Langkau ke kandungan utama

Kenapa Pilih Innity Untuk Platform Pengiklanan Blog?

Kenapa pilih Innity untuk platform pengiklanan di blog? Ada ramai yang mungkin tertanya saya mengenai sebab ini. Salah satu sebabnya ialah platform pengiklanan Innity adalah medium pengiklanan yang eksklusif dan hanya blog tertentu sahaja yang dapat peluang tersebut. Dan saya amat berterima kasih atas sebab itu.

Blogger yang mahu menggunakan platform pengiklanan blog menerusi Innity perlu patuh syarat dan requirement tinggi yang diwajibkan oleh Innity. Tambahan lagi, Innity merupakan syarikat pengiklanan antara yang paling dipercayai pengiklan serata dunia untuk mempromosikan produk dan jenama.
Kenapa Pilih Innity Untuk Platform Pengiklanan Blog?

Kenapa Pilih Innity Untuk Platform Pengiklanan Blog?

Ok. Pertama sekali, saya baru sahaja dengan platform pengiklanan Innity. Saya ingin berterima kasih dengan Innity kerana memberikan peluang untuk memaparkan iklan-iklan premium terbaik menerusi platform pengiklanan mereka. Sistem yang digunakan oleh Innity memang sangat bagus dalam mempromosikan sesuatu samada untuk branding mahupun promosi produk.

Innity have proven to be an efficient and effective interactive agency who has delivered top notch advertising campaigns. What sets them apart in the industry is their flexibility to customize campaigns and we have been very impressed with the speed at which they act upon with regards to addressing technical issues. Malaysiakini has had an excellent working relationship with Innity since 2007 and we expect their professional standards to reach even higher levels in the years to come. - Malaysiakini.com

Saya yakin ramai pengiklan yang terdiri dari syarikat multinasional serta antarabangsa berpuas-hati dengan Innity. Ia satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangkamasa pendek dan panjang. Sudah banyak blog yang mendaftar dengan Innity, dan kebanyakkan blog yang mendaftar dengan Innity bukan blog biasa kerana Innity sangat strict memilih blog mahupun laman web untuk paparkan medium pengiklanan mereka.

Mohon Beberapa Kali Tanpa Putus Asa

Alhamdulillah, setelah beberapa kali saya memohon untuk mendapatkan akaun publisher di Innity, akhirnya bermula November 2014 barulah Innity berikan kepercayaan tersebut. Mungkin setelah pihak mereka nampak kekuatan blog ini di awal tahun 2014. Blog saya pernah kena reject kerana tiada niche pemasaran yang sesuai - boleh baca Blog Tidak Layak - Innity Tolak Permohonan Saya

Innity pilih blog yang tepati kriteria niche pengiklan
Ya, saya tidak putus asa, saya telah mencuba beberapa kali mendapatkan akaun Innity. Ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan Innity ada kriteria tertentu dalam pemilihan blog dan laman web yang sesuai untuk 'mewakili' mereka di dalam pemasaran dan pengiklanan online ini.

Cuba anda baca email daripada Innity yang saya paparkan di bawah ini, bertarikh 17 Julai 2014. Dan lihat email di atas yang bertarikh 19 Mac 2014. Walaupun pihak Innity telah mula menampakkan minat untuk bekerjasama menerusi blog, tetapi ia tidak bermakna permohonan itu akan diterima. Susahkan nak apply? Hoho ...
Sebab Innity tolak permohonan

Tapi, seperti saya katakan awal-awal tadi - hendak seribu daya ... jadi saya usahakan sehabis baik untuk membolehkan Innity terima blog saya. Sekali, dua kali, tiga kali kena reject bukan bermakna penutup. Kena yakin dan percaya yang anda sebagai blogger boleh buat dan buktikan bahawa anda mampu melakukannya. Terima kasih juga pada Innity yang highligth mengapa blog saya tidak lepas kelayakkan.

Innity Akhirnya Yakin Kebolehan Blog

Alhamdulillah, saya akhirnya mampu membuktikan kepada Innity bahawa blog saya layak untuk kriteria tinggi Innity letakkan. Blog saya telah diterima dan saya telah mengaktifkan akaun Publisher di Innity bermula 25 November 2014.

10 Sebab Pilih Innity

Sebab Pilih Innity untuk Platform Pengiklanan Blog
  1. Kerana ia eksklusif dan sukar nak dapat akaun - ia menjadi satu cabaran buat blogger seperti saya.
  2. Medium pengiklanan Innity telah dioptimasikan untuk berikan income yang lumayan untuk blogger.
  3. Teknologi pengiklanan online yang ada di dalam Innity yang sangat superior.
  4. Pengiklanan Innity secara visual sangat hebat dan memberikan satu kelainan untuk blog.
  5. Ada lebih 16 saluran niche pengiklanan yang boleh dipilih untuk blog bagi optimasi income.
  6. Innity support iklan di dalam bahasa Melayu.
  7. Boleh daftar Innity walaupun ada medium pengiklanan lain di dalam blog seperti Nuffnang, Komli dan sebagainya.
  8. Boleh pilih atau reject iklan yang tidak sesuai seperti iklan babitkan syarikat alkohol atau rokok.
  9. Ia bayar income setiap bulan dan anda tidak perlu susah payah meminta mereka membayar kerana ia dilakukan secara automatik terus ke akaun bank - asalkan tepati syarat dan terma yang telah dipersetujui.
  10. Kerana saya suka dengan jenis-jenis iklan yang ada di dalam platform Innity, dan ia beri kelebihan buat blogger yang kerap update blog setiap hari!

