger Malaysia akan dapat tawaran seperti ini.
Komli Ads
Alhamdulillah, blog saya dilengkapi dengan sistem platform pengiklanan KOMLI dan juga Innity. Komli saya sudah gunakan hampir dua tahun, dan income menerusinya agak memuaskan hati saya. Walaupun Komli ada sistem pendapatan yang bagus, iaitu membayar mengikut trafik, namun kekurangan dia ialah anda perlu apply untuk keluarkan income. Anda kena buat invois dan dihantar ke pihak Komli. Bayaran memang best sebab anda dibayar mengikut USD.

Bagi Innity pula, saya dapati susah nak apply Innity ni. Saya dah mohon untuk dapatkan akaun Innity sejak 2011 lagi, dan percubaan awal November lalu membuahkan hasil setelah permohonan kali keempat saya diterima. Alhamdulillah.

Innity Sahkan Akaun November 2014 Setelah 4 Kali Mohon

Kehadiran iklan Innity masih baru di dalam blog ini. Jadi, saya tidak dapat komen lebih. Saya suka lihat cara penyampaian iklan Innity sedikit berbeza dengan platform lain, itulah yang menarik minat saya untuk memasang medium pengiklan tersebut di blog ini.

Saya tidak pasang Nuffnang bukan kerana saya menidakkan ia satu platform pengiklanan yang bagus. Ia bagus dalam beberapa segi, yang tiada di dalam sistem pengiklanan yang lain. Saya tidak pasang kerana saya ada peluang lain yang lebih baik, sesuai dengan trafik blog, dan kehadiran blog ini dalam dunia blog Malaysia.

Mahu pasang apa-apa medium pengiklanan, anda kena faham dulu sistem dan teknik yang ia gunakan. Itu penting supaya anda boleh jana income yang baik dari blog. :)

{ 43 comments.. read them below or add one }

Vander Good Vander Good December 01, 2014
Terima kasih atas infonya. Memang saya tertanya tanya mengapa top blogger tak pasang iklan Nuffnang di blog mereka. Rupanya, ini jawapannya. :)
Harianmetroll Harianmetroll December 01, 2014
tq share..info yang berguna :)
muas muas December 01, 2014
terima kasih atas info yg dberi
mselim3 mselim3 December 01, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

terima kasih perkongsian nie... moga bertambah rezeki bro melalui pengiklanan kat blog nie..

mselim3
BM BM December 01, 2014
Assalam,
Dah merajuk dengan Nuffnang... itu sebab saya le... hehe
reezluv reezluv December 01, 2014
cuma ada lagi satu persoalan yg aku duk tertanya tnya..kenapa blogger baru wajib pasang nuffnang?atau senang cite..kenapa smua blogger kena letak?adakah dgn sebab dpt menjana pendapatan..wajib letak?walaupun lepas 1-2 tahun br ada income?
Bro Framestone Bro Framestone December 01, 2014
wel kome dalam Innity Family :)
Julia Johari Julia Johari December 01, 2014
Bro HH...julia ni mmg suka baca blog mr HH...mmg jarang tinggalkan jejak komen...tp saya baca setiap butir entry bro...sbb saya nilai bro ni lain dari yg lain...x lokek ilmu berkongsi...itu sebab rezeki bro murah....memberi dan makin byk menerima...saya nak ikut jejak bro...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Untuk tahu trafik blog. Sekali daftar Nuffnang, boleh tahu stats blog sekali, dan boleh dapat beberpa keistimewaan yang Nuffnang berikan pada blogger baru.
Asma Dinie Wan Zarilla Asma Dinie Wan Zarilla December 01, 2014
Terima kasih..info yg amat berguna :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Ikut mana yang baik. Pada satu jalan, ada kiri dan kanan, ada juga simpang dan cabang. Saya pun bukan sempurna, jika silap mohon betulkan, dan ajukan soalan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Terima kasih banyak-banyak kerana kesudian baca blog saya.
amirnawawi amirnawawi December 01, 2014
Ok. Gua kena usaha lagi nih.. Supaya lepas ni boleh buang juga iklan Nuffnang..hehe
Sally Yatiey Sally Yatiey December 01, 2014
Saya masih kekal dengan Nuffnang sejak berblogging dari tahun 2009 lagi. ;D
Ammar Ammar December 01, 2014
Dah lama tak pakai iklan nuffnang. Dulu masa mula-mula tulis blog pakai lah tapi bila income dia tak sekencang macam Innity terus buang. Macam menipu pun ada nuffnang ni.
nur ikaa nur ikaa December 01, 2014
betoi2 tp komli gan innity mmg ssh nk mohon....hoho
acik watie acik watie December 01, 2014
ooo..baru tahu sebab apa.
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 01, 2014
rupanya ada platform lain ye. tp bagi yang blogger baru elokla nuffnang tak renyah..blogger popular ada yang lain yang lebih measyukkk
Sylarius Yusof Sylarius Yusof December 01, 2014
Nak pasang iklan pun bukan main hentam pasang je. Habis segala iklan kita nak taruk, boleh jadi semak page blog penuh dengan iklan je.
azimah mohd zainuddin azimah mohd zainuddin December 01, 2014
Baru tahu ada banyak cara pengiklanan. Memang familiar Nuffnang sahaja. Good info :)