Nah. Saya dah berikan 10 sebab kenapa pilih Innity untuk platform pengiklanan di blog. Anda boleh buat perbandingan dengan platform pengiklanan yang lain, yang ada saya ceritakan di dalam blog ini. Setiap medium pengiklanan blog ada pro dan kontra, terpulang untuk memilih mana yang sesuai.

Nasihat saya cuma satu, jangan tamak haloba untuk letak terlalu banyak medium pengiklanan di blog. Ini akan memakan diri dan anda akan rasa menyesal di kemudian hari. Cuba dapatkan platform pengiklanan yang benar-benar sesuai dan menguntungkan anda sebagai seorang penulis dan pemilik blog.

Buat mereka yang mahu mencuba mendapatkan akaun publisher percuma dari Innity, boleh buat permohonan menerusi pautan ini - http://www.innity.com/publishers/apply-form.php

Semoga berjaya.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. seperti biasa,,, post abg hasrul mudah di fahami :-) terima kasih daun keladi heheheh - kedaionlinemy.com

      Padam
    2. Sejak dua menjak ni .. rajin betul komen kat sini ehh .. hehhee.. terima kasih banyak2

      Padam
  2. Masih di dalam proses permohonan innity yang berkali-kali ni abang HH... Innity sememangnya bukan mudah untuk diluluskan serta dipohon... bila seseorang blogger itu berjaya mendapatkan pengiklanan innity ianya menggambarkan kemantapan blogger itu... tahniah abang HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger mungkin tak mantap semantap blognya .. hehehe.. :P .. tapi teruskan usaha, in Sha Allah, usaha pasti jaya.

      Padam
  3. Jangan lupa register untuk GST jugak dengan Innity ni bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah. Masa dapat email terus je hantar borang GST tapi saya tak daftarlah sebb tak capai RM500k setahun lagi .. hahaha

      Padam
  4. Nak betul-betul high traffic baru seronok pasang Innity.

    BalasPadam
  5. masa letak innity kat blog, status glitterati nuffnang x jejas. tetibe bila diorg dh update sistem, status sy jd non-glitterati. terus sy remove iklan innity. skrg sy pakai nuffnang + geniee. masa pakai innity aritu, perkembangan income agak slow. mungkin kempen kurang kot. tu la, nak korek ilmu dri tuan HH, ada tips x nak dptkan lebih byk kempen dlm innity ni? pendek kata, cara nak tingkatkan income innity? nanti bila tuan HH dah byk pengalaman dgn innity blh share2 caranya. blh nanti sy tampal balik iklan innity. hihi. geniee, alhamdulillah perkembangan sgt positif.

    hari tu sy pilih iklan innity jenis standard (leaderhead, rectangle & skycraper) + ads alternatif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah ada banyak yang lain leh cuba ... :) engagement pun tinggi, banyak dapat kliks guna Innity ni.

      Padam
  6. muja still far from layak,, haisyy,, mmg takkan dapat kot,, huhuu

    BalasPadam
  7. Masih tak layak untuk apply innity ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usahakan ... saya pun dulu camtu gak .. kecewa weihhh .. hoho

      Padam
  8. SP pun tak layak lagi dengan innity ni..

    BalasPadam
  9. mungkin kalau layak nanti aku pun rasa nak try..tapi nk tunggu layak tu tah bila..takpelah, asalkan blog aku masih lagi buat income auto generate..:D tahniah sebab dah layak Innity..

    BalasPadam
  10. saya masih jauh dari layak untuk innity huhu

    BalasPadam
  11. insyallah kalau ada rezeki nak juga cuba ilna innity nie bro

    BalasPadam
  12. tahniah abang HH.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  13. setara blog blog HH pon susah nak dapat..haihhhh hihi

    BalasPadam
  14. belum yakin untuk daftar innity,, hihi

    BalasPadam
  15. Trafik belum cukup tinggi, kena usaha lebih lagi.

    BalasPadam
  16. tahniah bro... bukti kesungguhan nampak sangat jelas di situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Hahaa.. pasal jaki tgk orang lain leh dapat ... saya pun cubalah sehingga berjaya. Alhamdulillah, 2014 rezeki ini dapat.

      Padam
  17. byk kali apply..asyik reject jer.. huh!

    BalasPadam
  18. Wah, patut cuba nie. Selain Adsense mana tau ada rezeki dengan Innity.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heh.. sebab Adsense saya kena blocked kat blog ni .. kenalah cari alternatif lain .. hoho

      Padam
  19. wah macam menarik ni. tp nak kena mantapkan reputasi blog dulu nampaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minima 200k pageview sebulan... kena target yang tu untuk apply.

      Padam
  20. Pernah ada account innity 3 tahun lepas...tapi disebabkan earning dia tak menarik jadi dah tak aktif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innity kalau blog trafik tinggi memang bestlah ... mula2 memang akan dapat sikit, tapi lama-lama nanti .... hoho ... akan tersenyum juga... ramai dah beritahu saya begitu.

      Padam
  21. Saya rasa blog saya tak layak lagi nak apply Innity ni. Tapi tak apa suatu hari nanti pasti boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm macam ni, samada nak tahu kita layak ke tidak, kena cuba apply dulu ... :) dan lihat respon mereka.

      Padam
  22. Saya dulu pasang Innity waktu belum approve Google Adsense, Alhamdulillah sekarang sudah di approved jadinya tidak pasang Innity lagi. Salam kenal dari sesama Blogger Kalimantan ya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…