http://www.lovehutladyvitamin.com
Abdullah Idris Abdullah Idris December 01, 2014
Assalamualaikum HH,

Saya pula secara peribadi agak tidak menggemari pengiklanan ni. Saya gunakan blog lebih kepada fokus untuk:

1) Meningkatkan tahap kepercayaan prospek. Saya pernah dipanggil doktor ketika saya menulis di blog kesihatan saya :)

2) Mengumpulkan senarai emel untuk memudahkan promosi produk saya. Di blog mudah nak buat email form dalam bentuk pop-up.

3) Menarik lebih banyak pelawat ke laman web produk saya atau produk affiliate yang saya promosikan.

Bila saya nak promosikan produk, blog adalah tool wajib yang akan saya gunakan. Begitu juga untuk produk "Rahsia 149 Strategi & Teknik Memaksimakan Keuntungan Perniagaan Internet" yang sedang saya promosikan sekarang ini.

Blog adalah tool wajib saya gunakan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Saya pun gunakan untuk produk2 affiliate saya .. hoho ...:P tapi apa yang saya ceritakan di atas lebih kepada blog-blog baru yang kebanyakkan adalah blog peribadi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Saya ada berikan tips2 utk letakkan banner iklan dalam blog. Mana lokasi yang sesuai dan seumpamanya.
yang baik Ishak yang baik Ishak December 01, 2014
dah pernah daftar H12 dan Innity tetapi tidak berjaya kerana... sebab saya sendiri. Dengan Nuffnang daftar mudah dan moody pun senang juga... :P
yang baik Ishak yang baik Ishak December 01, 2014
ops... apasal ada iklan harimau tu... hmmm nampak macam tak sesuai jer
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Dah deactivate iklan tu, baru perasan ia keluar dalam slot innity.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Hmm tak baik la kata penipu. Sebb benda ni guna sistem. Tapi boleh cakap ia sistem yang tak berapa bagus untuk blog trafik tinggi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Saya ada senaraikan lebih dari 100 pengiklanan di blog yang boleh dicuba
blogger lelaki blogger lelaki December 01, 2014
aku pun terfikit nak buang iklan nuff..sebab nak fokus kepada satu je iklan
Invisible Me Invisible Me December 01, 2014
Masih dengan Nuffnang. Hehe
puteraduyong puteraduyong December 01, 2014
masih dengan nuffnang... sbb belum jadi top... ;)
Alongxp Alongxp December 02, 2014
ayat yang sesuai camni "saya ada platform iklan lain yang sangat jauh lebih berbaloi " hehehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 02, 2014
Hehehe.. dah tua2 ni tak pandai mengayat dah ... :P
Encik SOHO Encik SOHO December 03, 2014
di blog peribadi masih bersama nufnang. di blog encikSOHO.com xde perancangan nak bernufnang lagi. nak cuba alternatif lain. baru nak berjinak2 dengan affiliates. harap tuan HH sudi beri tunjuak ajar.
ajiewp ajiewp December 08, 2014
menarik ...apa boleh iklan-iklan ini disandingkan bersamaan dengan iklan google adsense

salam kenal semua
Lost Style Lost Style January 08, 2015
Komli ni iklan dri syarikat mana??asia tenggara ke??btw my blog sapikb.blogspot.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 08, 2015
Ia syarikat dari US, tapi ada cawangan di India, dan beberapa negara lain termasuk sekali Singapore. Based untuk pasaran Asia Tenggara adalah kat Singapore...kalau tak silap saya. Tapi untuk pembayaran, ada pejabat di KL yang uruskan.
nor iszan nor iszan April 03, 2015
info yg berguna utk beginetr cam sy,tq hh
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 03, 2015
Alhamdulillah. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh ramai blogger baru Malaysia.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.